Thursday, March 26, 2020

Simpanlah Walaupun Tidak Cukup

Salam Hormat


Terkesan dengan apa yang berlaku ketika ini akibat dari pandemik Covid19, sir terasa amat sedih terutamanya kepada mereka menerima gaji hari. Ada kerja hari itu, ada gaji. Tidak ada kerja tidak perolehi apa2 pendapatan. 


" You don't get what you wish for, you get what you work for"


Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Kebanyakkan orang tidak kiralah gaji harian mahupun bulanan, tidak menyimpan wang. Kalau yang gaji hari, tiada kerja tidak ada makan. Yang gaji bulanan juga tidak terlepas dari isu ni malahan lebih teruk. Gaji bulan makan bulan namun hakikatnya gaji bulan sekadar bertahan beberapa hari setelah di tolak bayaran pinjaman bank, hutang credit card dan lain2. Selebihnya berserah agar dapat bertahan sehingga gaji bulan depan masuk semula. 

Seandainya perkara2 yang tidak diingini terjadi sakit pening, anak sekolah, kematian dan lain2 lagi, bagaimana harus dihadapi? Ketika ini dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dan ditambah dengan 14 hari lagi, bagaimana hendak bertahan tanpa duit simpanan? Alhamdulillah juga kerajaan mengizinkan duit KWSP digunakan dahulu serta penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan amatlah membantu. Itu bagi yang berkerja bulanan sekurang2 ada duit KWSP, bagaimana pula dengan gaji harian seperti penjaja nasi lemak. Bagaimana hendak bertahan? 

Sir pernah tulis di blog sir bertajuk "Ringkasan dari buku "The Richest Man in Babylon" pada tahun 2018; bagaimana hendak mula menyimpan wang dengan kaedah yang betul. Sebelum sir menulis ringkasan dari buku tersebut, sir mengamalkan sendiri beberapa tahun sebelum ini. Dari pembacaan buku tersebut, kaedahnya amat mudah namun ternyata praktikal amat sukar. Dua kali sir gagal sebelum mampu mengikutinya dengan penuh disiplin. Sir juga dah berkongsi dengan ramai orang kaedah tersebut, namun hanya seorang sahaja yang berjaya. Malahan lebih baik sir, beliau sudah menjadi usahawan berjaya yang mempunyai perniagaan sendiri serta mengajikan hampir 10 orang. 

Sila baca dari link di atas untuk memahami kaedah tersebut. 

Kalau baca tajuk, simpanlah walaupun tidak cukup... macam tak logik tetapi berapa ramai orang walaupun cukup malahan berlebihan juga tidak mampu menyimpan. Kenapa? Kalau yang ada berlebihan juga tidak mampu menyimpan apatah lagi yang memang tidak ada langsung? 

Sejujurnya, kita tidak punya pilihan! Walaupun tak mencukupi, kita harus juga menyuimpan walaupun sedikit agar dapat menampung di masa sesak begini. Sebenarnya, hendak ke tak hendak je! 

Kawan sir yang sekarang sudah menjadi usahawan itu , dahulu ketika beliau mula2 diperkenalkan dengan kaedah tersebut. Belanja harian beliau tidak pernah mencukupi malahan berhutang. Beliau kekal istiqamah mengikutinya selama beberapa bulan sehingga satu ketika beliau jatuh sakit hampir sebulan lamanya. Sebagai orang yang berpendapatan gaji hari, ternyata ini amat menyeksakan. Tidak ada sumber pendapatan selama tidak berkerja. Kata beliau, "alhamdulillah sir... saya ikut nasihat sir, menyimpan walau sedikit... tanpa sedar, saya mampu hidup dengan simpan tersebut selama sebulan. Kalaulah sir tak ajar saya teknik ini, entah macamana anak isteri hendak makan disaat saya sakit".  Beliau meneruskan simpanan tersebut sehingga mampu membuka perniagaan sendiri bermodalkan simpanan tersebut. 

Ini kajian kes yang berjaya! Jika beliau boleh, kenapa tidak anda? Beliau menyimpan walaupun tidak cukup. Disiplin diri beliau amat kuat. Disiplin itu juga membentuk diri beliau menjadi usahawan yang berjaya. 

Untuk kali keduanya, sila baca link di atas untuk teknik atau kaedahnya. 

Walaupun tidak cukup, ambillah sedikit untuk disimpan. Disiplinkan diri untuk melakukannya. Tidak dinafikan memang sukar. Dah tak cukup, hendak simpan ikut celah mana pulak? Apa jua sumber pendapatan, asingkan dahulu untuk disimpan, selebihnya baru digunakan. Apa yang merepek ini? Ala tak simpan pun tak cukup, simpan pun tak cukup. Sama sahaja! Disiplinkan diri untuk menyimpan dahulu dan teruskan hidup dangan tak cukup untuk suatu tempoh tertentu. Percayalah, tiba masanya tanpa sedar, simpanan kita akan membantu kita untuk mencukupi apa yang perlu atau membantu dikala amat perlu! 

Untuk kali ketiganya, sila baca link tersebut!!! 


"Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan"

Sir tulis tajuk ini kalau sir pernah cuba dan berjaya. Belehlah pendapatan sir steady ... jangan lupa iye, besar periuk, besar juga keraknya. Sir juga pernah gagal walaupun ada lebihan pendapatan namun tidak simpanan. Untuk berlaku adil, ada juga kajian kes kawan sir yang berpendapatan harian yang telah berjaya. Maka tidak ada sebab untuk anda tidak berjaya. Gunakan kesempatan selama 6 bulan ini untuk menyimpan bayaran pinjaman bank yang tertangguh. Jangan pula, dah ada lebih digunakan untuk memenuhi hasrat hati selama ini. 

Cubalah... 

Untuk kali terakhirnya... tekan link ini. Sir doakan anda juga berjaya untuk mendisipinkan diri untuk terus berjaya.

Amin.

SirNoordin
Bandar Sri Begawan



1 comment:

  1. Bagus nasihat sir, simpan sikit ikut kemampuan pendapatan. Sikit-sikit simpan lama-lama jadi bukit. Moga perjalanan sir yang luas menjadi motivasi untuk terus bertinta dan berkongsi rasa. Salam penuh hormat.

    ReplyDelete

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...