Friday, March 6, 2020

Disebalik Kepayahan

Salam hormat


Tadi sir ditanya, "tidak letih ke panjat gunung? Rasa macam menyusahkan diri je.... "


Letih sangat!

Hmm...sir senyum aje sebab memanglah penat mendaki, kalau tak penat naik helicopter je. 

No Pain No Gain kan?

Masuk hutan dan mendaki gunung ni merupakan minat sir dari sejak zaman universiti lagi. Masa berubah, fokus juga  berubah. Sekarang ini berpeluang menunaikan kembali minat tertunda... masa kerja agak stabil, tidak seperti dulu, terbang sana sini hingga nak merancang cuti pun susah. Selain dari itu, berjumpa rakan2 yang juga minat kearah yang sama. #KoyokAdventureTeam

Apabila kita masuk hutan mahupun mendaki gunung terasa amat tenang sekali. Jauh dari hiruk piruk kehidupan. Tiada Internet. Tiada message mahupun Whatsapp. Handphone jarang sekali dilihat. Jika pegang handphone pun sekadar untuk mengambil gambar.

Penat? Ngaleh?

Siapa kata mendaki gunung tak penat. Memang sangat penat. Kekadang kami berjalan diantara 6 jam hingga 8 jam sehari. Jika mendaki penatnya tidak terkata, jika menurun sakit lutut pula tidak terkata. Dalam setiap kepayahan  pasti ada kenikmatan dan kepuasan. Untuk sampai ke destinasi baiknya puncak gunung mahupun kem induk - basecamp adalah suatu kejayaan dan kepuasan. Tetapi kenikmatan sebenarnya adalah perjalanan untuk sampai ke destinasi tersebut. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi. Baik dari segi cuaca, mental dan fizikal.

Disebalik kepayahan, ada kenikmatan...

No pain, no gain!

Cabaran sesuatu pendakian itu adalah kenikmatan yang dicari. Dingin angin yang menderu. Udara nipis sehingga payah untuk bernafas. Pendakian demi pendakian yang tak kunjung habis. Kadang2 hujan turun di tempat tinggi menyumbang kedinginan tanpa hadnya. Ini semua cabaran yang mencabar kekuatan minda untuk mengatasinya.

You can do it! Kita boleh, sikit lagi.... ulang2 ayat untuk menaikkan semangat untuk mencapai kejayaan - kata2 yang diulang di dalam hati. 

Dalam pendakian, kita akan dihidang dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Awesome! Stunning! Banjaran gunung ganang yang tinggi megah berdiri. Kabus dingin dan tebal menghiasi pemandangan. Sungai2 yang jernih mengalir sepi. Suasana sungguh sunyi yang sekali sekala kedengaran kicauan burung. Yang paling menarik sekali adalah hanya orang2 tertentu yang diizinkanNya untuk sampi ke tempat2 begini untuk menikmati keindahan ciptaanNya. Bukan semua orang mampu sampai ke tempat2 begini walaupun kaya wang berjuta. Kita adalah insan terpilih!

Satu lagi, kita akan bertemu dengan rakan2 yang sentiasa positif, kental jiwa dan mempunyai objektif yang sama. Apabila berbual2 dengan pendaki2 lain, rasa amat menyenangkan kerana berbual dalam ruang konteks yang sama. Sentiasa memberi semangat untuk meneruskan pendakian. Tidak kiralah tinggi atau rendahnya gunung, setiap gunung mempunyai cabaran tersendiri.Tak perlu sombong! Setiap langkah membawa kita hampir ke destinasi seterusnya. Yang penting, terus melangkah...

Malahan apabila tiba waktu solat, kita berpeluang menunaikan solat pada tanah dan tempat yang berlainan. Banyak juga saksi2 kita di bumi Tuhan yang menyatakan kita pernah solat di atasnya diakhirat kelak. Ini adalah nikmat Tuhan. Sambil2 menyaksikan keindahan ciptaanNya, dapat juga menyentuh perasaan untuk bersyukur kepadaNya. Kita adalah Khalifah di muka bumi ini. Kita dizinkan Allah swt. untuk menakluk gunung ganang di bumiNya ini.

Kerana itu sir begitu asyik untuk berterusan untuk mendaki gunung dan hutan-hutan demi sesuatu Walaupun usia sudah hampir mencapai 5-series, namun Allah swt memberi kesihatan yang baik serta mental yang kuat. Pada setiap Tahajud, mohon doa ... Ya Allah sejahterakan tubuh badanku ini, sejahterakan pendengaranku dan sejahterakan penglihatanku". Amin.


SirNoordin
"Mountains are calling, I must go..." 

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...