Tuesday, January 28, 2014

Program Belia Terbilang Teraju Negara (BETTER) anjuran Fadzilah Kamsah Academy

Salam 


Sedikit 'update' setelah agak kesibukan kerana tugasan luar negara yang tak kunjung henti. Setelah 3 minggu berterbangan kesana kemari ...dapat balik Malaysia selama 2 hari dan sempat menghadirkan diri sebagai penceramah undangan bagi Program Belia Terbilang Teraju Negara atau dikenali dengan "BETTER" anjuran Fadzilah Kamsah Academy (FKA).



Program ini diadakan di Excel Training Center, Broga. Alhamdulillah sempat memberikan sedikit tips kepada peserta - peserta program dengan tajuk "Zero to Hero" 



Pengisian di atas merupakan sebahagian dari buku Sir yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta program. 


Walaupun agak penat setelah terbang hampir 20 jam dan terpaksa terbang semula keesokan harinya, ianya tetap menghadiah semangat kepada diri untuk terus menyumbang dan berkongsi sedikit pengalaman agar membuka langkah-langkah baru kepada setiap manusia. 

Terimakasih juga kepada FKA kerana memberi peluang untuk berceramah dalam bahasa Melayu dan Tn Hj Tajuddin yang memberikan ruang kepada sir. Terimakasih kepada keluarga yang terus memberi sokongan walaupun ditinggalkan berminggu-minggu lamanya dan En. Abu Barzah kerana sudi memandu ke Broga.


SirNoordin
Brunei



Wednesday, January 1, 2014

How to avoid cancer?

Salam 

Very good information to keep remind me about cancer. Three members of my family died because of cancer. Al-Fatihah. 

By the time we knew, it was so late so please read this article and start practice a healthy life.
Good Luck for 2014!


Information from PreeAseem.com 

1. Sugar is a cancer-feederBy cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Note: Sugar substitutes like NutraSweet, Equal, Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg’s aminos or sea salt.

2. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soy milk, cancer cells will starved.

3. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.


4. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains, seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes t o nourish and enhance growth of healthy cells.
To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts) and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

5. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water–best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

6. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines will become putrified and leads to more toxic buildup.

7. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body’s killer cells to destroy the cancer cells.

8. Some supplements build up the immune system (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body’s own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apoptosis, or programmed cell death, the body’s normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

9. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor. Anger, unforgiving and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.

10. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.


SirNoordin Khalid
HUKM 

Selamat Datang 2014

Salam 



Minda positif akan menjana kehidupan yang positif.
Meneruskan azam menjadi Muslim yang lebih baik.


Noordin Khalid
Jan 2014
Counter Hit: 14653

Saturday, December 21, 2013

Tanda-tanda Ekonomi Semakin Pelahan

Salam  

Sebahagian dari tanda-tanda ekonomi semakin pelahan...





  1. Kenaikan cukai- cukai semasa
  2. Kenaikan harga keperluan utiliti seperti minyak, elektrik dan air
  3. Memperkenalkan cukai-cukai baru
  4. Kutipan cukai atau saman tertunggak dikuatkuasakan
  5. Inflasi meningkat disebabkan kenaikan harga2 barangan
  6. Kenaikan inflasi pula akan meningkatkan kadar faedah bank
  7. Apabila kadar faedah meningkat berlaku pula  kekurangan kadar pelaburan terutamanya pelabur asing
  8. Kekurangan kadar pelaburan akan menyebabkan kekurangan peluang perkerjaan dan pelabur terpaksa menutup operasi dan berpindah ke negara yang lebih murah
  9. Kekurangan peluang perkerjaan akan meningkatkan kadar pembuangan perkerjaan
  10. Seterusnya meningkat kadar pengangguran
  11. Apabila kerajaan tidak dapat mengawal kadar inflasi maka dasar berubah dgn meningkat cukai korporat dan individu
  12. Kelemahan nilai matawang berbanding nilai matawang utama dunia
  13. Pasaran saham semakin menurun dan perlahan dan kebiasaannya akan berlaku pengstrukturan serta pelan transformasi
  14. Defisit fiscal - perbezaan perbelanjaan dan pendapatan kerajaan yang amat tidak seimbang
  15. Penarikan atau pengurangan semula subsidi dalam semua sumber ekonomi
  16. Orang akan mengurangkan secara drastik kadar perbelanjaan secara memperlahan ekonomi (harga barangan amat mahal)
  17. Kelemahan Ekonomi Amerika juga melemahkan ekonomi negara (kurangnya exports negara ke Amerika)
  18. Operasi dalam bidang pengilangan semakin pelahan dari 24 jam sehari kepada 12 jam dan seterusnya mengurangkan hari2 berkerja
  19. Sektor pemgiklanan semakin pelahan... Kurangnya iklan2 baru..
  20. Projek perumahan semakin banyak terbengkalai
  21. Simpanan rezab semakin berkurangan
  22. Hutang negara semakin tinggi
  23. Semakin ramai bangrap dan bunuh diri
  24. Rasuah semakin menjadi-jadi
  25. ....

