Friday, December 7, 2018

Kembara Himachal Pradesh

Salam hormat


Kali ini berkongsi cerita pengalaman kami sekeluarga kembara ke utara India iaitu daerah Himachal Pradesh. Lebih tepat lagi perjalanan melalui Shimla - Kullu - Manali selama 7 hari  di minggu pertama di bulan December 2017. 


Sohlang Valley, Manali
Hari Pertama Kuala Lumpur - New Delhi - Shimla

Penerbangan awal pagi dari Kuala Lumpur ke New Delhi menaiki pesawat MH172 memakan masa hampir 5  jam. Terima kasih abang/ kakak cabin crew, memberi ration - kacang, air kotak etc. Di airport Indira Gandhi International Airport, New Delhi kami disambut oleh Arsyad wakil dari agen pelancongan. Arsyad memberikan taklimat serta memperkenalkan dengan pemandu kami yang bernama Yashpal. Seterusnya kami memulakan kembara dengan menaiki van Traveller menuju ke Shimla.


Welcome to India - Nameste
Perjalanan ke Shimla memakan masa hampir 13 jam dengan jarak perjalanan sejauh 360 km. .Sempat pula kami singgah makan tengahari di suatu daerah (tidak ingat namanya) sekitar 6 petang. Katanya berhenti makan tengahari. Terasa macam orang Sudan pula, makan tengahari jam 6 petang. Setelah mengisi perut dengan makanan "vege", kami meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan kami tertidur lena sekali dan sampai di Shimla sekitar jam 2.00 pagi. Suasana amat dingin sekali dan rasanya suhu di bawah 10C. 


New Delhi
Amat letih sekali. Bayangkan kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur seawal jam 4.00 pagi (waktu Malaysia) dan sampai di Shimla jam 2.00 pagi (waktu India). Bermakna hampir 24 jam kami dalam perjalanan sebelum berehat di Fairmount Hotel Shimla. Walaupun sampai agak lewat kami disajikan dengan minuman panas... terasa lega sedikit kedinginan sebelum menyambung tidur berselubung selimut tebal. Sejuk beb! 

Dari Wikipedia 

Shimla is the capital and the largest city of the northern Indian state of Himachal Pradesh. Shimla is also a district which is bounded by the state of Uttarakhand in the south-east, districts of Mandi and Kullu in the north, Kinnaur in the east, Sirmaur in the south and Solan in the west. In 1864, Shimla was declared as the summer capital of British India, succeeding Murree, northeast of Rawalpindi. After independence, the city became the capital of Punjab and was later named the capital of Himachal Pradesh.



Hari ke-2 Shimla
Shimla - The Queen of Hills
Esoknya selepas breakfast kami di bawa berjalan2 sekitar Shimla, barulah perasan kami berada di kawasan pergunungan yang begitu curam. Rasanya lebih curam dari perjalanan di Ranau/ Kundasang, Sabah. Kebanyakkan rumah2 dibina di tepi lerengan bukit. Sejujurnya rasa gayat sekali dan mengerikan buat kami yang tidak biasa dengan pandangan sebegini. Namun orang2 di sini kelihatan biasa berjalan di lerengan bukit serta memandu dan memotong dengan lajunya walaupun selekoh tajam pada setiap minit perjalanan. 

Pemandangan pergunungan sejauh mata memandang, cerunan curam, putihan salji di setiap puncak gunung serta kehidupan harian di sini begitu menarik perhatian. Kata orang2 Shimla, bukit2 serta gunung2 di sini adalah anak2 dari gunung Everest. Iye kot sebab nama province ini adalah Himachal Pradesh. Shimla terkenal dengan jolokan Ratu Gunung; agaknya Everest itu Raja gunung kot! Secara logik, betul kan?


Menunggang kuda
Aktiviti kami seterusnya menunggang kuda menaiki bukit di Himalayan Natural Park dalam suasana sejuk terasa macam American cowboy pulak ... cuma masalahnya kuda2 ini suka berjalan di tepi lerengan bukit. Kecut perut dibuatnya kerana kuda tu yang tergelincir termasuk dengan kami sekali. Ha ha ha yang betul2 enjoy naik kuda cuma Haikal dan Hadif sebab tak rasa takut... yang lain semua boleh dikatakan senak perut. 

