Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Wednesday, May 13, 2020

Gadis Langkasuka

Salam hormat


Entah kenapa pagi ini teringat suatu kenangan bersama Gadis Langkasuka... suatu kenangan yang begitu mengusik jiwa pada saat keremajaan sir. 


Gambar di dek Gadis Langkasuka - usia 17 tahun

Hmm.. jangan salah faham! MV. Gadis Langkasuka merupakan sebuah kapal persiaran yang berpangkalan di Pulau Pinang. Route pelayaran dari Penang - Belawan (Medan) - Langkawi - Phuket. Pernah juga ke Acheh (Lhokseumawe). M.V bermaksud Malaysian Vessel. 

Kapal ini mula beroperasi 1984 membawa penumpang, kenderaan dan kargo spt. sayuran dari Medan ke Penang. Kapal ini lengkap dengan kabin tidur, cafe dan tempat duduk penumpang. Kalau tak silap boleh membawa sekitar 350 penumpang dalam satu2 masa selain dari ruang kargo. 


MV Gadis Langkasuka - gambar dari blog GadisLangkasuka

Bapa mula bertugas sebagai Captain di kapal tersebut pada tahun 1987 yang juga antara sebab kami berpindah dari Johor Bahru ke Butterworth. Kami berpeluang ikut bapa belayar dalam kapal ke Medan dan juga Langkawi. Selain dari itu, syarikat ini juga menyediakan  pakej2 pelancongan ke Medan dengan belayar dari Penang. Amat menarik sekali! 

Sir sering kali ikut kapal belayar ke Langkawi kerana kebetulan kapal belayar hari Jumaat malam dan belayar pulang hari Ahad petang. Kalau tak silap, kapal akan berlabuh di Teluk Ewa, Langkawi. Biasanya dari Penang, banyak kereta persendirian dan bas persiaran akan turun di sini dan meneruskan melancong di Langkawi. Biasanya kami akan mandi laut di Teluk Ewa atau Teluk Yu. Dari kapal, kami menaiki perahu kecil - dinghy. Setelah mandi, kami akan turun ke pekan Kuah untuk berjalan-jalan. Ketika itu, pulau Langkawi tidak seperti sekarang... pembangunan amat jauh ke belakang. 

Usia 17 tahun belajar berkerja di kapal. Mabuk laut... alhamdulillah tidak pernah kerana mungkin dari kecil sudah terdedah dengan kehidupan laut. Sebelum belayar ikut kapal Gadis Langkasuka, pernah ikut belayar dengan kapal karga MV Luconia (kalau tak silap... masa belayar ketika itu, ombak kuat... sir cuma duduk dalam bilik bapa. Takut tengok ombak begitu tinggi...err tak mabuk eik! 


Bersama bapa dan adik2 di depan kapal

Suatu kenangan manis ketika itu kami baru berpindah ke Butterworth. Tidak ramai kawan lagi. Hampir setiap masa sir ikut belayar jadi anak kapal ke Langkawi mahupun ke Medan. Sepanjang pengalaman sir belayar sempat jumpa dengan artis hebat masa tu... Jamal Abdillah, Jamalul Hayat (adik Jamal), Melissa Saila (entah betul tak nama nie) ha ha ha ..

Ada suatu ketika itu, kapal berlabuh di Teluk Ewa, Langkawi... bapa a.k.a Captain arahkan crew untuk buat latihan kecemasan. Antara latihan ialah terjun dari kapal ke laut... itupun pilih tempat yang paling rendah (dekat dengan laut), paling kurang 7 - 10 meter dari aras laut. Sebelum terjun, kami belajar cara2 terjun dengan betul sambil memakai life-jacket. Seorang demi seorang mula terjun atas arahan Captain.... bila terjun dari ketinggian tersebut, bererti semakin dalam kita jatuh sebelum timbul kembali. Wow pengalaman yang menarik walaupun terketar-ketar kerana ketakutan. 

Yang menariknya ada seorang kelasi kapal (tukang masak), juga terjun walaupun tidak tahu berenang. Walaupun memakai life-jacket, namun jika tidak pandai berenang pasti agak tidak terkawal. Beliau seakan-akan lemas. Terus anak2 kapal lain menyelamatkan beliau. 

Bapa bertanya, "kamu tidak boleh berenang?". Jawap beliau, "maaf capt, tidak tahu". 

