Friday, April 24, 2020

Petang Ramadhan

Salam hormat 


Petang Ramadhan di Brunei. Terasa amat sayu. Di Malaysia sudah mula menunaikan kewajiban berpuasa pada hari ini. Insyallah malam ini kami di Brunei akan mula berterawih. 



Barangkali berjauhan dengan Hafiz, anak sulung yang ketika ini berada di rumah rakannya. PKP. Terkenang diri sendiri saat seusianya. Terdampar jauh di ibukota sebagai pelajar demi menunaikan amanat diri dan keluarga. Jenuh mencari tiket bas disaat ingin pulang beraya di kampung.

Kenapa lagu ini.... entah tak tau. Namun ada kerinduan pada melodinya serta seni katanya. Rindu juga pada arwah Sudirman Hj Arshad. Penghibur diri dari kecil sehingga ke hari ini. Tidak pernah pula ada kebosanan mendengar lagu2nya. Barangkali juga diri sendiri adalah anak kampung yang merantau berkelana merata dunia mencari kehidupan. Terhibur hati bila mengenang lagu2 anak Desa. 

Sehingga hari ini tidak pernah lupa pemberian abang Johari (suami Kak Azni Jalil) memberiku album Anak Desa walaupun ketika itu tidak punya radio. Terimakasih abang Jo. 

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang di perantauan 
Terkenang adik bukan bukannya sedikit 
 Nasi terhidang tidak tertelan

Ulang-ulang sayang pergi ke titian
Tambat kaki tekukur yang berlalu 
Allang-alang sayang kita bercintaan
Hasrat hati sekubur denganmu 

Pinggan retak ditapaklah tangan
Makan sirih berpinang tiga
Jalan semak sayang tanah berlumpuran
Kerna kasih kuharungi jua 

Sepetang di pinggir bukit
Anak dagang sebatang kara 
Rindukan adik bukan bukannya sedikit 
Tidur bertilam si air mata 

Salam Ramadhan buat semua. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dan keredhaanNya juga. Amin ya Rabbal Alamin. Semoga tahun ini kami dapat berkumpul untuk berhari raya bersama-sama. Namun ketika ini, belum ada tanda-tanda yang kami dapat berkumpul bersama. Tetaplah berdoa semoga dipermudahkan Allah swt hendaknya.

Amin.

SirNoordin
Petang Ramadhan di Brunei

Wednesday, April 22, 2020

Jangan Sia-siakan Masa

Salam hormat


Hari ini sir nak berceloteh tentang masa. Sir perhatikan ramai orang sekarang tidak begitu menghormati masa walaupun ada jam tangan dan handphone yang canggih. Erti kata tidak menghormati masa bukan sekadar lewat pada temujanji tetapi lebih meluas lagi iaitu melakukan perkara2 yang lalai dan tidak memberi manfaat untuk diri di dunia mahupun akhirat. Kata orang masa itu emas, malahan lebih dari emas. Jika emas hilang masih boleh dicari tetapi jika masa terlepas tak mungkin boleh dikembalikan. Tak tau lah jika "back to future" sudah menjadi kenyataan di tahun 2020 ini...


Sekadar Gambar Hias


Anak2 hari ini jika bermain games di handphone mahupun PC, berjam2 lamanya, begitu khusyuk sekali. Jika dipanggil pasti tidak layan mereka. Begitu khusyuk bermain sehinggakan tidak sedar apa yang berlaku sekeliling. Malahan sudah berlaku sehingga mengakibatkan kematian - brain dead, bola mata jadi mereng kerana posisi sering berbaring dan fokus pada 'games' berjam2 lamanya dan pelbagai lagi 'cyber sickness'.

Bayangkan ketika anda begitu fokus bermain 'games' tiba2 anda rasa mati -'brain dead' terjadi. Otak semakin pelahan dan tidak berfungsi. Anda dapat melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat. Anda mungkin dapat mendengar tetapi tidak dapat mengolah apa yang didengar. Anda telah koma tanpa sedar!

