Showing posts with label Sudan. Show all posts
Showing posts with label Sudan. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Kembara Sudan (bahagian 3)

Salam

Sudah sekian lama berulang-alik ke bumi Khartoum ini...terasa bagai rumah kedua. Walaupun sering hadir tetap terasa kepayahan untuk menyesuaikan diri.. maklumlah lain cuaca, budaya, makanan, perangai, jalanraya dan macam2 lagi. Sekurang2nya dua-tiga hari juga untuk 'tune' kembali kerangkaian semasa.... Lain padang lain belalang!

Jauh berjalan luas pandangan.... hi hi hi...


Hari ini sir nak kongsi citer-citer pendek yang agak menarik yang dilalui selama di sini ...

Suatu hari kami makan di bawah pokok, kira port selalu lah. Cuma hari ni datang awal sikit jadi kenalah tunggu makcik tu panaskan minyak.... nak makan kuih Sudan namanya tak ingat tapi bentuk macam Masalode...  sambil menunggu kami kami order teh kangkang.

Perhatian: 
Teh kangkang hanya untuk mereka yang perutnya telah diiktiraf oleh bakteria di Sudan, jika tidak pasti anda akan terbongkang dan silap2 jalan terus!! Sakit perut tahap gaban... maklumlah air di sini tidak berapa bersih dan cara depa basuh gelas ...err siap kesan sabun ada lagi tetiba dibancuh terus dengan teh. Kehebatan teh kangkang kerana teh tersebut akan dijerang sekali dalam bekas (bukan bancuh tetapi memasak teh tersebut). Dan yang membancuhnya mesti duduk dalam posisi mencangkuk yang terkadang jatuh terkangkang.




Berbalik pada kueh masalode tadi ... kami dapat lihat minyak dah mula nampak panas... tetiba makcik ni ludah dalam minyak panas tersebut! Kami semua tengok sambil tertelan air liur sendiri... rupanya makcik tu nak 'test' minyak tu dah betul2 panas ke tidak macam minyak panas kena air! Tapi ni air ludah makcik tu... err ntahlah dah berapa kilo kita telan masalode  oppss air liur makcik tu... kembang tekak sampai hari ni! Patutlah sedap... teh kangkang dan masalode resepi air ludah.... puihhh!!




Suatu hari kami berhenti makan di Port of  Sudan, sebuah bandar pelabuhan di timur Sudan, kami agak awal dan masih tiada kereta 'parking' di luar restoran tersebut. Sedikit demi sedikit orang semakin ramai menjamu selera dan kami pula nak beransur pulang. Sampai di tempat parking, keliling kereta kami adalah kereta pelanggan restoran yang tidak tersusun menghalang perjalanan kami. Kami membunyikan hon hampir 1/2 jam tiada siapa yang keluar.... stress sampai salah seorang sahabat dengan penuh perasaan melepaskan kemarahannya,  "Din, cuba engkau unta kat tepi jalan tu.... cuba kau tengok unta tu... tengok ... elok aje tersusun keadaannya ...tak macam orang Sudan ni...". Sir cuma tersenyum , "Sabar bro, karang tak sempat tengok bumi Malaysia lagi....."

Terkadang kami juga terfikir dan hairan macamana depa ni melepas 'hajat' di padang pasir yang saujana mata memandang. Tiada sebatang pokok yang boleh dijadikan tempat berlindung untuk melepaskan.  Ada suatu ketika, kami terpandang bagaimana melepaskan teknik melepaskan hajat di padang pasir .... hihihi rupanya depa parking kat mana-mana, duduk dan baju jubah yang labuh itu digunakan untuk menutup muka... kan dah tak nampak!! Hi hi hi  hangpa nak tengok... lantaklah... maaf gambar tidak dapat disertakan demi menjaga maruah orang yang mengambil gambar ... suwey lol!

Hai macam-macam pengalaman sampaikan kat dalam rumah pun ada ceritanya.... kami berpindah ke rumah baru di Khartoum Ithin (2). Lokasi TV dalam rumah tersebut agak kurang tepat jadi kami panggil 'technician' untuk alih TV bermaksud wiring juga hendaklah disediakan di lokasi yang baru. Setelah itu kami keluar rumah untuk makan tengahari sementara 'technician' tersebut menyiapkan tugasannya. 



