Sunday, December 28, 2008

Deposit Dojang baru ...

Tg. 27 Dec aku telah membayar deposit sewa kedai 2+1 untuk tempat latihan yang baru. Maka tetaplah aku dan rakan2 dalam membina Dojang (tempat latihan) yang lebih sempurna.

Selama 7 tahun ini tempat latihan adalah di belakang rumah aku ... pada aku telah cukup sempurna cuma kalau2 hujan terdapat sedikit masalah. Bersama rakan2 dan student2 aku yang bakal merintis jalan menjadi jurulatih ... aku mula merasakan aku perlu tempat yang baru untuk semua itu. Sedikit sebanyak terdapat juga kebimbangan tentang kos sewa, penyelenggaraan dll tapi semangat mengatasi segalanya.

Selama ini pun... apa yang aku buat lebih kepada social obligation (tanggungjawap sosial) ... tidak berasaskan kepada keuntungan. Hanya kerna minat yang mendalam pada seni mempertahankan diri.... strategi kali ini ialah menambahkan student untuk menampung kos! Insyallah...

Aku namakan tempat ini Smarts Taekwondo...

Selamat Menyambut Maal Hijrah!

No comments:

Post a Comment