Tuesday, October 2, 2018

Pengetahuan, Ilmu dan Skil

Salam hormat


Mari kita kenal persamaan dan perbezaan diantara pengetahuan, ilmu dan skil.

Sekadar gambar hias

Pengetahuan merupakan pemahaman ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya dari penglihatan, pendengaran mahupun pengalaman. Ini merupakan sumber maklumat yang menjadi kefahaman bagi diri individu atau sekelompok manusia.. 

Ilmu adalah koleksi pengetahuan yang telah disusun dan diperlajari secara sistematik. Tidak semua pengetahuan menjadi akan menjadi ilmu tetapi semua ilmu bermula dari pengetahuan. Bermula ilmu apabila pengetahuan2 dikaji dan disusun menjadi silibus pembelajaran yang boleh dipelajari.

Skil adalah kebolehan untuk melaksanakan sesuatu tugas untuk beroleh sesuatu keputusan dalam tempoh masa tertentu. Skil biasa terbahagi kepada skil umum dan skil spesifik. Diantara contoh skil umum adalah pengurusan masa, leadership, motivasi dan lain2 lagi. Sementara skil spesifik adalah kejuruteraan, mekanik, seni bela diri dan lain2 lagi. 

Setiap saat manusia mempelajari pengetahuan baru dengan hanya melihat, mendengar dan melakukan sesuatu. Pada kebiasaanya kita menyebut ilmu pengetahuan - kombinasi pengetahuan dan pengetahuan yang tersusun (ilmu). 


"Belajar tak perlu malu
Patut malu jika tidak belajar"

Contoh untuk pemahaman...

Dengan pengetahuan - umumnya semua tahu apa itu "scuba diving" - menyelam ke dasar laut dengan peralatan2 tertentu. 

Apa bila kita mengikut kursus Scuba Diving dengan pengetahuan tersusun maka ianyanya menjadi Ilmu - Kita mula mengenal peralatan2 seperti Bbuoyancy Control Device (BCD), regulator dan macam2 lagi. Kita juga pelajari ciri2 keselamatan semasa scuba nanti. Malahan kita perlu menduduki ujian untuk menguji kefahaman teori sebelum dibenarkan menjalankan latihan praktikal. Pada peringkat ilmu pengetahuan - biasanya yang cerdas akal cepat faham dan mampu mengingat. Yang kurang cerdas pula, terkapai-kapai dan perlu diulang berkali2. 

Setelah memahami ilmu pengetahuan tentang scuba diving, langkah seterusnya adalah latihan praktikal - memantapkan skil. Di sini kita mula belajar secara latihan praktikal bagaimana bernafas menggunakan regulator, buoyancy (keseimbangan) dan pelbagai teknik secara berperingkat. Latihan yang berulang-ulang sehingga kita faham, mahir dan yakin. Di peringkat ini pula yang yakin dan berani pula menonjol - cepat untuk memahirkan diri dalam latihan praktikal. Setelah mahir di kolam renang, kita akan diuji kemahiran tersebut dalam laut. Jika kita berjaya, kita telah mencapai peringkat Open Water Dive. Dan banyak lagi peringkat2 keilmuan dan skil yang perlu ditempuhi jika ingin menjadi Master Dive


Sekadar gambar hias
Semasa kecil dahulu sir belajar berenang cara kampung - tidak berlandas teknik2 sebenar. Sekadar boleh berenang & terapung ... maklumlah sekadar terjun lombong; tekapai2 sampai boleh berenang. Ditanya macamana berenang; terjun lepas itu pandai2 lah kuak tangan sampai ke pinggiran lombong. Tetapi sekurang2nya ada pengetahuan dan skil untuk hidup.. kurang2 tak lemas dalam kolam. 

