Showing posts with label Europe. Show all posts
Showing posts with label Europe. Show all posts

Friday, June 5, 2020

Indahnya Istanbul December 2019

Salam hormat



Post ini tertangguh sejak bulan December 2019.  Satu percutian keluarga yang dirancang sekian lama. Istanbul, tunggu kami datang!


Kami

Agak lama juga merancang untuk bercuti ke Istanbul. Mencari timing yang terbaik. Keseimbangan antara cuti sir, anak2 di universiti yang sedang dalam latihan industri dan misi mencari salji 'fresh' dari langit dan juga harga tiket flight paling murah memerlukan timing yang hampir sempurna. Bab ini agak sukar kerana pilihan yang ada hanya bulan December dan bulan ini pula merupakan bulan percutian. Sudah pasti harga tiket flight sudah menjadi harga luarbiasa. 

Plan asal selain ke Istanbul, nak juga stopover kat Dubai. Mengambil kesempatan tiket flight Emirates dan dapat anak2 merasa naik Airbus 380 dan bersiar2 di Dubai. Namun apakan daya tiket kami sekeluarga dgn EK mencecah Rm35k. Senak perut dibuatnya. Lupakan sajalah Emirates Airbus 380 dan Dubai. Akhirnya pilihan flight Saudia Airlines dgn harga Rm20k. Jimat hampir Rm15k. Boleh digunakan untuk ground expenses kelak. Dapat berpeluang singgah di Jeddah dan Madinah walaupun sekadar transit. Alhamdulillah. 

Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba, kami pulang ke tanahair pada 14 Dec 2019 dari Brunei. Lama sungguh tak balik ke Teratak Teluki. Home sweet home. Hampir seminggu dirumah untuk menyediakan persiapan sebelum menuju destinasi impian. Oleh kerana ketika ini adalah musim sejuk, persiapan agak lebih sedikit . Long John thermal, winter jacket, glove dan mcm2 lagi. Ada yang perlu beli yang baru kerana anak2 kecil semakin besar.


20 Dec 2019 : Day 0


Tanggal 21 Dec awal pagi, kami sudah berada di KLIA airport.  Flight Saudia Airlines 0425 pagi SV841 menuju ke Jeddah. Semasa menaiki pesawat, anak2 kecil sudah tidur lena dan terus tidur disepanjang penerbangan. Kami selamat mendarat di Jeddah jam 08.25 pagi (waktu Saudi). Transit 1.5 jam. Cuma sekadar sempat untuk ke Gate seterusnya dan terus menaiki pesawat SV257 jam 10.00 pagi menuju ke Istanbul. Walaupun keletihan melalui penerbangan yang agak lama, wajah anak2 begitu ceria sekali sambil mengalas tugasan masing2 -  memastikan keselamatan adik2 yang kecil, bag, makanan dan lain2 lagi. Senang kerja abah dan umi. 

Jeddah ke Istanbul

Tepat jam 14.00 tengahari kami mendarat di Istanbul (IST) airport. Dari atas kapalterbang sudah kelihatan keindahan negara Turkey ini. Difahamkan ini merupakan airport baru dan ternyata agak besar. Sempat menunaikan solat dahulu sebelum bergerak menuju ke Immigration. Habib kelihatan ceria setelah duduk berjam2 lamanya dalam kapal. Berlari-lari  sendirian tanpa mahu dipegang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Di sini trolley harus dibayar sebanyak TL5. Setelah selesai urusan luggage, kami keluar untuk bertemu dengan guide kami dari Eren Tour - Ahmet Cikrik dan Siti Azalina.

Van Mercedes warna hitam V-Class XL yang akan digunakan disepanjang pengembaraan menanti kami. Cuaca sejuk mula terasa apabila kami keluar dari airport. Sebelum menuju ke Busra, kami singgah sebentar di Istanbul untuk lunch dan menukar duit.  



