Copy & Paste buat renungan bersama...
Renungan Buat Anak
Bila mana anak-anak duduk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar sahaja sebagai alas perut.
![]() |
Credit Image dari Sahabat Muslim |
Bila anak-anak pulang ke kampung, barulah mereka sibuk nak pergi pasar, membeli lauk-pauk itu ini sebab nak menjamu anak yang jarang-jarang pulang. Masak pula masakan kegemaran anak-anak. Kadang-kadang buah-buahan dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama-sama.
Tetapi anak-anak di kolej mahupun universiti setiap minggu masuk pawagam, berkarok, McD, KFC, Pizza Hut dan belanja pakwe/ makwe. Bila duit tidak cukup, call mak ayah bukan sebab nak tanya khabar tetapi nak minta masukkan duit dalam akaun.
Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak-anak selamba cakap,
"dah muak lah lauk ni"
"ini je ke?"
"nak sikit je mak, kenyang dah"
"tak sukalah ayam masak merah ni" dan macam2 lagi.
Bila dengar anak-anak cakap macam itu, air muka mak langsung tidak berubah.
Tetapi jauh di lubuk hati mak, sakitnya bagai ditikam dengan buluh runcing. Tetapi mak satu-satunya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh anak-anak.
Ayah pula tunggu nak bercakap dan berkumpul dengan anak-anak sebab lama sudah tidak dengar suara hilai tawa anak-anak.
Tetapi anak-anak hanya berkurung dalam bilik, bergayut dengan pakwe /makwe dan main game. Kalau duduk dengan mak ayah sekalipun, mata dan tangan hanya tertumpu pada handphone.
Seringkali pertanyaan mak ayah dijawap oleh anak-anakacuh tak acuh. Muka mak ayah pun langsung tidak dipandang.
Mak ayah tak pernah pun nak marah sebab anak-anak semua dah besar panjang.
Sampai begitu sekali mak ayah cuba jaga hati anak-anak. Seringkal mak ayah sampai tertidur di ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan anak-anak. Tetapi anak-anak buat hal masing-masing. Sedangkan balik ke kampung pun jarang sekali.
Kita jangan cakap pada kawan kita sombong bila diajak keluar dia tidak hendak. Mungkin sebab dia selalu ingat pada mak ayahnya di kampung.
Bila dah keluar mesti kawan-kawan akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal2. Walhal saat itu dia ingat mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.
Adakalanya bila kita tengok kawan selalu balik kampung, jangan cakap dia homesick, anak manja atau anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tahu yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi itulah boleh jumpa mak ayah, bercakap, bersemuka dan makan bersama mak ayah.
Tidak semua orang sedar akan semua ni dan menganggap semua perkara macam ini adalah perkara kecil.
Tetapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur.
Tersimpan 1001 perasaan bercampur baur yang tidak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada baru kita sentap dan barulah terasa menyesal. Tetapi sudah jauh dan terlambat.
![]() |
Credit Image dari Salafy News |
Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali dan hanya tersimpan sekadar memori.
Betul kata orang, "seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak". Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.
*P/S: Pesanan buat diri sendiri, adik2, dan teman2 sekalian.
Walaupun copypaste tetapi tetap meruntun jiwa... semoga jiwa kita kaya dgn kasih sayang buat kedua ibu bapa kita...
Terimakasih buat penulis ini...
Link berkaitan
Sayang-anak-tangan-tangankan
Menternak-generasi-derhaka
Link berkaitan
Sayang-anak-tangan-tangankan
Menternak-generasi-derhaka