"Kalau tidak tahu berenang, kenapa terjun?", tanya bapa. Sambil terketar-ketar, jawap beliau, "dah captain suruh terjun... saya terjun lah". Habis semua anak kapal tergelak besar. Bapa suruh buat kopi panas untuk beliau. Pesan bapa, "nak jadi anak kapal mesti pandai berenang. Lepas ni wajib belajar berenang"

Kerja sebagai anak kapal rasa awesome. Dapat belayar melihat negara orang, dapat berkenalan dengan pelbagai bangsa dunia, sibuk macam tak sibuk... kerja idaman yang tidak diizinkan oleh orang tua. 



MV Gadis Langkasuka - gambar dari blog GadisLangkasuka

Bila free-time, kami memancing dari kapal. Dapat ikan terus je goreng. Manis betul ikan goreng tersebut. Dari laut terus ke kuali panas. Bila dalam pelayaran terasa tenang melihat lautan walau ada ketikanya ombak begitu besar dan hujan ribut. Pernah juga melihat ikan dolphin berenang sekawan ketika kapal mula menghampiri pelabuhan Belawan, Medan. 

Ketika ini sir betul2 belajar berbahasa English dengan tourist merata dunia. Confident mesti ada walaupun broken! Yang penting, mesej sampai bererti kita sudah berkomunikasi dengan baik.. 

Walaupun hajat sir untuk menjadi Captain tidak tercapai dan juga tidak mendapat restu dari bapa. Namun pengalaman 'adventure'  belayar kapal begitu mengujakan. Insyallah ada rezeki sir akan belayar kapal lagi bukan sebagai anak kapal tetapi sebagai penumpang. Sambil menghirup udara segar lautan 'sea breeze' dan menikmati ketenangan lautan. 

Terjumpa link Gadis Langkasuka


SirNoordin-1987

Friday, April 24, 2020

Petang Ramadhan

Salam hormat 


Petang Ramadhan di Brunei. Terasa amat sayu. Di Malaysia sudah mula menunaikan kewajiban berpuasa pada hari ini. Insyallah malam ini kami di Brunei akan mula berterawih. 



Barangkali berjauhan dengan Hafiz, anak sulung yang ketika ini berada di rumah rakannya. PKP. Terkenang diri sendiri saat seusianya. Terdampar jauh di ibukota sebagai pelajar demi menunaikan amanat diri dan keluarga. Jenuh mencari tiket bas disaat ingin pulang beraya di kampung.

Kenapa lagu ini.... entah tak tau. Namun ada kerinduan pada melodinya serta seni katanya. Rindu juga pada arwah Sudirman Hj Arshad. Penghibur diri dari kecil sehingga ke hari ini. Tidak pernah pula ada kebosanan mendengar lagu2nya. Barangkali juga diri sendiri adalah anak kampung yang merantau berkelana merata dunia mencari kehidupan. Terhibur hati bila mengenang lagu2 anak Desa. 

Sehingga hari ini tidak pernah lupa pemberian abang Johari (suami Kak Azni Jalil) memberiku album Anak Desa walaupun ketika itu tidak punya radio. Terimakasih abang Jo. 

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang di perantauan 
Terkenang adik bukan bukannya sedikit 
 Nasi terhidang tidak tertelan

Ulang-ulang sayang pergi ke titian
Tambat kaki tekukur yang berlalu 
Allang-alang sayang kita bercintaan
Hasrat hati sekubur denganmu 

Pinggan retak ditapaklah tangan
Makan sirih berpinang tiga
Jalan semak sayang tanah berlumpuran
Kerna kasih kuharungi jua 

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang sebatang kara 
Rindukan adik bukan bukannya sedikit 
Tidur bertilam si air mata 

Salam Ramadhan buat semua. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dan keredhaanNya juga. Amin ya Rabbal Alamin. Semoga tahun ini kami dapat berkumpul untuk berhari raya bersama-sama. Namun ketika ini, belum ada tanda-tanda yang kami dapat berkumpul bersama. Tetaplah berdoa semoga dipermudahkan Allah swt hendaknya.

Amin.