Kami singgah untuk lunch di  Sur OcakbasiMenjamu selera dalam suasana dingin dan berangin begitu menyelerakan sekali. Kebab Turki menjadi pilihan pertama kami walaupun mengeletar menahan sejuk. 'Winter jacket' masih dalam luggage bag. Masih boleh bertahan walaupun dingin sudah terasa.  Selepas makan, kami terus bergerak menempoh jalan yang 'heavy traffic' - agaknya timing orang balik kerja. Hampir 3.5 jam menempohnya sebelum menaiki ferry melintasi laut Marmara menuju ke Busra. Anak-nak kecil sudah terlelap keletihan. Ferry melintasi laut Marmara memakan masa hampir 1 jam dan laut agak tenang. Angin begitu sejuk menyapu wajah sambil minum secawan teh panas untuk mneghilangkan rasa keletihan.  

Selepas melintasi laut Marmara, perjalanan agak lancar dan agak sunyi menuju ke Busra. Kami tiba sekitar jam 12.30 mlm. Terus check-in di hotel Grand Heykal. Jumlah jam perjalanan dari Kuala Lumpur sehingga Busra adalah 25.5 jam. Kegembiraan mengatasi keletihan. Bersedia untuk esok ....mendaki Uludag untuk bermain salji!


0000 Tiba di KLIA 
0425 (Msia Time) Kuala Lumpur - Jeddah SV841 (9 hrs flight time)
0825 (Saudi Time) Jeddah 1.5 hrs transit
1000 Jeddah - Istanbul SV257 (4 hrs flight time)
1400 Landed in Istanbul (14.5 hrs flight journey)
0030+1 day Check-in hotel Grand Heykal di Busra

Simcard - beli on-line di Kuala Lumpur (tak habis2 data sampai balik) 
Etiqa Insurance = Myr135.00 (Insurance perjalanan)
Tiket flight Saudia Airlines SAR18,446 = Myr20,500.00 (8 orang)
Hotel Grand Heykal - booking.com (4h 3m) = Myr1588.08 (bilik besar - puashati)

Selepas landing di Istanbul, 
Trolley airport = TL5
Lunch = TL220


21 Dec 2019 - Day 1 - Uludag

Jam 8.00 pagi kami breakfast di tingkat atas hotel. Pemandangan begitu menakjubkan dengan lerengan bukit serta cable car menuju ke Uludag. Angin bertiup kencang dan amat sejuk. Breakfast ala turkey style - roti keras, pelbagai jenis jam, telur dan banyak sayur2an. - salad, tomato dll serta  teh panas. Ternyata banyak pilihan makanan yang disediakan. 


Teleferic

Jam 9.30 pagi kami menuju ke Mountain Cable Car Uludag - Teleferic station . Bursa. Walaupun orang agak ramai namun tidak sampai 30 minit beratur kami sudah menaiki kereta cable. Perjalanan memakan masa sekitar 1 jam bergantung kepada keadaan angin. 

Bursa station - Sarialan Istasyonu 1636m - Kurbaga Kaya Istasyonu 1810m

Dari station Bursa hingga ke Sarialan agak curam menuju ke atas. Dari atas kelihatan keindahan bandar Bursa, bukit-bukit serta kehijauan hutan. Semakin hampir ke station Sarialan, semakin kencang tiupan angin. Agak menakutkan apabila terbuai kanan dan kiri. Sedikit demi sedikit kelihatan keputihan salji di kiri kanan perjalanan. Sarialan merupakan pertukaran station cable. Kami berjalan menuju ke station cable untuk naik ke atas sambil melihat barangan 'winter' yang dijual di sepanjang jalan. Namun kami tidak sempat singgah kerana sangat teruja untuk sampai ke Uludag. 

Menaiki cable menuju ke Kurbaga Kaya station. Pemandangan semakin memutih dengan liputan salji di sana sini. Angin semakin kencang dari arah lautan Marmara dapat dirasakan akibat dari buaian cable car. Walaupun kecut perut namun keindahan pemandangan begitu mengasyikkan. Akhirnya kami sampai di Kurbaga Kaya istasyonu. Terus berjalan mengikuti orang ramai untuk keluar dari station. 