Selepas itu kami melawat Zoo Kufri berdekatan dengan Himalayan Natural Park. Zoo Kufri ini tidaklah besar sangat dan tidak diselenggarakan dengan baik. Yang kelakarnya (bahasa lainnya adalah takut), kandang baboon - monkey with red bum tidak berpagar di bahagian atas... kebetulan kami pula makan kacang pemberian Malaysia Airlines. Dari jarak 200 meter beruk2 itu berkelakuan aneh terus memandang kami dan memanjat keluar dari kandang tersebut. Apa lagi berteraburan orang ramai melarikan diri... masa itu sudah agak ini pasti puncanya kacang MH ini. Terus dicampak kacang tersebut ke arah berlawanan. Pergh beruk2 tersebut terus menuju ke arah situ. Kasihan Hadif terjatuh masa berlari menyelamatkan diri tadi! Err lepas tu terfikir agak2 harimau bintang pun macam ini jugak kot. Harap2 tidaklah Hu hu hu.. 


Zoo Kufri
Zoo Kufri tidaklah besar mana dan tidak pula banyak haiwan untuk ditonton namun berjalan dalam hutan dalam suasana dingin berkabus begitu menenangkan sambil berfikiran positif bahawa tiada harimau atau beruk tadi terlepas lagi.


Lakar Bazar
Selepas itu kami kembali ke Lakar Bazar Market Shimla untuk makan tengahari ... (err dalam pukul 4 petang). Selepas makan makan bersiar-siar di kawasan Lakar Bazar sambil melihat orang berjual-beli. Oleh pekan tersebut di sepanjang lereng bukit maka kami terpaksa berjalan mendaki dan menurun bukit. Habis makan sampai ke van kami terasa lapar semula. 


Hari ke-3 Shimla - Kullu - Manali (250 km)

Setelah breakfast kami memulakan perjalanan ke Manali (ikut jadual 7 -8 jam namun kami sampai setelah 12 jam perjalanan. Perjalanan semakin mendaki bukit dan dapat dilihat tebing2 curam yang jauh di bawah sana. Barangkali 200 - 300 meter di bawah, sudah beratus kali beristighfar. Semakin jauh perjalanan mendaki semakin pula kelihatan gunung2 diliputi oleh putihan salji.


Traveler
Perjalanan kami melalui banyak pekan2 kecil yang secara umumnya menanam padi sebagai sumber rezeki. Yang menarik perhatian adalah rumah2 persendirian yang nun jauh di lereng bukit yang disambungkan oleh kabel ke pinggir jalan. Kabel tersebut digunakan untuk menghantar barangan dan barangkali juga membawa orang naik ke atas. Terbayang juga andainya kita mempunyai rumah di atas pinggiran bukit tanpa jiran hmm... pencuri pun fikir 100 kali nak mendaki ke rumah itu! 


Haikal & Hafiz
Kami melalui terowong Kullu - Manali sejauh 2.8 km yang juga dikenali "Aut Tunnel". Rasa  Sebelum memasuki terowong, terdapat tanah runtuh dalam jarak 200 meter dari pintu masuk terowong membuatkan rasa tidak tenteram juga. Alhamdulillah kami selamat melaluinya pergi dan balik. Terowong ini tidak sama seperti terowong di Kuala Lumpur. Jauh bezanya... 
Snow Peak Retreat Hotel
Selepas terowong, perjalanan banyak mendaki menuju ke Manali. Semakin banyak gunung bersalji telah kelihatan. Kami selamat sampai di hotel penginapan kami Snow Peak Retreat. Perkara pertama adalah makan malam serta kopi panas. Anak2 kelihatan amat seronok dengan suasana sejuk malam itu. Walaupun kesejukan, mereka bermain di luar bilik hotel. Kebetulan pula malam itu bulan penuh... indah sungguh suasana malam!

Dari Wikipedia

Manali is a resort town nestled in the mountains of the Indian state of Himachal Pradesh near the northern end of the Kullu Valley in the Beas River Valley. It is located in the Kullu district, about 270 km (168 mi) north of the state capital, Shimla, 309 km (192 miles) northeast of Chandigarh and 544 km (338 miles) northeast of Delhi, the federal capital. The small town, with a population of 8,096,[1] is the beginning of an ancient trade route to Ladakh and from there over the Karakoram Pass on to Yarkandand Khotan in the Tarim Basin. It is a popular tourist destination and serves as the gateway to Lahaul and Spiti district as well as Leh.