Setelah pulang ke rumah, kami lihat TV sudah berada di lokasi yang sepatutnya tetapi wiring berselirat membujur lalu melintang patah. Wayar  dalam keadaan yang melintang ditengah2 rumah... err sabar aje ...bila kami panggil 'technician' tersebut.... jawapnya pula, "you said you want to put the TV here so I did that la". Err ...iyelah tapi wayar tu biarlah ikut atas rumah cantik2... tensi tensi.... tak kan la nak citer satu-satu tapi itu adalah caranya. 

Ada sekali kami nak pergi beberapa tempat... jadi kami cakap dengan driver ... pertama, kedua dan ketiga. Dalam perjalanan kami berbincang @ bersembang... sedar-sedar kami dah sampai tempat yang ketiga. Lepas itu baru kami perasan, kena bagi satu arahan dalam satu masa ... agaknya depa ni pakai satu memori card kot! 




Ini cerita pasal hospital apabila seorang kawan kena serangan jantung (ini tak best!!) jadi kami hantar dia ke hospital di Khartoum... selepas melakukan pemeriksaan doktor telah sahkan beliau mendapat serangan jantung dan terdapat 5 saluran tersumbat. Amat perlu dilaksanakan pembedahan segera. Apa prosedurnya? Kata doktor, "Kami akan melakukan 'open heart operation' "  - pergh teknik lama ni...  "Berapa lama pengalaman doktor untuk pembedahan ini?"  "Kami amat berpengalaman iaitu dekat-dekat 6 bulan.... ". Pesakit, "Apa jadi aku tak nak mati kat sini...." Akhirnya kami sepakat menghantar pesakit ke Dubai untuk menjalani pembedahan.

Ada seorang budak universiti sini, sakitnya sebatang gigi ...dicabutnya tiga batang gigi... alasan takut berjangkit kat gigi sebelah.... 

Semoga terhibur secebis kisah pengalaman di benua Afrika...


SirNoordin@2013
Khartoum

Tuesday, June 25, 2013

Kembara Sudan (bahagian 2)

Salam

Masyallah sungguh panasnya hari ini suhu mencecah 43 darjah Celcius bagai tinggal dalam ketuhar! Tengok orang-orang Sudan steady aje... terfikir camno la menjalani ibadah puasa iye. Sepanjang 8 tahun ke Sudan, belum lagi berpeluang menjalani ibadah Ramadhan di sini. Kalaulah ada di sini, jenuh qada' la...



Di Sudan ni, makanan memang superb... masakan Arab Syria, Lubnan,Turki, Afrika dan Eropah memang merata-rata. Sekali termakan Karuff, Kawarejj, Laham Mandy dan Ful Sudan... confirm leleh air liur bila teringat! Kebanyakkannya makanan di sini konsep 'grill bbq' dan agak kering serta tak berkuah... kalau orang Malaysia makan pasti terlekat kalau tak biasa! Secara umumnya, makanan memang sedap!

Sambil-sambil makan, Sir amat suka memerhati karenah orang... tang bab makan memang tak boleh 'challenge' orang Arab... kalau tengok minah Arab makan setalam berserta ayam sebelah mahu fikir 1,000 kali kot nak buat bini...  silap2 makan hempuk dengan kudrat yang dia ada pulak! 

Macam-macam terfikir sehingga teringat filem Godzilla "Size does matter". Maklumlah puak-puak Arab-Afrika ni saiz besar, tersenyum sorang-sorang bila mengenangkan ungkapan. Ini kerana setiap kali Sir terbang dari Dubai ke Khartoum atau sebaliknya... Sir sentiasa berharap agar penumpang sebelah Sir bukan perempuan Arab-Afrika yang extra saiznya. Jika ini berlaku pastinya Sir terpaksa menahan sesak nafas dihenyak ketepi maklum tempat duduk kita suku kena sedekah kat dia...  setakat ini baru kena sekali, mimpi ngeri ...



