Tuesday, March 3, 2020

Hidup Perlu Sentiasa Berubah

Salam hormat


"Sir dah lama tak buat program motivasi lagi ke? Kami rindu pada nasihat2 sir yang penuh semangat serta pengalaman hidup yang sir kongsikan semasa program"  



Hmm... priority hidup sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa. Telah sir katakan dulu, sir bukan pakar motivasi. Sir cuma melakukan tanggungjawap sosial serta minat sir kepada program outdoor dari sejak remaja lagi. Motivasi sir adalah pengalaman sendiri yang begitu berharga. Rugi jika tidak dikongsikan. Bukan pada teknik2 pakar motivasi sebenarnya... lagipun ketika ini telah lahir ramai pakar motivasi yang jauh lebih hebat yang dapat membantu adik2 semua. 

Seperti yang sir katakan hidup perlukan perubahaan. Keutamaan juga berbeza mengikut masa dan keadaan. Kita tidak boleh tetap pada sesuatu keadaan pada jangkamasa yanglama. Kita perlu berubah. Keutamaan juga berubah mengikut kita. Lari dari 'comfort zone' kerana 'comfort zone' membunuh kreativiti. 

Sir juga ingin melangkah keluar dari melakukan rutin yang sama. Buat masa ini sir kembali fokus kepada kareer serta memenuhi impian diri yang tersenarai dalam 'bucket list'. Umur semakin meningkat menandakan tenaga semakin berkurangan. Jika ditangguh, banyak impian yang perlukan kudrat tidak terlaksana. Pernah ditanya pada yang berusia, apakah yang disesalkan disaat ini? Katanya, "banyak perkara yang ingin dilakukan namun kudrat membataskan walhal diusia muda disia-siakan masa tersebut". 

Kita belajar dari pengalaman. Cari pengalaman sebanyak mungkin. Jangan buang duit dengan membeli benda2 yang tidak mendatang faedah. Beli pengalaman! Pengalaman walaupun tidak dapat dilihat dari segi fizikal namun ianya membentuk keperibadian. Paling kurang tersemat dalam memori walaupun pengalaman itu pahit sekalipun. Kalau pahit ianya tetap menjadi sempadan. Kalau manis ianya menjadi memori indah. 

Sebelum memulakan kareer, sir amat minat meredah hutan belantara, camping sana-sini, mendaki gunung ganang dan dan lain2 lagi. Namun bila sudah mula berkerja, segalanya hilang entah kemana. Keinginan mula berubah. Tanpa wang segalanya tidak menjadi. Walhal zaman sebelum berkerja membuktikan walaupun dengan sedikit wang, kita mampu beli pengalaman yang berharga. Komitmen hidup juga berubah dan bertambah. Perlu fokus dalam kareer dan kehidupan. 

Wang bukan segalanya, namun segalanya perlukan wang... perlu keseimbangan dalam meredah kehidupan dalam dunia yang sentiasa perlukan wang. Susun dan rancang kehidupan agar wang bukan segalanya. Wang sekadar untuk keperluan bukan keinginan. Potong segala perbelanjaan yang tidak perlu. Berhenti seketika kehendak untuk keinginan. Fokus pada keperluan. Lebihan wang yang tidak digunakan, simpan. Ingat, jadikan wang berkerja untuk kita bukan sebaliknya. Kita bukan hamba wang tapi wang mesti diajar untuk berkerja untuk kita. Jangan lupa bersedekah kerana di sini kunci kepada kemurahan rezeki dari Yang Maha Pemberi Rezeki. 

Bila wang sudah mula berkerja untuk kita, inilah masanya kita memenuhi kehendak diri... bagi sir kehendak diri bukan pada barangan yang dibeli tetapi pada pengalaman yang dicari. 

Sir kembali  kepada keinginan sir seperti dalam senarai bucket list ... banyak gunung2 ingin ditakluki. Bukan mudah untuk dilaksanakan pada usia seperti ini. Kudrat sudah semakin kurang. Semoga Yang Maha Esa memberi kekuatan dan kesihatan buat sir agar dapat melaksanakan impian diri. Syikur tidak terkata, dalam 2 tahun kebelakangan ini... sudah dua kali mendaki gunung Kinabalu (4098m), Annapurna basecamp (4130m) yang menjadi idaman setiap pendaki dan gunung Pulag (2926m) di Filiphina. Keinginan terlaksana, syukur alhamdulillah. Disebalik kesibukan kerja masih diberi ruang dan peluang untuk mencapainya. Latihan masih diteruskan kerana impian yang terbesar untuk berada di Everest basecamp (5164m) dan Kalapathar (5654m) untuk menyaksikan kegagahan gunung tertinggi di dunia iaitu gunung Everest. 


SirNoordin
Sekadar celoteh biasa yang biasa-biasa
                                                                                                                                                

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...