Uludag

Lucu melihat anak2 begitu semangat berjalan laju untuk keluar dari station. Seketika kemudian masuk kembali dengan wajah kesejukkan. Sejuk, sejuk, sejuk ... err apa lagi mula siapkan adik Habib dengan sarung tangannya. Angin kencang. Kami terus keluar mencari Achmet yang menunggu di luar station. Beliau agak risau bila mendapat berita mengenai angin kencang. Tapi bagi kami pula teruja dengan pengalaman tersebut. Terus masuk dalam van, panaskan badan seketika. Achmet terus memandu ke kawasan peranginan yang berhampiran. 
Uludag

Kami berhenti di hadapan resort yang berhadapan dengan bukit. Anak2 terus berjalan menuju ke atas bukit. Kami masuk resort sambil memerhati dari dalam sahaja. Adik Habib kesejukan. Hadif dan Haikal pula berguling2 bermain salji. Hmm agaknya hari Ahad, begitu ramai orang. Kebetulan kami terpandang accident pemain ski melanggar orang ramai. Agaknya masih beginner kerana beliau tidak dapat mengawal lalu melanggar orang ramai.  Dengar khabar ada yang patah kaki akibat dari pelanggaran tersebut. Muskilla kaber. 

Sir nasihatkan anak2 agar bermain berjauhan dari laluan bermain ski. Anak2 lebih senang bermain di pinggir hutan yang penuh dengan salji. Salji masih lembut bagai kapas. Terasa amat nyaman sekali bagai suasana kampung err kampung orang putih la. Suasana tenang dan dingin sekali. Kelihatan cable ski melintasi di atas kami yang sedang menuju ke atas bukit. 
Koza Han

Apabila terasa sejuk  kami masuk ke ruang restoran yang menyediakan pemidang api untuk memanaskan badan. Order kebab, egg, manisan dan coffee. Kami menghabiskan masa sepanjang hari di sini. Rasa tak puas, apakan daya kami harus turun ke Bursa. 

Hampir jam 4 petang kami menuruni Uludag  kembali ke hotel untuk berehat seketika. Jalanraya di sini amat baik sekali berbanding dengan perjalanan kami 2 tahun lalu ke utara India - Manali, Himalayan Pradesh dengan laluan pergunungan yang begitu mengerikan. Puas melihat hutan yang disaluti salji serta desa2 disepanjang perjalanan. Sedar2 kami sudah berada di hadapan hotel. 
Osmangazi Turbesi

Selepas rehat sebentar, kami berjalan2 di kawasan berdekatan hotel. Menikmati suasana malam di Bursa. Singgah dinner di restoran yang berdekatan. Selepas itu abah & umi lak dating ..hihihi... 


Teleferik TL80x6 = TL480 (Hadif & Habib FOC)
Lunch = TL245
Dinner = TL120
Photo = TL250



22 Dec 2019 - Day 2 - Busra

Selepas breakfast, kami berjalan kaki sekitar kawasan. Lokasi hotel begitu strategik dan berhampiran dengan 'tourist attraction areas'.  Antara tempat yang dilawati adalah Osmangazi Turbesi, Great mosque aka. Green mosque dan minum2 di Koza Han. Cuaca tidak berapa sejuk berbanding di Uludag, terasa nyaman sekali. Sempat pula2 kami shopping di sekitar sini. Rasa harga pakaian agak murah. 



Osmangazi Turbesi

Selepas itu kami menuju ke Cumalikizik village untuk lunch/ dinner. Kami sampai sekitar 4 petang. Hujan renyai2 disepanjang perjalanan. Kelihatan perkampungan lama orang Turkey yang dikatakan sejak dari zaman Uthmaniyah. Orang2 di sini kelihatan begitu peramah sekali. Selepas berjalan2 kami terus menuju ke salah satu restoran untuk berehat2 dan makan. Masakan di sini amat lazat sekali sehingga order 2-3 kali... ha ha ha


Koza Han

Hari semakin gelap, kami terus berjalan-jalan sebentar dan kembali ke hotel. 

F&B = TL20
Shopping = TL1190 
Dinner = TL250
Others = TL10



23 Dec 2019 - Day 3 - Uludag lagi dan Istanbul

Seharusnya awal pagi kami rancang untuk bergerak ke Istanbul. Tetapi  sejak semalam Hadif berulang kali minta nak main salji di Uludag. Setelah berbincang dengan Achmet, kami bergerak awal ke Uludag dengan van sahaja. Hadif bukan main kepalang gembira kerana hajatnya ditunaikan. Iye juga kan nak datang sini bukannya murah, alang-alang sampai puaskan hati bermain salji. Cuma Habib tidak ikut kerana bimbang cuaca sejuk di atas sana.
Bursa