Kajian menunjukkan "Playing video games weakens the brains of young people and puts them at greater risk of dementia in later life, new research suggests"  - by  

Rule sir simple! Jika nak bermain games, mainlah dengan syarat - kita mampu berhenti bermain apabila dipanggil oleh ibubapa ataupun keperluan mengendalikan perkara2 yang lebih penting dan berfaedah. Malahan jika panggilan solat hadir di saat kita benar2 khusyuk bermain, kita mampu berhenti serta -merta. Boleh ke? Jika mampu bertegas dengan diri sendiri, bermainlah. Jika tidak, lupakan sahaja games tersebut.

Kita hidup ada tujuan. Bukan seperti haiwan yang hanya makan minum berak beranak dan akhirnya mati!

Kita hidup ada tujuan untuk dunia - memakmurkan setiap hela nafas dan menyediakan diri untuk akhirat. Selari dengan kata2 hikmat ini - berkerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun dan beramallah seolah2 kamu akan mati esok hari. 

Kita disarankan untuk berkerja keras untuk menyara kehidupan kearah yang lebih baik dan dalam masa yang sama menyiapkan diri untuk bertemu yang Maha Esa di akhirat kelak. Pada setiap masa yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan perkara2 yang berfaedah bukan perkara2 yang melalaikan & membazir. 

Dari zaman Tok Adam sampai sekarang masih tetap 24 jam sehari semalam. Tidak pernah berkurang atau berlebihan walaupun sesaat sekali pun. Bezanya adalah jika dahulu 24 jam sehari terasa amat lama sebaliknya hari ini terlalu panas berlalu. Kenapa? Apakah nikmat masa sudah diangkat sehingga 24 jam sehari sudah tidak dapat menampung keperluan harian kita ? Apakah kita terlalu sibuk hingga tidak mampu menikmati nikmat masa? 

Sekian lama kita merintih hari2 kerja mahupun sibuk kerja banyak sampai tak de masa nak bercuti. Tidak ada masa bersama keluarga. hari2 kerja.. bila tutup mata (mati) baru tak kerja. Kalau bercuti pun terasa singkat, nak balik kerja esoknya.

Ketika Corona @ C19 ini, rasanya ramai sudah bercuti lebih dari 30 hari akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang gaji jalan macam biasa dan ada yang senak perut memikir apa yang hendak dimakan petang nanti. Tapi yang pasti ramai sudah mula bosan berada dalam rumah sehingga tidak tau apa yang perlu dilakukan lagi selain dari makan dan tidur. Terasa lebih letih berada di rumah dari di pejabat. Bagi yang biasa dirumah - suri rumah tangga sepenuh masa juga terasa bosan kerana tidak dapat keluar walaupun ke kedai mahupun ke pasar. 

Malangnya apabila masa lapang telah diberikan namun ramai pula rasa bosan kerana tidak mampu memikirkan apa yang perlukan dilakukan dikelapangan ini. Kebosanan berlaku akibat kerana kita tidak punya objektif dan target. Kita tidak bersedia untuk menghadapi masa yang terluang. Akhirnya masa yang berharga menjadi sia2. Sekadar makan, tidur, menonton TV dan main games seharian sehingga ianya menjadi rutin. 

Cuba bayangkan betapa banyak perkara yang kita ingin lakukan ketika sibuk dahulu namun bila diberi peluang, segalanya disia2kan. Err tak kanlah nak baca Quran 24 jam ... hmm main games 24 jam bolehlah pulak kan!! 

Berbalik kepada Objektif dan Target! 

Tidak kiralah apa jua objektif kita, selama ianya berfaedah ianya memberi manfaat kepada masa yang terluang, ianya memberikan kesan positif. Untuk menguatkan kehendak diri untuk mencapai objektif kita - letakkan target yang cabar.

Contoh: 
Ingin menghafal surah2 tertentu dalam tempoh tertentu. Pastinya kita akan berusaha keras untuk mencapainya. 

Ada yang letak target 100 push-up sehari - barangkali objektif untuk mempunyai tubuh yang sasa. Ada yang berobjektif untuk menulis buku/ blog/ FB dan diletakkan sehari 10 helai atau 1 artikel. Tak kisahlah... 