Semakin ramai akan semakin menafsir "antara keinginan dan keperluan" dan keperluan pula akan terus ditafsir kepada yang lebh perlu!!

'Tiada lagi definasi BONUS....'


SirNoordin Khalid

Wednesday, December 18, 2013

Berpendapatan tinggi atau sebaliknya?

Salam ...


Tahun 2014 merupakan tahun yang dijangkakan (pasti) akan memberi tekanan dalam kehidupan terutamanya dari segi ekonomi.  Malaysia sedang menuju kearah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 melalui Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada tahun 2010 oleh YAB Perdana Menteri. 

Secara tidak langsung kita juga melihat kenaikan mendadak pelbagai sumber keperluan seperti minyak, letrik, toll, gula dan sebagainya. Dalam masa yang sama hampir tiada kenaikan dalam pendapatan kita untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Bermakna tiada penambahan pendapatan berbanding perbelanjaan yang semakin meningkat malahan menekan. Tidak ada peningkatan pendapatan bermakna inflasi.... 

Saya membuat sedikit perbandingan dengan negara jiran Brunei tentang pendapatan versus perbelanjaan. 

'Fresh graduate' di Brunei mendapat gaji BND3,000/sebulan dan belanja makan tengahari biasanya dalam BND5.00 ... Kalau kita convert  pada kadar Exchange 2.45 bermakna pendapatan adalah MYR7,350 dan perbelanjaan makan tengahari sekitar MYR12.25.

Bagaimana pula dengan 'fresh graduate' di Kuala Lumpur?
Katakan MYR3,000 juga dan makan tengahari di Kuala Lumpur MYR10.00 ... 

Lihat perbezaan perbelanjaan vs pendapatan.

Dari sudut lain pula kita dapat lihat, kita perlu berkerja sebanyak 2.5 hari berbanding dengan satu hari bagi orang Brunei untuk mendapat pendapatan yang sama serta mengurangkan  jumlah perbelanjaan harian sebanyak 48%. Ini tidak termasuk perbelanjaan antaranya bill letrik, bill air, tolls dan lain2.

Perbandingan ini hanya sekadar mendapatkan baseline dimana kita dulu, sekarang dan akan datang. Tanpa baseline tiada perbandingan! Dalam kes ini, saya perlu membandingkan kerana kerjaya saya memerlukan saya keluar negara. Jika pendapatan saya dalam Ringgit Malaysia maka saya akan kehilangan 'nilai' berbanding dengan USD. Saya perlu melihat pengukuhan Ringgit Malaysia setiap masa. Saya perlu melihat ekonomi Malaysia yang kuat dengan perspektif dan fakta bukan auta.

Baru-baru Ringgit Malaysia jatuh agak mendadak dan rakan-rakan saya yang mendapat gaji dalam USD dalam bahasa 'cabul' amat gembira kerana dengan pendapatan USD yang sama mendapat tambahan pendapatan hampir RM2,000 - RM3,000 di atas kelemahan Ringgit Malaysia.

Apa pilihan kita?

Saya tidak mahu bercerita tentang kerajaan yang telah diberi mandat! Pilihan yang ada hanya berjimat serta berusaha menjana pelbagai peluang ekonomi. Amat tidak mudah kerana sejak 5 tahun kebelakangan ini juga kebanyakkan kita sudah mencapai perbelanjaan maksima atau barangkali negatif hingga memaksa berhutang.

