Sayang anak tangan-tangankan - sebuah pepatah Melayu lama yang mengingatkan kita kaedah mengajar anak melalui pengalaman orang tua2 dahulu.
Seumpama pepatah itu begitu jugalah yang kami adik beradik melalui dalam kehidupan ini. Renungan tajam, mata menjengil yang memberi makna "siap kau selepas ini" serta bilasan rotan adalah perkara biasa semasa kami membesar. Pada ketika itu sememangnya menyakitkan tetapi padu waktu ini merupakan sesuatu yang amat dihargai. Tanpa bilasan rotan tak mungkin kami kecapi kejayaan hari ini!
Malangnya dewasa ini pepatah ini sudah tidak digunapakai lagi. Ibubapa moden lebih percaya kepada kaedah lemah lembut yang kununnya mampu mendidik anak dengan lebih efektif. Tetapi ternyata anak-anak moden semakin kurang ajar sehingga ada ibubapa malahan guru ditangan-tangankan pula.
Senakal-nakal kami dahulu tetap hormat pada orang lebih tua apatah guru yang mengajar ilmu. Kalau guru rotan sekali balik rumah pasti dapat lagi dua kali. Betul atau tidak guru, itu tidak penting kerana ibubapa percaya guru merotan kerana mendidik dan guru betul belaka. Iyelah kalau tak pandai tak jadi guru lah kan. Mengadu pada ibubapa hanya menambah bonus bilasan rotan pula. Tetapi sebaliknya pula zaman moden ini, se-das anak dirotan, jawapnya, "see you in court" dari ibubapa yang pernah rotan guru satu ketika dulu.
Photo dari Project X: elszabadult a buli a Cinema Cityben
Anak-anak semakin lemah mental dan manja dalam kehidupan. Hanya bijak memberi ribuan alasan. Alasan semakin banyak, degil semakin bertambah, orang tua dilayan bagai rakan sebaya.. lu wa.. dan dunia mereka hanya pada "games" yang penuh ilusi dan tidak bermakna!
Apa tugas kita semua ?
Bantulah anak-anak moden kembali pada realiti kehidupan. Didik mereka sebagaimana kita dididik dahulu dengan menyiapkan mereka untuk zaman mereka pula. Ibubapa kita dahulu tidak berpengetahuan tinggi malah ada yang tidak pandai membaca tetapi mereka bijak menyediakan kita untuk zaman kita. Dan kebanyakkan kita menjadi manusia berjaya. Sebaliknya kebanyakkan kita berpengetahuan tinggi tetapi tidak bijak pula menyediakan anak-anak kita untuk zaman mereka.
Hentikan manjaan kita, hadkan dunia ilusi mereka, didik jatidiri mereka, libatkan dengan aktiviti kemasyarakatan, paksa mereka lakukan kerja rumah bersama-sama anda dan pastikan mereka tidak meninggalkan solat.
Secara tidak langsung kita mendisiplinkan mereka kearah kehidupan yang lebih positif. Sayang anak tangan-tangan sememangnya menyakitkan tetapi percayalah pada usia kita nanti mereka pasti akan menghargai dan berkata "terimakasih ibu ayah kerana mendidik saya menjadi manusia walaupun dengan bilasan rotan". Jangan sekali-kali jemu berdoa demi anak-anak kerana kita juga berharap doa anak soleh suatu ketika nanti.
Semoga manafaat.
SirNoordin
AK272 KL - BRU
No comments:
Post a Comment