Semasa perjalanan mendaki Uludag, kami perasan ada 'fresh snow' berterbangan bagai kapas ditiup angin. Semakin hampir ke Uludag semakin banyak 'fresh snow' berterbangan. Wow! Betapa gembira hati kami semua kerana begitu banyak 'fresh snow' sedang turun dengan banyaknya. Terimakasih Hadif kerana memaksa kami kemari lagi. Hari ini tidak kelihatan ramai orang. Bagai taman syurga hanya buat kami. Kami berjalan mengharungi salji memanjat bukit dan meredah hutan di depan resort tersebut. Kali ini Hadif & Haikal menghabiskan masa membuat snowman... sementara abang2nya terus mendaki lebih jauh lagi. Sir dan Achmet sekadar menyorok disebalik pokok2 sambil memerhati dari jauh. Kesejukan. 
.

Hampir 2 jam bermain salji, kami kembali ke hotel menjamu selera. Kasihan lak kat adik Habib tak ikut serta. Bukan senangkan nak tengok 'fresh snow'... hihihi. Jam 11 pagi kami sudah menuruni Uludag untuk kembali ke hotel. Check-out dan tepat jam 1.00 petang, kami sudah memulakan perjalanan menuju ke Istanbul. 

3 hari 4 malam kami menginap di Hotel Grand Heykal, Busra - secara keseluruhan - bilik besar, breakfast sangat memuaskan, staff friendly, lokasi sangat strategik dan harga sangat berpatutan. Jika ada peluang, kami akan stay di sini lagi... insyallah. 


Kocaeli RR

Oleh kerana angin kencang di laut Marmara, kami mengambil jalan darat agak jauh namun berpeluang melihat bandar2 disepanjang perjalanan. Seperti yang dinyatakan, jalan2 disini amat memuaskan. Standard Europe. Kami singgah di Kocaeli RR sambil menikmati Burger King (err burger di sini tak sama mcm di Malaysia... rasa lebih enak). Kami sampai di Istanbul sekitar jam 7 petang dan check-in di Layenda hotel, Al-Fatih. Setelah check-in, kami dinner berhampiran dengan hotel. Di Istanbul terasa lebih sejuk berbanding di Busra. 

Laundry = TL160
Brunch Uludag = TL176
Lunch Burger King = TL100
Dinner = TL130


24 Dec 2020 - Day 4 Istanbul 

Ketika sedang bersiap2 untuk naik breakfast, tiba-tiba bilik sir diketuk orang. Ingat anak2 kat bilik sebelah dah ready nak naik dulu. Rupanya warga hotel berkumpul diluar bilik sambil membawa kek hari jadi. Oh! surprise rupanya. Sir pun tak teringat hari ini birthday sebab rasa seronok sangat berada di percutian kali ini. Sedap lak kek coklat nie. Err kena repeat nanti ha ha ha... 
.

Achmet sudah menunggu di lobby hotel. Kali ini kami hanya berjalan2 sekitar hotel. Sekali lagi, lokasi pilihan sir juga berada di lokasi strategik tourist attraction. Alhamdulillah. Dari hotel ke Haiga Sofea sekitar 10 -15 minit berjalan pelahan2. Singgah beli famous ice-cream Turkey walaupun hujan2. Niat hati nak 'test' mamat ice-cream tu... ha ha memang kerja dia, habis kena kitai budak2 ini. It was fun

Hujan gerimis mula turun lagi dan kesejukkan amat terasa. Belikan payung untuk adik Habib. Haiga Sofea, Sultanmet Mugdani, Sultan Ahmet Camli - masjid biru dan Basilica Cistern - tempat simpanan air bawah tanah dahulukala serta cerita2 Medusa. Sempat pula bergambar keluarga gaya2 kesultanan Uthmaniyah. Sedar2 jam sudah 2 petang, begitu cepat masa berlalu. Kami dijemput lunch di rumah Achmet dan Siti. Kami menaiki teleferic dan van menuju ke rumah pasangan ini sekitar 30 minit perjalanan. 
Haiga Sofea

Achmet dan Siti baru memulakan perniagaan - EREN TOUR. Kami diantara yang terawal menggunakan khidmat mereka. Rekomen dari kawan sekolah yang ketika ini menetap di Istanbul. Asal plan sir hanya menggunakan public transport untuk bergerak ke sana sini serta mendapat khidmat kereta sewa dari airport ke Busra vice versa. Maklumlah kami ramai berserta anak2 kecil - keutamaan kepada anak2 kecil yg bimbang tidak biasa dengan cuaca sejuk dan sebagainya. Namun apabila Eren Tour offer kami, ternyata amat berpatutan serta memudahkan kami untuk bergerak. Tambahan pula Kak Siti juga orang Malaysia yang kini menetap di Istanbul. 

