Pagi Ahad lepas, sir membawa lima orang sahabat trekking ke Bukit Laur melalui Tasik Lama. Kali pertama bagi mereka dan kali ketiga buat sir.
![]() |
Kami |
![]() |
Sdr Faiz menikmati suasana pagi |
Sampai di simpang Bukit Sarang Helang, kami mengambil denai sebelah kanan menuju ke Bukit Laur. Suasana pagi agak sejuk dan berembun. Kelihatan embun pagi terperangkap di hutan menghadiahkan permandangan yang begitu cantik sekali seolah-olah ada "the lost world" di bawah sana.
![]() |
The Lost World |
![]() |
Puncak Bukit Laur |
Kami sampai di puncak Bukit Laur sekitar1 jam 20 minit dalam suasana perjalanan hujan renyai-renyai. Terasa lapar, nasib baik ada sedikit bekalan pisang untuk mengalas perut.
Hampir serentak dengan kami ada kumpulan lain juga sampai di puncak Laur. Hendak dijadikan cerita, mereka mencadangkan kami balik melalui Bukit Bumbun dan Bukit Karamunting. Err katanya banyak menurun sehingga ke anak sungai dan cuba dua bukit agak tinggi untuk di daki. Sepakat kami bersetuju, apa salahnya mencuba trek baru.
Kami bertemu 2 pondok kecil barangkali digunakan untuk berehat sambil menjaga buah-buahan agak. Dan satu pondok besar yang dipanggil "banglo" siap dengan sofa rehat serta ada juga menjual air minuman. Empunya seorang yang minat kembara hutan dan pernah juga beliau sampai ke Everest Base Camp.
Kami menyambung perjalanan menurun sehingga bertemu dengan mata air bukit. Ternyata airnya boleh diminum terus. Nyaman bah buat penghilang dahaga.
![]() |
Mata Air |
![]() |
Anak sungai |
Dari sini merupakan cabaran terakhir mendaki Bukit Karamunting. Terasa route ini lebih tinggi dari route Buluh tempat laluan biasa kami. Sehingga sampai ke atas, sir masih tidak dapat mengagak di mana keluarnya dari route ini. Rupanya kami keluar di simpang Bukit Sarang Helang dan Bukit Laur.
![]() |
It always great to be closer to nature |
![]() |
Tasik Lama- Laur - Bumbun - Kemunting |
Keseluruhan jarak trekking 9 km dan masa diambil 3.5 jam. Trek yang dilalui perlu mendaki dan menuruni beberapa bukit, jalan denai kampung serta anak sungai. Terdapat juga kuburan tua di Bukit Bumbun. Bolehlah cuba trekking di waktu malam... hihihi.
Nota: Terimakasih buat kenalan GLan & Hajah Ainee kerana sudi menunjuk trek baru ini. SirNoordin
Bandar Seri Begawan
Link berkaitan
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/11/bukit-laur-bsb.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/10/bukit-sarang-helang-tasik-lama.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/11/mendaki-gunung-kinabalu-mk1.html
No comments:
Post a Comment