Wednesday, April 15, 2020

Sikit Demi Sikit

Salam hormat 


Rasanya semua orang kian maklum kesan dari Covid19 atau c19 yang semakin dirasai baik dari segi kesihatan, sosial mahupun ekonomi. 

Sekadar gambar hias

Baru2 ini sir difahamkan ada diantara rakan sir sudah menerima potongan gaji sebanyak 50% malahan lebih teruk lagi sudah ada dibuang kerja. Itu bagi yang berkerja makan gaji. Bagaimana pula yang gaji hari mahupun menjalankan perniagaan kecil2an Tak lupa juga bagi mereka yang menjadi 'trainer' yang bergantung kepada hari latihan juga amat terkesan. 

Semakin lama sekatan perjalanan semakin terkesan ekonomi namun apakan daya sistem kesihatan bukan boleh dibawa bergurau. ITerlalu amat berharga. Apalah erti berwang tapi sakit memanjang. Apa guna poket tebal, selera makan tak menentu terhalang oleh berbagai2 penyakit. 

Minggu lepas sir terima mesej dari FB dari orang yang tidak dikenali. Memohon sedikit bantuan... 

"Assalamualaikum.. minta maaf ganggu..saya nak cuba nasib jika ada rezeki saya dan anak2... suami sejak PKP dah tak kerja. polis tak benarkan. suami ambik upah potong rumput dan servis aircond.. jadi dah 2 minggu kami catu makanan.. duit tinggal rm30 ja ni... pampers, susu pun dah tak ada.. jika tak keberatan nak minta sedikit bantuan dari pihak tuan.. minta maaf sangat terpaksa minta" 

Ini adalah sebahagian dari cerita yang terpaksa dilalui oleh kebanyakan orang ketika ini. Sangat menyayatkan hati. Namun ketika ini ramai juga diantara rakan2 sir menggunakan saluran media sosial untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Semoga berterusan kerana kita sedang mengalami rentetan dari gelombang2 yang memedihkan yang memerlukan kerjasama yang utuh. 

Kita perlu hadapi satu persatu dengan tenang. Buat masa ini, perjuangan kita hanya duduk dirumah sehingga selesai pendemik C19 ini. Putuskan dulu C19. Selesai perkara ini, kita tumpukan untuk meningkat ekonomi setempat. Kita harus balik kepada "basic survival". Fokus kembali kepada keperluan bukan keinginan. Selesaikan segera hutang piutang dan hentikan keperluan untuk berhutang. Usaha, doa dan tawakal! 

"Ya Allah... murahkan rezekiku, luaskan rezekiku, berkati rezekiku dan lepaskan aku dari segala hutang piutangku" 

Bagi yang ada lebih, pergunakan dengan sebaik2nya. Terus menyimpan agar dapat digunakan disaat yang benar2 perlu. Sekurang2 boleh terus bersedekah dan berzakat demi membantu insan lain yang memerlukan. 

Beberapa minggu lepas, kebanyakkan kita telah melakukan panic buying. Memandangkan keadaan semakin tidak menentu, perlu juga kita laksanakan panic saving. Hendak simpan apa lagi... bagi yang dapat pelepasan bank selama 6 bulan - moratorium, sebaiknya simpan duit tersebut untuk keperluan di masa akan terdesak. 

Pada kebiasaannya, 60-70% pendapatan digunakkan untuk membayar pinjaman bank... bererti kebanyakkan kita hidup dengan lebihan 30%. 60%-70% pelepasan pinjaman boleh menjamin sekurang2nya 2.5 bulan perbelanjaan. Jika ini adalah asasnya, dengan duit moratorium boleh digunakan selama 2.5 x 6 bulan = 15 bulan. Jika berjimat habis2an, barangkali boleh bertahan 18 bulan iaitu 1.5 tahun. Ini adalah contoh jika kita hanya berbelanja 30% pendapatan dan 70% digunakan untuk membayar hutang2 bank. 

Paling kurangpun, pelepasan 6 bulan moratorium dapat digunakan selama setahun juga memberikan satu kelebihan. Berjimatlah... 

Potonglah segala perbelanjaan yang tidak diperlukan... bertahan dengan keadaan yang paling minimum untuk setahun dua ini. Belajar untuk menyimpan berasas konsep yang pernah sir terang pada nota2 yang lepas. Tidak pernah terlambat untuk memulakan. Namun cabaran melaksanakan agak sukar tetapi tidak mustahil. 

Semasa sir merantau di Sudan dahulu, sir pernah melihat ramainya orang yang hartanya hanya sehelai baju di badan. Tiada makanan. Tiada rumah untuk berteduh cuma beralaskan padang pasir yang tandus. Sangat menginsafkan. Mereka tidak pernah berpeluang untuk hidup senang namun terus bersyukur dengan sekeping roti pemberian dari orang ramai. 

Hmm... namun sesusah2 mereka, mereka tiada hutang bank yang mengejar saban bulan!!

Cubalah berjimat cermat, menyimpan sedikit demi sedikit, potong semua perbelanjaan yang tidak perlu.....yang sukar adalah untuk tetap berdisiplin dalam melaksanakannya. 

Sikit demi sikit, lama-lama jadi bukit!


Sekadar berkongsi 

SirNoordin

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...