Yang penting ada objektif dan target! Sehari satu kejayaan! 

Jadi, sudah berapa surah berjaya di hafal setakat ini? Berapa bab sudah tertulis? Berapa artikel sudah dikeluarkan? 


Beriadahlah 
Tepuk dada tanya selera

Maka manfaatkan setiap masa yang ada. Jangan sampai ada masa kosong yang dibiarkan tanpa dimanfaat. Segala yang kita lakukan jika diniatkan dengan betul, maka akan jadi ibadah. Masa adalah rezeki yang diberikan. Setiap rezeki adalah nikmat yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. 

Jangan didustai nikmat yang telah diberikan. Jadi, berapa kejayaan yang telah kecapi semenjak diberi nikmat masa ini? 


SirNoordin

Friday, April 17, 2020

Nostalgia Trans Banjaran Titiwangsa

Salam hormat 


Post kali ini cerita lain sikit... nak cerita tentang minat sir masuk keluar hutan, mendaki gunung, berkhemah di tepi pantai dan macam2 lagi. Senang cerita, apa sahaja berkaitan 'outdoor' memang mengujakan. Kali ini nak cerita tentang suatu perjalanan selama 10 hari dalam hutan bersama pasukan Polis Htutan - Komando69


Satu satu dari puncak di Banjaran Titiwangsa

Semasa berada di zaman universiti sememang tiada halangan err dalam bahasa lain - perlu mohon keizinan untuk ke mana2. Biasanya senyap2 pergi. Dah balik baru cerita. Itupun bila berpeluang balik kampung.Maklumlah ketika itu bukan zaman telekomunikasi. Segalanya bergantung pada pondok talipon dipinggiran jalan yang kebanyakkannya pula sering rosak. Yang tak rosak pula, jenuh beratur menunggu orang depan habis bercakap. Bila buat pangilan jauh, duit syiling turun macam air. Sekali2 terpaksa buat 'reserve call' sebab duit cukup2 untuk call operator minta tolong sambungkan ke rumah. Err budak2 zaman sekarang bukan tak faham sebab handphone ada dihujung jari. 

Berbalik pada tajuk ha ha ha ...sebab dah mula merepek ke arah lain. Tiba2 idea datang mencurah2 untuk berkongsi cerita zaman batu dahulu kala. 

Dalam banyak2 pengalaman mendaki gunung, yang paling menarik sekali adalah ketika kami buat 'Trans Banjaran Titiwangsa' iaitu trekking di sepanjang banjaran Titiwangsa melalui sempadan 3 negeri iaitu Pahang - Kelantan - Perak. Pengalaman yang paling menarik, menyeksakan dan paling tidak dapat dilupakan. 

Cerita asalnya adalah pendakian ke gunung Tahan melalui trek Kuala Tahan. Namun 2 minggu sebelum pendakian, kami dimaklumkan trek ditutup akibat dari hujan lebat dan banjir besar. Persiapan dah 100%. Mental pun dah ready 100%. Tetiba dapat berita yang begitu menyedihkan. Namun kami sebagai AJK tetap mahu meneruskan program cuma diubah ke tempat lain. Entah macamana, kami bertemu dengan Polis Hutan- Komando 69 di Kinta, Perak. Mereka mencadangkan kami mengambil trek Banjaran Titiwangsa yang akan melalui sempadan tiga negeri. Yang bestnya, kami diberi segala peralatan camping termasuk haverset dan boot askar. Pergh merecik la... yang paling best, kami akan disokong oleh 'six-man team' komando disepanjang trekking

Sehari sebelum perjalanan, kami mengedar barang keperluan serta bekalan untuk para peserta. Keesokkan harinya kami berkumpul terus menuju ke station keretapi KTM Kuala Lumpur untuk menuju ke Tapah, Perak. Yang menariknya, ada diantara peserta program masih tidak mengetahui pertukaran perancangan dari Gunung Tahan ke Banjaran Titiwangsa. Naik keretapi kelas-3 pakai kad matrik... bayaran hanya dikenakan sebanyak 50% sahaja. Dari Kuala Lumpur, kami bergerak waktu tengah malam dan sampai Tapah awal pagi. Pengalaman menaiki keretapi kelas-3 juga suatu pengalaman menarik. 