SirNoordin
Petang Ramadhan di Brunei

Friday, April 17, 2020

Nostalgia Trans Banjaran Titiwangsa

Salam hormat 


Post kali ini cerita lain sikit... nak cerita tentang minat sir masuk keluar hutan, mendaki gunung, berkhemah di tepi pantai dan macam2 lagi. Senang cerita, apa sahaja berkaitan 'outdoor' memang mengujakan. Kali ini nak cerita tentang suatu perjalanan selama 10 hari dalam hutan bersama pasukan Polis Htutan - Komando69


Satu satu dari puncak di Banjaran Titiwangsa

Semasa berada di zaman universiti sememang tiada halangan err dalam bahasa lain - perlu mohon keizinan untuk ke mana2. Biasanya senyap2 pergi. Dah balik baru cerita. Itupun bila berpeluang balik kampung.Maklumlah ketika itu bukan zaman telekomunikasi. Segalanya bergantung pada pondok talipon dipinggiran jalan yang kebanyakkannya pula sering rosak. Yang tak rosak pula, jenuh beratur menunggu orang depan habis bercakap. Bila buat pangilan jauh, duit syiling turun macam air. Sekali2 terpaksa buat 'reserve call' sebab duit cukup2 untuk call operator minta tolong sambungkan ke rumah. Err budak2 zaman sekarang bukan tak faham sebab handphone ada dihujung jari. 

Berbalik pada tajuk ha ha ha ...sebab dah mula merepek ke arah lain. Tiba2 idea datang mencurah2 untuk berkongsi cerita zaman batu dahulu kala. 

Dalam banyak2 pengalaman mendaki gunung, yang paling menarik sekali adalah ketika kami buat 'Trans Banjaran Titiwangsa' iaitu trekking di sepanjang banjaran Titiwangsa melalui sempadan 3 negeri iaitu Pahang - Kelantan - Perak. Pengalaman yang paling menarik, menyeksakan dan paling tidak dapat dilupakan. 

Cerita asalnya adalah pendakian ke gunung Tahan melalui trek Kuala Tahan. Namun 2 minggu sebelum pendakian, kami dimaklumkan trek ditutup akibat dari hujan lebat dan banjir besar. Persiapan dah 100%. Mental pun dah ready 100%. Tetiba dapat berita yang begitu menyedihkan. Namun kami sebagai AJK tetap mahu meneruskan program cuma diubah ke tempat lain. Entah macamana, kami bertemu dengan Polis Hutan- Komando 69 di Kinta, Perak. Mereka mencadangkan kami mengambil trek Banjaran Titiwangsa yang akan melalui sempadan tiga negeri. Yang bestnya, kami diberi segala peralatan camping termasuk haverset dan boot askar. Pergh merecik la... yang paling best, kami akan disokong oleh 'six-man team' komando disepanjang trekking

Sehari sebelum perjalanan, kami mengedar barang keperluan serta bekalan untuk para peserta. Keesokkan harinya kami berkumpul terus menuju ke station keretapi KTM Kuala Lumpur untuk menuju ke Tapah, Perak. Yang menariknya, ada diantara peserta program masih tidak mengetahui pertukaran perancangan dari Gunung Tahan ke Banjaran Titiwangsa. Naik keretapi kelas-3 pakai kad matrik... bayaran hanya dikenakan sebanyak 50% sahaja. Dari Kuala Lumpur, kami bergerak waktu tengah malam dan sampai Tapah awal pagi. Pengalaman menaiki keretapi kelas-3 juga suatu pengalaman menarik. 

Setibanya di stesen keretapi Tapah, kami menaiki bas awam menuju ke Tanah Rata, Cameron Highland. Harga tiket hanyalah 70 sen dan bas kedua $3.50. Pawer gile bas awam sini, naik bukit layan korner macam bawa superbike. Pick-up baik. Kami berkumpul di depan balai Tanah Rata, Cameron Highland sementara menunggu skuad team komando sampai. Selepas itu, terus dibawa ke kawasan pendalaman menaiki trak askar ke check -point sebelum masuk masuk ke hutan. Serius, masak juga duduk dalam trak nie dengan jalan yang berlopak2 di kawasan pendalaman.. Ketika itu usia masih muda, segala keperitan tidaklah terasa sangat. Semangat tinggi melangit dan kami juga adalah Rakan Muda Waja Diri. Mestilah power kan! Ha ha ha... 


