Showing posts with label bikerz. Show all posts
Showing posts with label bikerz. Show all posts

Monday, June 29, 2009

m4sc Annual Ride.... AR09

Tahun ini kami (Bukit Beruntung Bikerz BBC) telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Annual Ride 2009 untuk 4stroker community. Program in diadakan setiap tahun sempena penubuhan community ini iaitu bulan Jun. Alhamdulillah kehadiran yang membanggakan dari serata Malaysia serta perjalanan program yang lancar.

Kami memulakan perjalanan ke Teluk Batik jam 10 pagi ... berkumpul di Petronas Manjung sementara menunggu group bikerz dari Northern dan Cameron Highland (pada yang berkhemah malam sebelum itu). Setelah berkumpul, kami terus ke Teluk Batik singgah makan tengahari di persimpangan Teluk Batin (maaf nama restoran tak ingat ... pasai sedap sgt masakan ala kampung)

Selepas 'check-in', berjalan2 sekitar Teluk Batik....

Agenda hanya pertemuan sesama bikerz m4sc sambil kutuk mengutuk, makan2, kara-ok, tengok motor masing2...pastu ride ramai2! Disebalik semua ini, silahturahim terjalin dari seluruh Malaysia. Kemana sahaja kita pergi dan kebetulan ada bikerz2 ini...call aje ...sure TTS (Teh Tarik Session) kat mana jua...

Gambar diatas adalah majlis penyerahan mandat m4sc Annual Ride 2010 kepada TokNik (chief Northen Region) ...dan AR2010 di Besut, Trengganu.

Gambar2 ehsan SirMart.

Thursday, March 26, 2009

Tak tahu sir pun tak tahu...


Cuti sekolah baru2 ini aku rancang nak bercuti ke Rantau Abang, Trengganu... malangnya tak kesampaian lagi. Sambil2 ke pantai timur, sempatlah aku melawat sahabat2 Taekwondo aku ... Ayasu, Mang Ganu, sedara mara kat Kemaman dan abang aku kat Kerteh. Insyallah aku akan sampai ...

La ni dok simpan pitis kot2 ada rezeki nak cari tanah kat belah Kemaman ke Dungun ke Rantau Abang ke ... untuk aku 'settle down' kat sana nanti2. Doa2kan la... cantikkan negeri Trengganu?! Tengok ni..

Semalam bikerz fren aku ajak gi Kuala Trengganu minggu depan ...dok timbang2 lagi ni (harap2 tak de assignment untuk aku la minggu depan ... leh ride East Coast!) Tapi kalau jadi maka aku target nak singgah kat tempat Ayasu dan Mang Ganu! Insyallah.

Teringatlah pulak allahyarham Sudirman Hj Arshad dengan lagu ni... satu2nya penyanyi yang aku minati hingga kini. Tiada pengganti!

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang pun tak tahu)

Dapat ke aku gi Trengganu minggu depan ni... macam tak dapat pasal motivasi kat Al-Amin jumaat tu la pulak. Nak gi ke tidak ni?!
tak tahu Sir pun tak tahu

Friday, January 30, 2009

Citer2 Lawak East Coast Ride 2009 ...

Di Stesen Minyak Petronas ..
Bikerz tu: Boleh tanya bang ... jalan nak gi Kenyir ikut mana?
Bangla tu: Merah Biru ..berapa?

Ditapak perkhemahan Kenyir
Sekumpulan bikerz sedang bersembang dan ketawa dgn kuatnya ... HA HA HU HA HA HA HA
Dari khemah sebelah...
Gadis2 Ganu berbisik sesama mereka ... eee ketawa macam enam jahanam
Dari khemah Bikerz...
Bikerz tu: Cik Adik ... mereka tu memang enam jahanam ... jahanam1, jahanam2 ... jahaham6 .. yang balance tu PI JAHANAM dan DAH JAHANAM
Cik Adik: syyy .dengar la ...

Di Losong, Trengganu...
Bikerz tu: Cik Adik, boleh tumpang tanya?
Cik Adik: Boleh... nak tanya apa?
Bikerz tu: Nak gie Trengganu jalan mana?
Cik Adik: ?@#@$%$#$$

Sedang dalam perjalanan ke Temerluh ...di trafic light
Cik Adik: Lawa motor bang?
Bikerz tu: Motor memang lawa ... helmet mana?
Cik Adik: Biasa la bang ... Ganu ni...
Bikerz tu: Helmet mana?
Cik Adik: he he he
Cik Adik begitu selamba sehinggalah bikez tu menyeluk kocek bajunya ... dengan lajunya Cik Adik tu memecut. (mesti dia ingat bikerz tu polis kan!)

Wednesday, January 28, 2009

On the bike... 1393 km East Coast Ride


On the bike... jeritan dari TokWan menandakan kami kena bersiap untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 4 hari 3 malam sememangnya meletihkan berada atas motor dan berkhemah. Menguji ketahanan mental dan fizikal ... sir N la katakan!

