Sebuah cerita beberapa ketika dahulu apabila terserempak dengan kenalan lama di KFC Jejantas Sungai Buluh. Gelarannya Bob.
"Apa khabar, sir", sapa Bob. "Alhamdulillah sihat cuma biasalah sibuk dengan kerja", jawap sir.
"Saya tengok sir ni dari dahulu tak pernah berubah, tak gemuk tak kurus... bagilah tip untuk kurus", tanya Bob sambil melihat ke atas ke bawah dan di tangan kanan masih memegang ayam KFC. Mungkin Bob rasa begitu kerana membandingkan dirinya dengan sir, walhal badan sir naik juga ... mungkin 1-2 kg berbanding dulu.
"Berapa berat kau sekarang", tanya sir.
Wow berat Bob sudah mencecah 220 kg... 3 kali berat sir! Seingat sir dulu jumpa beratnya 180 kg...sudah naik 40 kg dalam tempoh setahun dua ni.
"Bukankah dulu sir dah berikan 3 tip ini. Seingat sir, tip pertama - 1/2 jam sebelum makan, minum air 2-3 gelas dahulu, tip kedua setiap kali rasa lapar - minum air dan tip ketiga setiap minggu kurangkan 1/4 portion nasi", jawap sir.
Logik sir pada tip yang pertama - minum air 1/2 jam sebelum makan akan memberi isyarat kenyang bila tiba masa makan; jadi kuranglah makan. Tip kedua pula - kadang2 kita rasa lapar bukan disebabkan lapar tetapi dahaga. Bila dah minum air hilanglah "lapar" tu.Tip ketiga pula jika sir suruh dia tak makan nasi, memang susah... jadi pada setiap minggu kurang 1/4 portion nasi - lama2 okay la tu!
"Ikut juga tapi asyik nak gi toilet je buang air kecil... hmmm tak laratlah", jawap Bob.
Benarlah kata bidalan,
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Terkadang terfikir juga sir ni pun bukanlah rajin sangat - kadang2 plan nak "exercise" tapi bila nak mula tu rasa "bercinta" pula. Tambah2 lagi bila sudah lama berehat tiba2 ingin mulakan exercise - ini adalah saat yang paling sukar!
Mulakan perubahan dengan sedikit demi sedikit sehingga membina satu tabiat baru dalam kehidupan seharian. Memulakan sesuatu perkara memang sukar tambahan pula perkara yang ingin dilakukan memenatkan dan mneyusahkan sebagai contoh senaman harian. Namun diri harus ada keazaman dan dipaksa bagi memulakannya dan biasanya setelah bermula segala menjadi mudah - hanya perlu habiskan sahaja!
Sehingga hari ini sir masih lagi mengamalkan senaman hampir setiap hari dan paling kurang 1/2 jam sehari. Malas itu memang tidak dapat dielakkan! Teknik sir adalah memaksa diri untuk melakukan senaman 7 minit ... sir cakap pada diri sendiri 7 minit sahaja tetapi setelah mula bersenam tidak sukar untuk menyambung kepada 30 minit dan seterusnya.
Sir suka perkataan ini "determination" atau dalam bahasa Melayu - "keazaman".- kerana ianya memberikan gambaran suatu keinginan yang amat kuat sekali.
![]() |
“Every man should pull a boat over a mountain once in his life.” -Werner Herzog |
Keazaman memberikan kekuatan untuk kita mencapai apa yang diinginkan. Baru2 ini sir mendaki gunung Kinabalu - kalau ikut umur serta masalah lutut (tak teruk mana tetapi sakit juga tiap kali mendaki/ menurun) namun keazaman membuatkan kita mampu melakukannya lagi. Malahan terasa "gian" pula untuk melakukan lagi - insyallah Feb 2019 sir mendaki lagi! Hanya kerna suatu keazaman dan pasti keindahan pemandangan di atas sana menguatkan rasa rindu untuk kembali lagi..
Tidak salah untuk terus berazam dan dengan niat untuk melaksanakannya suatu hari nanti. Langkah seterusnya adalah paksa diri untuk memulakannya. Semoga berjaya!
SirNoordin
No comments:
Post a Comment