Friday, September 7, 2018

Cuti-Cuti Malaysia - Sabah

Salam hormat 


Tanggal 4 Dec 2016 setelah Hafiz & Haziq selesai peperiksaan SPM dan bermulanya alam ria cuti sekolah... keluarga mula mengikut sir berhijrah ke Brunei. Seterusnya kami merancang untuk Cuti-Cuti Sabah.
Gunung Kinabalu

Hari Pertama (Brunei - Labuan - Kota Kinabalu - Kundasang)

Perjalanan kami bermula pada tanggal 7 Dec 2016 dari Bandar Seri Begawan menuju Labuan menaiki bot... jarak perjalanan sekitar 1 jam 30 min. Kami menaiki bot jam 9 pagi. Laut agak berombak. Oleh kerana ini kali pertama mereka ke Labuan, perjalanan menjadi menarik... manalah tau ada Dolphin...hihi
Jeti Labuan
Labuan secara rasminya di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan. Labuan berasal dari perkataan Labuhan atau Perlabuhan juga dikenali sebagai permata Borneo. 

Sampai di Labuan terasa amat lapar, barangkali sentuhan ombak berbuai-buai menjadikan kami kebulur. Terus je masuk kedai di depan pelabuhan... teringat kata-kata Haziq, "abah, kedai ni sure tak sedap...". Aku tanya, "kenapa?" Haziq balas kembali, "kucing pun tak masuk kedai...". Hmm aku gelak je tak pasti di mana logiknya. Err ternyata kata-kata Haziq ada kebenarannya... ha ha ha sabar je lah. 

Selepas makan kami terus ke Lapangan Terbang Labuan untuk terbang ke Kota Kinabalu jam 3 petang. Penerbangan hanya memakan masa 25 min. Sempatlah minum Milo kotak yang dihidangkan oleh pramugari MAS. 

Sampai di Kota Kinabalu, kami ditunggu oleh bro Herman yang akan menjadi "tourist guide" kami. Dari airport kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Tak sabar nak tengok Gunung Kinabalu. Perjalanan memakan masa sekitar 2 jam lebih (kalau tak silap)... terus menuju ke Apartment J-Residance;  Villa Suite- 3 bedrooms. Suasana tenang, sehijauan sejauh mata memandang   serta kedinginan menusuk tulang. Subhanallah. Kami di sini selama 2 malam dengan belanja MYR1040). Sangat berpuashati. 

Lepas check-in, kami melalui jalan berbukit berliku ke Ranau untuk makan malam. Terasa amat dingin sambil menikmati kelazatan makanan. Untuk hari-hari berikutnya kami hanya makan di restoran ini. Nyaman bah!

Hari Kedua

Seawal 5.30 pagi kami kembali pekan Ranau untuk melihat kemegahan Gunung Kinabalu... ternyata slot masa untuk mengambil masa amat terhad. Kerana selepas tempoh tersebut, Gunung Kinabalu akan diliputi oleh kabus. 
Insyallah akan sir daki juga nanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Hal ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak JayaPuncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak di benua Oseania.

Insyallah jika diizinkan dan direzekikan oleh Allah swt, pastinya sir akan sampai ke puncaknya. Amin. 
Hadif nak tangkap ikan - Sungai Moroli

Selepas bersarapan, kami menuju ke Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau - menakjubkan ikan-ikan amat jinak di pinggir sungai. Haikal dan Hadif terus tukar baju mandi dan bermain dengan ikan di pingiran sungai sehinggakan diajak balik pun tak mau. Oh iye tak silap bayaran masuk rm3/seorang. 


Selepas itu kami menuju ke Poring Hot Springs... bayaran masuk MYR15/seorang... yang ni lagi best! Air panas berbau sulfer ..hmm baik untuk otot & aliran darah... bapak panas hihi... boleh masuk kaki sahaja atau seluruh badan ... kalau tahan la. 

Sir pulak lebih enjoy mandi kolam air sejuk yang dipanggil "Rock Pool" ..perghh macam mandi dalam ais... kejap je rasa otot tegang. Difahamkan air dari sungai dari bukit terus dialirkan ke kolam ini.. mula-mula terasa amat sejuk tetapi selepas tu rasa biasa dan boleh berenang lagi ..best tak ingat!! Kalau ada rezeki memang nak ulang lagi kat sini. Insyallah 

Hari Ketiga 

Hari terakhir di Kundasang... bangun awal pagi untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu. Pagi ini kami pergi ke Desa Cattle Dairy Farm - amat terkenal macam kat New Zealand berlatar belakang gunung Kinabalu. Pemandangan sungguh indah serta suasana dingin amat menenangkan. 
Macam New Zealand kan?
Difahamkan hampir 900,000 liter susu dikeluarkan dalam tempoh setahun.  Kita boleh melihat bagaimana pemprosessan susu dibuat di sini. Tapi Hadif lebih teruja untuk melihat lembu-lembu itu... (hmm budak bandar kot!)

Selepas itu check-out terus menuju ke Kota Kinabalu. Check-in di Marina Court. 


Lok Kawi Wildlife Park

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. sempat pula kami singgah di Lok Kawi Wildlife Park Penambang. Boleh tahan juga... macam biasa Haikal & Hadif paling gembira kerana baru kali pertama melihat binatang-binatang tersebut terutamanya gajah.


Hari Keempat - Island Hopping

Hari ini Island Hopping - Pulau Gaya, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Island Hopping
Terserempak dengan sahabat lama, Azri atau lebih dikenali dengan Tan Sri bersama keluarga. Kami sepakat sewa sebuat bot. Wajah anak-anak kelilhatan amat riang sekali. Tak sabar nak snorkelling dan mandi-manda. 


Bersama Azri sekeluarga
Malam tu layan seafood kat jetty ... murah dan enak! 


Layan seafood

Hari Kelima

Time to go home! Flight pagi dari Kota Kinabalu ke Labuan... dan meneruskan perjalanan ke Brunei dengan menaiki bot. Pengalaman menarik di bumi Sabah bersama kesemua ahli keluarga sesuatu yang tidak dapat dilupakan. 
Let have fun!


Bro Herman
Terimakasih untuk bro Herman... banyak membantu disepanjang percutian. Insyallah berjumpa lagi.


Noordin
KK, Dec 2016

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...