Saya sering teruja melihat kehidupan di Sudan... kalau yang miskin hanyalah sehelai sepinggang hidup dengan anak yang ramai di tengah panas terik padang pasir yang kontang. Tidak ada air mahupun kehidupan! Saya juga tidak faham bagaimana mereka boleh hidup dan kenapa tok-tok mereka datang dan menetap di padang pasir tersebut. Tetapi mereka tetap hidup!

Bumi Malaysia yang hijau, tanah yang subuh dan sungai-sungai yang mengalir masih menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Barangkali saya menulis begini kerana saya telah melihat kedaifan yang amat sangat di bumi Afrika.

Pada keluarga Sudan yang "agak berada" juga melalui kehidupan yang perit disamping sekatan ekonomi oleh Amerika hampir 20 tahun. Kebanyakkan keluarga di Sudan hidup secara berkelompok di mana sebuah rumah di kongsi oleh beberapa keluarga terdiri dari sanak saudara (agak sama juga situasinya di Brunei). Mereka berkongsi membayar rumah, masak, letrik, air dan hidup harmoni sebagai keluarga besar.  Kemahiran ahli-ahli keluarga juga dapat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan antaranya tuisyen dan sebagainya. Berkongsi segalanya.... kos menyara sebuah keluarga besar akan lebih jimat...barangkali juga kerana bangsa Arab-Afrika masih kuat assobiyah kekeluargaan.

Saya sendiri tidak pasti samada kita mampu melakukan begini untuk hidup sebagai keluarga besar yang masing-masing mempunyai tanggungjawap yang dapat dikongsi bersama. Jika ekonomi terus mendesak selain dari pilihan untuk menjana ekonomi melalui perniagaan kecil-kecilan barangkali strategi berjimat dengan menyatukan keluarga serta mengurang kadar ego untuk hidup sendirian juga mampu memberi sedikit ruang untuk bernafas.

Pilihan di tangan kita, tepuk dada tanya selera.


SirNoordin Khalid
Kuala Lumpur

Monday, December 16, 2013

Quint gives warmth to Syria

Salam 

"More than two million Syrians have fled the brutal conflict in their country. 50% of the refugees are children. They have known so much violence, seen friends and family killed. The refugees have given up everything they had to find safety. And now they have survive the freezing winter. 

"It's the worst humanitarian disaster since the end of the Cold War" Antonio Guterres, UN High Commissioner for Refugees.

With 85 Euros we can give a stove to one family. With 54 Euros we can give them five blankets. One matress costs 19 Euros" 



Quint Wellington Redwood doubles your donation. 
Let's share warmth!" 

Note: 
Quint Wellington Redwood is the parent company of Quint Consulting, Knowledge United and Quint Academy. Founded in 1992 at the infancy of ITIL® standardization, Quint has been committed to offering services aimed at helping organizations improve through optimized processes. As a part of our newly expanded learning services portfolio, we offer our clients the resources they need to achieve organizational success through people, processes and technology. With offices worldwide, we can provide your organization with "globally-powered" yet "locally-flavored" services aimed at delivering measurable results.

Proudly be one of their international's consultant
SirNoordin Khalid

"Dawn Raid" Serangan Hendap KL ke atas London

Salam

Saya amat suka pada artikel ini dari blog www.jomjalan.com.my 

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah Malaysia yang dipegang oleh Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas London. 

Antara nama-nama besar yang terlibat adalah Tun Dr Mahathir, Dato' Ismail Ali dan Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim

Teruskan membaca pada pautan di bawah.

Sejarah "Dawn Raid" Serangan Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London  pada 1981 tulisan Lela Iskandar Suhaimi.

Terima kasih.

Sunday, December 15, 2013

15-Dec Ianya Bermula 5 Tahun Yang Lalu...

Salam 

Hari ini 15-Dec-2013 tetiba terdetik hati untuk melihat tulisan pertama aku di blog ini dan kebetulan pula hari ini genaplah 5 tahun umurnya blog ini berkongsi cerita agar menjadi tauladan dan sempadan. 