Bab-bab saiz besar, teringat satu cerita agak menarik melibatkan Puak Nuer yang tinggal di sebelah selatan Sudan... puak ini semua tingginya melebihi 7 kaki. Di sini, ketinggian melambangkan kebijaksaan!! Maka andai kita datang sini jangan haraplah nak dapat 'respect' pasal kita ni pendek! Pendek pula melambangkan kebodohan bagi puak Nuer ni! Kalau depa ni marah, depa akan kata, "@#$#$#% ^$# ...." alih bahasa "Hoii pendek...". Kalau tak cukup tinggi melebihi mereka... tidak perlulah datang membantu sebab anda dan sir bodoh pada pandangan mereka!! Err ..kebanyakan puak ini masih tidak berpakaian baik lelaki mahupun perempuan  ... (ada hati kata orang lain bodoh.... cih!). Gambar di atas adalah gambar puak Nuer.

Terkadang terfikir kenapa negara seperti Sudan perlu dikenakan sekatan ekonomi sedangkan tiada apa-apa di sini. Dikatakan sebab Osama Ben Laden pernah tinggal di sini maka sekatan antarabangsa adalah wajar. Dan beberapa sebab dikaitkan dengan 'keganasan antarabangsa'. 

Sir sempat berbual dengan seorang Prof di sini yang mempunyai pandangan agak berbeza iaitu Sudan merupakan negara yang berpotensi maju hingga mampu menyebabkan negara2 di Teluk dan Afrika lain tergugat. 


Mengikut Prof tersebut, walaupun sudah lebih 20 tahun dikenakan dengan pelbagai sekatan namun Sudan masih mampu bertahan. Tambahan pula, bumi Sudan mempunyai tanah yang amat subur yang di naungi oleh 2 batang Sungai Nile iaitu Blue Nile and White Nile. Apa yang mereka perlukan adalah seorang ketua yang betul-betul mampu membawa negara keluar dari scenario politik yang tidak menentu. Semoga ianya menjadi kenyataan!

Gambar di atas menunjukkan pertemuan dua sungai Nile - Blue Nile and White Nile yang membentuk Sungai Nile terus ke Mesir. Kebanyakkan sungai-sungai di dunia akan mengalir dari Utara ke Selatan tetapi Sungai Nile mengalir sebaliknya kerana itu sungai ini dikenali sungai yang mengalir ke Syurga. 




Alhamdulillah sejak tahun 2010 datang kembali ke Sudan sebagai 'trainer', sir telah mengajar dan mengiktiraf lebih dari 400 eksekutif dalam pelbagai bidang mengikut kepakaran sir. Inilah sebahagian dari tanggungjawap dan jihad untuk membantu saudara seislam kita dalam meningkatkan nilai tambah ilmu mereka. Di sini Sir dikenali dengan "Ustaz Nur"... hihihi

Semoga terus diberi ketabahan dalam melaksanakan tanggungjawap ini walau jauh di sudut hati sudah mula terasa 'penat' terbang ke sana-sini. Hingga ada ketika terasa tempat tidur dan rehat sir adalah kapalterbang yang sentiasa terbang membawa sir menyampai ilmu setitis ini. 

Yang paling terasa di hati semasa sir pulang ke rumah setelah lama merantau, anak sir yang berumur 5 tahun berkata dengan penuh gembira, "Yeahhhhh, abah datang ..yeah....abah datang..... " 


"Err... Abah baliklah bukan abah datang ..... "



SirNoordin@2013
Khartoum Sudan



Kembara Sudan bahagian 3

Thursday, June 20, 2013

Kembara Sudan (bahagian 1)

Salam 

Diam tak diam sudah 8 tahun setengah Sir berulang-alik ke bumi Khartoum, Sudan Afrika Utara. Betul kata orang Arab, "jika kita terminum atau termandi air Sungai Nile kita akan sering kembali ke bumi ini". Terfikir-fikir juga bila masa tertelan air Sungai Nile samada di Khartoum atau Cairo. 




