Showing posts with label R100I. Show all posts
Showing posts with label R100I. Show all posts

Friday, April 24, 2015

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015

Salam Hormat 


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 kembali lagi bermula dari 24 April -  3 May 2015 di Putra World Trade Centre (PWTC). 



Insyallah saya akan berada di Booth Jootawan - Dewan Mawar Booth M38 & M39 pada 26 April jam 2 - 3 petang. Cuma kali ini agak menyedihkan kerana saya tidak sempat menyiapkan buku untuk tahun 2015. Saya menyasarkan untuk menyiapkan sebuah buku pada setiap tahun. Malang di atas faktor2 yang tidak dapat dielakkan membuatkan perancangan saya tersasar. Maka kali saya hanya meneruskan publisiti buku Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar. 



Dalam pada itu saya juga sempat mempromosi buku R100I dan menembusi pasaran Brunei Darul Salam untuk pertama kalinya dan semoga usaha ini dapat diteruskan. 



Dalam masa yang sama, saya sedang merancangkan untuk menterjemahkan buku ini ke dalam Bahasa English di atas permintaan daripada rakan-rakan serta pelatih-pelatih yang pernah mengikuti program saya di seluruh dunia. Insyallah sasaran saya selepas Ramadhan ini versi Bahasa English R100I akan menemui peminatnya. 

Terima kasih di atas sokongan berterusan dari isteri saya, saudara-mara, rakan jauh dan dekat serta pelatih-pelatih saya di seluruh dunia. Semasa saya memulakan penulisan buku R100I, saya bukanlah seorang penulis tetapi saya menulis dengan hati dengan harapan menjadi inspirasi kepada setiap manusia di dunia ini. 




Saya hanyalah seorang hamba Allah yang ingin berkongsi setitis ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula... semoga dengan kehadiran buku  "Rahsia 100 Impian - Daripada Corot Menjadi Pakar" dapat mencetus aspirasi ke arah Jejak Langkah Luarbiasa dalam hidup anda semua. Amin. 


Noordin Khalid

Friday, March 20, 2015

SAYA BUKAN PAKAR MOTIVASI...

Salam Hormat 


Agak lama tidak menulis disebabkan kesuntukan masa dalam menguruskan beberapa perkara yang menjadi 'keperluan masa hadapan'. Alhamdulilah sudah selesai... 


Baru-baru ini dijemput untuk pertama kali di SinarFM - Sinar Pagi bersama dengan DJ Krill dan SY. Sememangnya teruja tetapi fikiran masih berserabut dengan persediaan "perancangan masa hadapan". Topik yang akan dibincangkan adalah "Kegagalan SPM bukan segalanya berakhir" sempena dengan keputusan SPM yang diumumkan pada hari tersebut. Hihi tidaklah kekok sangat kerana dah biasa dengan konte Bernama Radio24.

Sememangnya sir amat tidak selesa apabila kerap dipanggil "Pakar Motivasi" kerana pada hakikatnya sir bukan pakar motivasi mahupun seorang yang mendalami pengajian dalam bidang tersebut. Tidak ada asas langsung! Apa yang ada hanyalah pangalaman sendiri, pemerhatian mahupun pembacaan. Tidak selayaknya bergelar pakar!

Sir memang mendapat pengiktirafan pakar dalam bidang "Service Management - ITIL Expert" bukan bidang motivasi. Cuma keinginan, minat serta kesabaran untuk berkongsi cerita dan apabila bercakap dengan penuh semangat bunyinya seakan seorang pakar.... 

Err jauh panggang dari api! 


Bersama DJ Krill & Salleh Yaakob (SY)

Lahir buku Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar juga tidak melayakkan saya bergelar penulis.... sekali lagi keinginan, minat dan kesabaran membolehkan sir terus menulis. (dan buku seterusnya masih tertangguh lagi)



Kalau mahu melihat pakar motivasi .... inilah mereka yang setia menyumbang masa, tenaga dan ilmu dalam membentuk generasi gemilang. Kedua2nya adalah guru motivasi sir iaitu Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) dan Tuan Kamarul Azhar Abd Rahman. Mereka ini orang2 hebat dalam membentuk orang jadi baik.

Jika sir ingin dikenali dalam bidang motivasi... sebagai seorang yang ingin mendorong orang jadi hebat.... dan biarlah pakar motivasi yang berwibawa pula mendorong orang jadi baik. 


SirNoordin 
Kuala Lumpur

Thursday, July 31, 2014

Temubual Dengan Bernama

Salam Hormat


Pagi ini dikejutkan oleh email dari Puan Melati Mohd Ariff dari Bernama yang menyatakan bahawa temubual beliau sudah keluar di suratkhabar. 




Terhenti seketika tugasan harian lalu melayari Internet. Terjumpa dua paparan berikut di kedua-dua akhbar utama. Sila klik di link Sinar Harian dan MStar.

Artikel yang menarik cuma rasanya tidak sampailah perkataan "Tercorot" itu... huhuhu ..."Corot" iyelah juga kerana masa alam persekolahan dulu memanjang keliru. Maklumlah anak-anak lelaki kebiasaannya lambat 'pick up' masa membesar. 

