Buat peminat2 "jungle trekking" dan "hiking" di Brunei, Bukit Sarang Helang merupakan destinasi yang menarik. Dalam masa kurang 10-15 minit dari sekitar bandar, kita boleh melakukan aktiiviti riadah harian mahupun mingguan di sini.
Tasik Lama merupakan spot yang popular yang menjadi pintu masuk ke Bukit Sarang Helang. Keindahan air terjun dan kehijauan hutan begitu merehatkan mata. Dari atas bukit Sarang Helang kita boleh melihat keindahan Bandar Seri Begawan.
Terdapat 7 bukit disekitar ini iaitu Bukit Sarang Helang, Bukit Karamunting, Bukit Laur, Bukit Luba, Bukit Nangka, Bukit Sipinang dan Bukit Markuching.
![]() |
Peta Trek |
Bukit Sarang Helang merupakan bukit yang terdekat dengan Tasik Lama - terdapat 2 entry point untuk trekking.
![]() |
Tetamu KL mencuba trek |
![]() |
![]() |
Hakim & Haikal - Trek Buluh |
Mungkin juga minat sir pada 'jungle trekking' maka ini merupakan "hiburan terbaik" buat sir. Penuh mengalir tanpa henti menjadikan badan rasa sihat dan segar. Tak lupa juga stamina dan fitness bertambah baik.
Ada suatu ketika sir terjumpa seorang ayah (mungkin juga sebaya dengan sir) sedang membawa anaknya yang agak obesiti mendaki ...sambil berbual-bual dengan sir, katanya, "cukup2lah bermain gadget... anak2 gadget ini ani siang malam 24 jam itu sahaja". Kami menunggu jauh di hadapan sambil melihat kepayahan anak itu mendaki. Tambahnya lagi, "jika tidak dipaksa... bertambah obes nanti". Sir hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan.
![]() |
Geng Trek Tiap Minggu |
Rakan tetap untuk aktiviti "jungle trekking/ hiking/ cycling" ialah saudara Amir Hamzah... barangkali minat serupa, mudah melaksanakan aktiviti ini. Dan ramai juga yang mula mengikuti kami walaupun tidak saban minggu... tahniah semua!
SirNoordin
Tasik Lama