Setibanya di stesen keretapi Tapah, kami menaiki bas awam menuju ke Tanah Rata, Cameron Highland. Harga tiket hanyalah 70 sen dan bas kedua $3.50. Pawer gile bas awam sini, naik bukit layan korner macam bawa superbike. Pick-up baik. Kami berkumpul di depan balai Tanah Rata, Cameron Highland sementara menunggu skuad team komando sampai. Selepas itu, terus dibawa ke kawasan pendalaman menaiki trak askar ke check -point sebelum masuk masuk ke hutan. Serius, masak juga duduk dalam trak nie dengan jalan yang berlopak2 di kawasan pendalaman.. Ketika itu usia masih muda, segala keperitan tidaklah terasa sangat. Semangat tinggi melangit dan kami juga adalah Rakan Muda Waja Diri. Mestilah power kan! Ha ha ha... 


Dari arkib Sharifudin Mamat

Cabaran paling awal adalah mendaki beberapa ratus meter dalam keadaan yang sejuk. Bayangkan jika di Cameron Highland dah sejuk, inikan pula dalam hutan dan altitude yang lebihtinggi. Masa itu tidak ada pengalaman mendaki dan bawa baju sekadar 3 pasang - pakaian harian, pakaian malam dan pakaian nak keluar nanti. Denggg... memang rasa nak mati kesejukan. Masa itu tidak ada istilah hypothermia. Dalam haverset, hanyalah pakaian, makanan untuk 14 hari ha ha ha dan pocho yang juga digunakan untuk dijadikan khemah. 

Tengok abang komando steady. Kami cuba angkat haverset abg komando, pergh berat gile. Entah apa yang dibawanya. Mengikut abg2 komando nie, makanan tak berapa penting, yang penting adalah persiapan tidur dalam keadaan sejuk. Bila tidur selesa, lena dan esok trek rasa bertenaga. Ha ha ha kami pula terbalik, makanan lebih penting dari tidur. huhuhu.. 

Kalau nak cerita perjalanan sepanjang 14 hari tersebut memang dah tak ingat sebab selepas masuk hutan, jadi lupa hari dan tarikh. Rasa banyak juga detik2 penting yang masih segar diingatan. 

Redah hutan tanpa trek. Hanya bergantung pada peta dan kompas. Ada ketika kami berjalan di atas laluan binatang... kira ada trek juga, ini kira senang. Ikut abg Komando, ini dipanggil highway. Namun kebanyakkan perjalanan,  kena membuat trek baru. Ada hari2 kami berjalan dari pagi hingga petang sejauh 1 batu persegi - One map square. Kami berjalan berbatu-batu dalam ruang peta 1 batu sahaja. Ada hari2nya, kami terpaksa berpatah balik kerana terdapatnya gaung di hadapan - yang tidak kelihatan di peta namun hakikatnya adalah gaung yang sungguh menyeramkan. 

Pada kebiasaannya, bila kami sampai mana-mana checkpoint untuk bermalam. Letak je haverset, tetiba abg2 komando terus hilang dari pandangan mata. Rupanya mereka membuat pemeriksaan kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan semua orang. 

Setelah sampai check-point, biasanya kami bahagi- bahagi tugas -ada yang pasang khemah, masak, cari kayu api dll. Abg2 komando duduk berborak sambil hisap rokok. Rupanya ada sebab... mereka tengok arah tiupan angin dari asap rokok. Selepas baru pasang khemah dengan betul, bukan pada laluan angin. Khemah rasa agak suam berbanding dengan khemah kami yang terasa dingin sampai ke tulang sum2. Kami belajar dari abg komando nie...

