Tuesday, September 4, 2018

Ringkasan Dari Buku "The Richest Man in Babylon"

Beberapa tahun yang lalu sir ada membaca sebuah buku yang bertajuk "The Richest Man in Babylon" karangan George Samuel Clason. 



Buku ini mengisahkan kekayaan orang Babylon dan teknik-teknik yang boleh digunakan seandainya kita ada kemahuan tersebut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

Ringkasannya...

Secara umumnya semua orang ini menjadi kaya (i) tidak tahu bagaimana hendak mencapainya (ii) tahu tetapi tidak mampu mencapainya (iii) mampu mencapainya tetapi tidak kosisten.

Prinsip Babylon... 
biarkan wang berkerja untuk kita bukan sebaliknya! Tetapi untuk mencapainya kita perlu berkerja untuk wang, menguruskan wang dengan baik dan jadikan wang berkerja untuk kita.

Pendapatan kita samada $1,000 atau $2,000 atau $10,000; pada kebiasaannya perbelanjaan kita sentiasa melebihi pendapatan. Dalam erti kata lain, kita sering menghadapi situasi tidak mencukupi dan kadang-kala terpaksa berhutang. Biarpun berapa banyak pendapatan kita, pada umumnya sering tidak mencukupi kecuali kita mampu menguruskan kewengan dengan baik. 


Prinsip Pertama Babylon: Simpanan 10% dari Pelbagai Sumber Pendapatan

Perkara pertama adalah 10% dari sumber pendapatan (apa jua sumber) hendaklah di simpan. Ianya disimpan dan tidak boleh dikeluarkan - kita namakannya "simpanan kekal". Bagaimana hendak menggunakannya - lihat asas Babylon seterusnya. 

Asas ini nampak mudah tetapi cukup sukar untuk memenuhi disiplin diri - menyimpan 10% dan tidak boleh mengambilnya kembali dalam apa jua keadaan sekalipun. Mengikut rule Babylon sekurang-kurangnya tidak boleh mengambil simpanan kekal tersebut untuk tempoh selama setahun. 

Persoalan di sini - bagaimana hendak memulakannya walhal pada saat ini perbelanjaan telah melebihi pendapatan? 

Katalah pendapatan kita $1,000 dan perbelanjaan $1,200 - kekurangan $200; 
Untuk memenuhi rule pertama Babylon 10% = $100 untuk simpanan kekal. Dan sekarang kita perlu "survive" dengan $900 untuk perbelanjaan $1,200. 

Bagaimana? 

Sir mencuba sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun ...bermakna telah gagal dua kali.. kali terakhir baru berjaya membina simpanan kekal. Kunci asas "disipilin diri"... sangat sukar! 

Sir pernah berkongsi teknik ini pada seorang rakan mekanik yang berpendapatan jauh lebih rendah serta belanja hidup dalam kategori mendesak. Namun beliau berjaya melakukan pada percubaan pertama - mengikat perut selama beberapa tahun. Kini beliau telah berjaya mempunyai bengkel sendiri dan mengajikan lebih dari 5 orang pekerja. Walaupun sukar pada mulanya, namun beliau telah membuktikan ianya boleh dicapai.


Prinsip Ke-Dua Babylon: Simpanan Kekal selama Satu Tahun

Simpanan kekal harus berterusan selama tempoh setahun tanpa boleh mengeluarkannya. Seandainya anda "break the rule", haruslah bermula semula atau lupakan sahaja prinsip Babylon ini. 

Kenapa simpanan kekal harus setahun? 

Untuk mendisiplinkan diri menyimpan dan menjadikan modal untuk menjana lebih pendapatan (untuk memenuhi rule seterusnya). Dalam tempoh setahun ini anda belajar menguruskan kewangan mendesak kepada pengurusan yang lebih teratur dan berdisipilin. 

Prinsip kedua ini juga tidak mudah dipenuhi kerana ada ketikanya keutamaan keperluan anda mungkin berubah. Namun mengikut prinsip ini jika anda gagal, haruslah bermula semula.

** Sebagai orang Islam, anda perlu mengeluarkan zakat simpanan sebanyak 2.5% setelah genap haul. 


Prinsip Ke-Tiga Babylon: Simpanan Kekal sebagai Modal 

Prinsip kedua membantu anda membina modal dan pengurusan kewangan kepada yang lebih baik.

Maka prinsip ketiga pula menggalakkan Simpanan Kekal dijadikan Modal untuk menjana pendapatan yang berterusan. Mengikut buku tersebut  hanya dibolehkan dilaburkan kepada sesuatu perniagaan yang diyakini berjaya - maksud di sini melabur pada perniagaan mengikut kebolehan anda atau melaburkan kepada yang ahlinya (expert) atau perniagaan yang boleh dipercayai contoh: pelaburan kerajaan seperti ASB dan sebagainya.  

"Don't put all eggs in same basket"
Paling mudah dan rendah risiko -  laburkan "simpanan kekal" ke Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang menjana 8% pendapatan setahun. Selebihnya pula boleh dilaburkan pada perniagaan yang berisiko sederhana. 

"High Risk High Income" - jika anda yakin boleh menguruskan - silakan! 


Prinsip Ke-Empat Babylon: Besarkan Simpanan Kekal

Pada setiap keuntungan atau pendapatan dari Simpanan Kekal ini,  hendaklah kembali kepada Prinsip Asas Pertama di mana 10% hendaklah dikembalikan menjadi simpanan kekal.  

Semakin besar Simpanan Kekal, semakin kukuh modal anda, semakin hampir wang berkerja untuk anda.

Selebihnya 90% boleh anda gunakan untuk diri anda! Ini masanya untuk anda hadiahkan diri anda dengan keinginan yang selama ini terpendam.


Prinsip seterusnya - Sir cadangkan anda bacalah buku tersebut kerana banyak lagi cerita-cerita menarik selain dari teknik kekayaan.

Sir dah berkongsi teknik ini pada ramai orang tetapi setakat hari ini yang berjaya melaksanakannya hanya dua orang. Sukar untuk melaksanakannya tetapi tidak mustahil. Semoga berjaya!


Boleh baca di sini juga


SirNoordin
Brunei


No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...