Kami bertolak tepat jam 3.30 pm dari Bkt Beruntung ... yang menyedihkan tilam angin yang dibawa oleh Amir hilang dibawa angin.. tidur atas tanah la jawapnya!! Bertemu dengan DIO Ipoh dan teruskan perjalanan ke Pelita Juru. Di sana, kami disambut oleh TokNik dan Lipanz. Selepas solat dan makan, kami bergerak ke Ulu Paip, Kulim... motor CBR900 AJAK tetiba mogok. Terpaksalah ditunda ke Eight Heaven Bikerz ... alhamdulillah dapat recover. Sampai tapak khemah tepat jam 1 pagi. Perjalanan 339 km.

Hari ke-2... pagi aku mandi di Sg Ulu Paip tu ..pergh sejuk giler..only the true man can do it!! Ha ha ... Laluannya Kulim - Grik - Tasik Banding - Banjaran Titiwangsa - Jeli - Tasik Kenyir. Perjalanan hampir 461.1 km (800.1 km). Perjalanan yang mencabar ... leper meleper, hujan hampir sepanjang jalan, tertidur atas motor...

Malamnya kami berkhemah di Tasik Kenyir ... khemah dah uzur. Hujan selebatnya ...akhirnya kami menjadi pelarian banjir. Ngantuk dan kesejukkan!

Hari ke-3... laluan Tasik Kenyir - Kuala Trengganu - Kemaman - Temerluh. Perjalanan 353km (1153.1 km). Hujan sepanjang jalan ... 2 motor breakdown!! Tak sejauh hari ke-2... tapi kami check-in kat Sri Malaysia kul 11 malam. One for All, All for One. Nasib baik tidur hotel... lega sket!

Hari ke-4... Temerluh - RR Sg. Buluh - Bkt Beruntung ... reach 1393. Sebiji lagi motor breakdown ...terpaksa naik lori! Rantai putus... kami meneruskan perjalan untuk berjumpa group central yang akan menyambung perjalanan bersama geng Penang ke Ipoh untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat m4sc.

1393 km in 4 days ... ninjaz m4sc

Photo: Lipanz & SirMart

Tuesday, January 6, 2009

East Coast Ride ECR 2009

Dah lama aku tak masuk forum group motor aku ... 4strokers. Teruja lak tengok ECR 2009 ride .. 4 hari on the bike and camping! Perghh...

Laluan yg dicadangkan ... KL - Ipon - Penang - Tasik Banding - Banjaran Titiwangsa - Jeli - Sekayu - KT - Kenyir - Dungun - Temerloh - Kuala Gandah/Lanchang - KL

Pemandangan yg cantik, laluan meleper dan tempat camping yang macam ni ... Subhanallah!

Dan hingga kini aku masih tak dapat beri kata putus ... tunggu final plan company aku... dan juga aktiviti melobi kekasih tersayang (bini aku la..) agar memberikan laluan mudah .. he he he ...

Dear Bikerz Fren ... your Doa' is appreciated.

Monday, December 15, 2008

Ride Penang ... kenduri Waddie dan Wanie!

Tahniah Waddie dan Wanie ....
13-Dec .. 3.20 p.m. aku dan BBC bikez club ride gi Penang untuk hadir kenduri kedua mempelai. Alhamdulillah perjalanan baik ..jalan kering ... join dgn Ipoh Bikerz di V point around 5pm...
Perjalanan diteruskan ke Penang ..lead by BigOne ...

Kami bermalam di Upeh Inn, Balik Pulau .. he he he seronok gak layan corner Balik Pulau. Pagi 14-Dec lepas breakfast, ramai sahabat2 bikerz dari KL, Penang etc berkumpul di Upeh Inn ... (pada yg naik kereta ...apa barang takut hujan ... kata bikerz..). Tepat jam 1 p.m. kami bertolok ke masjid berdekatan untuk berkumpul untuk mengiringi pengantin. Memang gempak!!

Dengan kehadiran beberapa groups bikerz memang memeriah suasana majlis. Selepas makan kenduri kami cabut balik.

Perjalanan balik agak mencabar dgn hujan selebatnya dari Taiping hingga Sg Perak... perghh sejuk juga mandi hujan tapi aku bikerz ... macho kena jaga!! iskkk sejuknya ... Dari Sg. Perak meneruskan perjalanan ...lagi sekali hujan lebat sepanjang jalan hingga ke Bukit Beruntung. Mata dah ngantuk ... Bukit Tegar ..ku baca Bukit Beruntung ... nasib baik aku sempat slow down before masuk ... iskkk .... penat gak ride.... again, bikerz Macho kena jaga..ha ha ha

Apa2pun tahniah Waddie dan Wanie ...
Makaseh pada m4sc Northern Bikerz menyambut kami ...
Makaseh pada BBC bikerz menyambut kami ketika pulang ... sejukkkkk!!!

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...