Sunday, October 27, 2013

Pulau Natuna

Salam

Sambil berehat-rehat dan menonton television di Hotel JS Luwansa, Jakarta tiba-tiba terdengar dokumentari tentang Pulau Natuna. Entah kenapa terasa menarik untuk menontonnya dan teruja untuk mencari maklumat lanjut tentang pulau ini.


Lokasi Pulau Natuna

Lebih memeranjatkan Pulau Natuna terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia di sebelah Utara Kuching .... yang menariknya sebelah utara Kuching, Sarawak. Sila lihat gambar di atas untuk rujukan peta. Rupa-rupanya banyak pulau-pulau terletak di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur kepunyaan Indonesia.


Bandara di Natuna

Pulau Natuna merupakan kepulauan paling utara di selat Karimata bersempadankan Vietnam dan Kemboja. Pulau Natuna merupakan pulau yang banyak khazanah lautnya terutamanya minyak yang sekarang ini diterokai oleh Pertamina iaitu syarikat minyak dari Indonesia. Tidak lupa juga khazanah seperti kapal-kapal yang karam ratusan tahun dahulu serta harta karun yang ditanam oleh para lanun dahulu kala.



Masjid Agung Natuna

Masjid Agung yang teletak di Pulau Natuna di kelilingi oleh Laut China Selatan yang begitu biru sejauh mata memandang.


Pantai yang begitu cantik sekali

Pulau Natuna merupakan antara pulau-pulau yang tercantik dengan kehidupan lautnya serta pantai-pantainya yang begitu bersih dan putih. Maklumlah jauh dari tanah besar bermakna jauh dari pencemaran alam.

Hati sir mula bercadang nak melawat Pulau Natuna ...mungkin selepas angin monsun bulan April tahun hadapan. 

Maklumat lanjut, sila google "Pulau Natuna" atau "Natuna Island" ...

SirNoordin
Jakarta 2013

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...