Tuesday, January 28, 2014

Program Belia Terbilang Teraju Negara (BETTER) anjuran Fadzilah Kamsah Academy

Salam 


Sedikit 'update' setelah agak kesibukan kerana tugasan luar negara yang tak kunjung henti. Setelah 3 minggu berterbangan kesana kemari ...dapat balik Malaysia selama 2 hari dan sempat menghadirkan diri sebagai penceramah undangan bagi Program Belia Terbilang Teraju Negara atau dikenali dengan "BETTER" anjuran Fadzilah Kamsah Academy (FKA).



Program ini diadakan di Excel Training Center, Broga. Alhamdulillah sempat memberikan sedikit tips kepada peserta - peserta program dengan tajuk "Zero to Hero" 



Pengisian di atas merupakan sebahagian dari buku Sir yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta program. 


Walaupun agak penat setelah terbang hampir 20 jam dan terpaksa terbang semula keesokan harinya, ianya tetap menghadiah semangat kepada diri untuk terus menyumbang dan berkongsi sedikit pengalaman agar membuka langkah-langkah baru kepada setiap manusia. 

Terimakasih juga kepada FKA kerana memberi peluang untuk berceramah dalam bahasa Melayu dan Tn Hj Tajuddin yang memberikan ruang kepada sir. Terimakasih kepada keluarga yang terus memberi sokongan walaupun ditinggalkan berminggu-minggu lamanya dan En. Abu Barzah kerana sudi memandu ke Broga.


SirNoordin
Brunei



No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...