Dari arkib Sharifudin Mamat

Cabaran paling awal adalah mendaki beberapa ratus meter dalam keadaan yang sejuk. Bayangkan jika di Cameron Highland dah sejuk, inikan pula dalam hutan dan altitude yang lebihtinggi. Masa itu tidak ada pengalaman mendaki dan bawa baju sekadar 3 pasang - pakaian harian, pakaian malam dan pakaian nak keluar nanti. Denggg... memang rasa nak mati kesejukan. Masa itu tidak ada istilah hypothermia. Dalam haverset, hanyalah pakaian, makanan untuk 14 hari ha ha ha dan pocho yang juga digunakan untuk dijadikan khemah. 

Tengok abang komando steady. Kami cuba angkat haverset abg komando, pergh berat gile. Entah apa yang dibawanya. Mengikut abg2 komando nie, makanan tak berapa penting, yang penting adalah persiapan tidur dalam keadaan sejuk. Bila tidur selesa, lena dan esok trek rasa bertenaga. Ha ha ha kami pula terbalik, makanan lebih penting dari tidur. huhuhu.. 

Kalau nak cerita perjalanan sepanjang 14 hari tersebut memang dah tak ingat sebab selepas masuk hutan, jadi lupa hari dan tarikh. Rasa banyak juga detik2 penting yang masih segar diingatan. 

Redah hutan tanpa trek. Hanya bergantung pada peta dan kompas. Ada ketika kami berjalan di atas laluan binatang... kira ada trek juga, ini kira senang. Ikut abg Komando, ini dipanggil highway. Namun kebanyakkan perjalanan,  kena membuat trek baru. Ada hari2 kami berjalan dari pagi hingga petang sejauh 1 batu persegi - One map square. Kami berjalan berbatu-batu dalam ruang peta 1 batu sahaja. Ada hari2nya, kami terpaksa berpatah balik kerana terdapatnya gaung di hadapan - yang tidak kelihatan di peta namun hakikatnya adalah gaung yang sungguh menyeramkan. 

Pada kebiasaannya, bila kami sampai mana-mana checkpoint untuk bermalam. Letak je haverset, tetiba abg2 komando terus hilang dari pandangan mata. Rupanya mereka membuat pemeriksaan kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan semua orang. 

Setelah sampai check-point, biasanya kami bahagi- bahagi tugas -ada yang pasang khemah, masak, cari kayu api dll. Abg2 komando duduk berborak sambil hisap rokok. Rupanya ada sebab... mereka tengok arah tiupan angin dari asap rokok. Selepas baru pasang khemah dengan betul, bukan pada laluan angin. Khemah rasa agak suam berbanding dengan khemah kami yang terasa dingin sampai ke tulang sum2. Kami belajar dari abg komando nie...

Dari segi makanan, abg2 komando ni cuma bawa beras dan sambal hitam. Pergh sedap gile beb! Sampai hari ini, tiap kali sir merantau ke mana2, sambal hitam wajib dibawa untuk menambah selera. Kami pula bawa Pak Braihim berkilo2... mahu tak berat haverset walau bagaimanapun kopi panas dalam hutan memang ubat segala kesukaran.

Ada satu hari itu, kami cuma sempat berjalan sekitar 4 jam dan kemudian terpaksa berhenti awal. Ada kes kecemasan di mana salah seorang dari kami terkena gatal2 satu badan. Terpaksa beliau mandi sungai yang dingin dan selepas itu diberi injection


Catatan Sarjan Rosli - Arkib Sharifudin Mamat

Semasa dalam perjalanan, kami disuruh berhati2 apabila melintas sebatang pokok - kalau tak silap, nama pokok gajah gatal atau nama sebenarnya pokok Rengas. Katanya, pokok ini punya gatal sehingga gajah pun buat U turn atau mengelak apabila terjumpa. Malahan kami perhatikan tiada rumput mahupun tumbuhan lain sekitar pokok tersebut. Hanya pokok ini sahaja tanpa dikelilingi apa2 juga tumbuhan lain. Agaknya teramat gatal sehingga tumbuhan2 lain pun tidak berada dekat dengannya. Mudah untuk mengenalinya ! Agaknya kawan tesebut terkena angin dari pokok tersebut. Hmmm ... 

Pada hari tersebut, abg2 komando menyediakan makanan untuk kami semua. Pokok buluh rebung segar dari hutan berserta sambal hitam dan nasi putih panas begitu membuka selera. Malahan khemah yang kami dirikan begitu baik sekali berbanding hari2 sebelum ini. Dapat juga berehat lebih sedikit hari ini. Kalau tak silap kejadian ini berlaku setelah kami menuruni dari kawasan tinggi sempadan tiga negeri. 