Sekarang ini anak2 mengikut kelas latihan berenang dari guru bertauliah - sir pun join sekali untuk meningkatkan kebolehan diri... hmmm ternyata dengan latihan yang tersusun - anak sir yang umur 5 tahun dah boleh berenang dalam tempoh kurang setahun. Kolam tempat latihan pula sedalam 5.2 meter. Sir yang pakai berenang cara  kampung pun fikir 2x nak terjun masa mula2 dulu. Hakim, 15 tahun sudah mencapai level 6 dalam latihian berenang - sudah ada teknik bagaimana menyelamatkan orang lemas. Haikal, 10 tahun sudah mencapai level 3. Sir pula masih level kampung dengan teknik2 renang tersusun - free-style, breast stroke, butterfly ...err malas nak ambik ujian. Hi hi hi

Dewasa ini untuk mencari Ilmu pengetahuan agar mudah ...Pakcik Google ada... banyak ilmu boleh didapati cuma kita perlu juga ada ilmu untuk mengenal ilmu2 tersebut. Skil pula memerlu latihan berterusan bagi memahirkan diri ...bak kata orang sehingga masak dengan ilmu & skil tersebut dan berterusan pula meningkatkan skil ke peringkat seterusnya. 

Yang penting ... menuntut ilmu itu wajib bagi Muslim dan belajarlah secara berterusan hingga ke akhir nyawa. Ajarlah ilmu itu pada orang lain agar menjadi manfaat pada mereka pula. 



"Hanyalah seorang hamba Allah yang ingin berkongsi setitis ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula..."

Terus merantau mencari erti..

Semoga manfaat!


SirNoordin


Thursday, September 27, 2018

Tahu Mana Nak Ketuk

Cerita ini agak popular juga, sir cuma berkongsi sini (cut & paste)


Ada sebuah enjin kapal besar rosak.

Pemilik kapal tersebut menerbangkan dan membawa beberapa orang yang kononnya pakar bersama alatan-alatan canggih untuk membaiki enjin kapal tersebut namun masih gagal dihidupkan. Kian hari kapal tersebut rosak, pemilik kapal itu harus menanggung kerugian beratus ribu ringgit.


Sekadar Gambar Hias

Kemudian datang seorang mekanik dari sebuah workshop kecil yang terletak di suatu pekan yang terpencil hanya membawa bag alatan yang usang dan lusuh.

Apabila dia sampai ke bahagian enjin, dia terus mula bekerja dan memeriksa setiap sudut enjin kapal tersebut. Pemilik kapal itu hanya memerhati dari jauh dengan penuh harapan.
Setelah selesai pemeriksaan, mekanik tersebut mengeluarkan sebuah tukul dari beg usang beliau dan mengetuk dengan perlahan pada satu sudut enjin kapal itu dan dengan serta merta enjin kapal tersebut terus hidup dengan gagah! Alangkah gembiranya pemilik kapal itu.

Seminggu selepas itu, pemilik kapal besar itu mendapat bil dari mekanik tersebut sebanyak RM20,000.

“Apa?? Cekik darah punya mekanik yahudi!! Dia cuma pegang tukul dan ketuk saja!!” teriak pemilik kapal besar tersebut dan lantas meminta mekanik tersebut supaya memberikan bil yang lebih terperinci. 

Lantas mekanik tersebut memberikan bil terperinci kepada pemilik kapal itu ;

(1) Upah ketuk dengan tukul - RM5.00
(2) Tahu di mana nak ketuk - RM19995.00


Tak semua kita dapat belajar dari teori, pengalaman itu juga sama penting. Ilmu dari pengalaman itu tidak ternilai harganya.

Semoga manafaat.


Friday, September 14, 2018

Road Trip to Kota Kinabalu

Salam Hormat,

Cuti persekolahan di Brunei bermula 7 Sep - 16 Sep 2018. Kali ini kami merancang untuk memandu dari Brunei ke Kota Kinabalu untuk merasa pengalaman dan menikmati pemandangan disepanjang perjalanan nanti.
Ferry Sungai Merapok

Hari Pertama

Kami memulakan perjalanan seawal jam 6.30 pagi melalui Bandar Seri Begawan menuju ke Limbang. Alhamdullah 7 pagi pos Imigresen Kuala Lurah masih lengang. Singgah sebentar di pekan Limbang mengalas perut dengan sarapan pagi.. mee goreng dan teh tarik.
Sungai Merapok
Meneruskan perjalanan ke pos Imigresen Pandaruan untuk "kembali" ke Brunei Temburong, seterusnya ke pos Imigresen Labu menuju ke pekan Lawas, Sarawak. Setakat ini sudah 6 kali passport kena cop.