15 Dec 2008 Disini ianya bermula...

Dan Dec ini juga 5 tahun yang lalu sir memindahkan pusat latihan Taekwondo yang asalnya hanyalah dibelakang rumah ke tempat yang lebih selesa yang dinamakan Dojang Smarts. Bermulalah kos dalam penyelenggaraan tempat latihan sebanyak Rm500/sebulan. Dan sepanjang lima tahun juga, kos sewa selalunya dibayar dengan duit poket sendiri demi memastikan kesinambungan latihan untuk adik-adik ini.


Gambar latihan di belakang rumah yang telah beroperasi selama 7 tahun sebelum berpindah ke tempat baru. Walaupun terpaksa menjalankan sendirian disamping kesibukan tugasan kerja luar negara... tidak pernah pula rasa terabai! Alhamdulillah...


Masa berlalu begitu pantas .... 

Teringat kembali suatu petang dalam bulan September 2001... 

Wife, "Abang, petang ada 3-4 orang budak datang nak belajar Taekwondo?"

"Iskk mana depa tahu abang ajar Taekwondo.... argh malaslah ...dah pencen...".

Tiga tahun sebelum itu, sir dah buang semua medal2 kejohanan Taekwondo yang dimenangi atas alasan menyemak dan sudah tidak minat untuk belajar mahupun mengajar! Noktah!

Petang tersebut, datanglah budak2 tersebut yang umur sekitar 6 - 9 tahun ...aduiii kecil2 la pulak... Natasha, Nazurah, Faris dan ... (lupa pulak adik Natasha). Bila dah mula mengajar, terasa amat menghiburkan hati disamping mengurangkan berat badan sendiri. The G factor!! Walaupun terpaksa menjalani latihan di waktu hujan ....adik2 tersebut tidak pernah ponteng menghadiri kelas tersebut. Hu hu hu


Kelas sir mula menjadi perbualan dan dalam tempoh 2 tahun, murid-murid Taekwondo sudah meningkat seramai 44 orang... sewaktu latihan bermula diwaktu petang ramailah pelajar dan ibubapa berehat2 di rumahku. 


Jiran-jiran juga berkumpul untuk melihat latihan dijalankan.Arwah bondaku begitu gembira menyediakan minuman dan makanan untuk adik-adik ini. Keempat-empat pelajar pertama sir telah dianugerahkan talipinggang Hitam Darjah Pertama selepas hampir 8 tahun berlatih. 

Hanyalah sebuah kisah 12 tahun yang lalu...

Insyallah sir dalam proses 'design & renovate' tempat asal mengikut suasana latihan ala2 Korea-Jepun... nantikanlah!


SirNoordin Khalid
15 Dec 2013 

Saturday, December 14, 2013

Menulis CV yang informatif dan menarik - Bah 1

Salam 


Tajuk kali ini atas permintaan adik-adik yang bakal 'graduate', bagaimana hendak menulis CV yang informatif, menarik dan mudah... 



Setiap tahun ribuan 'graduate' dilahirkan dari pelbagai universiti baik dalam negara atau luar negara disamping peluang pekerjaan yang terbatas. Pengalaman sir sendiri apabila syarikat mempunyai beberapa kekosangan, pastinya akan terdapat ratusan CV atas meja sir. Kalau nak baca satu2, boleh berpinar mata... 

Jadi amat penting anda mempunyai CV yang menarik agar terpilih untuk dibaca dan dipanggil temuduga. Kebiasaannya hampir 90% CV yang diterima mempunyai format yang sama. Tidak menarik langsung! Dalam kes begini yang kemungkinan hanya 10% sahaja yang terpilih untuk dibaca...

Seterusnya, haruslah difikirkan dalam memastikan anda berjaya ke langkah seterusnya iaitu temuduga. Bagaimana hendak menghadapi temuduga, itu citer lain!! 

Persoalan pertama: 
Bagaimana menjadikan CV anda antara 10% yang terpilih untuk dibaca?

Persoalan kedua: 
Bagaimana pula CV anda menjadi pilihan untuk dipanggil ke temuduga?


Apakah tujuan menulis CV?
Ramai yang mengatakan menulis CV adalah kerana untuk mendapatkan perkerjaan. ITU ADALAH FAHAMAN YANG SALAH!! 

Tujuan utama kita menulis CV adalah untuk MEMBOLEHKAN KITA LAYAK UNTUK DITEMUDUGA!! Untuk membuka pintu kepada bakal majikan untuk memanggil kita untuk ditemuduga. CV mestilah jelas dengan kehendak majikan tersebut. 