Ingatan untuk diri sendiri dan ibubapa diluar sana, "Jangan mudah putus-asa dengan kemampuan anak-anak kita sekarang kerana mungkin belum masanya anak-anak kita melonggak jauh lagi" 

Sir juga sering terkhilaf dengan anak-anak ...barangkali meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk anak berjaya yang akhirnya membebankan malahan ketahap mendera mental mereka untuk berjaya. Kenapa sir kata sir terkhilaf? Kerana sir lupa sir juga pernah melalui rentatan kegagalan dalam alam persekolahan berbanding dengan kebolehan sekarang. Ini secara tidak langsung... terlebih dalam mencabar kebolehan anak untuk cemerlang.

Kata kuncinya adalah "SABAR"

Teruskan dengan penuh kesabaran dalam mengasuh anak-anak kita... mereka tidak pernah dilahirkan dalam kegagalan tetapi kegagalan kita membuatkan mereka tersungkur. 

Untuk anak-anak, pastikan jalan sekali-kali tinggal solat dan sentiasalah berbuat baik kepada orang-orang yang lebih tua terutamanya ibubapa. Berbicaralah dengan penuh hormat dan sopan apabila bersama mereka. Pastinya mereka tidak putus-putus mendoakan kejayaan anda! 


"Saya hanya seorang hamba Allah yang ingin berkongsi setitis ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan ingin melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula," ini kata Noordin falsafah hidupnya.


Buat rakan-rakan yang telah berjaya... anda hanyalah selangkah kearah meninggalkan Jejak Langkah Luarbiasa! Masa anda untuk memberi pula... 


Akhirkata, "SALAM EIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN" dari saya sekeluarga. Tidak lupa juga teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita di Gaza dan Syria.


Untuk mendapatkan buku "RAHSIA 100 IMPIAN - COROT MENJADI PAKAR", sila email ke sirnoordin@smartscoach.com dengan tajuk


Noordin Khalid
Rawang

#SaveGaza
#SaveSyria

Sunday, May 11, 2014

Pelancaran Buku R100I di PWTC

Salam Hormat

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana telah memudahkan segala urusan pelancaran serta promosi buku Rahsia 100 Impian: Daripada Corot Menjadi Pakar. 
Sesi bersama penulis di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014


Kehadiran keluarga, rakan-rakan dan pelatih-pelatih memberi sokongan moral untuk sir terus berjuang dalam pembangunan sumber manusia dan mengarang lebih banyak buku-buku berdasarkan pengalaman sir telah lalui. 


Ahmad Khalid, abang sulung sir


Anak sir no.3 Muhammad Hakim Noordin juga membantu
mempromosi buku sir 

Abang Raz-Mie begitu semangat memperkenalkan buku
R100I kepada pengunjung

Kawan lama, Lilian Wong juga salah seorang pemilik buku
R100I semasa hari pelancaran

Terimakasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli Smarts Coach yang membantu untuk mempromosikan R100I.


Rakan UTM En Sharifudin-DTA, MJ-M4SC dan 
Mentor Motivasi Tuan Kamarul Azhar Abd Rahman

Bak kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah (DMFK) dalam prakata di R100I ...

"Semoga buku ini menjadi pemangkin kepada mereka yang ingin membina kejayaan setelah gagal. Mudah-mudahan usaha Sir Noordin Khalid dan Cik Puan Nurdilla Zaini menghasilkan buku ini diterima Allah swt sebagai ibadah".


Team Smarts Coach yang hebat

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh berhubung dengan 

En Jamsari Bachtiar 012-3912757 atau 
Emailkan nama, alamat, no mobile kepada impian@smartscoach.com untuk tempahan dengan tajuk R100I.

No account Maybank : Smarts Coach 5620 1210 7992 
Harga buku RM 34.90 dan pos laju RM 6.00  
Jumlah : RM 40.90

Kami akan membuat penghantaran melalui pos laju pada setiap hari Khamis. Insyallah.

Semoga mendapat manfaat bersama...


SirNoordin
Pesta Buku Antarabangsa KL 2014

Friday, April 25, 2014

PELANCARAN BUKU R100I PADA 3 MEI JAM 12 PM DI PWTC... JEMPUT HADIR!

Assalamualaikum 
Bismillah

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kurnia dah rahmatNya buku pertama sir telah berjaya diterbitkan dengan bantuan dari Cik Puan Nurdilla, En Shah Othman selaku Editor dan juga penerbit Jootawan Groups Sdn Bhd.




Buku yang bertajuk RAHSIA 100 IMPIAN: DARIPADA COROT MENJADI PAKAR merupakan karya pertama sir yang menceritakan pengalaman yang dilalui dalam mengejar impian untuk merantau keseluruh dunia. Nukilan kata ayahanda bonda yang membangkitkan Kuasa Tidak Mengenal Kalah untuk terus berjuang agar dapat meninggalkan Jejak Langkah Luar Biasa. 