Terserempak pula dengan saudara Faiz sekeluarga. Bermulalah konvoy yang tidak dirancang. Kami menuju ke arah Lawas dan menyeberangi sungai Merapok (Kuala Lawas, Sarawak) menaiki ferry. Jarak perjalanan dalam 5-10 minit dengan kadar bayaran Rm1. Terus menuju ke pos Imigresen Sindumin - sempadan Sarawak dan Sabah. Err ...sudah 8 cop setakat ini.
Sempadan Sarawak - Sabah
Kami singgah makan tengahari di pekan Sipitang yang terkenal dengan satay. Di hadapan laut yang terbentang luas keilhatan sayup-sayup pulau Labuan serta kapal-kapal dagang berlabuh... disapa oleh angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati kelazatan satay Sipitang membuatkan mata semakin layu... argh perjalanan masih jauh! 
Pekena satay di pekan Sipitang
Sempat juga kami singgah berehat sebentar di pekan Membakut sambil menikmati durian tempatan. Nyaman bah!  Kami tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 3.30 petang setelah 9 jam memandu... check-in di Sky Luxury Apartment. Selepas rehat kami makan malam - layan seafood di hadapan Water Front

Hari Kedua


Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park
Hari ini kami ke Lok Kawi Wildlife Park, Penampang.. sekitar 30 minit atau 25 km dari bandar KK. Tiket masuk bagi dewasa Rm10. Kawasan zoo ini seluas 280 ekar dan terbahagi kepada 2 bahagian - Zoological dan Botanical. Zoo ini amat sesuai untuk kanak-kanak. 


Ular Sawa
Tepat jam 11 pagi kami menyaksikan "live show" ... wow amat teruja sekali melihat kebolehan haiwan-haiwan yang telah terlatih. 


Terlalu banyak gambar yang ingin dikongsikan namun lebih baik sekiranya anda sendiri pergi menyaksikannya. 

Maklumat lanjut boleh dapat di sini Lok-Kawi-Wildlife-Park

Hari Ketiga 

Hari ini kami menuju ke sungai Kiulu, Tuaran untuk menerokai sungai tersebut dengan aktiviti White Water Rafting. Bayaran yang dikenakan hanyalah Rm60 untuk dewasa dan Rm45 untuk kanak-kanak. 
Kiulu Water Rafting Centre

The Kiulu River lies in the beautiful Kiulu valley near Tamparuli with rolling mountains and small villages surrounding. Classified as grade I – II rapids, Kiulu River white water rafting offers plenty of fun on some of Sabah’s easier and safer white water rapids. The trip will start off with a Riverbug professional conducting a safety briefing and demonstrating the rafting techniques as well as proper handling of rafting equipment. Your Riverbug guide will also be on your raft all along the way giving friendly instructions and helping you build momentum. Your excursion will cover up to 15 km of the river, making it one of the longest white water rafting trips in Borneo. About 7 km of the river will be medium water level, so you can enjoy a slight challenge! Be sure to enjoy the natural surroundings during your scenic float down the bumpy river. The journey should take about 2 hours before reaching the end point where a delicious lunch will be prepared by the riverbank.


Taklimat Keselamatan
Pengalaman pertama untuk anak-anak
Oleh kerana ramai kanak-kanak, kami hanya mengambil trip 7 km - 2 jam perjalanan melalui sungai Kiulu. Hari itu WWR tahap 0 hingga 1, maka River Master benarkan kami membawa Habib berusia 1.5 tahun menyertai jelayah sungai tersebut. Pastinya faktor-faktor keselamatan dititikberatkan sebelum dan semasa jelajah sungai tersebut. 

Maklumat lanjut boleh dapat di sini Adrenaline-Hunter


Selesai WWR sementara menunggu kenderaan untuk mengambil kami, layan mandi sungai yang ternyata dingin yang menyegarkan err menghanyutkan segala masalah kehidupan. Hi hi hi. Makanan tengahari disediakan. Selepas makan tengahari, pekena ice-cream Rm5 (err semua ice-cream harga Rm5). 