Boleh hubungi Eren Tour di FB Eren Tour atau no hp +905344008951 untuk mendapatkan khidmat mereka di Turkey. Kami sangat2 berpuashati dengan layanan mesra dari Eren Tour. 

Gaya Kesulatan Uthmaniyah - kena buat muka garang

Sampai di rumah Achmet & Siti, terus terbau ayam bakar resepi Turkey... terliur kami dibuatnya. Maklumlah sudah kelaparan. Ada tersedia nasi serta sayur2an begitu membuka selera. Selera Melayu, dapat nasi kira lajulah. Selepas makan tersandar diruang tamu, mata pun layu dalam suasana sejuk nyaman. Tetiba terdengar lagu birthday ... mimpi kot. Aduii ada surprise lagi. Kek coklat lagi.. pergh... layan beb. Terimakasih buat Achmet & Siti. 

Sementara anak2 dirumah Achmet, kami dibawa ke kedai karpet berhampiran. Harga begitu murah sekali. Err terpaksalah shopping karpet lak. Lepas tu beli kekacang Turkey untuk dijadikan buah tangan untuk saudara mara kat Malaysia. 

Ice-cream TL65
Ticket Basilica Cistern TL120
Photo beli dgn CD TL500
Dinner TL50 
Carpet TL2100 


25 Dec 2020 - Day 5 Istanbul 

Kali Siti juga akan menemani kami berjalan-jalan. Kami berjalan menuju Grand Bazaar arah bertentangan dengan Haiga Sofia. Lokasi hotel berada diantara Haiga Sofea dan Grand Bazaar. Dah namanya bazaar, mestilah terbeli apa2kan. Bayar dan minta pekedai hantar ke hotel. Err suspen jugak tapi memang boleh dipercayai. 

Selepas itu, kami berjalan menuju kearah pinggiran laut Marmara untuk menaiki boat persiaran 'tour laut Marmara'. Pengalaman menaiki boat persiaran begitu mengujakan walaupun angin laut teramat-amat sejuk sekali. Yang menarik perhatian adalah burung2 camar berterbangan bersebelahan dengan boat. Habis segala roti diberi pada burung camar ini. Walau kesejukan, Habib masih bertahan semata2 untuk melihat burung2 camar ini.  Pelayaran hampir memakan masa 2 jam. Teh panas juga disediakan dalam boat menghangatkan badan. 


Belayar di Laut Marmara

Selesai pelayaran, kami menaiki kenderaan menuju ke restoran Pakistan. Beriani untuk lunch - err teramat pedas. Sekali-kali tukar selera asyik kebab aje kan. Selepas itu kami menuju ke Panorama 1453 History Museum - wajib pergi. Panorama suasana perang zaman A;-Fatih dengan dentuman meriam yang begitu kuat sekali, jerit pekik serta gambar 360 begitu mengasyikan. Hebat perjuangan insan yang bernama Al-Fatih ini.

Cadar = TL690
Boat = TL175 (8 orang) 
Lunch = TL250
Dinner = TL70


26 Dec 2020 - Day 6 Istanbul 

Cuaca agak cerah. Sekali lagi kami berjalan2 ke Haiga Sofea, Sultahahmet, Fatih Sultan  Mehmet Turbesi dan Eyup Meydani - naik cable ke ke atas bukit. Dapat melihat keindahan bandar Istanbul dan laut Marmara. Hujan gerimis kembali turun dan sejuk yang teramat. 


Eyup Meydani

Selepas itu kami lunch di Sur Ocakbasi - sungguh lazat sekali kebab di sini. Hari pertama kami sampai Istanbul, kami makan di sini dan hari terakhir juga di sini. Nyaman! Kali ini kami lunch bersama pasangan Achmet & Siti. 


