Tuesday, March 31, 2020

Simpanlah Walaupun Tidak Cukup Part 2

Salam hormat


Sambungan dari tajuk sebelum ini... Simpanlah walaupun tidak cukup! Apa tindakan kita sekarang? Adakah sudah terlambat untuk melaksanakan teknik ini? Bagaimana hendak bermula? 


Nothing happen without efforts

Mulakan dengan langkah yang kecil .... sedikit demi sedikit agar dapat membina disiplin diri yang teguh. Mengikut prinsip pertama, pada setiap pendapatan yang kita perolehi, langkah pertama adalah asingkan 10% dari pendapatan tersebut untuk dijadikan simpanan tetap. Pegang prinsip ini, simpanan tetap ini hanya "One way in, No way out! untuk tempoh setahun. Kenapa perlu setahun? Kenapa tidak 6 bulan atau 2 tahun atau ikutlah berapa yang kita suka? 

Kenapa harus setahun? Kerana perkara pokok dalam teknik ini adalah membina disiplin diri agar tidak menggunakannya walaupun betapa sukarnya keadaan kita masa itu. Sejujurnya ramai yang gagal dalam membina disiplin ini. Sir juga pernah gagal. Cuma pada kali kedua, baru berjaya melepasi setahun. Kenapa tidak pula enam bulan? Ini kerana tempoh 6 bulan terlalu singkat untuk membentuk disiplin yang padu. Ramai berjaya melepasi 6 bulan pertama namun gagal selepas 9-11 bulan berikutnya. 


Ini adalah cara paling asas dalam membina teknik ini!

One step at the time, all its takes to get you there
Namun dalam keadaan Covid19 ini, ramai orang sudah tidak mempunyai pendapatan terutamanya yang bergaji hari. Namun bagi mereka yang mendapat pelepasan bank dari bayaran bulanan atau dipanggil "moratorium", anda mendapat satu peluang keemasan untuk memulakan teknik ini. Duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar bulanan pinjaman bank boleh digunakan untuk membina simpanan tetap anda yang pertama. Katalah selama ini anda membayar ansuran rumah, kereta dan insuran dengan jumlah $2,500 bermakna dalam tempoh 6 bulan anda akan mampu membina simpanan tetap dengan jumlah sebanyak $15,000. 


Seandainya tidak mampu untuk melaksanakannya, cuma buat 'simple budget' selama 6 bulan bermula dari April - September, berapa sebenarnya anda perlu untuk meneruskan kehidupan pada kadar yang paling minimum? Selebihnya jadikan simpanan tetap pertama anda seterusnya ikut langkah pertama diatas. 10% simpanan pada setiap pendapatan. No way out!!!

Apa pilihan kita? Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Samada secara rela atau paksa, kita harus juga mulakan simpanan sekarang. 

Sudah beberapa tahun sir mengamalkan budget tahunan untuk keluarga. Ha ha dah jadi macam syarikat pula namun itu cara yang terbaik untuk kita forecast perbelanjaan kita. Pada setiap hujung tahun, sir akan mula mengira kos perbelanjaan tahun berikutnya - dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya Bank Loan, Education, Insurance, House hold, Utility, Saving e.g ASB, Travelling dan lain2 lagi. Ambil contoh Education - Yuran sekolah, tuisyen, buku- buku dan sebagainya. 


Contoh : Kesimpulan dari budget terperinci ... 

Bagaimana hendak tahu berapa budget yuran sekolah? Ini berdasarkan pengalaman tahun lepas mahupun maklumat lain yang barangkali diperolehi dari Google dll. 

Contoh seterusnya Utility - Bill Letrik juga berdasarkan kegunaan tahun lepas. Katakan jumlah tahun lepas kita belanja untuk eletrik sebanyak $700 sebulan, bermakna budget yang sama boleh digunakan untuk tahun hadapan atau ditambah sedikit menjadi $800. Bermakna budget bulanan anda untuk bill letrik adalah $66.70. 

Adalah amat penting untuk merekod setiap perbelanjaan kita untuk kita membina pengetahuan mengenainya. Sir ada rekod perbelanjaan hampir 10 tahun yang lalu. Ini bermakna setiap tahun kita dapat lihat trend perbelanjaan kita ...biasanya dalam anggaran 10-15% kenaikan. 

Berbalik pada budget di atas, katalah budget bulanan untuk bill letrik adalah $66.70 dan pengunaan kita pada bulan tersebut adalah $36.70 bermakna kita sudah ada saving sebanyak $30 pada bulan tersebut. Namun begitu juga sebaliknya jika kita terpaksa membayar lebih bil letrik bererti kita sudah defisit. Dengan angka2 ini di hadapan mata, mudah untuk kita mengawal perbelanjaan. Andainya bulan ini terlebih bayar, kawallah perbelanjaan pada bulan hadapan. 



"You cannot manage what you cannot control, 
you cannot control what you cannot measure 
and you cannot measure what you cannot define"



Kita tidak boleh menguruskan sesuatu yang tidak boleh dikawal .... bagaimana kita hendak menguruskan perbelanjaan sedangkan kita tidak tahu berapa budget yang kita ada

Kita tidak boleh mengawal jika kita tidak dapat mengukur ... bagaimana kita hendak mengawal budget sedang kita tidak tahu berapa yang harus digunakan 

Kita tidak dapat mengukur jika kita tidak mendefinasikannya ... bagaimana hendak diukur sedangkan ukurannya tidak pernah didefinasikan ... 