Singgah pula dipinggiran jalan untuk menikmati durian kampung... nyaman bah! 

Durian Kampung

Dalam perjalanan pulang ke KK sempat pula kami singgah di Kasih Sayang health Resort, Bukit Kokol Menggatal untuk merasa suasana dingin dan nyaman. Dari sini kelihatan berbalam-balam gunung Kinabalu dan dari sudut lain pula kelihatan bandar Kota Kinabalu. Pemandangan memang menakjubkan tetapi makanan kurang enak dan agak mahal (maklumlah harga naik bukit).


Hari Keempat

Selepas sarapan pagi, tepat jam 745 pagi kami memulakan perjalanan balik ke Bandar Seri Begawan. Ternyata perjalanan balik terasa lebih cepat ... kami sampai rumah sekitar jam 2.30 petang ... sekitar 6 jam 45 minit. Barangkali trafic akan lenggang berbanding semasa kami ke KK. 
Belayar pulang
Ternyata pengalaman yang tidak dapat dilupakan memandu ke Kota Kinabalu. Menikmati keindahan bumi Borneo melalui sungai-sungai, bukit bukau, desa & kampung serta nun jauh Gunung Kinabalu tersergam megah. 


Tak lupa juga kereta dengan kekuatan kuasa-kuda 252 Engine Audi Q5 Quadro - turbocharged 2.0 dan kelembutan absorber juga memberi kenikmatan memandu tanpa jemu di sepanjang perjalanan. Terjumpa pula artikel ini Audi Q5, The Car Guide’s Best New SUV of the Year for 2018 by Michel Deslauriers

Baby Habib the Younger Rafter
Insyallah jika dizinkan perjalanan seterusnya menuju ke Kuching (Sarawak) dan Pontianak (Kalimantan) serta memenuhi mimpi untuk Pulau Natuna (Indonesia) dalam masa terdekat ini. 

Baca juga link lain di bawah


SirNoordin 
130918


Thursday, September 13, 2018

Tun Dr. M - Pertempuran Terakhir

PERTEMPURAN TERAKHIR

Copy&Paste dari FB 1 Juta Like Support Tun Dr Mahathir Mohamad


Saya Tahu Mengapa Engkau Telah  MEMANJANGKAN Umurku Dengan Rahmat Dan Belas Kasihan Engkau Sehingga Usia 93 Tahun Ini.

Saya Telah Mencapai Hujung Hidup Saya.Saya Hanya Mahu Mengakhiri Sebahagian Dari Usia Saya Dengan Mematuhi Dan Menunduk Kepada Allah.

Walau Bagaimanapun,Saya Masih Dapat Menumpukan Dalam Kesunyian Saya Apabila Saya Menutup Mata,Saya Melihat Rakyat Saya Dianiaya.

Saya Melihat Hak-Hak Generasi Muda Yang Dirompak Oleh Tangan Yang Tamak Yang Diarahkan Oleh Syaitan. Saya Tahu Saya Perlu Melakukan Sesuatu.Saya Bukan Orang Yang Akan Berdiam Diri,Melipat Tangan Saya Sambil Menonton Semua Kejadian Ini Oleh Mereka Yang Tidak Merasa Bersalah.

Ya Allah,Saya Tahu Kenapa Engkau Telah Memanjangkan Umurku Dengan Belas Kasihan Mu Sehingga Umurku Ini 93 Tahun Dengan Masih Berdiri Tetap Teguh,Sihat Dan Mampu Berfikir Tajam Dan Bersemangat Dalam Menghadapi Pertempuran Terakhir Saya.

Terima Kasih Allah Dengan Izin-Mu, Saya Telah Dapat Melindungi Hak-Hak Rakyat Dan Menjatuhkan Penyebabnya.Berdoalah Selepas Ini Saya Akan Dapat Menutup Mata Saya Dengan Ketenangan Fikiran Bahawa Jiwa Saya Akan Bertemu Dengan Pencipta Saya Dengan Selamat.

