Salam hormat
Selepas 2 bulan tahun 2020 berlalu, baru berkesempatan mengemaskini blog ini. Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Sudah masuk bulan March 2020 baru teringat blog ini.
Sibuk?
Hmm.. sibuk dengan kerja seharian serta melaksanakan pelan impian samada sendirian, bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Kerja seharian...
Setelah berlalu situasi 'tidak menentu' samada meneruskan kehidupan di bumi Brunei ataupun kembali ke tanah air atau kembali merantau ke bumi Allah yang luas ini. Perubahan drastik yang mengakibatkan ketidaktentuan ini. Alhamdulillah sudah tamat, khidmat sir masih diperlukan di bumi berdaulat Brunei ini. Mungkin sudah biasa dengan kehidupan di sini, terasa tidak mahu berhijrah lagi. Semoga berpanjanganlah hendaknya...
Bersama keluarga..
Setelah sekian lama berpisah dengan anak2 yang sedang menjalankan latihan industri di Malaysia sementara kami semua di Brunei, kami merancang untuk bercuti bersama-sama. Alhamdulillah dengan izinNya dapat kami berjalan-jalan di bumi Turkey - Istanbul dan Bursa selama hampir 10 hari. Suatu perjalanan yang mengikat silahturahim kekeluargaan. Adik-adik dapat bersama dengan abang-abang. Mengajar erti tanggungjawap dan kegembiraan bersama. Insyallah ada ruang masa akan disemadikan perjalanan kami di blog ini.
Bersama rakan-rakan...
Mencuri kesempatan sempena cuti Hari Kemerdekaan Brunei Darulsalam, kami menuju ke Filiphina untuk mendaki gunung tertinggi di Luzon iaitu Mount Pulag. Walaupun memenuhi pelbagai masalah logistik, perjalanan yang jauh dan pelbagai lagi, namun alhamdulillah kami berjaya memenuhi hasrat untuk berada di puncak gunung Pulag. Insyallah akan diceritakan nanti di blog ini.
Tahun 2020 ini dimulai dengan pelbagai cabaran ... dan cabaran yang terbesar adalah serangan virus Covid-19 yang dimulai di Wuhan China dan kini merebak ke seluruh dunia. Kesan dari virus Covid-19 ini amat hebat sehingga pelbagai krisis ekonomi - ribuan penerbangan telah dibatalkan, ribuan mati dan puluhan ribu terkena virus ini, perjalanan terhad dan menyukarkan serta pelbagai lagi.
Semoga tahun 2020 ini diberi kekuatan, kelapangan, kesenangan serta rezeki yang berlipat ganda. Amin.
SirNoordin
March 2020
Sebuah Himpunan Kenangan dan Bekalan Jiwa Untuk Pengembaraan Mereka Nanti. Dari dasar lautan biru hingga ke puncak tertinggi setiap langkah dalam kembara ini mengajar aku satu hakikat — bahawa hidup ini jauh lebih indah apabila dipandu oleh hati mendekati-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023 Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...

-
Salam hormat Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mari kitani belajar bahasa Brunei. Ani = ini Atu = itu Miatu = ...
-
Salam hormat Entah kenapa tetiba ada segelumpit rasa untuk membina susur jalur keturunan sejauh mungkin. Semakin masa berlalu semakin it...
No comments:
Post a Comment