Tuesday, June 25, 2013

Kembara Sudan (bahagian 2)

Salam

Masyallah sungguh panasnya hari ini suhu mencecah 43 darjah Celcius bagai tinggal dalam ketuhar! Tengok orang-orang Sudan steady aje... terfikir camno la menjalani ibadah puasa iye. Sepanjang 8 tahun ke Sudan, belum lagi berpeluang menjalani ibadah Ramadhan di sini. Kalaulah ada di sini, jenuh qada' la...



Di Sudan ni, makanan memang superb... masakan Arab Syria, Lubnan,Turki, Afrika dan Eropah memang merata-rata. Sekali termakan Karuff, Kawarejj, Laham Mandy dan Ful Sudan... confirm leleh air liur bila teringat! Kebanyakkannya makanan di sini konsep 'grill bbq' dan agak kering serta tak berkuah... kalau orang Malaysia makan pasti terlekat kalau tak biasa! Secara umumnya, makanan memang sedap!

Sambil-sambil makan, Sir amat suka memerhati karenah orang... tang bab makan memang tak boleh 'challenge' orang Arab... kalau tengok minah Arab makan setalam berserta ayam sebelah mahu fikir 1,000 kali kot nak buat bini...  silap2 makan hempuk dengan kudrat yang dia ada pulak! 

Macam-macam terfikir sehingga teringat filem Godzilla "Size does matter". Maklumlah puak-puak Arab-Afrika ni saiz besar, tersenyum sorang-sorang bila mengenangkan ungkapan. Ini kerana setiap kali Sir terbang dari Dubai ke Khartoum atau sebaliknya... Sir sentiasa berharap agar penumpang sebelah Sir bukan perempuan Arab-Afrika yang extra saiznya. Jika ini berlaku pastinya Sir terpaksa menahan sesak nafas dihenyak ketepi maklum tempat duduk kita suku kena sedekah kat dia...  setakat ini baru kena sekali, mimpi ngeri ...



Bab-bab saiz besar, teringat satu cerita agak menarik melibatkan Puak Nuer yang tinggal di sebelah selatan Sudan... puak ini semua tingginya melebihi 7 kaki. Di sini, ketinggian melambangkan kebijaksaan!! Maka andai kita datang sini jangan haraplah nak dapat 'respect' pasal kita ni pendek! Pendek pula melambangkan kebodohan bagi puak Nuer ni! Kalau depa ni marah, depa akan kata, "@#$#$#% ^$# ...." alih bahasa "Hoii pendek...". Kalau tak cukup tinggi melebihi mereka... tidak perlulah datang membantu sebab anda dan sir bodoh pada pandangan mereka!! Err ..kebanyakan puak ini masih tidak berpakaian baik lelaki mahupun perempuan  ... (ada hati kata orang lain bodoh.... cih!). Gambar di atas adalah gambar puak Nuer.

Terkadang terfikir kenapa negara seperti Sudan perlu dikenakan sekatan ekonomi sedangkan tiada apa-apa di sini. Dikatakan sebab Osama Ben Laden pernah tinggal di sini maka sekatan antarabangsa adalah wajar. Dan beberapa sebab dikaitkan dengan 'keganasan antarabangsa'. 

Sir sempat berbual dengan seorang Prof di sini yang mempunyai pandangan agak berbeza iaitu Sudan merupakan negara yang berpotensi maju hingga mampu menyebabkan negara2 di Teluk dan Afrika lain tergugat. 


Mengikut Prof tersebut, walaupun sudah lebih 20 tahun dikenakan dengan pelbagai sekatan namun Sudan masih mampu bertahan. Tambahan pula, bumi Sudan mempunyai tanah yang amat subur yang di naungi oleh 2 batang Sungai Nile iaitu Blue Nile and White Nile. Apa yang mereka perlukan adalah seorang ketua yang betul-betul mampu membawa negara keluar dari scenario politik yang tidak menentu. Semoga ianya menjadi kenyataan!

Gambar di atas menunjukkan pertemuan dua sungai Nile - Blue Nile and White Nile yang membentuk Sungai Nile terus ke Mesir. Kebanyakkan sungai-sungai di dunia akan mengalir dari Utara ke Selatan tetapi Sungai Nile mengalir sebaliknya kerana itu sungai ini dikenali sungai yang mengalir ke Syurga. 




Alhamdulillah sejak tahun 2010 datang kembali ke Sudan sebagai 'trainer', sir telah mengajar dan mengiktiraf lebih dari 400 eksekutif dalam pelbagai bidang mengikut kepakaran sir. Inilah sebahagian dari tanggungjawap dan jihad untuk membantu saudara seislam kita dalam meningkatkan nilai tambah ilmu mereka. Di sini Sir dikenali dengan "Ustaz Nur"... hihihi

Semoga terus diberi ketabahan dalam melaksanakan tanggungjawap ini walau jauh di sudut hati sudah mula terasa 'penat' terbang ke sana-sini. Hingga ada ketika terasa tempat tidur dan rehat sir adalah kapalterbang yang sentiasa terbang membawa sir menyampai ilmu setitis ini. 

Yang paling terasa di hati semasa sir pulang ke rumah setelah lama merantau, anak sir yang berumur 5 tahun berkata dengan penuh gembira, "Yeahhhhh, abah datang ..yeah....abah datang..... " 


"Err... Abah baliklah bukan abah datang ..... "



SirNoordin@2013
Khartoum Sudan

No comments:

Post a Comment