Kerana itu kita perlu ada budget tahuan yang mempunyai definasi jelas seperti Utility - Bil letrik $800 maka sesuatu yang jelas adalah mudah untuk diuruskan. 


Keseimbangan itu penting


Seperti yang diramalkan selepas dari Covid19, kebarangkalian gelombang seterusnya adalah kemelesetan ekonomi. Kita semua perlu menghadapinya dengan persediaan yang cukup. Ada kata sehingga akhir tahun 2021 dan ada yang kata 2-3 tahun untuk pulih. 

Seandainya kita ada tanah walaupun sekangkang kera, bercucuk tanamlah agar dapat membantu sedikit sebanyak dalam menghadapi cabaran tersebut. Sehari selangkah lama2 gunung boleh terdaki jua. 

Bersedialah.. mulakan sekarang walaupun pada kadar yang kecil.



Noordin 

Link berkaitan 
https://sirnoordin.blogspot.com/2020/03/simpanlah-walaupun-tidak-cukup.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/09/ringkasan-dari-buku-richest-man-in.html




Thursday, March 26, 2020

Simpanlah Walaupun Tidak Cukup

Salam Hormat


Terkesan dengan apa yang berlaku ketika ini akibat dari pandemik Covid19, sir terasa amat sedih terutamanya kepada mereka menerima gaji hari. Ada kerja hari itu, ada gaji. Tidak ada kerja tidak perolehi apa2 pendapatan. 


" You don't get what you wish for, you get what you work for"


Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Kebanyakkan orang tidak kiralah gaji harian mahupun bulanan, tidak menyimpan wang. Kalau yang gaji hari, tiada kerja tidak ada makan. Yang gaji bulanan juga tidak terlepas dari isu ni malahan lebih teruk. Gaji bulan makan bulan namun hakikatnya gaji bulan sekadar bertahan beberapa hari setelah di tolak bayaran pinjaman bank, hutang credit card dan lain2. Selebihnya berserah agar dapat bertahan sehingga gaji bulan depan masuk semula. 

Seandainya perkara2 yang tidak diingini terjadi sakit pening, anak sekolah, kematian dan lain2 lagi, bagaimana harus dihadapi? Ketika ini dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dan ditambah dengan 14 hari lagi, bagaimana hendak bertahan tanpa duit simpanan? Alhamdulillah juga kerajaan mengizinkan duit KWSP digunakan dahulu serta penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan amatlah membantu. Itu bagi yang berkerja bulanan sekurang2 ada duit KWSP, bagaimana pula dengan gaji harian seperti penjaja nasi lemak. Bagaimana hendak bertahan? 

Sir pernah tulis di blog sir bertajuk "Ringkasan dari buku "The Richest Man in Babylon" pada tahun 2018; bagaimana hendak mula menyimpan wang dengan kaedah yang betul. Sebelum sir menulis ringkasan dari buku tersebut, sir mengamalkan sendiri beberapa tahun sebelum ini. Dari pembacaan buku tersebut, kaedahnya amat mudah namun ternyata praktikal amat sukar. Dua kali sir gagal sebelum mampu mengikutinya dengan penuh disiplin. Sir juga dah berkongsi dengan ramai orang kaedah tersebut, namun hanya seorang sahaja yang berjaya. Malahan lebih baik sir, beliau sudah menjadi usahawan berjaya yang mempunyai perniagaan sendiri serta mengajikan hampir 10 orang. 

Sila baca dari link di atas untuk memahami kaedah tersebut. 

Kalau baca tajuk, simpanlah walaupun tidak cukup... macam tak logik tetapi berapa ramai orang walaupun cukup malahan berlebihan juga tidak mampu menyimpan. Kenapa? Kalau yang ada berlebihan juga tidak mampu menyimpan apatah lagi yang memang tidak ada langsung? 

Sejujurnya, kita tidak punya pilihan! Walaupun tak mencukupi, kita harus juga menyuimpan walaupun sedikit agar dapat menampung di masa sesak begini. Sebenarnya, hendak ke tak hendak je! 

Kawan sir yang sekarang sudah menjadi usahawan itu , dahulu ketika beliau mula2 diperkenalkan dengan kaedah tersebut. Belanja harian beliau tidak pernah mencukupi malahan berhutang. Beliau kekal istiqamah mengikutinya selama beberapa bulan sehingga satu ketika beliau jatuh sakit hampir sebulan lamanya. Sebagai orang yang berpendapatan gaji hari, ternyata ini amat menyeksakan. Tidak ada sumber pendapatan selama tidak berkerja. Kata beliau, "alhamdulillah sir... saya ikut nasihat sir, menyimpan walau sedikit... tanpa sedar, saya mampu hidup dengan simpan tersebut selama sebulan. Kalaulah sir tak ajar saya teknik ini, entah macamana anak isteri hendak makan disaat saya sakit".  Beliau meneruskan simpanan tersebut sehingga mampu membuka perniagaan sendiri bermodalkan simpanan tersebut. 

Ini kajian kes yang berjaya! Jika beliau boleh, kenapa tidak anda? Beliau menyimpan walaupun tidak cukup. Disiplin diri beliau amat kuat. Disiplin itu juga membentuk diri beliau menjadi usahawan yang berjaya. 

Untuk kali keduanya, sila baca link di atas untuk teknik atau kaedahnya. 