Dari segi makanan, abg2 komando ni cuma bawa beras dan sambal hitam. Pergh sedap gile beb! Sampai hari ini, tiap kali sir merantau ke mana2, sambal hitam wajib dibawa untuk menambah selera. Kami pula bawa Pak Braihim berkilo2... mahu tak berat haverset walau bagaimanapun kopi panas dalam hutan memang ubat segala kesukaran.

Ada satu hari itu, kami cuma sempat berjalan sekitar 4 jam dan kemudian terpaksa berhenti awal. Ada kes kecemasan di mana salah seorang dari kami terkena gatal2 satu badan. Terpaksa beliau mandi sungai yang dingin dan selepas itu diberi injection


Catatan Sarjan Rosli - Arkib Sharifudin Mamat

Semasa dalam perjalanan, kami disuruh berhati2 apabila melintas sebatang pokok - kalau tak silap, nama pokok gajah gatal atau nama sebenarnya pokok Rengas. Katanya, pokok ini punya gatal sehingga gajah pun buat U turn atau mengelak apabila terjumpa. Malahan kami perhatikan tiada rumput mahupun tumbuhan lain sekitar pokok tersebut. Hanya pokok ini sahaja tanpa dikelilingi apa2 juga tumbuhan lain. Agaknya teramat gatal sehingga tumbuhan2 lain pun tidak berada dekat dengannya. Mudah untuk mengenalinya ! Agaknya kawan tesebut terkena angin dari pokok tersebut. Hmmm ... 

Pada hari tersebut, abg2 komando menyediakan makanan untuk kami semua. Pokok buluh rebung segar dari hutan berserta sambal hitam dan nasi putih panas begitu membuka selera. Malahan khemah yang kami dirikan begitu baik sekali berbanding hari2 sebelum ini. Dapat juga berehat lebih sedikit hari ini. Kalau tak silap kejadian ini berlaku setelah kami menuruni dari kawasan tinggi sempadan tiga negeri. 

Kami mendaki sehingga berada di titik batu penanda sempadan tiga negeri - Pahang, Kelantan dan Perak. Pemandangan di atas banjaran amat menakjubkan dengan ratusan pokok bosai serta lumut (yang boleh diperah airnya dijadikan minuman). Kami berpegalaman menyaksikan dari air setitis di atas gunung sehingga menjadi anak2 sungai kecil sehingga menjadi sebuah sungai yang begitu besar dan dalam sekali. 

Angan2 nak jadi Komando


Ada ketikanya kami diberi amaran bahawa Maybank ada berdekatan. Jadi kami pelru berhati2. Biasalah dalam ramai2 ada seorang dua yang lurus bendul - kalau dah jumpa bank maknanya kita dah dekat dengan pekan. Aduiii ... masa itu paling kurang lagi 5 hari lagi hendak keluar hutan. Kelihatan tapak kaki Maybank begitu besar sekali... jika diukur hampir saiz dengan 3 tapak tangan kami. huhu ...aiyaa ini halimau la .... dalam hutan tak boleh sebut2 ...nanti dia latang loorrr . 

Sehari sebelum kami keluar hutan, kami sempat singgah di kampung orang Asli. Kami hadiahkan apa2 yang ada dalam haverset. Ingat lagi perbualan ini... "kamik tak makan ayam sebab ayam makan taik.... monyet boleh makan sebab monyet makan buah.... adalah pulak yang tanya ...harimau.... err harimau boleh makan sebab makan monyet dan monyet makan buah". Hmmm betul jugak logik rantaian makanan tersebut. Tak kisahlah pun makan ayam walaupun ayam makan taik... denggg..



Ini secebis kisah yang berlaku sekitar 26 tahun yang lalu. Pengalaman yang memberi suatu nilai kehidupan - kesukaran yang ditempuhi, nilai sebuah persahabatan, pelbagai ilmu hutan dan trekking yang dipelajari dan bermacam2 lagi. 