Kami mendaki sehingga berada di titik batu penanda sempadan tiga negeri - Pahang, Kelantan dan Perak. Pemandangan di atas banjaran amat menakjubkan dengan ratusan pokok bosai serta lumut (yang boleh diperah airnya dijadikan minuman). Kami berpegalaman menyaksikan dari air setitis di atas gunung sehingga menjadi anak2 sungai kecil sehingga menjadi sebuah sungai yang begitu besar dan dalam sekali. 

Angan2 nak jadi Komando


Ada ketikanya kami diberi amaran bahawa Maybank ada berdekatan. Jadi kami pelru berhati2. Biasalah dalam ramai2 ada seorang dua yang lurus bendul - kalau dah jumpa bank maknanya kita dah dekat dengan pekan. Aduiii ... masa itu paling kurang lagi 5 hari lagi hendak keluar hutan. Kelihatan tapak kaki Maybank begitu besar sekali... jika diukur hampir saiz dengan 3 tapak tangan kami. huhu ...aiyaa ini halimau la .... dalam hutan tak boleh sebut2 ...nanti dia latang loorrr . 

Sehari sebelum kami keluar hutan, kami sempat singgah di kampung orang Asli. Kami hadiahkan apa2 yang ada dalam haverset. Ingat lagi perbualan ini... "kamik tak makan ayam sebab ayam makan taik.... monyet boleh makan sebab monyet makan buah.... adalah pulak yang tanya ...harimau.... err harimau boleh makan sebab makan monyet dan monyet makan buah". Hmmm betul jugak logik rantaian makanan tersebut. Tak kisahlah pun makan ayam walaupun ayam makan taik... denggg..



Ini secebis kisah yang berlaku sekitar 26 tahun yang lalu. Pengalaman yang memberi suatu nilai kehidupan - kesukaran yang ditempuhi, nilai sebuah persahabatan, pelbagai ilmu hutan dan trekking yang dipelajari dan bermacam2 lagi. 

Beberapa tahun selepas dari trekking banjaran Titiwangsa ini, sir sempat bertemu dengan abg Komonda bernama L/ Kpl Baharudin Man di rumah beliau di Kem Kinta. Namun selepas itu, kami terputus hubungan. Tidak pasti di mana beliau sekarang. Barangkali umurnya sudah hampir 55- 60 tahun. Seandainya beliau terbaca post ini atau sapa2 yang mengenali beliau, harap dapat tinggalkan pesanan pada sir. Rindu pada  hamba Allah ini yang mengajar sir ilmu hutan. 

Terimakasih yang tak terhingga kepada abg2 Komando - Kpl Asri, L/Kpl Rosli (anchorman), L/Kpl Safaruddin, L/Kpl Baharuddin Man, L/Kpl Rosman dan Kons. Rosli - maklumat dari Sharifudin Mamat. 

  SirNoordin
Kenangan Bersama Komando69

Thursday, August 30, 2018

Reunion V5K 87 SDJ March 2018

Assalamualaikum

Pada 17 March 2018 telah diadakan program Reunion kelas 5 Sains Kuning Sekolah Dato' Jaafar 1987 atau lebih dikenali dengan VSK 86/87 SDJ.


5 Sains Kuning 87

Seawal jam 430 pagi sir dan keluarga sudah mula bergerak menuju ke Miri dari Bandar Seri Begawan. Meneruskan perjalanan dengan pesawat Air Asia ke KLIA2. Keluarga pulang ke Bukit Beruntung sementara sir meneruskan perjalanan dengan pesawat Air Asia ke Johor Bahru.

Sahabat sir, Marie menjemput dan terus ke rumah beliau untuk beristirehat seketika.

Berdebar-debar juga rasa hati untuk bertemu dengan kawan-kawan sekolah lama samada masih dingati ataupun tidak. Sesuatu yang amat bermakna dan rasa terharu apabila lebih dari 30 tahun tidak pernah berjumpa malahan ada yang tidak pernah khabar berita. 

Ternyata usia mengubah rupa paras dan bentuk tubuh kita namun sikap dan peribadi tidak berubah. Malahan lawak jenaka dan perangai "zaman remaja" masih segar bugar di kalangan kami. "Flash back" zaman persekolahan.