Keinginan Saya Bukanlah Untuk Nama Saya Dipuji Atau Diri Saya Dipuji Selepas Ketiadaan Saya.Tidak Perlu Menyebut Tentang Saya Selepas Ketiadaan Saya. Saya Menganggap Apa Yang Telah Saya Lakukan Sebagai Bekalan Bagi Perjalanan Saya Untuk Bertemu Denganmu Dalam Kehidupan Selepas itu.

Jika Sesiapa Yang Ingin Mengatakan Sesuatu Tentang Saya,Hanya Hantarlah Doa Kepada Saya Untuk Permudahkan Perjalanan Saya Bertemu Dengan Pencipta Saya.

--------------------------

130918


Wednesday, September 12, 2018

Renungan Buat Anak

Copy & Paste buat renungan bersama...

Renungan Buat Anak

Bila mana anak-anak duduk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar sahaja sebagai alas perut. 
Credit Image dari Sahabat Muslim
Bila anak-anak pulang ke kampung, barulah mereka sibuk nak pergi pasar, membeli lauk-pauk itu ini sebab nak menjamu anak yang jarang-jarang pulang. Masak pula masakan kegemaran anak-anak. Kadang-kadang buah-buahan dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama-sama.

Tetapi anak-anak di kolej mahupun universiti setiap minggu masuk pawagam, berkarok, McD, KFC, Pizza Hut dan belanja pakwe/ makwe. Bila duit tidak cukup, call mak ayah bukan sebab nak tanya khabar tetapi nak minta masukkan duit dalam akaun.

Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak-anak selamba cakap, 
"dah muak lah lauk ni"
"ini je ke?"
"nak sikit je mak, kenyang dah"
"tak sukalah ayam masak merah ni" dan macam2 lagi.

Bila dengar anak-anak cakap macam itu, air muka mak langsung tidak berubah. 

Tetapi jauh di lubuk hati mak, sakitnya bagai ditikam dengan buluh runcing. Tetapi mak satu-satunya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh anak-anak.

Ayah pula tunggu nak bercakap dan berkumpul dengan anak-anak sebab lama sudah tidak dengar suara hilai tawa anak-anak. 

Tetapi anak-anak hanya berkurung dalam bilik, bergayut dengan pakwe /makwe dan main game. 
Kalau duduk dengan mak ayah sekalipun, mata dan tangan hanya tertumpu pada handphone. 

Seringkali pertanyaan mak ayah dijawap oleh anak-anakacuh tak acuh. Muka mak ayah pun langsung tidak dipandang.

Mak ayah tak pernah pun nak marah sebab anak-anak semua dah besar panjang.

Sampai begitu sekali mak ayah cuba jaga hati anak-anak. Seringkal mak ayah sampai tertidur di ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan anak-anak. Tetapi anak-anak buat hal masing-masing. Sedangkan balik ke kampung pun jarang sekali. 

Kita jangan cakap pada kawan kita sombong bila diajak keluar dia tidak hendak.  Mungkin sebab dia selalu ingat pada mak ayahnya di kampung. 

Bila dah keluar mesti kawan-kawan akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal2. Walhal saat itu dia ingat mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Adakalanya bila kita tengok kawan selalu balik kampung, jangan cakap dia homesick, anak manja atau anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tahu yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi itulah boleh jumpa mak ayah, bercakap, bersemuka dan makan bersama mak ayah.

Tidak semua orang sedar akan semua ni dan menganggap semua perkara macam ini adalah perkara kecil. 

Tetapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur.

Tersimpan 1001 perasaan bercampur baur yang tidak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada baru kita sentap dan barulah terasa menyesal. Tetapi sudah jauh dan terlambat. 
Credit Image dari Salafy News
Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali dan hanya tersimpan sekadar memori.

Betul kata orang, "seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak"Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

*P/S: Pesanan buat diri sendiri, adik2, dan teman2 sekalian.
Walaupun copypaste tetapi tetap meruntun jiwa...  semoga jiwa kita kaya dgn kasih sayang buat kedua ibu bapa kita...

Terimakasih buat penulis ini...

