Thursday, November 5, 2009

Pembukaan Dojang TBR esok...

Malam ini merupakan persiapan terakhir bagi memastikan agar latihan kelas dewasa pada malam esok (Jumaat) dapat dijalankan di Dojang baru ini. Dojang ini terletak lebih kurang 15km dari Dojang SMARTS (HQ).

Dojang ini adalah hasil usahasama pelatih2 dewasa aku yang tidak ingin ketinggalan dalam memberikan tunjur-ajar kepada masyarakat seterusnya memperkenalkan SMARTS.

Gambar2 akan menyusul kemudian. Insyallah.

Pengumuman:
Latihan pada hari Jumaat malam akan diadakan di Dojang TBR. Sesiapa yang ingin pergi bersama aku, sila tunggu di Dojang SMARTS jam 9 malam.

Monday, October 19, 2009

Kem Jati Diri .... kesinambungan dari SMARTSCOACH

Alhamdulillah mata aku semakin beransur pulih walaupun masih menghadapi masalah apabila berhadapan dengan cahaya yang keterlaluan. Makaseh pada sahabat2 yang terus memberi sokongan moral dan nasihat.

Kita juga dikezutkan dengan citer Sir Sharifudin yang Admitted to KJP Selangor akibat dari kolestrol berlebihan.... macam2 penyakit lepas raya. Dah puasa enam belum?! Blogger2 lain nampaknya masih status-quo ... syoknya raya!

Aku dah mula sibuk dengan kerja2 wajib dan kerja2 yang aku minat .... dan yang terdekat adalah Kem Jati Diri dan Kemahiran Hidup yang akan diadakah di Laman Bestari Ulu Yam 3 hari 2 malam. Maklumat lanjut boleh layari SMARTS COACH Official Site.

Mungkin kerana minat melihat pembangunan dan perkembangan anak2 membuatkan aku lebih bersemangat untuk membuatkan mereka lebih cemerlang. Tidak semudah yang disangkakan!! Kerana aku juga mempunyai anak2 yang kekadang lebih mengutamakan 'Play Station' dari yang lain...

Selain dari melihat anak2 aku ber'peluang' mengikut program2 seperti ini .... aku juga ingin membuka peluang kepada anak-anak orang lain juga mengikut program riadah seperti ini. Program aku tidak akan dibebankan dengan pelbagai program yang menekan minda ...kerana aku percaya belajar dengan gembira adalah leibh baik dari belajar dengan paksa 'rela'.

Kepada yang berminat, sila hubungi SMARTS COACH untuk mendaftar.

Thursday, October 8, 2009

Program Cuti Sekolah... tempat terhad!

Diambil dari Smarts Coach Official Site

SMARTS COACH akan menganjurkan Kem Jati Diri & Kemahiran Hidup 3 hari 2 malam pada 21hb hingga 23hb November 2009 bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Program ini terbuka kepada peserta-peserta lelaki dan perempuan yang berumur 8 tahun hingga 17 tahun.
Aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang telah disusun bagi membolehkan peserta-peserta kursus mempelajari kemahiran hidup disamping membentuk jatidiri yang cemerlang dan memahami erti kerjasama. Nilai-nilai sivik kekeluargaan, masyarakat, persekitaran dan ketuhanan diterapkan dan dipelajari dalam minda.
Untuk maklumat lanjut sila hubungiSaudara Anwar Ridhawi 012-6688090Saudara Kamarul 013-7654040Sir Noordin Khalid 012-2360402

p/s:
Maaf mata aku masih tidak mampu melihat cahaya dari skrin selepas dari 'CCL surgery' baru2 ini dan insyallah akan kembali pulih dalam tempoh sebulan. (doktor kata!!)

Terima kasih juga kepada sms2 yg diterima bertanyakan khabar.

Wednesday, September 30, 2009

Keratoconus

Baru2 ni semasa berhari raya dirumah pak cik, kami bersembang tentang 'mata' ... kerana matanya telah buta sebelah agak sekian lama. Perbincangan itu telah membuat aku teringat akan 'temujanji' aku dengan doktor pada January lalu untuk mengikut pemeriksaan seterusnya tetapi oleh kerana beberapa masalah kesibukan ...aku lupakan aje!! Dalam masa yg sama penglihatan aku semakin kaburrrr ....