Walaupun tidak cukup, ambillah sedikit untuk disimpan. Disiplinkan diri untuk melakukannya. Tidak dinafikan memang sukar. Dah tak cukup, hendak simpan ikut celah mana pulak? Apa jua sumber pendapatan, asingkan dahulu untuk disimpan, selebihnya baru digunakan. Apa yang merepek ini? Ala tak simpan pun tak cukup, simpan pun tak cukup. Sama sahaja! Disiplinkan diri untuk menyimpan dahulu dan teruskan hidup dangan tak cukup untuk suatu tempoh tertentu. Percayalah, tiba masanya tanpa sedar, simpanan kita akan membantu kita untuk mencukupi apa yang perlu atau membantu dikala amat perlu! 

Untuk kali ketiganya, sila baca link tersebut!!! 


"Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan"

Sir tulis tajuk ini kalau sir pernah cuba dan berjaya. Belehlah pendapatan sir steady ... jangan lupa iye, besar periuk, besar juga keraknya. Sir juga pernah gagal walaupun ada lebihan pendapatan namun tidak simpanan. Untuk berlaku adil, ada juga kajian kes kawan sir yang berpendapatan harian yang telah berjaya. Maka tidak ada sebab untuk anda tidak berjaya. Gunakan kesempatan selama 6 bulan ini untuk menyimpan bayaran pinjaman bank yang tertangguh. Jangan pula, dah ada lebih digunakan untuk memenuhi hasrat hati selama ini. 

Cubalah... 

Untuk kali terakhirnya... tekan link ini. Sir doakan anda juga berjaya untuk mendisipinkan diri untuk terus berjaya.

Amin.

SirNoordin
Bandar Sri Begawan



Tuesday, March 24, 2020

Mount Pulag, Philippines

Salam & Hello


Our #KoyokAdventureTeam as part of our preparation for Everest Basecamp #EBC continued on our quest to venture on some of the most challenging and highest peaks of the world – with the most recent accomplishment being the summit of Mount Pulag in the Philippines.
We did it!
Mount Pulag is the third highest mountain in the Philippines and Luzon’s highest peak at 2,926 meters (9,600 ft) above sea level. Mount Pulag is widely known for its spectacular views including its “sea of clouds” and the view of the Milky Way Galaxy at dawn. Mount Pulag is also listed as "inactive volcano" 


Sea of clouds
We caught the flight to Manila on 21 February Friday, after worked for 3 hours flight. We faced quite a number of hustle bustle with our appointed agent throughout the program. We continued on a road journey for another 10 hours to Kabayan, Mountain district. The zigzag road journey really killing us ha ha ha. Around 10 am, we reached Department of Environment and Natural Resources (DENR) or registration. Before that we stopped over at small clinic for medical checkup and clearance for hiking. Then we are required to attend the briefing conducted by DENR for 30 minutes. It was very informative.


Very long night
Finally around 3 pm, we reached our chalet at base-camp after facing another 'hustle bustle' situation with our agent. The mountains views with cold weather really make us cooling down. Back to our focus - climbing mount Pulag. We took our dinner at 6.30 pm. By 730 pm, most of us on the bed for early wake up for early morning summit attack.


Can't wait to attack the summit
Woke up at 12.30 am, hot Milo and biscuit help to boost our calories. Bundled in layers of thermal, t-shirt, down feather and wind breaker to face the freezing temperature. Without much preparation mentally and physically (even climbing gears), we set off for the summit attack at 2 a.m. We started by facing strong cold wind and fine dusk into our eyes. Really difficult to see clearly...

The hill climb took approximately 4 hours altogether, covering a distance of over 8 km to reach the summit of Mt. Pulag. We were immediately shocked by the plummeting temperature as we initially thought that the temperature below 3000 m would be fairly mild. In reality, we had go through freezing cold weather which felt like -5°C and, coupled with strong wind carrying fine dust into their eyes. Lesson learned, do not under estimate the mountains ... they have their own characteristic and uniqueness which offer different types of challenges. 


The Pulag's peak

As we ascended into higher altitudes, the climb became nearly vertical – pushing everyone to their limits. We reached the peak at 6 a.m. - greeted by stunning views of sea of clouds. We did it on National Day, 23rd February 2020. Our target to bring the Brunei flag on top of the mountain to celebrate the 36th National Day of Brunei. 


Sun rise at the peak
We spent nearly 30 minutes at the peak to see and enjoying the sunrise. The stunning views of  its "sea of clouds" at the top of the mountain is really beautiful and the magic moment of sunrise is really unforgettable. 

We can't spend much time here. It is too cold and strong dusty wind. We decided to descended to the base-camp and enjoying the morning scenery in the jungle of Mt. Pulag.




We reached base-camp around 10 a.m. after 8 km descending. Thanks to the great team #KoyokAdventureTeam who supported each others up to the summit and back to base-camp. Great spirits of the team members make it happens. We cannot wait to make history to hike at Everest Base-camp in November 2020.


Happy faces...

Thank you to Faiz aka Penakluk Gunung, Nazim, Amir, Yazaly, Hady, Yukhairi, Cheng, Haji Wahab, Kak Nona, Rye, Jane, Naz, Ameng and Amit.


Also, you can watch the YouTube video -  click here.
OR link https://www.youtube.com/watch?v=d3ceP-jXNxY


“Climb the mountain not to plant your flag, but to embrace the challenge, enjoy the air and behold the view. Climb it so you can see the world, not so the world can see you.” ― David McCullough Jr.


