Thursday, October 25, 2018

Bukit Sarang Helang, Tasik Lama

Salam hormat


Buat peminat2 "jungle trekking" dan "hiking" di Brunei, Bukit Sarang Helang merupakan destinasi yang menarik. Dalam masa kurang 10-15 minit dari sekitar bandar, kita boleh melakukan aktiiviti riadah harian mahupun mingguan di sini.

Tasik Lama merupakan spot yang popular yang menjadi pintu masuk ke Bukit Sarang Helang. Keindahan air terjun dan kehijauan hutan begitu merehatkan mata. Dari atas bukit  Sarang Helang kita boleh melihat keindahan Bandar Seri Begawan.

Terdapat 7 bukit disekitar ini iaitu Bukit Sarang Helang, Bukit Karamunting, Bukit Laur, Bukit Luba, Bukit Nangka, Bukit Sipinang dan Bukit Markuching


Peta Trek
Alhamdulillah sir sudah mendaki Bukit Markuching dan Bukit Sarang Helang (hampir setiap minggu pasti di sini sir menghabiskan masa sekurang2nya dua jam untuk beriadah)
Bukit Sarang Helang merupakan bukit yang terdekat dengan Tasik Lama - terdapat 2 entry point untuk trekking. 
Tetamu KL mencuba trek
Biasanya jungle trekking memakan masa sekitar 1 jam 15 min - 2 jam dan sejauh 4.7 km. Salah satu trek kegemaran sir - trek buluh (nama yang kami panggil)...di mana jaraknya pendek dalam 1.8 km tetapi amat mencabar. Bermula dengan tangga yang agak tinggi sehingga ke rest area; trek sebelah kanan yang menurun hingga ke anak sungai dan seterusnya menaik hingga ke puncaknya. Hampir tiada jalan yang mendatar! Ngaleh jua (bahasa Brunei = penat jua)

Yang menariknya...  hampir semua simpang ada papan tanda penunjuk arah serta tempat rehat!.Cuma yang sir kurang puas hati adalah .....terdapat juga botol2 serta sampah di trek. Sepatut setiap orang yang masuk ke hutan seharusnya membawa kembali botol2 atau sampah2 yang dibawa. Ini soal sikap! Seharusnya hanya jejak yang ditinggalkan... 


Hakim & Haikal - Trek Buluh


Mungkin juga minat sir pada 'jungle trekking' maka ini merupakan "hiburan terbaik" buat sir. Penuh mengalir tanpa henti menjadikan badan rasa sihat dan segar. Tak lupa juga stamina dan fitness bertambah baik. 



Ada suatu ketika sir terjumpa  seorang ayah (mungkin juga sebaya dengan sir) sedang membawa anaknya yang agak obesiti mendaki ...sambil berbual-bual dengan sir, katanya, "cukup2lah bermain gadget... anak2 gadget ini ani siang malam 24 jam itu sahaja". Kami menunggu jauh di hadapan sambil melihat kepayahan anak itu mendaki. Tambahnya lagi, "jika  tidak dipaksa... bertambah obes nanti". Sir hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan.
Geng Trek Tiap Minggu
Alhamdulillah anak-anak juga minat untuk bersama sir dalam aktiviti "jungle trekking" dan mencabar diri mendaki Bukit Sarang Helang saban minggu... err dapat juga sir mengurangkan "aktiviti gadget" mereka secara tak langsung. Syukur.

Rakan tetap untuk aktiviti "jungle trekking/ hiking/ cycling" ialah saudara Amir Hamzah... barangkali minat serupa, mudah melaksanakan aktiviti ini. Dan ramai juga yang mula mengikuti kami walaupun tidak saban minggu... tahniah semua!



SirNoordin
Tasik Lama


No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...