Wednesday, September 24, 2014

TIPS JOM KEMBARA EROPAH

Salam 


Ramai orang yang mempunyai keinginan untuk merantau ke seluruh dunia terutamanya ke benua Eropah. Ada yang menjadikannya antara impian yang mesti dilaksanakan. Malangnya ramai yang mengimpikannya tetapi tidak dapat melaksanakannya atas pelbagai faktor.

I'm  Hari ini saya ingin kongsi langkah-langkah yang perlu anda lakukan...


LANGKAH 1: MUKTAMADKAN KEPUTUSAN ANDA
Jangan keliru lagi... itu impian anda maka muktamadkan keputusan anda dan MULA MENYIMPAN WANG SEKARANG! 

Mulakan dengan mencari maklumat tentang harga tiket pesawat ke mana-mana destinasi target di Eropah. Kalau dari Malaysia, budget dalam RM2,000 atau kurang. 

Layar www.cheapflights.com.my dan seumpamanya...


Tambang Murah dari Kuala Lumpur



LANGKAH 2: SENARAIKAN DESTINASI TUJUAN ANDA
Keputusan ini akan menentukan budget anggaran anda. Langkah ini yang paling sukar kerana banyak tempat menarik hendak dilawati dalam masa yang singkat. 

Mulakan dengan "SENARAI UTAMA MESTI PERGI" dan senaraikan 10 destinasi wajib anda mengikut keutamaan.

Peringatan:

Jika anda merancang untuk pergi dalam kumpulan (sebaiknya 4-6 orang sahaja) ... pastikan setiap orang menyenaraikan destinasi utama masing-masing. Selepas itu senarai pendek 5 destinasi utama agar setiap ahli kumpulan dapat memenuhi impian masing-masing. 



LANGKAH 3: PELAN ROUTE 
Langkah ini memerlukan anda memplotkan ke semua destinasi yang yang dituju dan buat pilihan route terbaik atau termurah! 

Anda perlu melakukan sedikit kajian melalui blog-blog pengembara lain serta Google Map untuk melihat destinasi anda. Ini akan membantu anda menyusun perjalanan anda dengan baik. 



LANGKAH 4: PERUNTUKAN MASA DISETIAP DESTINASI

Sambungan dari langkah 3 di atas, fikirkan berapa lama masa yang anda ingin peruntukan di setiap destinasi (juga bergantung kepada budget anda). Ingat untuk sampai ke destinasi impian anda memerlukan perbelanjaan dan kesungguhan yang tinggi ...pastikan anda habiskan setiap saat yang berharga  di situ! 

Jangan lupa untuk menyemak harga tiket di lokasi-lokasi seperti musium dan sebagainya. Semak juga harga tiket jika dibeli melalui internet (biasanya lebih murah dari harga kaunter). Jika lokasi tersebut merupakan tempat tumpuan ramai, pastikan anda membeli tiket seawal mungkin, jika tidak anda boleh membeli secara "on-line" semasa di Eropah sebelum ke destinasi tersebut. 



LANGKAH 5: MODE PENGANGKUTAN ANDA

Kenalpasti mode pengangkutan anda - bas, keretapi atau pesawat mengikut pelan perjalanan anda. Sekali lagi anda perlu mendapatkan sebanyak maklumat yang perlu sebelum membuat pelan perjalanan. 

Anda boleh menyemak tambang budget pesawat, pass Euro-train atau pass bas - di mana anda perlu membayar terlebih dahulu. Tetapi pastikan anda memyemak polisi-polisi syarikat yang memberi perkhidmatan tersebut. Jika mode perjalanan telah dipastikan, bagi saya separuh dari masalah sudah diselesaikan! 



LANGKAH 6: TEMPAT MENGINAP 

Berdasarkan pelan perjalanan anda, anda sudah boleh menempah hotel, apartment atau hostel. Biasanya saya suka merancang perjalanan di waktu malam agar saya dapat jimatkan budget hotel. 

Tetapi hostel-hostel di Eropah juga setanding dengan hotel... "nice for us as budget traveller". Mungkin anda boleh menempah dan membuat pembayaran awal sebelum memulakan perjalanan atau sebaiknya semasa berada di Eropah kelak. Oh iye, sebelum menempah penginapan, pastikan anda membaca "review" dari pelanggan-pelanggan lain. Ini akan membantu anda membuat keputusan bijak.


Antara pengalaman rakan-rakan saya yang menempah apartment - tidak perlu membayar wang pendahuluan. Cuma pastikan anda menerima email tanda pengesahan tempahan. Pembayaran boleh dibuat semasa 'check-out' dengan meninggalkan wang dalam sampul surat yang disediakan. Err anda perlu jujur di sini!





LANGKAH 7: KIRA BUDGET KESELURUHAN ANDA
Kira budget keseluruhan anda dengan mengambil kira semua yang anda telah rangkakan di atas. Biasanya saya akan mengasingkan pembelanjaan tunai dan credit-card. Saya suka meletakkan 20% - 30% tambahan budget sebagai Lain-Lain Perbelanjaan (Miscellaneous) atau sebagai langkah berjaga-jaga. 


LANGKAH 8: BELI TIKET PESAWAT
Mulakan dengan membeli tiket pesawat anda dengan memperbagaikan proses carian seperti "flexible date". Lihat juga jika destinasi tujuan anda boleh ditukar (mengikut pelan perancangan anda). Saya pernah mencuba menukar destinasi berlepas bukan dari Kuala Lumpur tetapi dari Singapore... dan saya boleh jimat sehingga RM800.00 jika berlepas dari saya (mengambilkira saya perlu terbang ke Singapore). 


LANGKAH 9: SENARAIKAN KEPERLUAN PERJALANAN
Senaraikan keperluan perjalanan anda. Pastikan anda "travel light as possible"... saya cadangkan dapatkan "back-pack" yang bersesuaian. Ada keperluan yang boleh anda beli di Eropah maka tidak perlulah membawanya. 




LANGKAH 10: BON-VOYAGE
Anda sudah bersedia untuk mengembara... pastikan semua dokumen yang disediakan terutamanya passport, wang tunai, tiket2 yang dibeli "on-line" etc. Pastikan anda boleh dihubungi dengan menggunakan internet e.g. Facebook atau Skype atau apa sahaja. Saya percaya perkara pertama yang anda akan beli adalah kad Internet... 




"Pengembara adalah seorang insan yang mengenal ribuan erti kehidupan"

SirNoordin Khalid
Ingin terbang kembali

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...