SirNoordin
Mount Pulag Feb2020

Thursday, March 12, 2020

Sama Nilai Pada Sisi Berbeza

Salam hormat


Kadang2 rasa menyampah tengok manusia berdebat atas suatu perkara yang sama dengan pendapat berbeza. Masing2 cuma menegakkan hujah masing2 - hanya hujah mereka yang betul. Namun itulah lumrah manusia secara semulajadi.



Macam orang berkata hanya 3 + 4 = 7 selain dari itu adalah salah. Walhal, 2 + 5, 1 + 6 juga menghasilkan angka 7. Seperti juga sisi duit siling - berdebat setengah mati mengatakan hanya satu sisi saja yang betul sedang duit siling mempunyai dua sisi yang berbeza namun menghasilkan nilai yang sama.

Agree to disagree!

Secara umumnya dalam setiap perkara ada baik ada buruknya. Selain dari perkara agama, segalanya boleh didebatkan samada dari sudut positif mahupun negatif. Setiap manusia mempunyai nilai tapisan maklumat tersendiri tergantung kepada suasana, kepandaian mahupun pergaulan. Ada juga orang berkata, kecenderungan pemikiran berasaskan dengan apa yang sering dibaca, Kita berpegang kepada apa yang kita percaya, selain dari itu menjadi penentangan walaupun benar. Kita memilih untuk melihat mengikut konteks yang kita inginkan. Tidak kah pemikiran kita sudah bias?

Kadang2 kita jauh berada dalam suatu perkara sehingga tidak dapat melihat keseluruhan perkara tersebut. Kita sudah 'vertical down' susah untuk melihat secara 'horizontal' . Ini masalah utama bagi kebanyakkan orang. Dalam melihat sesuatu perkara dengan lebih jelas, kita seharus melangkah lebih keatas agar dapat melihat keseluruhan permasalahan. Bukan menyelesaikan masalah semasa berada dalam masalah.Mungkin kita boleh menyelesaikan satu masalah tetapi kesannya mencipta pelbagai masalah lain pula. 

Can't see the wood for the trees or can't see the forest for the trees

Sama juga dalam alam perkerjaan mahupun politik, jika kita berada dalam kelompok pemikiran yang sama, mana mungkin kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang tepat. Ini kerana pola pemikiran kita selari dengan pola pemikiran kelompok kita. Kita harus juga belajar untuk berfikiran kritikal iaitu melihat sesuatu dari sudut berbeza. Apabila kita terlalu lama dalam sesuatu organisasi mahupun kelompok yang sama, kita tidak membezakan sesuatu perkara dari sudut yang lebih jauh. Kita telah terlalu dalam dalam permasalahan tersebut dan tidak mampu melihat dengan jelas lagi. 

Sesuatu perbezaan sepatutnya dirai bukan dibangkang sehingga ada yang menjatuhkan hukum mengikut kehendak dan kepuasan hati sendiri. Kita perlu lebih ramai orang yang mempunyai fikiran kritial kerana ianya melahir lebih banyak pandangan berbeza yang baik. Pasti akan berlaku perdebatan yang hebat namun di akhirnya memberi lebih banyak pilihan yang lebih sempurna. 

Namun hakikatnya hari ini sudah tidak seperti yang diharapkan. Taksub pada sesuatu pandangan menjadi asas pendirian. Selain dari asas pendirian ini adalah salah. Zahirkan berapa banyak fakta pun, tidak akan mampu mengubah apa2. Malahan ktia sedang melalui zaman semua netizen adalah bijak pandai - jika ada masalah legal, semua orang akan menjadi peguam bertaraf pakar, Jika ada masalah penyakit, semua orang menjadi doktor bertaraf pakar. Hebat2 mereka ini. Semua orang memberi pandangan 'hebat' sehingga memperlecehkan pakar2 yang sebenarnya. 

Semakin parah lagi, lahir pula pakar2 troll. Setiap perkara akan di trollnya tanpa mengira pandangan itu membawa kebaikan secara umum. Pandangan pakar perundangan, pakar perubatan malahan mufti juga di troll. Troll sudah jadi mainan netizen sehingga ramai pakar2 sudah mula menjauhkan diri dari memberi pandangan. Bukan takut malahan menyampah dengan tindakan tidak bertamadun. Akhirnya tiada lagi pandangan bernas dari pakar2 sebenarnya, tinggallah pakar2 netizen yang ber'troll sesama sendiri dengan pandangan ke laut. 

Seharusnya lahir lebih ramai bijak pandai sebenarnya pada zaman maklumat dihujung jari. Maklumat seharusnya berkualiti tidak kiranya ianya padangan positif mahupun negatif. Perlu terus dibincangkan bukan di'troll kan sepanjang masa, barulah kita mampu melahirkan masyarakat yang lebih bijak dalam membuat keputusan. 


Sekadar pandangan.. 

SirNoordin


Friday, March 6, 2020

Duit Bukan Segalanya

Salam hormat


Semalam berbual2 dengan rakan sir. Kami bercakap soal anak2 - tentang tanggungjawap, perbelanjaan anak2 dan lain2 berkisar tentangnya. 



Antara yang menarik disembangkan adalah "duit bukan segalanya, namun segalanya perlu duit". Yang menariknya, baru 2-3 hari lepas sir berborak2 dengan anak2 tentang perkara ini. Maklumlah anak2 yang besar pun sudah keluar universiti dan sedang tunggu panggilan untuk menyambung pelajaran. Sir mahukan mereka melakukan sesuatu untuk mendapatkan duit belanja. 