Link berkaitan
Sayang-anak-tangan-tangankan
Menternak-generasi-derhaka


Friday, September 7, 2018

Cuti-Cuti Malaysia - Sabah

Salam hormat 


Tanggal 4 Dec 2016 setelah Hafiz & Haziq selesai peperiksaan SPM dan bermulanya alam ria cuti sekolah... keluarga mula mengikut sir berhijrah ke Brunei. Seterusnya kami merancang untuk Cuti-Cuti Sabah.
Gunung Kinabalu

Hari Pertama (Brunei - Labuan - Kota Kinabalu - Kundasang)

Perjalanan kami bermula pada tanggal 7 Dec 2016 dari Bandar Seri Begawan menuju Labuan menaiki bot... jarak perjalanan sekitar 1 jam 30 min. Kami menaiki bot jam 9 pagi. Laut agak berombak. Oleh kerana ini kali pertama mereka ke Labuan, perjalanan menjadi menarik... manalah tau ada Dolphin...hihi
Jeti Labuan
Labuan secara rasminya di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan. Labuan berasal dari perkataan Labuhan atau Perlabuhan juga dikenali sebagai permata Borneo. 

Sampai di Labuan terasa amat lapar, barangkali sentuhan ombak berbuai-buai menjadikan kami kebulur. Terus je masuk kedai di depan pelabuhan... teringat kata-kata Haziq, "abah, kedai ni sure tak sedap...". Aku tanya, "kenapa?" Haziq balas kembali, "kucing pun tak masuk kedai...". Hmm aku gelak je tak pasti di mana logiknya. Err ternyata kata-kata Haziq ada kebenarannya... ha ha ha sabar je lah. 

Selepas makan kami terus ke Lapangan Terbang Labuan untuk terbang ke Kota Kinabalu jam 3 petang. Penerbangan hanya memakan masa 25 min. Sempatlah minum Milo kotak yang dihidangkan oleh pramugari MAS. 

Sampai di Kota Kinabalu, kami ditunggu oleh bro Herman yang akan menjadi "tourist guide" kami. Dari airport kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Tak sabar nak tengok Gunung Kinabalu. Perjalanan memakan masa sekitar 2 jam lebih (kalau tak silap)... terus menuju ke Apartment J-Residance;  Villa Suite- 3 bedrooms. Suasana tenang, sehijauan sejauh mata memandang   serta kedinginan menusuk tulang. Subhanallah. Kami di sini selama 2 malam dengan belanja MYR1040). Sangat berpuashati. 

Lepas check-in, kami melalui jalan berbukit berliku ke Ranau untuk makan malam. Terasa amat dingin sambil menikmati kelazatan makanan. Untuk hari-hari berikutnya kami hanya makan di restoran ini. Nyaman bah!

Hari Kedua

Seawal 5.30 pagi kami kembali pekan Ranau untuk melihat kemegahan Gunung Kinabalu... ternyata slot masa untuk mengambil masa amat terhad. Kerana selepas tempoh tersebut, Gunung Kinabalu akan diliputi oleh kabus. 
Insyallah akan sir daki juga nanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.[1] Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Hal ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak JayaPuncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak di benua Oseania.

Insyallah jika diizinkan dan direzekikan oleh Allah swt, pastinya sir akan sampai ke puncaknya. Amin. 
Hadif nak tangkap ikan - Sungai Moroli

Selepas bersarapan, kami menuju ke Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau - menakjubkan ikan-ikan amat jinak di pinggir sungai. Haikal dan Hadif terus tukar baju mandi dan bermain dengan ikan di pingiran sungai sehinggakan diajak balik pun tak mau. Oh iye tak silap bayaran masuk rm3/seorang. 


Selepas itu kami menuju ke Poring Hot Springs... bayaran masuk MYR15/seorang... yang ni lagi best! Air panas berbau sulfer ..hmm baik untuk otot & aliran darah... bapak panas hihi... boleh masuk kaki sahaja atau seluruh badan ... kalau tahan la. 