Beberapa tahun selepas dari trekking banjaran Titiwangsa ini, sir sempat bertemu dengan abg Komonda bernama L/ Kpl Baharudin Man di rumah beliau di Kem Kinta. Namun selepas itu, kami terputus hubungan. Tidak pasti di mana beliau sekarang. Barangkali umurnya sudah hampir 55- 60 tahun. Seandainya beliau terbaca post ini atau sapa2 yang mengenali beliau, harap dapat tinggalkan pesanan pada sir. Rindu pada  hamba Allah ini yang mengajar sir ilmu hutan. 

Terimakasih yang tak terhingga kepada abg2 Komando - Kpl Asri, L/Kpl Rosli (anchorman), L/Kpl Safaruddin, L/Kpl Baharuddin Man, L/Kpl Rosman dan Kons. Rosli - maklumat dari Sharifudin Mamat. 

  SirNoordin
Kenangan Bersama Komando69

Wednesday, April 15, 2020

Sikit Demi Sikit

Salam hormat 


Rasanya semua orang kian maklum kesan dari Covid19 atau c19 yang semakin dirasai baik dari segi kesihatan, sosial mahupun ekonomi. 

Sekadar gambar hias

Baru2 ini sir difahamkan ada diantara rakan sir sudah menerima potongan gaji sebanyak 50% malahan lebih teruk lagi sudah ada dibuang kerja. Itu bagi yang berkerja makan gaji. Bagaimana pula yang gaji hari mahupun menjalankan perniagaan kecil2an Tak lupa juga bagi mereka yang menjadi 'trainer' yang bergantung kepada hari latihan juga amat terkesan. 

Semakin lama sekatan perjalanan semakin terkesan ekonomi namun apakan daya sistem kesihatan bukan boleh dibawa bergurau. ITerlalu amat berharga. Apalah erti berwang tapi sakit memanjang. Apa guna poket tebal, selera makan tak menentu terhalang oleh berbagai2 penyakit. 

Minggu lepas sir terima mesej dari FB dari orang yang tidak dikenali. Memohon sedikit bantuan... 

"Assalamualaikum.. minta maaf ganggu..saya nak cuba nasib jika ada rezeki saya dan anak2... suami sejak PKP dah tak kerja. polis tak benarkan. suami ambik upah potong rumput dan servis aircond.. jadi dah 2 minggu kami catu makanan.. duit tinggal rm30 ja ni... pampers, susu pun dah tak ada.. jika tak keberatan nak minta sedikit bantuan dari pihak tuan.. minta maaf sangat terpaksa minta" 

Ini adalah sebahagian dari cerita yang terpaksa dilalui oleh kebanyakan orang ketika ini. Sangat menyayatkan hati. Namun ketika ini ramai juga diantara rakan2 sir menggunakan saluran media sosial untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Semoga berterusan kerana kita sedang mengalami rentetan dari gelombang2 yang memedihkan yang memerlukan kerjasama yang utuh. 

Kita perlu hadapi satu persatu dengan tenang. Buat masa ini, perjuangan kita hanya duduk dirumah sehingga selesai pendemik C19 ini. Putuskan dulu C19. Selesai perkara ini, kita tumpukan untuk meningkat ekonomi setempat. Kita harus balik kepada "basic survival". Fokus kembali kepada keperluan bukan keinginan. Selesaikan segera hutang piutang dan hentikan keperluan untuk berhutang. Usaha, doa dan tawakal! 

"Ya Allah... murahkan rezekiku, luaskan rezekiku, berkati rezekiku dan lepaskan aku dari segala hutang piutangku" 

Bagi yang ada lebih, pergunakan dengan sebaik2nya. Terus menyimpan agar dapat digunakan disaat yang benar2 perlu. Sekurang2 boleh terus bersedekah dan berzakat demi membantu insan lain yang memerlukan. 

Beberapa minggu lepas, kebanyakkan kita telah melakukan panic buying. Memandangkan keadaan semakin tidak menentu, perlu juga kita laksanakan panic saving. Hendak simpan apa lagi... bagi yang dapat pelepasan bank selama 6 bulan - moratorium, sebaiknya simpan duit tersebut untuk keperluan di masa akan terdesak. 