Kebab di Sur Ocakbasi

Selepas itu kami berjalan-jalan di Dolmabahce - istana lama dipinggir laut. Oh cepat masa berlalu. Hari ini adalah hari terakhir kami di Istanbul. Tak puas lagi. Kalau tahu tambah 10 hari awal2 ha ha ha..

Lunch = TL320
Dinner = TL180
Shopping jacket winter = TL250


27 Dec 2020 - Day 7 Istanbul - Jeddah

Awal pagi kami sudah bergerak ke Istanbul airport. Terimakasih yang tidak terhingga buat Achmet and Siti yang membantu kami disepanjang percutian kali ini. Semoga dengan izina Allah swt, dapat kita berjumpa lagi. 

.

Kami bersarapan di airport. Note: harga makanan amat mahal sekali - pastikan sarapan awal2 sebelum ke airport. 

Terbang ke Madinah dengan Saudia Airlines SV3258 dan masa transit sangat lama. Dari tengahari hingga ke malam. Lunch dan dinner di airport Madinah. Sempat tidur dan mandi di airport sebelum terbang kembali ke Kuala Lumpur SV830

1030 am ETD from Istanbul SV3258 (3.5 hrs)
1345 pm ETA Madinah - Transit 9 h 15 min
2300 pm ETD from Madinah
1200 +1 day ETA Kuala Lumpur 

F&B airport = TL250
Lunch = SR150
Dinner = SR205


28 Dec 2020 - Kuala Lumpur 


Sir & Isteri

Alahmdulilah selamat mendarat di Kuala Lumpur tepat jam 12.00 tengahari. Suatu pengalaman keluarga dicatat di blog untuk menjadi bahan bacaan untuk anak2 di hari kemudian.

Video boleh diakses di Youtube channel. SirNoordin
Catatan Untuk Anakanda - Istanbul



Wednesday, September 24, 2014

TIPS JOM KEMBARA EROPAH

Salam 


Ramai orang yang mempunyai keinginan untuk merantau ke seluruh dunia terutamanya ke benua Eropah. Ada yang menjadikannya antara impian yang mesti dilaksanakan. Malangnya ramai yang mengimpikannya tetapi tidak dapat melaksanakannya atas pelbagai faktor.

I'm  Hari ini saya ingin kongsi langkah-langkah yang perlu anda lakukan...


LANGKAH 1: MUKTAMADKAN KEPUTUSAN ANDA
Jangan keliru lagi... itu impian anda maka muktamadkan keputusan anda dan MULA MENYIMPAN WANG SEKARANG! 

Mulakan dengan mencari maklumat tentang harga tiket pesawat ke mana-mana destinasi target di Eropah. Kalau dari Malaysia, budget dalam RM2,000 atau kurang. 

Layar www.cheapflights.com.my dan seumpamanya...


Tambang Murah dari Kuala Lumpur



LANGKAH 2: SENARAIKAN DESTINASI TUJUAN ANDA
Keputusan ini akan menentukan budget anggaran anda. Langkah ini yang paling sukar kerana banyak tempat menarik hendak dilawati dalam masa yang singkat. 

Mulakan dengan "SENARAI UTAMA MESTI PERGI" dan senaraikan 10 destinasi wajib anda mengikut keutamaan.

Peringatan:

Jika anda merancang untuk pergi dalam kumpulan (sebaiknya 4-6 orang sahaja) ... pastikan setiap orang menyenaraikan destinasi utama masing-masing. Selepas itu senarai pendek 5 destinasi utama agar setiap ahli kumpulan dapat memenuhi impian masing-masing. 



LANGKAH 3: PELAN ROUTE 
Langkah ini memerlukan anda memplotkan ke semua destinasi yang yang dituju dan buat pilihan route terbaik atau termurah! 

Anda perlu melakukan sedikit kajian melalui blog-blog pengembara lain serta Google Map untuk melihat destinasi anda. Ini akan membantu anda menyusun perjalanan anda dengan baik. 