"Duit bukan segalanya"

Dalam hidup ini duit bukan segalannya - bererti duit bukan segalannya untuk kehidupan. Banyak perkara lebih utama dari mencari duit 24 jam. Duit tidak akan pernah cukup. Semakin besar pendapatan, semakin besar belanja kita. Awal berkerja, mungkin sekadar kereta Perodua dan setelah mendapat kenaikan gaji, terus tukar kereta berkepala H. Pembayaran bulanan kereta semakin tinggi, belanja kehidupan kita masih ditakuk lama. 

Kita tidak pernah meningkatan kehidupan kita, kita cuma menukar penampilan hidup kita. Dari kereta kecil Perodua menjadi kereta Honda. Jika kita maintain gaya hidup kita dengan kereta yang sama, bererti kita telah meningkatkan kebolehan perbelanjaan kita. Itu lebih utama. Samada kita tetap berbelanja pada tahap yang sama dan selebihnya boleh dijadikan modal untuk simpanan. 

Seboleh2nya hidup jangan terpalit dengan hutang. Jangan sekali2 berbelanja melebihi pendapatan. Ada Credit card bukan lesen untuk berbelanja melebihi pendapatan. Konsep Credit card adalah memudahkan pembayaran dan 'berhutang seketika' sementara menunggu membuat pembayaran penuh. Semasa menggunakan credit card, kita sememangnya sudah ada wang untuk membayar penuh. Namun kebanyakan orang menggunakan credit card untuk berhutang dengan bank dengan membayar minimum Berhutang dengan bank - pasti pihak bank juga ingin membuat keuntungan keatas kita. Taklah nak bagi service percuma kan? 

Sebaiknya sebelum membeli sesuatu dengan menggunakan credit card, tanya diri sendiri. "Perlukah aku akan perkara ini atau benda ini?" dan "cukupkah duit simpanan aku untuk membayar penuh?"

Hidup berpada-pada. Tak perlu bermegah. Sekadar memenuhi keperluan diri dan keluarga. Harus bijak mengurus wang. Kalau duit banyak melimpah2 tetapi tak boleh makan itu ini, juga sudah tak berguna. Ada rumah mewah, hati runsing pun tak guna. Kesihatan lebih utama. Senyum selalu, hati akan tenang. Duit tak boleh beli senyuman. 

Saat sir mendaki ke Annapurna BaseCamp, kami melalui perkampungan yang tak punya apa2. Sungai2 jernih hanya dibelakang rumah. Pemandangan gunung2 dan udara dingin segar menyejuk pandangan. Mahal kan? Tak boleh dibeli dengan wang!


"Segalanya perlukan duit" 


Zaman ini zaman duit. Segalanya perlukan duit. Masuk toilet, buang air besar pun kena pakai duit. Tak kanlah nak meleas tepi longkang kan? Jika sekecil2 benda seperti ini juga perlukan duit, apatah lagi perkara2 besar. Jadi dalam perkara ini, hendak tak hendak kena tahu perbezaan diantara keinginan dan keperluan. Dan jika budget ketat, diantara keperluan dan yang lebih perlu! Tidak ada pilihan. 

Sir mengamalkan teknik budget tahunan. Berdasarkan perbelanjaan tahun2 lepas - kita sudah dapat meramalkan perbelajaan tahun ini. Ada perkara jelas sepert bayaran lona bank - contoh: bayaran kereta rm500 sebulan... budget rm500 x 12 = rm6000 setahun. Tengok juga roadtax, insuran dan service. Bagi perkara2 yang tidak jelas - bil air/api, buat agak2 bijak ...average setahun berapa dan didarabkan 12 bulan. Dah dapat budget setahun. Pastikan buat untuk semua perbelanjaan. Masukkan juga jika anda ingin membuat simpanan bulanan - ini dikira peruntukan dalam perbelanjaan kita. 

Selepas itu buat budget pendapatan tahun hadapan. Lihat jumlah pendapatan Vs perbelanjaan. JIka pendapatan -ve, hendak tak hendak, kena buat potongan budget untuk mana2 perkara. Tidak ada pilihan lain kecuali anda ingin buat 'part-time' untuk tambah pendapatan. Jika ada lebih, boleh tambah perkara "keinginan" dalam budget anda atau naikkan peruntukan simpanan bulanan anda. 

Alhamdulillah, setalah mengamalkan budget tahunan serta konsep 'simpanan babylon' - perbelanjaan dapat dikawal dengan sempurna ibarat sebuah syarikat korporate. Tak de budget, tak bolehlah menunaikan keinginan diri. 

Bila kita satu perumpaan di atas,  "Duit bukan segala dan segalanya perlukan duit" - kita akan jelas dimana duit itu hanya berguna pada keperluan bukan pada keinginan. Perlu bijak dalam menguruskan duit. Sir bukan akauntan yang lebih cekap dan mahir dengan nombor. Sir hanya ingin hidup tanpa hutang dan hidup dengan seadanya. 

Jika ada lebih, boleh dijadikan simpanan. Pada suatu tahap simpanan kita jika diurus dengan baik, sudah boleh berkerja untuk kita. Genap haul, sebahagian duit simpanan boleh digunakan untuk membayar zakat simpanan. Kalau simpanan sudah mencecah Rm100k, dapat kita peruntukan 2.5k untuk zakat dan diberikan pada yang hak. Bukankah itu lebih baik.


"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"


Semoga menjadi panduan. Amin


SirNoordin
Sekadar pengalaman....

