Salam
Alhamdulillah dengan dengan izin dan rahmat Allah swt, kita telah menganjurkan Kem Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) 3 hari 2 malam di Nur Laman Bestari pada 3hb Jun dengan kehadiran seramai 112 peserta.
Pelbagai aktiviti yang membentuk jatidiri yang cemerlang, komunikasi berpasukan, teknik belajar melalui pola diri, Smarts Impian, Smarts Amazing Race dan Kembara Hutan telah dijalankan dengan sokongan yang baik dari peserta program.
Melatih minda memberi tumpuan dan keberanian menonjolkan kepimpinan diri
Melepas lelah dari serangan pacat bertubi-tubi... (hihihi)
Kesungguhan dalam perjuangan... lumpur busuk dan basah kuyup, pasti ada yang menang dan kalah. Itu adat! Tetapi kesungguhan yang ditunjukkan... itu adalah kemenangan!
Ini kerana ANDA BIJAK ANDA BOLEH!
Kerana anda cemerlanglah maka kem ini adalah kem yang terbaik yang pernah sir tempuhi.
Tidak lupa juga fasi-fasi yang bertugas siang dan malam demi memastikan keselamatan semua peserta... terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Bro, Mualim Adzeem, Tuan Abu, Kak Dell Teknologi, Kak Long Kawasan, Kak Ain, Kak Ika, Kak Mariam danKak Anise. Juga kepada pasukan belakang tabir yang diketuai oleh En Zurairi, Kak Ezah dan Kak Linei.
Err... kepada fasi-fasi baru yang meneropong bunian di atas pentas, menjaga penunggu pokok, tangan bersilang (rabun mata), santau meja dan lain2 lagi... maaf dipohon! Memang niat nak pekena agar kelak tinggi Emotional Intelligence (EIQ) selain menambah kemesraan...
Sampai jumpa lagi... "lukislah impian mu di canvas alam..... agar alam mendoakan kejayaanmu".
SirNoordin2013-
Smarts Coach
Alhamdulillah dengan dengan izin dan rahmat Allah swt, kita telah menganjurkan Kem Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) 3 hari 2 malam di Nur Laman Bestari pada 3hb Jun dengan kehadiran seramai 112 peserta.
Pelbagai aktiviti yang membentuk jatidiri yang cemerlang, komunikasi berpasukan, teknik belajar melalui pola diri, Smarts Impian, Smarts Amazing Race dan Kembara Hutan telah dijalankan dengan sokongan yang baik dari peserta program.
Melatih minda memberi tumpuan dan keberanian menonjolkan kepimpinan diri
Melepas lelah dari serangan pacat bertubi-tubi... (hihihi)
Kesungguhan dalam perjuangan... lumpur busuk dan basah kuyup, pasti ada yang menang dan kalah. Itu adat! Tetapi kesungguhan yang ditunjukkan... itu adalah kemenangan!
Ini kerana ANDA BIJAK ANDA BOLEH!
Kerana anda cemerlanglah maka kem ini adalah kem yang terbaik yang pernah sir tempuhi.
Tidak lupa juga fasi-fasi yang bertugas siang dan malam demi memastikan keselamatan semua peserta... terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Cik Bro, Mualim Adzeem, Tuan Abu, Kak Dell Teknologi, Kak Long Kawasan, Kak Ain, Kak Ika, Kak Mariam dan
Err... kepada fasi-fasi baru yang meneropong bunian di atas pentas, menjaga penunggu pokok, tangan bersilang (rabun mata), santau meja dan lain2 lagi... maaf dipohon! Memang niat nak pekena agar kelak tinggi Emotional Intelligence (EIQ) selain menambah kemesraan...
Sampai jumpa lagi... "lukislah impian mu di canvas alam..... agar alam mendoakan kejayaanmu".
SirNoordin2013-
Smarts Coach
No comments:
Post a Comment