Pada akhir tingkatan 4 (tahun 1986), sir terpaksa berpindah ke Butterworth.. bermulanya terputus hubungan dengan sahabat-sahabat SDJ. Hanya seorang dua yang masih berhubungan hingga saat ini memberi peluang untuk sir mengikuti alumi ini. Sungguh terharu apabila diri masih diingati oleh rakan kelas semua walhal sir seorang pendiam yang duduk di depan sekali. Err maklumlah kurang tinggi...  alhamdulillah ketinggian telah mencapai tahap normal pada alumni ini. Syyyy..


Zahrain dan Faisal


Nasir & Marie'


Kamal


Stephen


Deen Gerek



Farouk


Fadhley


Rosli & Khairul


Nirwan & Safarin


Zani


Mansor

Sempat juga kami menyanyikan lagu sekolah mengembalikan nostalgia lama!


Masa amat tidak adil buat kami semua... 32 tahun tidak ketemu tetapi masa berlalu begitu pantas. Rasa tidak puas! Tapi apa kan daya sekadar itu sahaja izinNya untuk kami bersama dan semoga di tahun-tahun hadapan kami dapat bertemu lagi. 

Walau seketika tetapi cukup bermakna! Alhamdulillah segala berlaku dengan izin Allah s.w.t. dan semoga pertemuan mengeratkan silaturahim dan dikurniakan keberkatan. 

Amin ya Rabb.

SirNoordin
18032018

Cerita lain yang berkaitan...


Sunday, March 22, 2015

SEK DATO JAAFAR (SDJ)... KEHEBATAN BERMULA!

Salam Hormat

Baru2 ini tanpa disangka bertemu dengan kawan lama semasa di alam persekolahan... err bertemu di FB iaitu saudara Nasir Hussin. Sir terputus hubungan selepas berpindah ke Butterworth pada tahun Nov 1986 selepas tamat tingkat 4. Yang kekal berhubungan hanyalah seorang sahabat bernama Marie Omar. 

Seingat sir pernah terserempak dengan saudara Nasir semasa di UTM, Skudai tetapi tidak sempat berbual panjang. Itu yang pertama dan terakhir semasa di universiti!


Huhu tak ingat darjah berapa (darjah 2 kot) - Gambar insan dari sdr Jaafar
Cuba teka yang mana sir iye?

Yang menariknya sir dimasukkan ke Whatsapp Group "SDJ" di mana sir bertemu dengan seorang lagi kawan yang sama2 membesar dari sekolah rendah yang sama iaitu Sekolah Temenggung Abdul Rahman (STAR 1)... saudara Jaafar. Lama juga mencari akhirnya bertemu ... yang menariknya bertemu sehari selepas hari lahir beliau. Barangkali juga hadiah dari Allah swt. 

Ramai juga yang ingat dan menyapa dalam group ... "yang kecik2 putih tu..." tetapi sedihnya sir hanya ingat beberapa orang aje ... huhuhu.... yang pasti dalam ingatan Marie, Nasir, Faizul, Nazri, Nirwan, Jaafar, Budin...


Sweet 17'

Iyelah hampir 28 tahun tak pernah berjumpa pasti masing2 sudah mempunyai nilai kehidupan sendiri. Yang pasti nilai persahabatan tidak pernah dilupakan ... sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas hambanya dan di bawah kuasaNya terjadi perpisahan dan pertemuaan. 

Ada cerita masa dulu2 juga di sini.... BICARA TANPA NAMA



Noordin Khalid

Saturday, August 30, 2014

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-57

Salam Hormat

Alhamdulillah tahun ini dapat menyambut Hari Kemerdekaan di Malaysia. Tahun lepas menyambutnya di kedutaan Malaysia di bumi Khartoum, Sudan. Begitu bersemangat menyanyi lagu Negaraku dan Jalur Gemilang bersama rakyat Malaysia yang sama-sama berkelana.

Tahun ini pastinya lebih meriah lagi hendaknya semangat kemerdekaan. Semoga dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang.



Nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Selama makna kita memberi sesuatu nilai untuk negara yang tercinta ini - itulah semangat patriotik yang sebenarnya kerana setiap manusia mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Sir pula berjuang dengan memberi tunjuk-ajar dalam bidang kepakaran kepada anak Malaysia serta memberi nasihat penambahbaikan organisasi di Malaysia.

Salam Perjuangan,

Noordin Khalid
Rawang, Selangor

Sunday, December 15, 2013

15-Dec Ianya Bermula 5 Tahun Yang Lalu...

