Hari ini sir dan saudara Amir bercadang untuk mencuba trek baru ke Bukit Laur yang jaraknya lebih kurang 4 km dari Tasik Lama.
![]() |
Puncak Bukit Laur |
Selepas parking di Tasik Lama, tepat jam 7 pagi kami memulakan perjalanan melalui tangga batu terus ke Menara Pandang Jauh.
Dalam jarak sekitar 1.8 km pertama merupakan laluan biasa kami sewaktu menuruni Bukit Sarang Helang. Selepas itu kami mengambil laluan denai ke kanan arah Bukit Markucing dan laluannya agak menurun. Kami sampai di simpang ini dalam anggaran 35 minit (7.35 pagi) perjalanan. Dari sini jarak ke Bukit Luar sekitar 2.2 km dan kami menganggarkan sekitar 45-55 minit perjalanan. Jangkaan kami boleh sampai ke puncak Laur sekitar 8.30 pagi.
![]() |
Simpang dari Sarang Helang ke Laur |
Secara umumnya trek ini tidaklah sukar berbanding dengan trek Sarang Helang yang memerlukan pendakian bukit2 kecil sebelum sampai ke puncaknya. Laluan treknya agak landai dengan sekali sekala mendaki dan tanpa sedar kita sudah mendaki sedikit demi sedikit.
Laluan denainya pula agak sempit sekadar cukup untuk laluan seorang dalam satu-satu masa dan agak sunyi serta daun2 kering juga banyak disepanjang laluan. Barangkali trek ini jarang digunakan oleh orang.
![]() |
Bangunan MOF kelihatan dari puncak Laur |
Dipinggiran laluan denainya, kelihatan cerun curam yang dianggarkan antara 30-50 meter dalamnya. Dari arah barat pula kelihatan bukit Sarang Helang serta bangunan MOF nun di bawah sana.
Diakhir jarak 500 meter perjalanan barulah terasa sedikit pendakian namun tidak mencabar seperti Sarang Helang dan laluan denainya semakin sempit serta banyakk belukar-belukar kecil.
![]() |
Pandangan lain dari puncak |
Alhamdulillah tepat 830 pagi kami sampai dipuncak bukit Laur.
Bukit Laur merupakan bukit yang tertinggi diantara 7 bukit di sini. Ketinggian yang dicatatkan ialah 197 meter (pada jam kami tercatat 220 meter). Dari puncak bukit boleh lihat 360 darjah keliling Bandar Seri Begawan.
Boleh baca https://sirnoordin.blogspot.com/2018/10/bukit-sarang-helang-tasik-lama.html
Sempat kami berehat 10 minit sambil makan coklat untuk menambah tenaga yang hilang. Tetiba kedengaran bunyi orang berjalan dari arah berlawanan. Ternyata ada pendaki lain yang datang dari arah Subok sendirian. Katanya sekitar 50 minit dalam 3 km lebih jika trek dari arah Subok. Insyallah lain kami akan cuba laluan ini kerana dari peta laluan yang menuju kearah Bukit Markucing.
![]() |
Pendaki lain dari arah Subok |
Setelah berehat sebentar, kami memulakan langkah menurun Bukit Laur untuk kembali ke Tasik Lama. Terasa perjalanan agak lancar, mungkin juga sudah hafal dan kenal trek yang kami lalui sebentar tadi. Kami sampai di Menara Pandang Jauh sekitar 930 pagi.
Secara keseluruhan jarak perjalanan adalah 7.73 km, tempoh perjalanan 2 jam 49 min dan jumlah step 14,750.
Insyallah trek ini boleh dijadikan trek mingguan kami selepas ini. Less hiking more trekking for endurance training.
Noordin
Bukit Laur
No comments:
Post a Comment