Salam hormat.
Insyallah saya dan team akan ke Kelantan pada 1hb Januari - 3hb Januari 2015 untuk bantuan sokongan sebagai sukarelawan membantu mangsa2 banjir di Kelantan.
Gambar Hias (copy dari Internet)
Objektif: -
Untuk membantu mangsa banjir dengan menghantar sumbangan orang ramai, memberi sokongan motivasi kepada mangsa2 yang trauma dan membersihkan kawasan persekitaran terutamanya Masjid-masjid. Kawasan sasaran adalah kawasan yang telah surut di mana sokongan susulan amat diperlukan. Kami menyasarkan kawasan Gua Musang dan Kuala Krai.
Gambar Hias (copy dari Internet)
Jika tuan/puan tinggal disekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang ingin menyumbang barang2an keperluan amatlah dialu2kan.
Maklumbalas yg diterima dari pasukan sukarelawan di Kelantan - barang2an yang menjadi keutamaan adalah seperti berikut:
- AIR MINERAL, Beras, susu bayi, roti, biskut, KURMA
- Panadol, ubat luka, pampers
- Berus gigi, ubat gigi, sabun
- Lilin, lighter
- Sejadah
Oleh kerana tempat agak terhad (sebuah trak 4x4), hubungi Jamsari Bachtiar Baharudin 012-3912757, Abu Barzah 011-14357690 dan Kamarul Azhar Abd Rahman 012-941 6669 (Pasir Gudang) agar kami dapat merancang sebaiknya.
Semoga diberkati Allah swt hendaknya.
SirNoordin Khalid
No comments:
Post a Comment