SirNoordin
Bandar Seri Begawan
Sebuah Himpunan Kenangan dan Bekalan Jiwa Untuk Pengembaraan Mereka Nanti. Dari dasar lautan biru hingga ke puncak tertinggi setiap langkah dalam kembara ini mengajar aku satu hakikat — bahawa hidup ini jauh lebih indah apabila dipandu oleh hati mendekati-Nya.
SirNoordin
Bandar Seri Begawan
Kata orang hidup ini sentiasa mempunyai pilihan. Kita yang empunya diri membuat pilihan atas kehendak kita. Secara umumnya pilihan kita ada - Nak ke Tak Nak? Kita perlu buat keputusan samada Nak ke Tak Nak. Jika kita mengambil keputusan untuk tidak membuat pilihan, sebenarnya kita telah mengambil keputusan Tak Nak. Pilihan yang ada seumpama Binary Code - O atau 1. Logik?
![]() |
Sekadar gambar hias |
Kita sering berharap agar dapat diberi pelbagai pilihan bagi memudahkan untuk membuat kepiutusan. Kadang2 plihan yang memberi kelebihan untuk memilih namun kadang2 ianya menjadi beban kerana segala pilihan yang ada merupakan yang terbaik. Ternyata memberi kemudahan juga kepayahan. Pada ketika itu kita harap hanya ada 2 plihan - yang aku suka dan yang aku tak suka. Senang untuk membuat plihankan?
Seumpamanya kita pergi ke restoran yang menghidangkan pelbagai jenis juadah yang begitu mengiurkan. Sukar untuk membuat keputusan kerana semuanya enak dan dalam masa yang sama kita juga melihat poket kita dan juga berapa banyak yang kita makan dalam satu2 masa. Kita ke hulu hilir melihat pelbagai juadah dan dalam masa yang jenuh berfikir apa yang kita inginkan sebenarnya. Payah juga. Pada ketika ini kita berharap hanya ada sedikit pilihan yang mudah tanpa perlu berfikir panjang. Berharap agar restoran ini hanya menjual satu juadah yang terkenal sedapnya. Tidak perlu untuk ke hulu hilir. Hanya sekadar duduk dan tuan kedai terus menghantar satu2nya pilihan yang ada di situ. Mudahkan! Namun bila dipersimpangan seperti ini kita akan mengambil keputusan dan membuat pilihan yang dirasakan tepa. Dan berkata, "lain kali datang boleh cuba juadah lain pula". Move on!
Itu kalau diberi pelbagai pilihan dalam satu2 masa.
Tidak semua keputusan dalam hidup seperti itu. Barangkali kita masih bernasib baik untuk diberikan pelbagai pilihan, namun tidak satupun menjadi pilihan kita. Tidak satu pilihan yang ada mengikut kehendak kita. Kita diberi sepuluh pilihan yang berlain yang tidak satu pun menjadi pilihan hati. Bukan kehendak kita. Bagaimana?
Itu adalah realiti kehidupan! Kita katakan kita tiada pilihan namun dengan apa yang ada, kita perlu membuat keputusan. Samada kita memilih untuk Tak Nak pada semua pilihan yang ada. Atau buat keputusan pada pilihan yang bukan kehendak kita dan Move On! Itu sahaja yang perlu dilakukan. Move On!
Andainya kita membuat keputusan Tak Nak, kita seumpama masih tersangkut ditakuk lama dan berharap agar suatu hari nanti kita akan dipilihan mengikut kehendak hati kita. Teruslah berharap agar pilihan mengikut kehendak kita akan hadir. Namun realiti kehidupan jika kita tidak Move On, kita tidak akan mendapat 'pilihan mengikut kehendak kita' kerana kita masih tersangkut pada takuk lama.
Bayangkan pula seandainya kita diberi hanya satu pilihan dan bukan pula pilihan kehendak hati kita. Senang kata tiada pilihan. Take it or leave it. Lihat penduduk kebuluran di negara2 Afrika - apa sahaja makanan yang diberikan, mereka makan tanpa banyak soal kerana mereka faham realiti kehidupan mereka. Pilihan yang ada - makan saja sebab pilihan kedua kalau tidak makan kebulur dan mati!
Lihat sahaja dewasa ini akibat dari Covid19 - pilihan yang ada semakin mengecil dan sempit. Siapa sangka industri penerbangan akan jatuh ketahap yang begitu teruk sekali. Jangankan cabin crew, pilot juga diberhentikan. Siapa sangka perkara ini akan terjadi ketahap yang begitu menyedihkan sekali? Berkerja sebagai pilot dan cabin crew sentiasa menjadi idaman ramai orang namun sekarang ini perkerjaan itu bukan pilihan. Malahan ada pilot sudah membawa Grab untuk meneruskan langsungan hidup. Ada yang sudah move on, ada yang masih mempertahan ego. Itu hak masing2.
Sama juga seandainya kita bercita2 untuk menjadi pilot dalam 5 tahun akan datang, rasanya buat masa ini pilot bukanlah perkerjaan yang menjamin peluang pekerjaan yang cerah. Ini sekadar contoh. Banyak lagi pekerjaan yang sudah tidak terjamin samada ianya mampu bertahan ataupun tidak. Tergantung kepada berapa cepat ekonomi kita akan pulih dari pandemik Covid19.
Kita tak suka kerja ini atau itu - itu bukan pilihan lagi. Seandainya kita mendapat peluang untuk berkerja -ambil dan mula kerja. Jangan terlalu memilih hanya kerana kita ada Sarjana maka perlulah mencari kerja yang bersesuaian dengan tingkat ilmu kita. Iyelah dah belajar selama 3-7 tahun, tetiba dapat kerja biasa2 aje. Tak patutkan? Memang tak patutlah namun apa pilihan yang ada untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Baru2 seorang kawan sir melalui satu interview di sebuah syarikat swasta. Dia ni high flyer yang sebelum ini pun berpendapatan 30k ke atas. Diakhir interview, Human Resource mengatakan biasanya jawatan ini pakej adalah 40k ke atas namun dalam situasi sekarang ini, kami boleh offer 20k - take it or leave it! Pilihan yang ada hanyalah terus menganggur sementara mendapat offer yang lebih atau Move On - ambil dan mula berkerja. Sir faham andainya dia terima, untuk next jump agar sukar untuk kembali keparas 30k ke atas namun apa pilihan yang ada ketika ini. Entah2 next jump pun mungkin tidak wujud untuk tempoh 5 tahun ini.
Mulakan langkah pertama - Move On dengan keputusan yang bukan kehendak kita dahulu. Bila kita sudah mula bergerak, pasti akan hadir pilihan yang memihak kepada kita. Pilihan itu mungkin bukan yang terbaik namun kita jadikan ia sebagai yang terbaik. Make it perfect! Jangan terus berharap untuk mendapat 'perfect life' tetapi terus berusaha untuk menjadi kehidupan kita 'perfect'. Jadikan ianya suatu yang perfect buat diri kita sendiri. Bahagiakan diri dengan pilihan yang ada.
SirNoordin
https://www.youtube.com/channel/UCuxn6jEpk6726hNuXv6wJXQ/videos?view_as=subscriber
911 - Photo- Google Image Search |
![]() |
Sekadar Gambar Hias |
![]() |
Beriadahlah |
![]() |
. |
![]() |
Nothing happen without efforts |
![]() |
One step at the time, all its takes to get you there |
Contoh : Kesimpulan dari budget terperinci ... |
![]() |
Keseimbangan itu penting |
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023 Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...