Setelah tamat zaman universiti, alam seterusnya adalah alam pekerjaan di mana setiap tugasan dipertanggungjawapkan. Persoalannya apakah persediaan para graduan dalam menghadapi alam pekerjaan? Bila perlunya persediaan dimulakan? Apa persediaannya?
![]() |
Photo Credit to https://www.translegal.com |
Tahniah kerana telah berjaya menempuhi alam universiti dan menjadi graduan menara gading. Hebat. Bukan mudah menjadi graduan kerana ianya memerlukan pengorbanan dan keperihan dalam menempuhnya. Ramai juga yang tidak berjaya menamatkan pengajian. Walau bagaimanapun ianya adalah suatu permulaan untuk menempuh cabaran hidup seterusnya iaitu alam pekerjaan.
Persoalan seterusnya adalah apa perbezaan diantara Ijazah kamu dengan orang lain? Mungkin juga boleh dikatakan perbezaan dari segi grade seperti kelas 1, kelas 2 atau kelas 3. Barangkali ada setengah majikan melihat dari sudut ini tetapi tidak semua majikan begitu! Kebanyakkan majikan lebih tertumpu kepada kesesuaian karakter bagi syarikat mereka kerana ianya memudah proses adaptasi dengan pekerja2 lama.
Menjawap kepada soalan ini, pada umumnya majikan melihat semua sijil adalah sama - kerana yang lebih pasti para graduan tidak mempunyai pengalaman berkerja!! Noktah.
Maka apakah yang boleh dijadikan modal jawapan semasa temuduga?
Character building @ Membina karektor sangat penting pada setiap orang terutamanya graduan lepasan universiti. Kenapa?
Karakter atau sikap adalah sesuatu yang perlu dibina dalam tempoh masa yang agak lama.
Sikap seseorang tidak boleh diubah "overnight"... ianya perlukan latihan penuh disipilin secara berterusan. Untuk membina sesuatu karakter mahupun mengubah sesuatu sikap perlu latihan praktikal yang konsisten.
![]() |
Pohon Impian - Mungkin impian bisa bina karektor? |
Nasihat buat pelajar universiti ataupun bakal graduan...
Di alam universiti adalah ruang dan peluang untuk kamu membina karakter. Insyallah 5 tahun adalah seuatu tempoh masa yang sekadar cukup2 untuk mempelajari serta mempraktikannya. Pada dasarnya character building bermula seawal usia! Namun jangan panik, masih ada masa untuk mempraktikkannya jika ada kemahuan.
Berkecimpung dalam apa jua persatuan pelajar baik persatuan berbentuk akademik, sukan, seni beladiri, outdoor dan sebagainya. Jangan sekadar menjadi ahli biasa - cuba pegang jawatan dalam persatuan; ambil peluang untuk menjadi pengarah atau setiausaha atau bendahari bagi sesuatu program.
Ini adalah peluang kamu membina karakter yang perlu di alam perkerjaan nanti. Antara karakter2 adalah seperti berikut. Sebagai contohnya...
Leadership - pengalaman mengarah program atau mengetuai persatuan
Team building - persatuan membentuk sikap saling membantu dan berkerjasama
Communication - berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan pelbagai orang
Responsibility - tanggungjawap dalam menjalankan amanah persatuan
Presentation skill dan pelbagai lagi.
Hendak cerita pengalaman kerja memang tiada maka jadikan pengalaman semasa di universiti sebagai modal semasa di temuduga. Disamping itu, karakter yang telah terbina dalam diri selama ini akan terserlah semasa temuduga. Secara tidak langsung Ianya menunjukkan keyakinan diri "self-confidence" dalam berkomunikasi dengan bakal majikan. Malahan kamu dapat menunjukkan bukti antaranya pengalaman "team building" dan "leadership" dalam persatuan dahulu
![]() |
Photo Credit to https://www.inc.com/ |
Sir pernah ditemuduga oleh sebuah syarikat dari Eropah yang pada syaratnya memerlukan pengalaman berkerja lebih dari 10 tahun. Di sepanjang temuduga - tidak ada satu soalan tentang ilmu pengetahuan mahupun pengalaman kerja ditanya. Kami hanya berbual-bual secara umum tentang perkara2 semasa yang sedang hangat diperkatakan ketika itu. Hampir 2 jam rasanya sehingga terdetik di hati, "mamat ini nak berbual2 aje ke atau interview?".
Dihujung "temuduga" - (sir letak "temuduga" - kerana sir dah tak pasti samada temuduga ke tidak) - kata beliau, "can you come to our office tomorrow ...to discuss on your package and offer letter"
Ehmmm...akhirnya sir tidak dapat menahan diri untuk bertanya, "you are not even ask about my working experiences etc... and yet you are offering me a job?"
Kata beliau, "why should I ask about your working experience, it was stated in your CV. I just want to see you... anyway congrats, let talks about your package tomorrow. Don't worry we pay good".
Akhirnya baru faham, beliau ingin temuduga karakter kita dan kesesuaian dengan syarikat beliau - easy blended. Alhamdulillah sir lulus ujian karakter mengikut nilaian dan keperluan syarikat tersebut.
Semoga tulisan ini memberi manafaat untuk semua terutamanya para graduan yang akan menempoh alam pekerjaan tidak lama lagi.
Semoga berjaya.
SirNoordin