Salam 

Hari ini 15-Dec-2013 tetiba terdetik hati untuk melihat tulisan pertama aku di blog ini dan kebetulan pula hari ini genaplah 5 tahun umurnya blog ini berkongsi cerita agar menjadi tauladan dan sempadan. 

15 Dec 2008 Disini ianya bermula...

Dan Dec ini juga 5 tahun yang lalu sir memindahkan pusat latihan Taekwondo yang asalnya hanyalah dibelakang rumah ke tempat yang lebih selesa yang dinamakan Dojang Smarts. Bermulalah kos dalam penyelenggaraan tempat latihan sebanyak Rm500/sebulan. Dan sepanjang lima tahun juga, kos sewa selalunya dibayar dengan duit poket sendiri demi memastikan kesinambungan latihan untuk adik-adik ini.


Gambar latihan di belakang rumah yang telah beroperasi selama 7 tahun sebelum berpindah ke tempat baru. Walaupun terpaksa menjalankan sendirian disamping kesibukan tugasan kerja luar negara... tidak pernah pula rasa terabai! Alhamdulillah...


Masa berlalu begitu pantas .... 

Teringat kembali suatu petang dalam bulan September 2001... 

Wife, "Abang, petang ada 3-4 orang budak datang nak belajar Taekwondo?"

"Iskk mana depa tahu abang ajar Taekwondo.... argh malaslah ...dah pencen...".

Tiga tahun sebelum itu, sir dah buang semua medal2 kejohanan Taekwondo yang dimenangi atas alasan menyemak dan sudah tidak minat untuk belajar mahupun mengajar! Noktah!

Petang tersebut, datanglah budak2 tersebut yang umur sekitar 6 - 9 tahun ...aduiii kecil2 la pulak... Natasha, Nazurah, Faris dan ... (lupa pulak adik Natasha). Bila dah mula mengajar, terasa amat menghiburkan hati disamping mengurangkan berat badan sendiri. The G factor!! Walaupun terpaksa menjalani latihan di waktu hujan ....adik2 tersebut tidak pernah ponteng menghadiri kelas tersebut. Hu hu hu


Kelas sir mula menjadi perbualan dan dalam tempoh 2 tahun, murid-murid Taekwondo sudah meningkat seramai 44 orang... sewaktu latihan bermula diwaktu petang ramailah pelajar dan ibubapa berehat2 di rumahku. 


Jiran-jiran juga berkumpul untuk melihat latihan dijalankan.Arwah bondaku begitu gembira menyediakan minuman dan makanan untuk adik-adik ini. Keempat-empat pelajar pertama sir telah dianugerahkan talipinggang Hitam Darjah Pertama selepas hampir 8 tahun berlatih. 

Hanyalah sebuah kisah 12 tahun yang lalu...

Insyallah sir dalam proses 'design & renovate' tempat asal mengikut suasana latihan ala2 Korea-Jepun... nantikanlah!


SirNoordin Khalid
15 Dec 2013 

Sunday, February 24, 2013

Bicara Tanpa Nama

As Salam

Suatu ketika berusia 16 tahun... untuk pertama kali dalam hidup mendapat sepucuk surat dari Secret Admirer (SA) - secret admirer dari kaum hawa menyatakan minatnya untuk berkawan yang dot dot..


Ketika itu budak lelaki lahir tahun 70an mana mungkin mengerti cintan cintun pastinya surat tersebut menjadi satu mainan mahupun gurauan dikalangan mereka. Itu juga terjadi kepada sir ...



Atas nasihat kawan2, surat tersebut dibalas... dan surat tersebut dikarang mahupun ditulis oleh kawan2 dan begitulah seterusnya... dan yang menariknya walaupun sering berbalas surat tiadalah diketahui siapa SA itu.

Bicara tanpa nama ...

Pasukan risik juga tidak mendapat maklumat siapakah SA tersebut dan pelbagai telahan dibuat hingga pasukan sir 'give up' untuk terus berbalas serangan... Ternyata 'penghantar/penerima surat' SA amat tetap pendiriannya serta amanah dalam menyimpan rahsia..

Siapakah SA itu?

Sehingga pada suatu malam sir menerima panggilan talipon darinya tetapi sekali lagi hanya suara tanpa nama. Berterusan begitu dengan panggilan demi panggilan menjadikannya bicara tanpa nama. Petah berkata dan tak putus jenaka...tapi tidak kenal dihujung sana.