Disebalik Kepayahan

Salam hormat


Tadi sir ditanya, "tidak letih ke panjat gunung? Rasa macam menyusahkan diri je.... "


Letih sangat!

Hmm...sir senyum aje sebab memanglah penat mendaki, kalau tak penat naik helicopter je. 

No Pain No Gain kan?

Masuk hutan dan mendaki gunung ni merupakan minat sir dari sejak zaman universiti lagi. Masa berubah, fokus juga  berubah. Sekarang ini berpeluang menunaikan kembali minat tertunda... masa kerja agak stabil, tidak seperti dulu, terbang sana sini hingga nak merancang cuti pun susah. Selain dari itu, berjumpa rakan2 yang juga minat kearah yang sama. #KoyokAdventureTeam

Apabila kita masuk hutan mahupun mendaki gunung terasa amat tenang sekali. Jauh dari hiruk piruk kehidupan. Tiada Internet. Tiada message mahupun Whatsapp. Handphone jarang sekali dilihat. Jika pegang handphone pun sekadar untuk mengambil gambar.

Penat? Ngaleh?

Siapa kata mendaki gunung tak penat. Memang sangat penat. Kekadang kami berjalan diantara 6 jam hingga 8 jam sehari. Jika mendaki penatnya tidak terkata, jika menurun sakit lutut pula tidak terkata. Dalam setiap kepayahan  pasti ada kenikmatan dan kepuasan. Untuk sampai ke destinasi baiknya puncak gunung mahupun kem induk - basecamp adalah suatu kejayaan dan kepuasan. Tetapi kenikmatan sebenarnya adalah perjalanan untuk sampai ke destinasi tersebut. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi. Baik dari segi cuaca, mental dan fizikal.

Disebalik kepayahan, ada kenikmatan...

No pain, no gain!

Cabaran sesuatu pendakian itu adalah kenikmatan yang dicari. Dingin angin yang menderu. Udara nipis sehingga payah untuk bernafas. Pendakian demi pendakian yang tak kunjung habis. Kadang2 hujan turun di tempat tinggi menyumbang kedinginan tanpa hadnya. Ini semua cabaran yang mencabar kekuatan minda untuk mengatasinya.

You can do it! Kita boleh, sikit lagi.... ulang2 ayat untuk menaikkan semangat untuk mencapai kejayaan - kata2 yang diulang di dalam hati. 

Dalam pendakian, kita akan dihidang dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Awesome! Stunning! Banjaran gunung ganang yang tinggi megah berdiri. Kabus dingin dan tebal menghiasi pemandangan. Sungai2 yang jernih mengalir sepi. Suasana sungguh sunyi yang sekali sekala kedengaran kicauan burung. Yang paling menarik sekali adalah hanya orang2 tertentu yang diizinkanNya untuk sampi ke tempat2 begini untuk menikmati keindahan ciptaanNya. Bukan semua orang mampu sampai ke tempat2 begini walaupun kaya wang berjuta. Kita adalah insan terpilih!

Satu lagi, kita akan bertemu dengan rakan2 yang sentiasa positif, kental jiwa dan mempunyai objektif yang sama. Apabila berbual2 dengan pendaki2 lain, rasa amat menyenangkan kerana berbual dalam ruang konteks yang sama. Sentiasa memberi semangat untuk meneruskan pendakian. Tidak kiralah tinggi atau rendahnya gunung, setiap gunung mempunyai cabaran tersendiri.Tak perlu sombong! Setiap langkah membawa kita hampir ke destinasi seterusnya. Yang penting, terus melangkah...

Malahan apabila tiba waktu solat, kita berpeluang menunaikan solat pada tanah dan tempat yang berlainan. Banyak juga saksi2 kita di bumi Tuhan yang menyatakan kita pernah solat di atasnya diakhirat kelak. Ini adalah nikmat Tuhan. Sambil2 menyaksikan keindahan ciptaanNya, dapat juga menyentuh perasaan untuk bersyukur kepadaNya. Kita adalah Khalifah di muka bumi ini. Kita dizinkan Allah swt. untuk menakluk gunung ganang di bumiNya ini.

Kerana itu sir begitu asyik untuk berterusan untuk mendaki gunung dan hutan-hutan demi sesuatu Walaupun usia sudah hampir mencapai 5-series, namun Allah swt memberi kesihatan yang baik serta mental yang kuat. Pada setiap Tahajud, mohon doa ... Ya Allah sejahterakan tubuh badanku ini, sejahterakan pendengaranku dan sejahterakan penglihatanku". Amin.


SirNoordin
"Mountains are calling, I must go..." 

Tuesday, March 3, 2020

Hidup Perlu Sentiasa Berubah

Salam hormat


"Sir dah lama tak buat program motivasi lagi ke? Kami rindu pada nasihat2 sir yang penuh semangat serta pengalaman hidup yang sir kongsikan semasa program"  



Hmm... priority hidup sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa. Telah sir katakan dulu, sir bukan pakar motivasi. Sir cuma melakukan tanggungjawap sosial serta minat sir kepada program outdoor dari sejak remaja lagi. Motivasi sir adalah pengalaman sendiri yang begitu berharga. Rugi jika tidak dikongsikan. Bukan pada teknik2 pakar motivasi sebenarnya... lagipun ketika ini telah lahir ramai pakar motivasi yang jauh lebih hebat yang dapat membantu adik2 semua. 

Seperti yang sir katakan hidup perlukan perubahaan. Keutamaan juga berbeza mengikut masa dan keadaan. Kita tidak boleh tetap pada sesuatu keadaan pada jangkamasa yanglama. Kita perlu berubah. Keutamaan juga berubah mengikut kita. Lari dari 'comfort zone' kerana 'comfort zone' membunuh kreativiti. 