Sir pulak lebih enjoy mandi kolam air sejuk yang dipanggil "Rock Pool" ..perghh macam mandi dalam ais... kejap je rasa otot tegang. Difahamkan air dari sungai dari bukit terus dialirkan ke kolam ini.. mula-mula terasa amat sejuk tetapi selepas tu rasa biasa dan boleh berenang lagi ..best tak ingat!! Kalau ada rezeki memang nak ulang lagi kat sini. Insyallah 

Hari Ketiga 

Hari terakhir di Kundasang... bangun awal pagi untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu. Pagi ini kami pergi ke Desa Cattle Dairy Farm - amat terkenal macam kat New Zealand berlatar belakang gunung Kinabalu. Pemandangan sungguh indah serta suasana dingin amat menenangkan. 
Macam New Zealand kan?
Difahamkan hampir 900,000 liter susu dikeluarkan dalam tempoh setahun.  Kita boleh melihat bagaimana pemprosessan susu dibuat di sini. Tapi Hadif lebih teruja untuk melihat lembu-lembu itu... (hmm budak bandar kot!)

Selepas itu check-out terus menuju ke Kota Kinabalu. Check-in di Marina Court. 


Lok Kawi Wildlife Park

Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu. sempat pula kami singgah di Lok Kawi Wildlife Park Penambang. Boleh tahan juga... macam biasa Haikal & Hadif paling gembira kerana baru kali pertama melihat binatang-binatang tersebut terutamanya gajah.


Hari Keempat - Island Hopping

Hari ini Island Hopping - Pulau Gaya, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Island Hopping
Terserempak dengan sahabat lama, Azri atau lebih dikenali dengan Tan Sri bersama keluarga. Kami sepakat sewa sebuat bot. Wajah anak-anak kelilhatan amat riang sekali. Tak sabar nak snorkelling dan mandi-manda. 


Bersama Azri sekeluarga
Malam tu layan seafood kat jetty ... murah dan enak! 


Layan seafood

Hari Kelima

Time to go home! Flight pagi dari Kota Kinabalu ke Labuan... dan meneruskan perjalanan ke Brunei dengan menaiki bot. Pengalaman menarik di bumi Sabah bersama kesemua ahli keluarga sesuatu yang tidak dapat dilupakan. 
Let have fun!


Bro Herman
Terimakasih untuk bro Herman... banyak membantu disepanjang percutian. Insyallah berjumpa lagi.


Noordin
KK, Dec 2016

Tuesday, September 4, 2018

Ringkasan Dari Buku "The Richest Man in Babylon"

Beberapa tahun yang lalu sir ada membaca sebuah buku yang bertajuk "The Richest Man in Babylon" karangan George Samuel Clason. 



Buku ini mengisahkan kekayaan orang Babylon dan teknik-teknik yang boleh digunakan seandainya kita ada kemahuan tersebut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan!

Ringkasannya...

Secara umumnya semua orang ini menjadi kaya (i) tidak tahu bagaimana hendak mencapainya (ii) tahu tetapi tidak mampu mencapainya (iii) mampu mencapainya tetapi tidak kosisten.

Prinsip Babylon... 
biarkan wang berkerja untuk kita bukan sebaliknya! Tetapi untuk mencapainya kita perlu berkerja untuk wang, menguruskan wang dengan baik dan jadikan wang berkerja untuk kita.

Pendapatan kita samada $1,000 atau $2,000 atau $10,000; pada kebiasaannya perbelanjaan kita sentiasa melebihi pendapatan. Dalam erti kata lain, kita sering menghadapi situasi tidak mencukupi dan kadang-kala terpaksa berhutang. Biarpun berapa banyak pendapatan kita, pada umumnya sering tidak mencukupi kecuali kita mampu menguruskan kewengan dengan baik. 


Prinsip Pertama Babylon: Simpanan 10% dari Pelbagai Sumber Pendapatan

Perkara pertama adalah 10% dari sumber pendapatan (apa jua sumber) hendaklah di simpan. Ianya disimpan dan tidak boleh dikeluarkan - kita namakannya "simpanan kekal". Bagaimana hendak menggunakannya - lihat asas Babylon seterusnya. 

Asas ini nampak mudah tetapi cukup sukar untuk memenuhi disiplin diri - menyimpan 10% dan tidak boleh mengambilnya kembali dalam apa jua keadaan sekalipun. Mengikut rule Babylon sekurang-kurangnya tidak boleh mengambil simpanan kekal tersebut untuk tempoh selama setahun. 

