Tuesday, October 16, 2018

Pengajaran Dari Pengalaman

Salam hormat


Ada beberapa perkara melalui pengalaman sendiri yang ingin dikongsikan semoga menjadi tauladan dan sempadan untuk semua.


Masa Itu Emas!

Sir amat sensitif dengan masa. Janji masa wajib ditepati bukan dicapati. Orang yang menepati masa adalah orang yang tinggi disipilin diri. Seandai lambat sekali pun pastikan yang menunggu itu dihubungi, sekurang2 beliau boleh melaksanakan tugas2 lain dari menunggu tiba kunjung tiba. 
Masa itu Emas

Ada setengah orang suka mengatakan "on the way" walhal masih di rumah malahan belum mandi lagi. Biasa orang macam ini tak perlu dipegang janjinya, kalau dah depan mata barulah kita response. Ataupun cakap saja.. "dah sampai karang call". Tak perlu kita bersusah payah merancang dengan sempurna. Ada rezeki jumpa, jika tidak lain masa saja. Ada setengah perangai orang suka berjanji dengan 3-4 orang pada masa sama tetapi berlainan tempat. Ini lagi haru biru...  Agaknya ada sihir "Dr Strange" boleh pergi 3-4 tempat serentak. 

Terkadang masa sir terhad, sir berjanji dengan 3-4 orang serentak di tempat yang sama. Paling tidak sir tidak terganggu jika ada yang lambat... pertemuan boleh diteruskan sambil menunggu yang lain. Yang terbaik adalah kawan2 sir akan kenal kawan2 sir yang lain.  


Ilmu Pelita Hidup

Pada setiap ruang masa yang ada, berterusan menimba ilmu baru mahupun mendalami ilmu yang sedia ada. Jangan berhenti walaupun seketika. Luas pengetahuan membuka pandangan yang luas jua. Akal dan minda sihat akan memberi kekuatan fizikal yang baik pula. Kekalkan kesihatan akal. Umur bukan penghalang. 



Orang2 dahulu ingin membaca atau mencari ilmu berdepan dengan ruang yang amat terhad. Untuk mendapatkan informasi terpaksa ke perpustakaan ataupun melanggan suratkhabar mahupun majalah. Tetapi yang dibaca banyak ilmu dari perkara2 lara'. 

Sebaliknya hari ini terlalu banyak bacaan dan boleh dikatakan maklumat dihujung jari.. news feed setiap saat; malangnya kebanyakkan yang dibaca perkara2 tidak memberi faedah dan manfaat. Lebih teruk lagi berterusan menyampaikan perkara2 yang tidak tepat malahan ada unsur2 fitnah. Tak percaya.. lihat sahaja komen2 pengunjung FB atau IG ...komen yang melambangkan sikap "bangang abadi". 

Jangan Takut Buat Keputusan

Hidup sentiasa memberi kita pilihan. Persoalannya - hendak ke tak nak? Jika pilihan kita adalah "tak hendak" itu pilihan yang betul; jika anda memilih hendak - itu juga pililhan yang betul! - saya petik kata2 saudara Halid Mohadi


Buku tulisan DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ wajar dibaca

Pastinya pada setiap pilihan akan ada kesan dan risikonya tersendiri. Kita yang buat pilihan! Jangan salahkan orang lain di atas pilihan kita.Dalam memiliih kita perlu timbang baik buruknya, apa pula faedahnya sekarang & akan datang dan lain2 lagi. Apa jua keputusan kena tanggung sendiri! Sebaiknya sebagai orang Islam - tunaikan solat Istikarah. Insyallah apa jua keputusan pasti ada kebaikannya kalau tidak sekarang, mungkin di masa hadapan.

Secara terperinci tajuk ini boleh baca buku Rahsia 100 Impian - Dari Corot Menjadi Pakar tulisan sir sendiri. Tumpang promosi.

Situasi yang paling teruk bila kita tidak berani buat keputusan. Terhenti langkah menanti tindakan selanjutnya. Semakin lambat kita menbuat keputusan, semakin hilang pula peluang kita. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna!

Jika ingin cepat Jalan Sendirian. Jika ingin jauh Jalan Bersama-sama

Kedua-dua pilihan adalah baik! 

Pernah juga sir memilih bersama2 dalam satu pasukan; banyak kejayaan dicapai dan banyak karenah terpaksa dirungkai. Ada yang cepat, banyak pula yang lambat. Ada yang jauh impian hidupnya, tinggi cita-citanya dan ramai pula sekadar bermimpi. Barangkali sudah mencapai zon selesa dan tidak peduli lagi tentang masa depan. 

Bila hala tuju sudah tidak selari... pilihan terbaik adalah jalan sendiri. Lebih cepat dan jauh pula boleh dicapai. Tiada beban hendak ditanggung dan tak perlu berdepan dengan pelbagai karenah. Mungkin diperjalanan nanti akan bertemu dengan pasukan baru yang sehaluan. Insyallah. 


Sentiasa Positif Dalam Hidup! 

Jangan buang masa memikir sesuatu yang negatif lepas berterusan "membawang" dengan cerita2 negatif kerana akhirnya anda juga terpendam dalam suasana negatif. Sikap yang positif akan membawa kepada kehidupan yang positif.

Elak dari berkumpul dengan orang2 yang negatif dan suka buang masa. Banyak perkara berfaedah yang boleh dilakukan bagi menaikkan nilai tambah diri. Pilih kawan yang sesuaian dengan aras pemikiran bukan darjat mahupun harta. Anda akan mampu bersembang sesuai dengan subjek2 searas pemikiran anda... jika tidak anda mungkin terpaksa menelan cerita2 yang tak masuk akal serta budaya "perbualan" dan "bahasa" yang tidak seimbang. 


Kembaralah...


Belilah Pengalaman kerna Jauh Berjalan Luas Pandangan dan kekal pula dalam Ingatan! 



Ramai orang cakap "iyelah senang berbicara sukar melaksanakan... ". Betul tu, cuma sir kata "kita diberi pilihan, sukar atau senang itu pilihan kita. Tepuk dada tanya selera; rezeki ditangan Allah swt. Kenapa masih tidak yakin ketentuanNya".


SirNoordin

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...