Keesokan harinya aku terus membuat temujanji dan terus menjalankan pemeriksaan seterusnya .... dan aku disahkan mengalami 'Keratoconus'.

Maklumat lanjut tentang Keratoconus ...baca sendiri kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Keratoconus

Khamis ni aku akan menjalani 'surgery' or 'minor procedure' (sound better, right!!) yang dipanggil Cornial Cross Linking CCL.

Dari pembacaan di Internet tentangn Keratoconus dan CCL ... ok kot.

Thursday, September 17, 2009

Salam Eid Fitri

Kad Hari Raya ini dari Zool Liga Kampung
Salam Eid Fitri dan Maaf Zahir Batin diucapkan kepada pembaca2 blog SirN terutama jurulatih2 SMARTSCOACH, sahabat2 jurulatih, pelatih-pelatih, ibubapa pelatih dan juga sekalian yang mengenali SirN dan famili.

Dari kami sekeluarga,

Noordin Khalid
Norezah Mohamad Daud
Muhammad Hafizuddin
Muhammad Haziq
Muhammad Hakim
Muhammad Haikal

p/s: Kelas akan bermula pada 3 October 2009. Harap Maklum.

Wednesday, September 9, 2009

Kata- Kata Hikmat

Pada malam Nuzul Quran yang lalu, tetiba aku teringat tentang sebuah kata-kata dari orang bijakpandai yang aku baca beberapa tahun yang lalu. Terasa nak berkongsi la pula...

Kata2 hikmat ini seperti yang dibaca kununya dikaji oleh orang bijakpandai (walahulalam) yang telah mengkaji ribuan hadis dan meringkaskan kepada beberapa ratus kepada beberapa puluh dan akhirnya terungkap kalimat ini.

Jaga2lah pemikiran kamu kerna kelak menjadi perkataan kamu
Jaga2lah perkataan kamu kerna kelak menjadi percakapan kamu
Jaga2lah percakapan kamu kerna kelak menjadi perbuatan kamu
Jaga2lah perbuatan kamu kerna kelak menjadi sifat kamu

Moga manafaat!

Walahualam.

Tuesday, September 1, 2009

Fatwa Inhaler: Membatalkan puasa?

Penggunaan Inhaler semasa berpuasa menjadi persoalan kepada pesakit Asthma yang tidak mahu meninggalkan puasa tetapi dalam masa yang sama mudah mendapat serangan asthma semasa menunaikan puasa.

Beberapa tahun lepas aku mendengar tentang fatwa Shaikh Yusuf Al-Qardhawi yang menbolehkan penggunaan Inhaler semasa berpuasa dengan alasan penggunaan Inhaler tidak termasuk dalam hukum makan dan minum kerana yang disedut diumpamakan seperti udara dan ianya tidak sampai keperut.... maklumlah Asthma!!

Dalam masa yang sama aku terfikir tentang asap rokok .... ntah sama ke tidak?! He he he tentu tak sama kerana rokok membahayakan kesihatan dan fatwa atas rokok ...Haram dan ada kata Makruh ... (Makruh berterusan membawa kepada Haram).

Walau bagaimanapun, terdapat 2 fatwa tentang penggunaan Inhaler ini : Fatwa seperti Shaikh Yusuf Al-Qardhawi diatas yang membolehkan dan yang satu lagi tidak dibenarkan penggunaannya dengan alasan memasuki sesuatu ke dalam rongga.

Kebanyakkan ulama mengambil sikap bertawaqquf dalam fatwa yang tidak membatalkan puasa.... diantaranya mengatakan puasa itu batal tetapi tidak berdosa dan boleh diteruskan 'puasa' dan membayar fidyah secupak sehari pada hari yg tidak 'puasa'.

Jadinya, pesakit dapat merasakan nikmat puasa (jika Inhaler dianggap batal dgn meneruskan puasa) dan menbayar fidyah (menjadi sedakah jika Inhaler dianggap tidak membatalkan puasa).

Untuk keterangan lanjut, sila baca penjelasan ini di Bahrus Shofa.
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/inhaler-dr-gibril-haddad.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/08/penggunaan-inhaler.html