Friday, March 20, 2015

SAYA BUKAN PAKAR MOTIVASI...

Salam Hormat 


Agak lama tidak menulis disebabkan kesuntukan masa dalam menguruskan beberapa perkara yang menjadi 'keperluan masa hadapan'. Alhamdulilah sudah selesai... 


Baru-baru ini dijemput untuk pertama kali di SinarFM - Sinar Pagi bersama dengan DJ Krill dan SY. Sememangnya teruja tetapi fikiran masih berserabut dengan persediaan "perancangan masa hadapan". Topik yang akan dibincangkan adalah "Kegagalan SPM bukan segalanya berakhir" sempena dengan keputusan SPM yang diumumkan pada hari tersebut. Hihi tidaklah kekok sangat kerana dah biasa dengan konte Bernama Radio24.

Sememangnya sir amat tidak selesa apabila kerap dipanggil "Pakar Motivasi" kerana pada hakikatnya sir bukan pakar motivasi mahupun seorang yang mendalami pengajian dalam bidang tersebut. Tidak ada asas langsung! Apa yang ada hanyalah pangalaman sendiri, pemerhatian mahupun pembacaan. Tidak selayaknya bergelar pakar!

Sir memang mendapat pengiktirafan pakar dalam bidang "Service Management - ITIL Expert" bukan bidang motivasi. Cuma keinginan, minat serta kesabaran untuk berkongsi cerita dan apabila bercakap dengan penuh semangat bunyinya seakan seorang pakar.... 

Err jauh panggang dari api! 


Bersama DJ Krill & Salleh Yaakob (SY)

Lahir buku Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar juga tidak melayakkan saya bergelar penulis.... sekali lagi keinginan, minat dan kesabaran membolehkan sir terus menulis. (dan buku seterusnya masih tertangguh lagi)



Kalau mahu melihat pakar motivasi .... inilah mereka yang setia menyumbang masa, tenaga dan ilmu dalam membentuk generasi gemilang. Kedua2nya adalah guru motivasi sir iaitu Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) dan Tuan Kamarul Azhar Abd Rahman. Mereka ini orang2 hebat dalam membentuk orang jadi baik.

Jika sir ingin dikenali dalam bidang motivasi... sebagai seorang yang ingin mendorong orang jadi hebat.... dan biarlah pakar motivasi yang berwibawa pula mendorong orang jadi baik. 


SirNoordin 
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...