'Ini bukan cubaan ini betul2' ...teringat filem Pendekar Bujang Lapok - 'dia' betul bergelar secret admirer. Dan ini berlangsung selama hampir setahun...

Diakhir tahun persekolahan, keluarga sir terpaksa berpindah jauh ke utara...ternyata ada ketar dalam suara bila mendapat perkhabaran yang tidak diduga.

Sehari sebelum sir berpindah ...seorang gadis wajah bujur sirih ayu bertudung tetiba mengaku dialah orang yang bergelar SA tersebut. Sungguh sukar dipercayai perwatakan yang dihadapan sir ini ialah orang yang selama ini amat 'petah berbicara' adalah orang paling pendiam malahan tidak pernah memandang sir dalam kelas (tuisyen). Mungkin tiada siapa sedar akan kehadirannya dalam kelas itu...



Bicara dengan nama

Untuk kali pertama dan terakhir, panggilan talipon diterima darinya 'Bicara Dengan Nama' dan wajah dapat dibayangkan. Cuma bila wajah dan suara dah sepadan, tiada lagi kepetahan berkata2 barangkali esok segala2 berakhir kerana jarak dan waktu tak mungkin membantu...

Bila sempurna sebuah kisah pasti mula terserlah kelemahan...


SirNoordin
Emirates EK733
Terbang ke Khartoum

Thursday, March 11, 2010

Tahun 2010 jumpa kawan2 lama ...


Salam Ukhuwah
Tahun 2010 ini bermula dengan gelombang bertemu dengan kawan2 lama samada di sekolah mahupun di universiti. Semuanya melalui FaceBook...

Gambar diatas ...gambar masa tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn tahun 1987. Selepas 23 tahun tetiba dapat panggilan dari kawan2 lama dan terus bersambung melalui FB. Aku tak pernah menyangka ini akan terjadi kerana aku hanya setahun di SMKDO Butterworth kerana sebelumnya aku di Sekolah Menengah Datuk Jaafar, Johor Bahru.

Terharu .... kerana selepas 23 tahun ada yang masih mengenali diri ini. Selepas Form 5 yang masih 'in-touch' dengan aku hanya Rasid, itupun menghilang lebih dari 10 tahun di US.

Maaf aku tak dapat join 'pertemuan 23 tahun 5 Sains 2' yang akan diadakan pada 14 March 2010 jam 3 petang di Butterworth. Salam buat semua ...insyallah dilain ketika aku akan hadir.

Air dicincang tidak akan putus ...

Dalam melayan diri, gambar2 masa U pula dikeluarkan ...antaranya gambar diatas ...zaman2 sengkek giler!! Aduihh .... 2010 tahun kenangan agaknya! Zaman U dah hampir 15 tahun berlalu...

SiRN yang terharu ....

Thursday, March 26, 2009

Tak tahu sir pun tak tahu...


Cuti sekolah baru2 ini aku rancang nak bercuti ke Rantau Abang, Trengganu... malangnya tak kesampaian lagi. Sambil2 ke pantai timur, sempatlah aku melawat sahabat2 Taekwondo aku ... Ayasu, Mang Ganu, sedara mara kat Kemaman dan abang aku kat Kerteh. Insyallah aku akan sampai ...

La ni dok simpan pitis kot2 ada rezeki nak cari tanah kat belah Kemaman ke Dungun ke Rantau Abang ke ... untuk aku 'settle down' kat sana nanti2. Doa2kan la... cantikkan negeri Trengganu?! Tengok ni..

Semalam bikerz fren aku ajak gi Kuala Trengganu minggu depan ...dok timbang2 lagi ni (harap2 tak de assignment untuk aku la minggu depan ... leh ride East Coast!) Tapi kalau jadi maka aku target nak singgah kat tempat Ayasu dan Mang Ganu! Insyallah.

Teringatlah pulak allahyarham Sudirman Hj Arshad dengan lagu ni... satu2nya penyanyi yang aku minati hingga kini. Tiada pengganti!

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang pun tak tahu)

Dapat ke aku gi Trengganu minggu depan ni... macam tak dapat pasal motivasi kat Al-Amin jumaat tu la pulak. Nak gi ke tidak ni?!
tak tahu Sir pun tak tahu

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...