Hari ke-4 Manali

Hari ini kami akan dibawa ke Rohtang Pass di mana seluruh kawasan bersalji. Perjalanan memakan masa sekitar 2 jam. Namun di saat akhir kami dimaklumkan Rohtang Pass ditutup atas faktor keselamatan maka plan-B menuju ke Sohlang Valley. Kawasan berbukit berdekatan dengan Manali sekitar 16 km.
Hakim
Pemandangan dari Sohlang Valley sejauh mata memandang dengan gunung2 diliputi oleh putih salji. Anak2 begitu gembira bermain salji. Dingin yang sudah tidak terasa  kerana terpancar hangatnya kegembiraan. Masyallah.


Emm macam tak sejuk je!
Masuk hari ke-4, anak2 dah mula complaint pasal makanan..asyik vegetarian sahaja. Nasib baik ada telur, boleh tahan lagi. Bad on me, tak check betul2 tempat ini...rupanya 95% beragama Hindu... ingatkan semakin utara semakin ramai populasi Islam. Silap fakta, sepatutnya ke Kashmir .. insyallah di lain kali kita ke Kashmir pula cari nasi briani kambing.

Wajah2 Ceria Kami

Hari ke-5 Manali - Chandigarh (300 km)

Setelah breakfast, kami bergerak awal berpatah balik menuju Chandigarh. Tidak banyak hendak dikongsikan kerana hampir 60% perjalanan kelihatan pemandangan yang sama. Perjalanan memakan masa 12 jam... kebanyakkan masanya kami layan tidur barangkali sudah keletihan. Kesejukan memberi rasa nyaman untuk terus lena bagai diulit intan. 
Gandhi Memorial Hall
Kami sampai di Chandigarh sekitar 8 malam dan bermalam di Mandarin Hotel. Kami minta masakan kari ikan dan kari telur. Pergh sedap dan terasa puas makan sehingga bertambah hihi iyelah mana tahan vegetarian dah berapa hari ntah! 


Hari ke-6 Chandigarh - New Delhi (260 km)

Perjalanan agak relax sedikit melalui lebuhraya Nasional sejauh 260 km dan memakan sekitar 5 jam. Rasa kesesakan jalan raya serta hon yang tidak berhenti merupakan perkara biasa di sini. Sampai di New Delhi, kami sempat melawat India Gate dan Gandhi Memorial Hall

India Gate
Kami bermalam di Surya International Hotel berdekatan dengan pasar malam. Niat untuk berjalan sekitar namun apabila berselisih dengan khinzir hampir sama besar dengan lembu berkeliaran bagai haiwan peliharaan... hmmm kami batalkan hasrat hati. 


Hari ke-7 New Delhi - Kuala Lumpur

Pagi2 lagi kami sudah check-out dan terus ke airport New Delhi bagi mengelakkan kesesakan jalanraya. Kami pulang dengan pesawat MH173 Malaysia Airlines terbang ke Kuala Lumpur. 

Banyak pengalaman menarik di sepanjang percutian keluarga kali ini. Nampak anak-anak juga bersedia untuk menempuh pengalaman yang lebih mencabar di masa akan datang. Nyata mereka telah bersedia dengan ujian mental dan fizikal. Bangga juga melihat abang2 besar menjalankan tanggungjawap menjaga adik2 bagi memastikan keselamatan semua dengan baik. 


Suatu Kenangan
Maklumlah kami sudah tinggal berjauhan, abang2 di universiti di Malaysia sementara kami semua di menetap di Brunei. Bila bertemu banyak hendak berkongsi cerita. Aktiviti bersama dapat mengeratkan silaturahim. Insyallah ada rezeki kita akan backpack pula ke destinasi seterusnya. 

Sekian kisah kembara kami sekeluarga, semoga menjadi tatapan kenangan buat anak2 di masa hadapan. Amin.


SirNoordin
Dec 2017

1 comment:

  1. Assalamualaikum, boleh kongsi nama dan no travel agent? Berapa RM ye harga pakej? Terima kasih..

    ReplyDelete

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...