Persoalan di sini - bagaimana hendak memulakannya walhal pada saat ini perbelanjaan telah melebihi pendapatan? 

Katalah pendapatan kita $1,000 dan perbelanjaan $1,200 - kekurangan $200; 
Untuk memenuhi rule pertama Babylon 10% = $100 untuk simpanan kekal. Dan sekarang kita perlu "survive" dengan $900 untuk perbelanjaan $1,200. 

Bagaimana? 

Sir mencuba sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun ...bermakna telah gagal dua kali.. kali terakhir baru berjaya membina simpanan kekal. Kunci asas "disipilin diri"... sangat sukar! 

Sir pernah berkongsi teknik ini pada seorang rakan mekanik yang berpendapatan jauh lebih rendah serta belanja hidup dalam kategori mendesak. Namun beliau berjaya melakukan pada percubaan pertama - mengikat perut selama beberapa tahun. Kini beliau telah berjaya mempunyai bengkel sendiri dan mengajikan lebih dari 5 orang pekerja. Walaupun sukar pada mulanya, namun beliau telah membuktikan ianya boleh dicapai.


Prinsip Ke-Dua Babylon: Simpanan Kekal selama Satu Tahun

Simpanan kekal harus berterusan selama tempoh setahun tanpa boleh mengeluarkannya. Seandainya anda "break the rule", haruslah bermula semula atau lupakan sahaja prinsip Babylon ini. 

Kenapa simpanan kekal harus setahun? 

Untuk mendisiplinkan diri menyimpan dan menjadikan modal untuk menjana lebih pendapatan (untuk memenuhi rule seterusnya). Dalam tempoh setahun ini anda belajar menguruskan kewangan mendesak kepada pengurusan yang lebih teratur dan berdisipilin. 

Prinsip kedua ini juga tidak mudah dipenuhi kerana ada ketikanya keutamaan keperluan anda mungkin berubah. Namun mengikut prinsip ini jika anda gagal, haruslah bermula semula.

** Sebagai orang Islam, anda perlu mengeluarkan zakat simpanan sebanyak 2.5% setelah genap haul. 


Prinsip Ke-Tiga Babylon: Simpanan Kekal sebagai Modal 

Prinsip kedua membantu anda membina modal dan pengurusan kewangan kepada yang lebih baik.

Maka prinsip ketiga pula menggalakkan Simpanan Kekal dijadikan Modal untuk menjana pendapatan yang berterusan. Mengikut buku tersebut  hanya dibolehkan dilaburkan kepada sesuatu perniagaan yang diyakini berjaya - maksud di sini melabur pada perniagaan mengikut kebolehan anda atau melaburkan kepada yang ahlinya (expert) atau perniagaan yang boleh dipercayai contoh: pelaburan kerajaan seperti ASB dan sebagainya.  

"Don't put all eggs in same basket"
Paling mudah dan rendah risiko -  laburkan "simpanan kekal" ke Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang menjana 8% pendapatan setahun. Selebihnya pula boleh dilaburkan pada perniagaan yang berisiko sederhana. 

"High Risk High Income" - jika anda yakin boleh menguruskan - silakan! 


Prinsip Ke-Empat Babylon: Besarkan Simpanan Kekal

Pada setiap keuntungan atau pendapatan dari Simpanan Kekal ini,  hendaklah kembali kepada Prinsip Asas Pertama di mana 10% hendaklah dikembalikan menjadi simpanan kekal.  

Semakin besar Simpanan Kekal, semakin kukuh modal anda, semakin hampir wang berkerja untuk anda.

Selebihnya 90% boleh anda gunakan untuk diri anda! Ini masanya untuk anda hadiahkan diri anda dengan keinginan yang selama ini terpendam.


Prinsip seterusnya - Sir cadangkan anda bacalah buku tersebut kerana banyak lagi cerita-cerita menarik selain dari teknik kekayaan.

Sir dah berkongsi teknik ini pada ramai orang tetapi setakat hari ini yang berjaya melaksanakannya hanya dua orang. Sukar untuk melaksanakannya tetapi tidak mustahil. Semoga berjaya!


Boleh baca di sini juga


SirNoordin
Brunei


PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...