Tuesday, October 16, 2018

Bakat Semulajadi

Salam hormat


Alhamdulillah kami dimaklumkan oleh cikgu sekolah Chung Hwa bahawa Hadif mendapat Special Award K3 Drawing Competition.


Hadif Drawing Competition

Terkejut juga kerana kami tidak tahu bila pula adanya pertandingan tersebut. Alhamdulillah kecenderungannya melukis membuahkan hasil. Hadif sememangnya minat melukis, habis buku2 kosong dilukisnya akan sesuatu. 
K3 Special Award 

I am no. 1

Dalam minggu yang sama juga Facebook pula mengulang tayang setahun yang lalu di mana Hadif juga mendapat Special Award semasa berada dalam kelas K2. Bakat semulajadi... 

Tidak kurang pula abangnya Haikal, 10 tahun berada dalam Tahun 4 juga mendapat A+ dalam lukisannya. Mungkin kedua2nya ada bakat seni terpendam. Dulu sir juga minat melukis kartun ...terutamanya kartun majalah Gila-Gila ataupun Ujang tetapi tidaklah sampai ke level kreatif. Kira tiru ciplak bolehlah! 


Tahun lepas 2017 pun menang juga

2017 K2 Special Award

Bakat merupakan kebolehan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang. Tidak semua manusia mempunyai bakat khusus yang sama. Bakat seseorang boleh dikenalpasti di awal usia disebabkan kecenderungan kepada sesuatu. 

Sementara minat adalah proses untuk menfokus diri kepada sesuatu yang diminati dengan hati yang terbuka. 
Hadif dapat sijil

Ada orang minat pada sesuatu perbuatan tetapi tidak berbakat. Orang begini biasanya agak sukar mendalami perkara tersebut berbanding dengan orang berbakat. Orang berbakat secara spontan mampu melakukan walaupun tanpa latihan mencukupi. 
Haikal pun hebat A+ dalam ujian lukisan

Pengalaman sir dalam mengajar ilmu seni beladiri, banyak membantu dalam mengesan bakat dan minat seseorang. Ada yang begitu minat tetapi tidak berbakat - rajin tetapi berkali2 mengajar, masih juga tidak dapat dikuasainya. Sementara yang berbakat tapi semasa latihan hendak tak hendak pula - sekali dua diajar, terus dapat menguasai teknik2 tersebut. Dan yang terbaik adalah yang berbakat dan minat mendalam - dapat menguasai dengan pantas dan terus berlatih ke arah kesempurnaan. 

Walau bagaimanapun, Usaha Tangga Kejayaan! Di mana ada usaha, di situ ada jalan-jalan kejayaan. Insyallah. .


Hadif dan rakan-rakan K3 

Jika sudah dikenalpasti bakat2 anak kita, terus tanamkan minat yang mendalam serta sokong mereka dengan program2 yang mampu mengasah bakat mereka. Jadi anak2 kita minat dan tahu kebolehan mereka. 



Noordin
6 Oct 2018

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...