Pada kebiasaannya, 60-70% pendapatan digunakkan untuk membayar pinjaman bank... bererti kebanyakkan kita hidup dengan lebihan 30%. 60%-70% pelepasan pinjaman boleh menjamin sekurang2nya 2.5 bulan perbelanjaan. Jika ini adalah asasnya, dengan duit moratorium boleh digunakan selama 2.5 x 6 bulan = 15 bulan. Jika berjimat habis2an, barangkali boleh bertahan 18 bulan iaitu 1.5 tahun. Ini adalah contoh jika kita hanya berbelanja 30% pendapatan dan 70% digunakan untuk membayar hutang2 bank. 

Paling kurangpun, pelepasan 6 bulan moratorium dapat digunakan selama setahun juga memberikan satu kelebihan. Berjimatlah... 

Potonglah segala perbelanjaan yang tidak diperlukan... bertahan dengan keadaan yang paling minimum untuk setahun dua ini. Belajar untuk menyimpan berasas konsep yang pernah sir terang pada nota2 yang lepas. Tidak pernah terlambat untuk memulakan. Namun cabaran melaksanakan agak sukar tetapi tidak mustahil. 

Semasa sir merantau di Sudan dahulu, sir pernah melihat ramainya orang yang hartanya hanya sehelai baju di badan. Tiada makanan. Tiada rumah untuk berteduh cuma beralaskan padang pasir yang tandus. Sangat menginsafkan. Mereka tidak pernah berpeluang untuk hidup senang namun terus bersyukur dengan sekeping roti pemberian dari orang ramai. 

Hmm... namun sesusah2 mereka, mereka tiada hutang bank yang mengejar saban bulan!!

Cubalah berjimat cermat, menyimpan sedikit demi sedikit, potong semua perbelanjaan yang tidak perlu.....yang sukar adalah untuk tetap berdisiplin dalam melaksanakannya. 

Sikit demi sikit, lama-lama jadi bukit!


Sekadar berkongsi 

SirNoordin

Wednesday, April 1, 2020

Simpanlah Walaupun Tidak Cukup Part 3

Salam hormat 


Sambungan dari Simpanlah Walaupun Tidak Cukup Part 3


.

Dahulu ketika mula2 berkongsi teknik ini dengan orang, pelbagai alasan yang sering diberikan, Masa itu sangat bersemangat untuk berkongsi kerana kita sudah berjaya melakukan. Ada pula kawan yang berpendapatan harian juga berjaya melakukan dengan jayanya. Memang semangat tinggi ketika itu, namun semua berminat hendak tahu tetapi disipilin koyak! 


Antara alasan2 yang biasa diterima diantaranya ialah... 

- pendapatan tak cukup, camno nak menyimpan
- hutang banyak, nak settle dulu 
- bagilah modal sikit buat semangat untuk menyimpan 
- kau tak pelah gaji besar, bolehlah menyimpan 
- aku gaji hari, sudah nak plan
- aku gaji bulan, dapat gaji bayar hutang bank... cukup2 je belanja
- aku berniaga ...payment masuk tak tetap... susah nak plan 
- dan macam2 lagi... 


Kadang2 rasa pelek juga kerana hendak diajar ilmu teknik menyimpan, pelbagai alasan dikemukakan. Lumrah manusia sering mengadu susah dan tak cukup duit nak buat belanja namun disuruh berubah pelbagai alasan pula.

Belum bermula dah gagal.... kurang2 cubalah dulu, kalau gagal cuba lagi...dan terus mencuba.  Ini tidak, belum bermula dah berakhir. Dari 50 orang yang sir kongsikan hanya satu sahaja yang berjaya. Mungkin kebetulan juga dapat seorang yang berjaya. Barangkali jika diuji dengan 1000 orang, mungkin angka satu masih kekal. 

