Wednesday, April 1, 2020

Simpanlah Walaupun Tidak Cukup Part 3

Salam hormat 


Sambungan dari Simpanlah Walaupun Tidak Cukup Part 3


.

Dahulu ketika mula2 berkongsi teknik ini dengan orang, pelbagai alasan yang sering diberikan, Masa itu sangat bersemangat untuk berkongsi kerana kita sudah berjaya melakukan. Ada pula kawan yang berpendapatan harian juga berjaya melakukan dengan jayanya. Memang semangat tinggi ketika itu, namun semua berminat hendak tahu tetapi disipilin koyak! 


Antara alasan2 yang biasa diterima diantaranya ialah... 

- pendapatan tak cukup, camno nak menyimpan
- hutang banyak, nak settle dulu 
- bagilah modal sikit buat semangat untuk menyimpan 
- kau tak pelah gaji besar, bolehlah menyimpan 
- aku gaji hari, sudah nak plan
- aku gaji bulan, dapat gaji bayar hutang bank... cukup2 je belanja
- aku berniaga ...payment masuk tak tetap... susah nak plan 
- dan macam2 lagi... 


Kadang2 rasa pelek juga kerana hendak diajar ilmu teknik menyimpan, pelbagai alasan dikemukakan. Lumrah manusia sering mengadu susah dan tak cukup duit nak buat belanja namun disuruh berubah pelbagai alasan pula.

Belum bermula dah gagal.... kurang2 cubalah dulu, kalau gagal cuba lagi...dan terus mencuba.  Ini tidak, belum bermula dah berakhir. Dari 50 orang yang sir kongsikan hanya satu sahaja yang berjaya. Mungkin kebetulan juga dapat seorang yang berjaya. Barangkali jika diuji dengan 1000 orang, mungkin angka satu masih kekal. 

Menyimpan wang tidak perlu menunggu bergaji besar dan kaya baru boleh mula menyimpan. Biasanya lagi kaya orang itu lagi banyak pula hutangnya. Lagi besar periuk lagi tebal kerak. Sama aje situasi apabila keinginan mengatasi keperluan. Kalau tak berwang pakai kereta Viva - $600 sebulan dan kaya sedikit pakai Honda - $1800 sebulan; cuti2 Malaysia $2000 sementara cuti2 luar negara $20000. Mungkin yang kaya sikit, mampu simpan sikit namun tak konsisten. Mungkin mampu bertahan 1-2 bulan jika hilang punca pendapatan dan bagi yang tidak berwang pula mungkin mampu bertahan 1-2 minggu. Jalan cerita sama jika tidak bersedia dan tidak mahu berubah sekarang, terdampar mengenangkan nasib badan. 


.

Apa yang susah sangat tentang teknik ini? 

Kalau diberikan $1 maka simpanan tetap anda adalah 10 sen. Kalau ada $10 maka $1 diasingkan untuk menjadi simpanan tetap. Semakin banyak pendapatan, semakin banyak simpanan tetap anda semua. 

Janganlah tunggu dah dapat $10000 baru mula nak menyimpan 10% iaitu $1000, nanti terasa banyaklah pula sebab disiplin menyimpan belum terbina dalam diri. Hilang pertimbangan jika perlu menyimpan sebanyak itu kan? Maklumlah diri masih diselimuti keinginan yang membuak2.dan juga sebelum ini tidak pernah dapat apa yang diinginkan tetiba ada peluang untuk memenuhi kehendak diri. Apa salahnya kan?


Kita masih bercerita tentang Langkah pertama ..belum masuk lagi langkah kedua dan seterusnya. Kerana langkah satu amat payah dilaksanakan kerana intipati langkah satu adalah disiplin diri.

Itu yang paling utama, bukan pada jumlah yang disimpan tetapi pada kekuatan dalam membina disiplin diri yang utuh. 


Persoalan sebenar adalah hendak berubah ke tak nak berubah? Jika hendak berubah, harus berkorban. Ubah gaya hidup. Nak ubah apa lagi, sekarang pun dah susah. Jika sekarang dah susah kenalah berkorban untuk lebih susah lagi sebelum kembali senang. Ini adalah pengorbanan yang perlu ditempuhi agar dapat mengubah dan meningkat taraf hidupan dikemudian hari. 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah apa2 pada diri mereka sendiri - Surah Ar Rad,11

Apa yang kita lakukan ini adalah untuk membina disiplin diri yang kuat seterusnya menjadi tabiat untuk menyimpan walaupun sekecil mana sekalipun. Kebiasanya bila nilai simpanan sudah mula menampakkan hasil, kita akan diuji dengan keinginan yang tidak mampu dikawal. Alasan, dah lama aku mengidam benda itu ini, baru sekarang ada peluang untuk mendapatkannya. Akhirnya 'break the rule', gunakan duit simpanan tersebut. Balik kepada keadaan asal..... 

Simpanan tetap tidak boleh dikeluarkan walaupun apa juga keadaan sekalipun. Sekali terguna, kiranya balik ke keadaan asal. Selain dari disiplin diri, simpanan tetap ini bertujuaan untuk membayar pahit jerih kita berkerja. Berapa orang yang mendapat pendapatan mereka dan membayar pada diri mereka sendiri? Kita jadi hamba duit yang berkerja untuk duit demi membayar harga sara hidup kita. Sampai bila nak jadi hamba duit? 


.

Pastinya langkah seterusnya akan menjelaskan bagaimana caranya hendak menggunakan simpanan tetap tersebut. Kita simpan dulu tajuk ini untuk kemudian hari. Pastikan kita benar2 bersedia untuk berdisiplin untuk menyimpan dan belajar bab pengurusan kewangan dengan baik. 

Namun secara keseluruhannya adalah untuk membina simpanan yang kuat di mana ianya boleh digunakan untuk satu pelaburan yang baik bagi membina beberapa sumber pendapatan yang akhirnya mampu jadi duit berkerja untuk kita. Duit seharusnya berkerja untuk kita, bukan kita berkerja untuk duit.

Yakinlah, di mana ada usaha pasti di situ ada jalan... 


Noordin

1 comment:

  1. Assalamualaikum.,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi En Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman yang saya minta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya sangat terdesak untuk menubuhkan perniagaan yang mengejutkan saya, jumlah pinjaman telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan saya tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman. Saya terkejut kerana saya pertama kali menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan menasihati anda boleh menghubungi Firma Pinjaman En Osman melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com Whatsapp +918414071453

    ReplyDelete

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...