Thursday, March 12, 2020

Sama Nilai Pada Sisi Berbeza

Salam hormat


Kadang2 rasa menyampah tengok manusia berdebat atas suatu perkara yang sama dengan pendapat berbeza. Masing2 cuma menegakkan hujah masing2 - hanya hujah mereka yang betul. Namun itulah lumrah manusia secara semulajadi.



Macam orang berkata hanya 3 + 4 = 7 selain dari itu adalah salah. Walhal, 2 + 5, 1 + 6 juga menghasilkan angka 7. Seperti juga sisi duit siling - berdebat setengah mati mengatakan hanya satu sisi saja yang betul sedang duit siling mempunyai dua sisi yang berbeza namun menghasilkan nilai yang sama.

Agree to disagree!

Secara umumnya dalam setiap perkara ada baik ada buruknya. Selain dari perkara agama, segalanya boleh didebatkan samada dari sudut positif mahupun negatif. Setiap manusia mempunyai nilai tapisan maklumat tersendiri tergantung kepada suasana, kepandaian mahupun pergaulan. Ada juga orang berkata, kecenderungan pemikiran berasaskan dengan apa yang sering dibaca, Kita berpegang kepada apa yang kita percaya, selain dari itu menjadi penentangan walaupun benar. Kita memilih untuk melihat mengikut konteks yang kita inginkan. Tidak kah pemikiran kita sudah bias?

Kadang2 kita jauh berada dalam suatu perkara sehingga tidak dapat melihat keseluruhan perkara tersebut. Kita sudah 'vertical down' susah untuk melihat secara 'horizontal' . Ini masalah utama bagi kebanyakkan orang. Dalam melihat sesuatu perkara dengan lebih jelas, kita seharus melangkah lebih keatas agar dapat melihat keseluruhan permasalahan. Bukan menyelesaikan masalah semasa berada dalam masalah.Mungkin kita boleh menyelesaikan satu masalah tetapi kesannya mencipta pelbagai masalah lain pula. 

Can't see the wood for the trees or can't see the forest for the trees

Sama juga dalam alam perkerjaan mahupun politik, jika kita berada dalam kelompok pemikiran yang sama, mana mungkin kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang tepat. Ini kerana pola pemikiran kita selari dengan pola pemikiran kelompok kita. Kita harus juga belajar untuk berfikiran kritikal iaitu melihat sesuatu dari sudut berbeza. Apabila kita terlalu lama dalam sesuatu organisasi mahupun kelompok yang sama, kita tidak membezakan sesuatu perkara dari sudut yang lebih jauh. Kita telah terlalu dalam dalam permasalahan tersebut dan tidak mampu melihat dengan jelas lagi. 

Sesuatu perbezaan sepatutnya dirai bukan dibangkang sehingga ada yang menjatuhkan hukum mengikut kehendak dan kepuasan hati sendiri. Kita perlu lebih ramai orang yang mempunyai fikiran kritial kerana ianya melahir lebih banyak pandangan berbeza yang baik. Pasti akan berlaku perdebatan yang hebat namun di akhirnya memberi lebih banyak pilihan yang lebih sempurna. 

Namun hakikatnya hari ini sudah tidak seperti yang diharapkan. Taksub pada sesuatu pandangan menjadi asas pendirian. Selain dari asas pendirian ini adalah salah. Zahirkan berapa banyak fakta pun, tidak akan mampu mengubah apa2. Malahan ktia sedang melalui zaman semua netizen adalah bijak pandai - jika ada masalah legal, semua orang akan menjadi peguam bertaraf pakar, Jika ada masalah penyakit, semua orang menjadi doktor bertaraf pakar. Hebat2 mereka ini. Semua orang memberi pandangan 'hebat' sehingga memperlecehkan pakar2 yang sebenarnya. 

Semakin parah lagi, lahir pula pakar2 troll. Setiap perkara akan di trollnya tanpa mengira pandangan itu membawa kebaikan secara umum. Pandangan pakar perundangan, pakar perubatan malahan mufti juga di troll. Troll sudah jadi mainan netizen sehingga ramai pakar2 sudah mula menjauhkan diri dari memberi pandangan. Bukan takut malahan menyampah dengan tindakan tidak bertamadun. Akhirnya tiada lagi pandangan bernas dari pakar2 sebenarnya, tinggallah pakar2 netizen yang ber'troll sesama sendiri dengan pandangan ke laut. 

Seharusnya lahir lebih ramai bijak pandai sebenarnya pada zaman maklumat dihujung jari. Maklumat seharusnya berkualiti tidak kiranya ianya padangan positif mahupun negatif. Perlu terus dibincangkan bukan di'troll kan sepanjang masa, barulah kita mampu melahirkan masyarakat yang lebih bijak dalam membuat keputusan. 


Sekadar pandangan.. 

SirNoordin


No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...