Perjalanan pertama bermula pada Feb 2005 atas tugasan untuk membina sistem pengangkutan trailer untuk menghantar sumbangan makanan dunia ke bumi Daffur. Masih jelas terasa apabila pintu pesawat Emirates terbuka di Khartoum hawa panas menerjah ke muka bagaikan terkena hawa panas ketuhar. Ada di antara kami tetiba 'black-out' dan tidak mahu berkerja disini. Sir pula tak sabar-sabar maklumlah kali pertama menjejak kaki di bumi Afrika. 




Oleh kerana ini pertama kali bertugas di negara orang kulit hitam yang purata ketinggian separas alang pintu dan perwatakan agak keras - terasa hati nak menyepak terajang aje puak-puak ini! Namun semakin kita mengenali disebalilk perwatakan kasar tersebut, hati mereka baik-baik - ahlan wasahlan! Walaupun begitu secara tidak sengaja ada juga seorang Arab-Afrika 6' 2" yang dilambung oleh Sir akibat terkejut... haiya kung-fu lol! 




Setelah bertugas beberapa hari di bandar Khartoum, kami mula bergerak ke Port of Sudan  dengan kapalterbang yang sungguh mengerikan. Maklumlah negara yang di bawah sekatan antarabangsa 'Embargo' pastinya kapalterbang Sudan Air tidak diselenggara dengan baik malahan tiada 'spare-part'. Mulanya tidaklah takut sangat tetapi bila melihat orang Sudan membaca Al-Quran disepanjang penerbangan tetiba seram sejuk dan sesak nafas... apa lagi baca ajelah apa yang telah dihafal. Seram oii!! 


Kat sini kapalterbang jatuh macam kereta eksiden aje... 

Di Port of Sudan, sempat juga menjejak kaki di Laut Merah yang diseberang sana adalah bumi kelahiran Nabi Muhammad saw. Yang paling menarik adalah banyak 'lobster' yang ditangkap tetapi pada mahzab orang sini haram dimakan ..ha ha ha lantak korang la ... hari-hari Sir makan lobster masak kari, masak cili, masak apa2 aje lah ..sampai main buang2 aje... murah kalau kat Malaysia paling kurang Rm150 seekor!


Perjalanan diteruskan melalui jalan darat yang jaraknya beribu-ribu kilometer menuju El-Obeit menyusuri sempadan Etopia dan Erithia. Keluar air mata melihat kemiskinan orang2 disini tanpa keperluan asas seperti air dan letrik. Barangkali sudah biasa dengan kehidupan begini. Sir selalu terfikir kenapalah tok-tok orang Sudan ni datang ke bumi gersang ni yang panasnya hingga mencecah 48 Celcius... pergilah ke utara macam Cairo ke, London ke, Italy ke .. bukankah nyaman?! Tetapi orang sini jawap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain - kununnya begitulah dalam bahasa Malaysia. 



Perjalanan memakan masa 3 hari - Sir tengok 'driver' Sir namanya William steady aje memandu,  rupanya kantoi pekena ganja sebelum bawa kereta...patutlah steady aje ..err sir pun pakai tali pinggang kalendar demi keselamatan kot2 la terbalik ke! Dalam perjalanan dari Kassala ke El-Obeit secara tiba-tiba terdengar letupan yang kuat ....astagfirullah... bunyi tembakan ke err seramnya... bila jip kami dah berhenti William kata, "tayar pancit dah......"

Orang Sudan ni kalau bab kerja memang ada falsafah iaitu IBM - Insyallah + Bukhura + Mafimuskilla (Insyallah - Esok - No Problem). Bila kita hendak sesuatu dari mereka, jawapan pertama mesti Insyallah. Bila tanya lagi, depa jawap Bukhura (esok). Oklah, esok tanya lagi, jawap depa "Mafimuskilla (no problem)'. Baguslah No Problem...dah siap ke belum? Depa jawap, "Insyallah" dan begitulah seterusnya untuk tempoh yang tak sudah-sudah. Sabar aje lah! 




Suatu hari bos Sir dari Malaysia tanya, "Noordin, mana report you?". Sir jawap, "Insyallah" dan seterusnya "Bukhura" dan "Mafimuskilla" .... sorry bos, kena balik Malaysia - kepala sudah fening.... 



Bersambung....


Kembara Sudan bahagian 2
Kembara Sudan bahagian 3

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...