LANGKAH 4: PERUNTUKAN MASA DISETIAP DESTINASI

Sambungan dari langkah 3 di atas, fikirkan berapa lama masa yang anda ingin peruntukan di setiap destinasi (juga bergantung kepada budget anda). Ingat untuk sampai ke destinasi impian anda memerlukan perbelanjaan dan kesungguhan yang tinggi ...pastikan anda habiskan setiap saat yang berharga  di situ! 

Jangan lupa untuk menyemak harga tiket di lokasi-lokasi seperti musium dan sebagainya. Semak juga harga tiket jika dibeli melalui internet (biasanya lebih murah dari harga kaunter). Jika lokasi tersebut merupakan tempat tumpuan ramai, pastikan anda membeli tiket seawal mungkin, jika tidak anda boleh membeli secara "on-line" semasa di Eropah sebelum ke destinasi tersebut. 



LANGKAH 5: MODE PENGANGKUTAN ANDA

Kenalpasti mode pengangkutan anda - bas, keretapi atau pesawat mengikut pelan perjalanan anda. Sekali lagi anda perlu mendapatkan sebanyak maklumat yang perlu sebelum membuat pelan perjalanan. 

Anda boleh menyemak tambang budget pesawat, pass Euro-train atau pass bas - di mana anda perlu membayar terlebih dahulu. Tetapi pastikan anda memyemak polisi-polisi syarikat yang memberi perkhidmatan tersebut. Jika mode perjalanan telah dipastikan, bagi saya separuh dari masalah sudah diselesaikan! 



LANGKAH 6: TEMPAT MENGINAP 

Berdasarkan pelan perjalanan anda, anda sudah boleh menempah hotel, apartment atau hostel. Biasanya saya suka merancang perjalanan di waktu malam agar saya dapat jimatkan budget hotel. 

Tetapi hostel-hostel di Eropah juga setanding dengan hotel... "nice for us as budget traveller". Mungkin anda boleh menempah dan membuat pembayaran awal sebelum memulakan perjalanan atau sebaiknya semasa berada di Eropah kelak. Oh iye, sebelum menempah penginapan, pastikan anda membaca "review" dari pelanggan-pelanggan lain. Ini akan membantu anda membuat keputusan bijak.


Antara pengalaman rakan-rakan saya yang menempah apartment - tidak perlu membayar wang pendahuluan. Cuma pastikan anda menerima email tanda pengesahan tempahan. Pembayaran boleh dibuat semasa 'check-out' dengan meninggalkan wang dalam sampul surat yang disediakan. Err anda perlu jujur di sini!





LANGKAH 7: KIRA BUDGET KESELURUHAN ANDA
Kira budget keseluruhan anda dengan mengambil kira semua yang anda telah rangkakan di atas. Biasanya saya akan mengasingkan pembelanjaan tunai dan credit-card. Saya suka meletakkan 20% - 30% tambahan budget sebagai Lain-Lain Perbelanjaan (Miscellaneous) atau sebagai langkah berjaga-jaga. 


LANGKAH 8: BELI TIKET PESAWAT
Mulakan dengan membeli tiket pesawat anda dengan memperbagaikan proses carian seperti "flexible date". Lihat juga jika destinasi tujuan anda boleh ditukar (mengikut pelan perancangan anda). Saya pernah mencuba menukar destinasi berlepas bukan dari Kuala Lumpur tetapi dari Singapore... dan saya boleh jimat sehingga RM800.00 jika berlepas dari saya (mengambilkira saya perlu terbang ke Singapore). 


LANGKAH 9: SENARAIKAN KEPERLUAN PERJALANAN
Senaraikan keperluan perjalanan anda. Pastikan anda "travel light as possible"... saya cadangkan dapatkan "back-pack" yang bersesuaian. Ada keperluan yang boleh anda beli di Eropah maka tidak perlulah membawanya. 




LANGKAH 10: BON-VOYAGE
Anda sudah bersedia untuk mengembara... pastikan semua dokumen yang disediakan terutamanya passport, wang tunai, tiket2 yang dibeli "on-line" etc. Pastikan anda boleh dihubungi dengan menggunakan internet e.g. Facebook atau Skype atau apa sahaja. Saya percaya perkara pertama yang anda akan beli adalah kad Internet... 




"Pengembara adalah seorang insan yang mengenal ribuan erti kehidupan"

SirNoordin Khalid
Ingin terbang kembali

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...