Sir juga ingin melangkah keluar dari melakukan rutin yang sama. Buat masa ini sir kembali fokus kepada kareer serta memenuhi impian diri yang tersenarai dalam 'bucket list'. Umur semakin meningkat menandakan tenaga semakin berkurangan. Jika ditangguh, banyak impian yang perlukan kudrat tidak terlaksana. Pernah ditanya pada yang berusia, apakah yang disesalkan disaat ini? Katanya, "banyak perkara yang ingin dilakukan namun kudrat membataskan walhal diusia muda disia-siakan masa tersebut". 

Kita belajar dari pengalaman. Cari pengalaman sebanyak mungkin. Jangan buang duit dengan membeli benda2 yang tidak mendatang faedah. Beli pengalaman! Pengalaman walaupun tidak dapat dilihat dari segi fizikal namun ianya membentuk keperibadian. Paling kurang tersemat dalam memori walaupun pengalaman itu pahit sekalipun. Kalau pahit ianya tetap menjadi sempadan. Kalau manis ianya menjadi memori indah. 

Sebelum memulakan kareer, sir amat minat meredah hutan belantara, camping sana-sini, mendaki gunung ganang dan dan lain2 lagi. Namun bila sudah mula berkerja, segalanya hilang entah kemana. Keinginan mula berubah. Tanpa wang segalanya tidak menjadi. Walhal zaman sebelum berkerja membuktikan walaupun dengan sedikit wang, kita mampu beli pengalaman yang berharga. Komitmen hidup juga berubah dan bertambah. Perlu fokus dalam kareer dan kehidupan. 

Wang bukan segalanya, namun segalanya perlukan wang... perlu keseimbangan dalam meredah kehidupan dalam dunia yang sentiasa perlukan wang. Susun dan rancang kehidupan agar wang bukan segalanya. Wang sekadar untuk keperluan bukan keinginan. Potong segala perbelanjaan yang tidak perlu. Berhenti seketika kehendak untuk keinginan. Fokus pada keperluan. Lebihan wang yang tidak digunakan, simpan. Ingat, jadikan wang berkerja untuk kita bukan sebaliknya. Kita bukan hamba wang tapi wang mesti diajar untuk berkerja untuk kita. Jangan lupa bersedekah kerana di sini kunci kepada kemurahan rezeki dari Yang Maha Pemberi Rezeki. 

Bila wang sudah mula berkerja untuk kita, inilah masanya kita memenuhi kehendak diri... bagi sir kehendak diri bukan pada barangan yang dibeli tetapi pada pengalaman yang dicari. 

Sir kembali  kepada keinginan sir seperti dalam senarai bucket list ... banyak gunung2 ingin ditakluki. Bukan mudah untuk dilaksanakan pada usia seperti ini. Kudrat sudah semakin kurang. Semoga Yang Maha Esa memberi kekuatan dan kesihatan buat sir agar dapat melaksanakan impian diri. Syikur tidak terkata, dalam 2 tahun kebelakangan ini... sudah dua kali mendaki gunung Kinabalu (4098m), Annapurna basecamp (4130m) yang menjadi idaman setiap pendaki dan gunung Pulag (2926m) di Filiphina. Keinginan terlaksana, syukur alhamdulillah. Disebalik kesibukan kerja masih diberi ruang dan peluang untuk mencapainya. Latihan masih diteruskan kerana impian yang terbesar untuk berada di Everest basecamp (5164m) dan Kalapathar (5654m) untuk menyaksikan kegagahan gunung tertinggi di dunia iaitu gunung Everest. 


SirNoordin
Sekadar celoteh biasa yang biasa-biasa
                                                                                                                                                

Monday, March 2, 2020

Mukadimah Lewat 2020

Salam hormat

Selepas 2 bulan tahun 2020 berlalu, baru berkesempatan mengemaskini blog ini. Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Sudah masuk bulan March 2020 baru teringat blog ini.


Sibuk?

Hmm.. sibuk dengan kerja seharian serta melaksanakan pelan impian samada sendirian,  bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Kerja seharian...

Setelah berlalu situasi 'tidak menentu' samada meneruskan kehidupan di bumi Brunei ataupun kembali ke tanah air atau kembali merantau ke bumi Allah yang luas ini. Perubahan drastik yang mengakibatkan ketidaktentuan ini. Alhamdulillah sudah tamat, khidmat sir masih diperlukan di bumi berdaulat Brunei ini. Mungkin sudah biasa dengan kehidupan di sini, terasa tidak mahu berhijrah lagi. Semoga berpanjanganlah hendaknya...

Bersama keluarga..

Setelah sekian lama berpisah dengan anak2 yang sedang menjalankan latihan industri di Malaysia sementara kami semua di Brunei, kami merancang untuk bercuti bersama-sama. Alhamdulillah dengan izinNya dapat kami berjalan-jalan di bumi Turkey - Istanbul dan Bursa selama hampir 10 hari. Suatu perjalanan yang mengikat silahturahim kekeluargaan. Adik-adik dapat bersama dengan abang-abang. Mengajar erti tanggungjawap dan kegembiraan bersama. Insyallah ada ruang masa akan disemadikan perjalanan kami di blog ini.

Bersama rakan-rakan...

