Wednesday, December 18, 2013

Berpendapatan tinggi atau sebaliknya?

Salam ...


Tahun 2014 merupakan tahun yang dijangkakan (pasti) akan memberi tekanan dalam kehidupan terutamanya dari segi ekonomi.  Malaysia sedang menuju kearah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 melalui Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada tahun 2010 oleh YAB Perdana Menteri. 

Secara tidak langsung kita juga melihat kenaikan mendadak pelbagai sumber keperluan seperti minyak, letrik, toll, gula dan sebagainya. Dalam masa yang sama hampir tiada kenaikan dalam pendapatan kita untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Bermakna tiada penambahan pendapatan berbanding perbelanjaan yang semakin meningkat malahan menekan. Tidak ada peningkatan pendapatan bermakna inflasi.... 

Saya membuat sedikit perbandingan dengan negara jiran Brunei tentang pendapatan versus perbelanjaan. 

'Fresh graduate' di Brunei mendapat gaji BND3,000/sebulan dan belanja makan tengahari biasanya dalam BND5.00 ... Kalau kita convert  pada kadar Exchange 2.45 bermakna pendapatan adalah MYR7,350 dan perbelanjaan makan tengahari sekitar MYR12.25.

Bagaimana pula dengan 'fresh graduate' di Kuala Lumpur?
Katakan MYR3,000 juga dan makan tengahari di Kuala Lumpur MYR10.00 ... 

Lihat perbezaan perbelanjaan vs pendapatan.

Dari sudut lain pula kita dapat lihat, kita perlu berkerja sebanyak 2.5 hari berbanding dengan satu hari bagi orang Brunei untuk mendapat pendapatan yang sama serta mengurangkan  jumlah perbelanjaan harian sebanyak 48%. Ini tidak termasuk perbelanjaan antaranya bill letrik, bill air, tolls dan lain2.

Perbandingan ini hanya sekadar mendapatkan baseline dimana kita dulu, sekarang dan akan datang. Tanpa baseline tiada perbandingan! Dalam kes ini, saya perlu membandingkan kerana kerjaya saya memerlukan saya keluar negara. Jika pendapatan saya dalam Ringgit Malaysia maka saya akan kehilangan 'nilai' berbanding dengan USD. Saya perlu melihat pengukuhan Ringgit Malaysia setiap masa. Saya perlu melihat ekonomi Malaysia yang kuat dengan perspektif dan fakta bukan auta.

Baru-baru Ringgit Malaysia jatuh agak mendadak dan rakan-rakan saya yang mendapat gaji dalam USD dalam bahasa 'cabul' amat gembira kerana dengan pendapatan USD yang sama mendapat tambahan pendapatan hampir RM2,000 - RM3,000 di atas kelemahan Ringgit Malaysia.

Apa pilihan kita?

Saya tidak mahu bercerita tentang kerajaan yang telah diberi mandat! Pilihan yang ada hanya berjimat serta berusaha menjana pelbagai peluang ekonomi. Amat tidak mudah kerana sejak 5 tahun kebelakangan ini juga kebanyakkan kita sudah mencapai perbelanjaan maksima atau barangkali negatif hingga memaksa berhutang.

Saya sering teruja melihat kehidupan di Sudan... kalau yang miskin hanyalah sehelai sepinggang hidup dengan anak yang ramai di tengah panas terik padang pasir yang kontang. Tidak ada air mahupun kehidupan! Saya juga tidak faham bagaimana mereka boleh hidup dan kenapa tok-tok mereka datang dan menetap di padang pasir tersebut. Tetapi mereka tetap hidup!

Bumi Malaysia yang hijau, tanah yang subuh dan sungai-sungai yang mengalir masih menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Barangkali saya menulis begini kerana saya telah melihat kedaifan yang amat sangat di bumi Afrika.

Pada keluarga Sudan yang "agak berada" juga melalui kehidupan yang perit disamping sekatan ekonomi oleh Amerika hampir 20 tahun. Kebanyakkan keluarga di Sudan hidup secara berkelompok di mana sebuah rumah di kongsi oleh beberapa keluarga terdiri dari sanak saudara (agak sama juga situasinya di Brunei). Mereka berkongsi membayar rumah, masak, letrik, air dan hidup harmoni sebagai keluarga besar.  Kemahiran ahli-ahli keluarga juga dapat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan antaranya tuisyen dan sebagainya. Berkongsi segalanya.... kos menyara sebuah keluarga besar akan lebih jimat...barangkali juga kerana bangsa Arab-Afrika masih kuat assobiyah kekeluargaan.

Saya sendiri tidak pasti samada kita mampu melakukan begini untuk hidup sebagai keluarga besar yang masing-masing mempunyai tanggungjawap yang dapat dikongsi bersama. Jika ekonomi terus mendesak selain dari pilihan untuk menjana ekonomi melalui perniagaan kecil-kecilan barangkali strategi berjimat dengan menyatukan keluarga serta mengurang kadar ego untuk hidup sendirian juga mampu memberi sedikit ruang untuk bernafas.

Pilihan di tangan kita, tepuk dada tanya selera.


SirNoordin Khalid
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...