Bukannya CV yang "Syok Sendiri" yang menceritakan pengalaman itu ini begitu begini.... sebagai majikan saya cumakan katakan "Who cares how good you are but most important is how suit you are in my organization..."




Tip #1
Pastikan gambar photo anda bersesuaian dan sopan serta menarik perhatian. 

Tip #2
Pastikan CV anda kemas dan menarik perhatian serta tidak terlalu tebal. Gunakan perkataan yang betul...

Tip #3
Pastikan CV kelihatan unik. Kebanyakkan kita mempunyai 'CV standard' yang dihantar kepada syarikat-syarikat dalam pelbagai industri. Setiap industri adalah unik maka 'CV standard' seharusnya di 'customise' kepada keunikan industri tersebut. 

Tip #4
Pastikan anda membuat kajian sesuatu syarikat seperti 'trademark' yang digunakan. Contoh syarikat Emirates - "Fly To Tomorrow" -  tidak salah untuk kita menggunakan ayat-ayat yang digunakan di web syarikat tersebut. Ini menunjukkan kita telah membuat kajian sebelum kita memohon perkerjaan tersebut. Ini akan menarik perhatian pembaca CV anda nanti.

Tip #5
Pastikan jelas dengan "Job description" atau JD. Sekali lagi, anda haruslah 'customise' kan CV anda menjurus kepada apa yang diperlukan. Biarpun anda mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang tersebut, anda harus "highlight" berserta sedikit penjelasan. 

Ini adalah sebahagian dari tip-tip CV,,, insyallah kita akan sambung dengan 'format' yang simple yang boleh digunakan dalam menarik minat bakal majikan kita nanti.


Baca link lain di Resume Abe Tegak

SirNoordin Khalid
Smarts Coach

Friday, December 13, 2013

White Water Rafting pada 25 Dec 2013

Salam Hormat
Cabaran Terakhir tahun 2013...




Untuk makluman, Smarts Coach akan menganjurkan program White Water Rafting (WWR) seperti dibawah : -

Tarikh    : 25hb December 2013
Tempat : Sungai Gopeng, Perak
Yuran    : RM 180.00

Pendaftaran Terhad kepada 24 peserta sahaja. 



Tempat berkumpul di Plaza Toll Gopeng jam 8.00 pagi


Persediaan Program

1. Pakaian Bersih (selepas program)
2. Kasut Getah NIKE Kampung Rm5
3. Pakaian untuk Rafting
4. Makanan Ringan
5. Ubat-ubatan (jika perlu)

Jika anda tidak boleh berenang, ianya tidak menjadi masalah kerana semua peserta DIWAJIBKAN memakai jaket keselamatan. Insyallah kami akan melatih anda untuk lebih yakin dalam mengharungi cabaran jeram2 di sungai tersebut.

Daftar segera dengan emailkan nama, umur dan contact no kepada sirnoordin@smartscoach.com 


SirNoordin Khalid
Smarts Coach

Tuesday, December 3, 2013

Tiga lagi eksekutif menjadi Pakar ...

Salam 

Alhamdulillah pada hari Isnin 2 Dec 2013 mendapat berita gembira di mana 3 lagi eksekutif telah mendapat pengiktirafan bertaraf pakar dalam bidang ITIL. Sehingga hari ini seramai 12 pakar dari seluruh dunia telah telah dilahirkan di bawah tunjuk ajar dan latihan dari sir. 




Kepada pakar2 baru, setelah melalui beberapa tingkat ujian serta usaha yang berganda selama hampir satu setengah tahun ... TAHNIAH SIR UCAPKAN kepada Daniel Sea, Pooi San dan Sudesh. Kepada yang gagal, cuba lagi kerana mereka juga gagal berkali2 sebelum mencapai tahap kepakaran tersebut.

"Setitis ilmu yang dikongsi akan berterus menjadi ribuan titisan pula... "

Berita begini memberi kekuatan aspirasi untuk terus melatih walaupun perlu berada di beberapa negara di seluruh dunia. Sememangnya memenatkan tetapi amat berbaloi... 

Menyediakan mental dan fizikal untuk 2014 pula...

TAHNIAH! 

SirNoordin Khalid
Quint Wellington Redwood

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...