Buku ini amat sesuai untuk semua golongan kerana memberi idea dan teknik bagaimana untuk terus berjuang kearah kehidupan yang lebih baik. Harapan sir semoga buku ini menjadi ibadah dalam menyumbang kearah pembangunan manusia.


JEMPUT HADIR PADA MAJLIS PELANCARAN BUKU INI PADA 3 MEI 2015 JAM 12 TENGAHARI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR KALI KE-33 (PBAKL) 2014 BILIK MAWAR, PWTC. PBAKL AKAN BERLANGSUNG DARI 24 APR - 4 MEI 2014

Harga buku ialah RM 34.90 


UNTUK TEMPAHAN, SILA EMAILKAN NAMA, ALAMAT, NO HP KE impian@smartscoach.com atau hubungi En Jamsari 012-391 2757

Sila bank-in kan ke Maybank 5620 1210 7992 Rm 40.90 (termasuk bayaran Pos Laju)

Jumpa disana iye! 

SirNoordin Khalid 

Thursday, April 10, 2014

Pohon Impian

Salam Hormat 

Setiap manusia haruslah mempunyai impian kerana impian ialah harapan yang mampu membuat kita mampu bangkit walaupun gagal seribut kali. IMPIAN ADALAH HARAPAN! 

Tidak ada lagi istilah saya tidak pandai! Saya bodoh! Kerana jika faham dan kenali siapa kita maka kita akan faham bahawa Allah tidak menjadikan kita bodoh atau PANDAI tetapi terpulang kepada kita untuk menjadi RAJIN atau malas! Itu pilihan sendiri! 

Ini adalah POHON IMPIAN saya walaupun tidak lengkap seperti yang ada di minda, sir tetap coretkannya di KERTAS agar kelihatan di KANVAS ALAM. Kita berdoa agar impian kita tercapai... jika impian kita terserlah di kanvas alam... barangkali alam juga mendoakan untuk kita bukan?




SEKARANG LAKARLAH POHON IMPIAN ANDA! 
Lakarlah agar anda sendiri merasa kehebatan impian anda. Insyallah ianya akan mencetus inspirasi untuk anda terus cemerlang. Sir tetap mendoakan untuk anda semua!

INGAT! 
Impian yang TIDAK diusahakan adalah ANGAN-ANGAN!
Jangan sekali-kali melakar impian anda semasa anda sedang belajar atau berkerja kerana ianya akan menjadi LAMUNAN ANDA! 

Lakarkan impian sewaktu anda sedang berehat sambil memikirkan tentang siapa anda di masa akan datang. 

Cubalah ...


SirNoordin Khalid
Bukit Beruntung

Friday, February 15, 2013

Diagram Kecemerlangan

Salam

Ketika berumur 10 tahun, guru sekolah pernah bertanya kepada seluruh murid kelas tentang cita-cita masing2 dan pastinya jawapan ketikan itu hanya kedengaran … guru, peguam , doktor dan akauntan! Ahli muzik memang tak kedengaran lagi .... Tetapi ketika itu jawapan sir hanyalah,


“cita-cita saya nak jalan - jalan pusing satu dunia, cikgu ….”




Guru, “ialah tapi kamu mesti ada satu cita2 yang membolehkan kamu pusing dunia …”

“saya tak tahu …tapi bapa saya dah pusing satu dunia …..dia kata jauh perjalanan luas pengalaman …itu yang termahal dalam hidup kita!!”

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM … sir berpeluang kerja ikut kapal yang bernama "Gadis Langkasuka" sebagai ‘steward’ … dan disaat rakan2 sebaya kerja kilang, sir berpeluang belayar ke Langkawi, Medan dan Phuket.

Sungguh menarik pengalaman menjadi anak kapal … maka selepas itu terus memohon ALAM, Melaka untuk meneruskan cita2 untuk belayar satu dunia. Malangnya keputusan yang mendapat tentangan yang hebat tahap dewa maka terpaksalah masuk ‘U’ dan lupakanlah cita2 pusing dunia.

Allah Maha Kuasa …cita2 seawal usia masih tercapai ..selepas berkerja pelbagai peluang pusing dunia terus menjadi kenyataan …hingga ketahap tak mahu lagi.

Alhamdulillah syukran …



Kali sir ingin berkongsi Diagram Kecemerlangan SirNoordin


Mula kan dengan langkah berikut : -

1. Menetapkan visi amatlah penting walaupun seawal usia kita mungkin tidak mengerti mengapa..
2. Muhasabah diri selalu agar mengerti kekuatan dan kelemahan diri
3. Tetapkan sesuatu yang mampu dicapai yang selari dengan visi anda
4. Pastikan kaedah atau aktiviti untuk mencapai misi dan visi anda
5. Nilai pencapaian anda dari masa ke semasa
6. Terus berfikir bagaimana untuk terus maju kehadapan

Jadikanlah diagram Kecemerlangan SiRN ini suatu yang mampu memotivasikan kita dalam meneruskan hidup dan kehidupan. Sebuah kehidupan amatlah tidak menarik jika tidak ada perjuangan dan cabaran … kerana inilah yang membuatkan kita kuat dalam menghadapi cabaran yang baru.

Semoga Berjaya … insyallah

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...