Mencuri kesempatan sempena cuti Hari Kemerdekaan Brunei Darulsalam, kami menuju ke Filiphina untuk mendaki gunung tertinggi di Luzon iaitu Mount Pulag. Walaupun memenuhi pelbagai masalah logistik, perjalanan yang jauh dan pelbagai lagi, namun alhamdulillah kami berjaya memenuhi hasrat untuk berada di puncak gunung Pulag. Insyallah akan diceritakan nanti di blog ini.

Tahun 2020 ini dimulai dengan pelbagai cabaran ... dan cabaran yang terbesar adalah serangan virus Covid-19 yang dimulai di Wuhan China dan kini merebak ke seluruh dunia. Kesan dari virus Covid-19 ini amat hebat sehingga pelbagai krisis ekonomi - ribuan penerbangan telah dibatalkan, ribuan mati dan puluhan ribu terkena virus ini, perjalanan terhad dan menyukarkan serta pelbagai lagi.

Semoga tahun 2020 ini diberi kekuatan, kelapangan, kesenangan serta rezeki yang berlipat ganda. Amin. 


SirNoordin
March 2020



Friday, November 1, 2019

Kurang Motivasi - Stress??

Salam hormat 


Hidup ini bagai dilambung ombak lautan, terkadang di bawah dan ada ketikanya di atas. Ada ketikanya motivasi hidup begitu tinggi dan ada ketika kita tertanya2 di manakah hilang motivasi diri. Barangkali disebabkan oleh perkara2 yang mengecewakan kita - frust dengan kerja, pencapaian tidak dihargai, kecewa dengan rakan taulan mahupun diri sendiri. 
Sekadar gambar hias... Ini adalah kehidupan!

Sesuatu perkara yang mengecewakan berlaku biasanya diluar kawalan. Kita tidak mempu mengawal sesuatu yang bukan di bawah seliaan kita. Kita cuba yang terbaik namun jika ianya akan berlaku pasti berlaku. 

Ingat artikel 90 - 10 rule, kita mencuba sedayanya dan ada perkara jika  diberi 110% pun kalau bukan hak kita, tetap tidak akan jadi milik kita. Move on... 

Berbalik kepada "kurang motivasi" ... kita yang menentukan diri sendiri samada bermotivasi atau tidak. Kita yang mengubah kekecewaan kepada keindahan hidup. Cari sesuatu yang boleh menghiburkan hati kita. 

Sir  juga pernah merasai kecewa dengan kerja... bukan salah kita tapi dimarahi seolah2 kita yang bersalah walhal yang marah itu juga tahu perkara sebenar. Jika kita tidak dapat menyiapkan sesuatu perkara disebabkan perkara2 diluar kawalan... apa boleh buat lagi. Tambahan perkara2 luar kawalan seperti ini telah diklasifikasi sebagai risiko projek. 

Kenapa perlu marah? Kekadang2 boss kita marah bukan sebab dia tak tahu tetapi perlu tempat melepas geram di atas kebodohan sesuatu policy atau proses. Bukan sebab kita pun! Tak kan nak marah 'client' pulak ... client kan 'pay-master'. So bertabahlah... 

Dulu masa muda2, kita mencuba sedaya upaya untuk mengubah sesuatu yang tidak mungkin boleh diubah. Nak tunjuk yang kita sudah mencuba yang terbaik walhal dah tau keputusannya. Sambil naik darah tinggi untuk membuktikan kita telah mencuba. 

Bila sudah berpengalaman, lain pula caranya ... kalau dah tak boleh, that's it. Kalau nak suruh cuba, baiknya akan diusahakan tapi tidak pula memberi 100% kerana pengalaman mengatakan keputusan memang tidak boleh. Bezanya kali ini, tidak dibawa ke hati dan perasaan dalam menyelesaikan perkara yang tidak  boleh diselesaikan. 

Enjoy life! 

Betapa kuat kita berkerja sepenuh hati sehingga "menganuti" pelbagai penyakit amatlah tidak berbaloi. Di saat kita  sakit dan tidak mampu melaksanakan kerja tersebut, ada orang lain yang akan menggantikan tempat kita. 

Sir pernah lihat sendiri rakan2 menganuti mahzab ... perkara pertama - kerja, kedua - kerja;  ketiga - famili. Stress tahap gaban sehingga akhirnya pecah urat di kepala (mild stroke). Walaupun recover namun beliau sudah "tidak ingat sepenuhnya" yang akhirnya tidak melayakkan memegang jawatan tersebut. Syarikat perlu move -on, akhirnya beliau dilepaskan jawatannya. Menyesal dengan apa yang dilalauinya namun itu pilihannya; dan staff beliau yang dianggap 'tidak kuat berkerja' menjadi pengantinya. 

Work-Life Balance

Ketika baru kita mengerti erti kehidupan bahawa keluarga adalah segalanya. Mencapai impian sendiri lebih utama. Kerja sekadar melaksanakan tanggungjawap yang dibayar upahnya mengikut tempoh tertentu. Jangan jadikan setiap saat dalam kehidupan untuk berkerja walaupun business sendiri. Kita ada keluarga dan impian... 

https://www.indexadventure.com/everest-base-camp-trek

Pengalaman mengajar sir berkerja dengan 'betul' tanpa 'stress' ... dan masa2 yang  ada bersama keluarga, menyediakan diri untuk bertemu Maha Esa dan tidak lupa juga mengindahkan kehidupan dengan impian2 sir... Everest Basecamp dalam impian! 


SirNoordin
Berjuto impian ingin dilaksanakan.. 

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...