Mendaki gunung Kinabalu merupakan salah satu dari impian sir. Walaupun usia kini menghampiri 5-series namun semangat dan keinginan masih tinggi. Mungkin juga kudrat tidak segagah orang muda tetapi jauh disudut hati pasti boleh. Malaysia Boleh! Ha ha ha...
![]() |
Indah tidak terucap |
Rakan sir saudara Amir booking melalui Amazing Borneo Tours dan kami mendapat lima slot pada 20 - 21 October 2018 dengan harga RM1,500/pax. Selepas membayar deposit, kami ada 3 bulan untuk berlatih...
Tiba masanya pada tanggal 19 Oct 2018 sir dan saudara Amir terbang dengan BI825 dari Bandar Seri Begawan ke Kota Kinabalu bertermu dengan saudara Affizan dan Shabudin dari Kuala Lumpur. Kami stay di Imago Apartment. Sempat pula shopping untuk persiapan terakhir - rasa macam tak ready.
![]() |
Sebelum memulakan pendakian - Timpohon |
Keesokkan harinya tepat jam 6 pagi kami bergerak menuju ke Kinabalu Park yang memakan masa selama 2 jam. Sampai di Kinabalu Park kami terus mendaftar, simpan bag dan diperkenalkan dengan Malim Gunung kami yang bernama Andy Johan. Setelah semuanya bersedia, kami dibawa ke pintu masuk Timpohon serta diberikan taklimat keselamatan sebelum memulakan pendakian. Jangkaan perjalanan dari Timpohon ke Panalaban sekitar 6 jam - 8 jam (jangkaan 1 jam bagi jarak 1 km) bergantung kepada kepantasan individu.
![]() |
Sudah 4 km, hujan turun berterusan... sejuk beb! |
Perjalanan mendaki dengan suasana agak dingin serta pemandangan yang begitu indah sekali. Back to Nature! Trek pendakian bertangga hampir keseluruhan perjalanan menguji kekuatan stamina serta berhadapan dengan hujan serta suhu udara yang dingin benar2 menguji minda.
![]() |
Huh lagi 2 km sudah mula teraas penat.. jom selfie! |
Yang penting terus berjalan perlahan serta mengawal penafasan sambil menikmati permandangan indah. Jika berhenti hanya untuk seketika 3-5 minit sekadar melepas lelah sebentar. Jika berehat lama, agak sukar memulakan perjalanan semula akibat dari muscle jadi sejuk. Yang penting kekal positif dan santai saja. Jangan lupa ambik gambar kenangan di sepanjang jalan.
![]() |
Trek pendakian |
Sampai saja ke Panabalan, segala penat dan sejuk hilang serta merta tambahan pula puncak gunung Kinabalu kelihatan begitu hampir dan jelas sekali. Syukur alhamdulillah... setelah puas bergambar baru terasa sejuk yang amat. Err check-in terus di Panalaban Hut.
Makan malam bermula seawal jam 4.30 petang. Perfect timing, kami sampai 4.15 pm rehat sebentar terus makan malam. Setelah selesai solat, jam 7 pm kami digalakkan berehat dan tidur awal kerana nanti seawal 2.30 pagi akan memulakan perjalanan ke Summit @ Low Peak.
![]() |
Berkabus dan sejuk... nyaman sekali |
Walau keletihan namun agak payah juga melelapkan mata err samada masih terlalu awal atau barangkali juga disebabkan oleh altitude sickness - kesukaran untuk tidur. Entahlah...
Dari Wikipedia :
Altitude sickness, the mildest form being acute mountain sickness (AMS), is the negative health effect of high altitude, caused by rapid exposure to low amounts of oxygen at high elevation. Symptoms may include headaches, vomiting, tiredness, trouble sleeping, and dizziness.
Tepat jam 2.00 pagi kami bersiap dan breakfast awal pagi... namun tak berapa selera nak makan tetapi paksalah juga untuk keperluan tenaga mendaki nanti. Kami bergerak agak lambat sekitar jam 2.50 pagi... mengikut Malim Gunung Andy, kami perlu sampai di check-point Sayat-Sayat sebelum jam 5.00 pagi untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan ke Low Peak.
![]() |
2.45 pagi sebelum pendakian ke puncak |
Berbanding semalam, perjalanan pagi ini berterusan mendaki dan mendaki pada udara yang amat nipis. Terasa cepat lelah dan lenguh... namun alhamdulillah kami sempat sampai di checkpoint Sayat-Sayat.
Kesukaran bernafas dan kesejukan mengakhiri perjalanan sir. Namun rakan2 sir meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah semua berjaya. Setelah itu sir turun sendirian ke Panalaban... ketika itu matahari sudah memberi sinarnya terlihat keindahan alam ini. Kelihatan awan putih nun jauh di bawah sana. Sir sudah berada di atas awan putih sejauh mata memandang. Allahuakbar ..tiada kata2 yang mampu terluah. Hanya memerhati dengan penuh rasa redha dengan keindahan ciptaanNya.
![]() |
Pelan2 turun ..dah tua lutut sakit beb! |
Sir sampai Panabalan sekitar 7.30 pagi... dan perkara pertama adalah secawan kopi panas dan roti putih dengan jem coklat. Terasa enak sangat, maklumlah sudah rasa kelaparan. Selepas itu berkemas untuk turun sementara menunggu rakan2 kembali dari Low Peak.
![]() |
Mr Rodney umur 50 tahun dan mendaki kali ke 50 |
![]() |
Pandalaban |
Timpohon - Panalaban 9.30 am - 4.15 pm (6 jam 45 min) - 6 km
Panalaban - Low Peak 2.45 am - 6.45 am (4 jam) - 3 km
Low Peak - Panalaban 7.15 am - 9.15 am (2 jam)
Panalaban - Timpohon 11.00 am - 4.15 pm (5 jam 15 min)
![]() |
Steady geng! |
SirNoordin
Link berkaitan
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/10/bukit-sarang-helang-tasik-lama.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/09/road-trip-to-kota-kinabalu.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/09/cuti-cuti-malaysia-sabah.html
No comments:
Post a Comment