Salam hormat
Semalam berbual2 dengan rakan sir. Kami bercakap soal anak2 - tentang tanggungjawap, perbelanjaan anak2 dan lain2 berkisar tentangnya.
Antara yang menarik disembangkan adalah "duit bukan segalanya, namun segalanya perlu duit". Yang menariknya, baru 2-3 hari lepas sir berborak2 dengan anak2 tentang perkara ini. Maklumlah anak2 yang besar pun sudah keluar universiti dan sedang tunggu panggilan untuk menyambung pelajaran. Sir mahukan mereka melakukan sesuatu untuk mendapatkan duit belanja.
"Duit bukan segalanya"
Dalam hidup ini duit bukan segalannya - bererti duit bukan segalannya untuk kehidupan. Banyak perkara lebih utama dari mencari duit 24 jam. Duit tidak akan pernah cukup. Semakin besar pendapatan, semakin besar belanja kita. Awal berkerja, mungkin sekadar kereta Perodua dan setelah mendapat kenaikan gaji, terus tukar kereta berkepala H. Pembayaran bulanan kereta semakin tinggi, belanja kehidupan kita masih ditakuk lama.
Kita tidak pernah meningkatan kehidupan kita, kita cuma menukar penampilan hidup kita. Dari kereta kecil Perodua menjadi kereta Honda. Jika kita maintain gaya hidup kita dengan kereta yang sama, bererti kita telah meningkatkan kebolehan perbelanjaan kita. Itu lebih utama. Samada kita tetap berbelanja pada tahap yang sama dan selebihnya boleh dijadikan modal untuk simpanan.
Seboleh2nya hidup jangan terpalit dengan hutang. Jangan sekali2 berbelanja melebihi pendapatan. Ada Credit card bukan lesen untuk berbelanja melebihi pendapatan. Konsep Credit card adalah memudahkan pembayaran dan 'berhutang seketika' sementara menunggu membuat pembayaran penuh. Semasa menggunakan credit card, kita sememangnya sudah ada wang untuk membayar penuh. Namun kebanyakan orang menggunakan credit card untuk berhutang dengan bank dengan membayar minimum Berhutang dengan bank - pasti pihak bank juga ingin membuat keuntungan keatas kita. Taklah nak bagi service percuma kan?
Sebaiknya sebelum membeli sesuatu dengan menggunakan credit card, tanya diri sendiri. "Perlukah aku akan perkara ini atau benda ini?" dan "cukupkah duit simpanan aku untuk membayar penuh?"
Hidup berpada-pada. Tak perlu bermegah. Sekadar memenuhi keperluan diri dan keluarga. Harus bijak mengurus wang. Kalau duit banyak melimpah2 tetapi tak boleh makan itu ini, juga sudah tak berguna. Ada rumah mewah, hati runsing pun tak guna. Kesihatan lebih utama. Senyum selalu, hati akan tenang. Duit tak boleh beli senyuman.
Saat sir mendaki ke Annapurna BaseCamp, kami melalui perkampungan yang tak punya apa2. Sungai2 jernih hanya dibelakang rumah. Pemandangan gunung2 dan udara dingin segar menyejuk pandangan. Mahal kan? Tak boleh dibeli dengan wang!
"Segalanya perlukan duit"
Zaman ini zaman duit. Segalanya perlukan duit. Masuk toilet, buang air besar pun kena pakai duit. Tak kanlah nak meleas tepi longkang kan? Jika sekecil2 benda seperti ini juga perlukan duit, apatah lagi perkara2 besar. Jadi dalam perkara ini, hendak tak hendak kena tahu perbezaan diantara keinginan dan keperluan. Dan jika budget ketat, diantara keperluan dan yang lebih perlu! Tidak ada pilihan.
Sir mengamalkan teknik budget tahunan. Berdasarkan perbelanjaan tahun2 lepas - kita sudah dapat meramalkan perbelajaan tahun ini. Ada perkara jelas sepert bayaran lona bank - contoh: bayaran kereta rm500 sebulan... budget rm500 x 12 = rm6000 setahun. Tengok juga roadtax, insuran dan service. Bagi perkara2 yang tidak jelas - bil air/api, buat agak2 bijak ...average setahun berapa dan didarabkan 12 bulan. Dah dapat budget setahun. Pastikan buat untuk semua perbelanjaan. Masukkan juga jika anda ingin membuat simpanan bulanan - ini dikira peruntukan dalam perbelanjaan kita.
Selepas itu buat budget pendapatan tahun hadapan. Lihat jumlah pendapatan Vs perbelanjaan. JIka pendapatan -ve, hendak tak hendak, kena buat potongan budget untuk mana2 perkara. Tidak ada pilihan lain kecuali anda ingin buat 'part-time' untuk tambah pendapatan. Jika ada lebih, boleh tambah perkara "keinginan" dalam budget anda atau naikkan peruntukan simpanan bulanan anda.
Alhamdulillah, setalah mengamalkan budget tahunan serta konsep 'simpanan babylon' - perbelanjaan dapat dikawal dengan sempurna ibarat sebuah syarikat korporate. Tak de budget, tak bolehlah menunaikan keinginan diri.
Bila kita satu perumpaan di atas, "Duit bukan segala dan segalanya perlukan duit" - kita akan jelas dimana duit itu hanya berguna pada keperluan bukan pada keinginan. Perlu bijak dalam menguruskan duit. Sir bukan akauntan yang lebih cekap dan mahir dengan nombor. Sir hanya ingin hidup tanpa hutang dan hidup dengan seadanya.
Jika ada lebih, boleh dijadikan simpanan. Pada suatu tahap simpanan kita jika diurus dengan baik, sudah boleh berkerja untuk kita. Genap haul, sebahagian duit simpanan boleh digunakan untuk membayar zakat simpanan. Kalau simpanan sudah mencecah Rm100k, dapat kita peruntukan 2.5k untuk zakat dan diberikan pada yang hak. Bukankah itu lebih baik.
"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"
Semoga menjadi panduan. Amin
SirNoordin
Sekadar pengalaman....
Sebuah Himpunan Kenangan dan Bekalan Jiwa Untuk Pengembaraan Mereka Nanti. Dari dasar lautan biru hingga ke puncak tertinggi setiap langkah dalam kembara ini mengajar aku satu hakikat — bahawa hidup ini jauh lebih indah apabila dipandu oleh hati mendekati-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)
PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023 Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...

-
Salam hormat Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mari kitani belajar bahasa Brunei. Ani = ini Atu = itu Miatu = ...
-
Salam hormat Entah kenapa tetiba ada segelumpit rasa untuk membina susur jalur keturunan sejauh mungkin. Semakin masa berlalu semakin it...
No comments:
Post a Comment