Hari ini sir nak berceloteh tentang masa. Sir perhatikan ramai orang sekarang tidak begitu menghormati masa walaupun ada jam tangan dan handphone yang canggih. Erti kata tidak menghormati masa bukan sekadar lewat pada temujanji tetapi lebih meluas lagi iaitu melakukan perkara2 yang lalai dan tidak memberi manfaat untuk diri di dunia mahupun akhirat. Kata orang masa itu emas, malahan lebih dari emas. Jika emas hilang masih boleh dicari tetapi jika masa terlepas tak mungkin boleh dikembalikan. Tak tau lah jika "back to future" sudah menjadi kenyataan di tahun 2020 ini...
![]() |
Sekadar Gambar Hias |
Anak2 hari ini jika bermain games di handphone mahupun PC, berjam2 lamanya, begitu khusyuk sekali. Jika dipanggil pasti tidak layan mereka. Begitu khusyuk bermain sehinggakan tidak sedar apa yang berlaku sekeliling. Malahan sudah berlaku sehingga mengakibatkan kematian - brain dead, bola mata jadi mereng kerana posisi sering berbaring dan fokus pada 'games' berjam2 lamanya dan pelbagai lagi 'cyber sickness'.
Bayangkan ketika anda begitu fokus bermain 'games' tiba2 anda rasa mati -'brain dead' terjadi. Otak semakin pelahan dan tidak berfungsi. Anda dapat melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat. Anda mungkin dapat mendengar tetapi tidak dapat mengolah apa yang didengar. Anda telah koma tanpa sedar!
Kajian menunjukkan "Playing video games weakens the brains of young people and puts them at greater risk of dementia in later life, new research suggests" - by
Rule sir simple! Jika nak bermain games, mainlah dengan syarat - kita mampu berhenti bermain apabila dipanggil oleh ibubapa ataupun keperluan mengendalikan perkara2 yang lebih penting dan berfaedah. Malahan jika panggilan solat hadir di saat kita benar2 khusyuk bermain, kita mampu berhenti serta -merta. Boleh ke? Jika mampu bertegas dengan diri sendiri, bermainlah. Jika tidak, lupakan sahaja games tersebut.
Kita hidup ada tujuan. Bukan seperti haiwan yang hanya makan minum berak beranak dan akhirnya mati!
Kita hidup ada tujuan untuk dunia - memakmurkan setiap hela nafas dan menyediakan diri untuk akhirat. Selari dengan kata2 hikmat ini - berkerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun dan beramallah seolah2 kamu akan mati esok hari.
Kita disarankan untuk berkerja keras untuk menyara kehidupan kearah yang lebih baik dan dalam masa yang sama menyiapkan diri untuk bertemu yang Maha Esa di akhirat kelak. Pada setiap masa yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan perkara2 yang berfaedah bukan perkara2 yang melalaikan & membazir.
Dari zaman Tok Adam sampai sekarang masih tetap 24 jam sehari semalam. Tidak pernah berkurang atau berlebihan walaupun sesaat sekali pun. Bezanya adalah jika dahulu 24 jam sehari terasa amat lama sebaliknya hari ini terlalu panas berlalu. Kenapa? Apakah nikmat masa sudah diangkat sehingga 24 jam sehari sudah tidak dapat menampung keperluan harian kita ? Apakah kita terlalu sibuk hingga tidak mampu menikmati nikmat masa?
Sekian lama kita merintih hari2 kerja mahupun sibuk kerja banyak sampai tak de masa nak bercuti. Tidak ada masa bersama keluarga. hari2 kerja.. bila tutup mata (mati) baru tak kerja. Kalau bercuti pun terasa singkat, nak balik kerja esoknya.
Ketika Corona @ C19 ini, rasanya ramai sudah bercuti lebih dari 30 hari akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang gaji jalan macam biasa dan ada yang senak perut memikir apa yang hendak dimakan petang nanti. Tapi yang pasti ramai sudah mula bosan berada dalam rumah sehingga tidak tau apa yang perlu dilakukan lagi selain dari makan dan tidur. Terasa lebih letih berada di rumah dari di pejabat. Bagi yang biasa dirumah - suri rumah tangga sepenuh masa juga terasa bosan kerana tidak dapat keluar walaupun ke kedai mahupun ke pasar.
Malangnya apabila masa lapang telah diberikan namun ramai pula rasa bosan kerana tidak mampu memikirkan apa yang perlukan dilakukan dikelapangan ini. Kebosanan berlaku akibat kerana kita tidak punya objektif dan target. Kita tidak bersedia untuk menghadapi masa yang terluang. Akhirnya masa yang berharga menjadi sia2. Sekadar makan, tidur, menonton TV dan main games seharian sehingga ianya menjadi rutin.
Cuba bayangkan betapa banyak perkara yang kita ingin lakukan ketika sibuk dahulu namun bila diberi peluang, segalanya disia2kan. Err tak kanlah nak baca Quran 24 jam ... hmm main games 24 jam bolehlah pulak kan!!
Berbalik kepada Objektif dan Target!
Tidak kiralah apa jua objektif kita, selama ianya berfaedah ianya memberi manfaat kepada masa yang terluang, ianya memberikan kesan positif. Untuk menguatkan kehendak diri untuk mencapai objektif kita - letakkan target yang cabar.
Contoh:
Ingin menghafal surah2 tertentu dalam tempoh tertentu. Pastinya kita akan berusaha keras untuk mencapainya.
Ada yang letak target 100 push-up sehari - barangkali objektif untuk mempunyai tubuh yang sasa. Ada yang berobjektif untuk menulis buku/ blog/ FB dan diletakkan sehari 10 helai atau 1 artikel. Tak kisahlah...
Yang penting ada objektif dan target! Sehari satu kejayaan!
Jadi, sudah berapa surah berjaya di hafal setakat ini? Berapa bab sudah tertulis? Berapa artikel sudah dikeluarkan?
![]() |
Beriadahlah |
Maka manfaatkan setiap masa yang ada. Jangan sampai ada masa kosong yang dibiarkan tanpa dimanfaat. Segala yang kita lakukan jika diniatkan dengan betul, maka akan jadi ibadah. Masa adalah rezeki yang diberikan. Setiap rezeki adalah nikmat yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Jangan didustai nikmat yang telah diberikan. Jadi, berapa kejayaan yang telah kecapi semenjak diberi nikmat masa ini?
SirNoordin
No comments:
Post a Comment