Menyimpan wang tidak perlu menunggu bergaji besar dan kaya baru boleh mula menyimpan. Biasanya lagi kaya orang itu lagi banyak pula hutangnya. Lagi besar periuk lagi tebal kerak. Sama aje situasi apabila keinginan mengatasi keperluan. Kalau tak berwang pakai kereta Viva - $600 sebulan dan kaya sedikit pakai Honda - $1800 sebulan; cuti2 Malaysia $2000 sementara cuti2 luar negara $20000. Mungkin yang kaya sikit, mampu simpan sikit namun tak konsisten. Mungkin mampu bertahan 1-2 bulan jika hilang punca pendapatan dan bagi yang tidak berwang pula mungkin mampu bertahan 1-2 minggu. Jalan cerita sama jika tidak bersedia dan tidak mahu berubah sekarang, terdampar mengenangkan nasib badan. 


.

Apa yang susah sangat tentang teknik ini? 

Kalau diberikan $1 maka simpanan tetap anda adalah 10 sen. Kalau ada $10 maka $1 diasingkan untuk menjadi simpanan tetap. Semakin banyak pendapatan, semakin banyak simpanan tetap anda semua. 

Janganlah tunggu dah dapat $10000 baru mula nak menyimpan 10% iaitu $1000, nanti terasa banyaklah pula sebab disiplin menyimpan belum terbina dalam diri. Hilang pertimbangan jika perlu menyimpan sebanyak itu kan? Maklumlah diri masih diselimuti keinginan yang membuak2.dan juga sebelum ini tidak pernah dapat apa yang diinginkan tetiba ada peluang untuk memenuhi kehendak diri. Apa salahnya kan?


Kita masih bercerita tentang Langkah pertama ..belum masuk lagi langkah kedua dan seterusnya. Kerana langkah satu amat payah dilaksanakan kerana intipati langkah satu adalah disiplin diri.

Itu yang paling utama, bukan pada jumlah yang disimpan tetapi pada kekuatan dalam membina disiplin diri yang utuh. 


Persoalan sebenar adalah hendak berubah ke tak nak berubah? Jika hendak berubah, harus berkorban. Ubah gaya hidup. Nak ubah apa lagi, sekarang pun dah susah. Jika sekarang dah susah kenalah berkorban untuk lebih susah lagi sebelum kembali senang. Ini adalah pengorbanan yang perlu ditempuhi agar dapat mengubah dan meningkat taraf hidupan dikemudian hari. 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah apa2 pada diri mereka sendiri - Surah Ar Rad,11

Apa yang kita lakukan ini adalah untuk membina disiplin diri yang kuat seterusnya menjadi tabiat untuk menyimpan walaupun sekecil mana sekalipun. Kebiasanya bila nilai simpanan sudah mula menampakkan hasil, kita akan diuji dengan keinginan yang tidak mampu dikawal. Alasan, dah lama aku mengidam benda itu ini, baru sekarang ada peluang untuk mendapatkannya. Akhirnya 'break the rule', gunakan duit simpanan tersebut. Balik kepada keadaan asal..... 

Simpanan tetap tidak boleh dikeluarkan walaupun apa juga keadaan sekalipun. Sekali terguna, kiranya balik ke keadaan asal. Selain dari disiplin diri, simpanan tetap ini bertujuaan untuk membayar pahit jerih kita berkerja. Berapa orang yang mendapat pendapatan mereka dan membayar pada diri mereka sendiri? Kita jadi hamba duit yang berkerja untuk duit demi membayar harga sara hidup kita. Sampai bila nak jadi hamba duit? 


.

Pastinya langkah seterusnya akan menjelaskan bagaimana caranya hendak menggunakan simpanan tetap tersebut. Kita simpan dulu tajuk ini untuk kemudian hari. Pastikan kita benar2 bersedia untuk berdisiplin untuk menyimpan dan belajar bab pengurusan kewangan dengan baik. 

Namun secara keseluruhannya adalah untuk membina simpanan yang kuat di mana ianya boleh digunakan untuk satu pelaburan yang baik bagi membina beberapa sumber pendapatan yang akhirnya mampu jadi duit berkerja untuk kita. Duit seharusnya berkerja untuk kita, bukan kita berkerja untuk duit.

Yakinlah, di mana ada usaha pasti di situ ada jalan... 


Noordin

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...