Wednesday, October 30, 2019

Annapurna Basecamp (ABC) - Part 1

Salam hormat 


Setelah sekian lama merancang dan melakukan pelbagai persediaan secara mental dan fizikal akhir tarikh yang dinantikan telah tiba. #KoyokAdventureTeam memulakan perjalanan menuju ke Annapurna Basecamp @ ABC di Nepal. 



Chomrong - Annapurna & Fishtail mountain

Bab insuran juga kecoh juga sebab ingin cari yang terbaik. Sir ambil WorldNomads sebab cover sehingga ketinggian 6000m. Ada yang ambil Takaful Insurance dan lain-lain lagi - hanya cover setakat 3000m.


Flight : BWN - KUL - KTM - PKR 

Trek : Gandruk/ Matque Dada - Chomrong
Rakan & keluarga turut menghantar ke Brunei airport

D0 -20 September 2019 Tanggal 20 Sep 2019, kami bertiga iaitu Nazim, Faiz dan aku terbang dari Bandar Seri Begawan ke Kuala Lumpur, Amir dari Singapore dan team Brunei - Hady, Kak Nona & Rye terbang dari Miri tenghari tersebut. Malam itu kami bertiga bbersama Amir dan Yukhairi@SingaUtara berkumpul di rumah Nazim - final packing. Bab packing tak pernah habis sejak seminggu yang lalu.. ha  ha ha maklumlah kembara kali ini agak mencabar, memakan masa yang agak lama serta tidak pasti apa yang hendak dijangka. Terimakasih juga kepada Coach@Yafiz turut hadir memberi sokongan moral. Sahabat lama sir, saudara Surin join lepak di Star Buck sambil memberi tips ABC. 



Hari Pertama (D1) - 21 September 2019 


Kuala Lumpur, Malaysia


Tepat jam 7 pagi, kami sudah berada di airport KLIA untuk check-in pesawat Malindo OD184 9.50 am menuju ke Kathmandu. Selesai proses check-in, kami terus clear custom & imigration dan berkumpul dengan team Brunei di Old Town Kopitiam. Untuk kali pertama kami semua berjumpa dan berkenalan ..welcome to #KoyokAdventureTeam... yeahh...  kelihatan wajah bersemangat tinggi walaupun jauh disudut hati terasa seram sejuk. 



Boarding to Kathmandu

Bye2 Malaysia..doakan kami berjaya mencapai misi #AnnapurnaBaseCamp kami. Penerbangan ke Kathmandu memakan masa hampir 4 jam dengan Boeing 737-900. Rehat sepuas-puasnya.  

Malindo Air

Kathmandu 1350m


Tepat jam 12.45 pm waktu Nepal, kami selamat mendarat di Tribhuvan Airport. Terus beratur untuk membayar visa Nepal USD30 tetapi kaunter visa minta  dibayar dalam MYR130. Hmm... untung kat dia la. Sabar jelah. Selesai membayar Visa terus ke counter Imigration ..alhamdulilah dipermudahkan. Selesai urusan luggage, kami terus keluar dan agen kami sudah menunggu diluar untuk dibawa hotel penginapan kami. 



Tribhuvan Airport




Sekalong bunga menyambut Hero Malaya

Sampai dihotel letak bag terus keluar untuk lunch di Shafqat Halal Food Restaurant - aku recommend mutton briani dan tandoori chicken. 

Mutton Briani- KTM

Selesai itu lunch terus bersiar-siar di kawasan Thamel dan 'shopping' ... ternyata banyak barangan outdoor tiruan yang bermutu tinggi dijual di sini. Tak rugi beli beb! Err ramai terjebak membeli macam-macam barangan ha ha ha.



Ronda-Shopping-Makan

Jam 7 p.m. kami berkumpul di hotel untuk 'briefing' perjalanan awal pagi esok dari Keshab - Index Adventure. Kami diberikan duffel bag untuk keperluan hiking ke ABC. Packing lagi.. huhu... cuma kali ini lebih berhati-hati bagi memastikan barang perlu tidak ditinggalkan. Selesai packing terus dinner di tempat yang sama ... mutton briani. Dah letih sangat, esok harus bangun awal pagi untuk airport dan trekking juga. 





Hari Kedua (D2) - 22 Sep 2019


Tepat  jam 5 pagi kami sudah berkumpul di lobby hotel untuk ke airport. Breakfast sekadar mengalas perut. Terus menuju ke airport untuk domestic flght ke Pokhara. Difahamkan flight di sini selalu delay atau cancel tergantung kepada cuaca yang sering berubah-ubah kerana kawasan pergunungan. Kerana itu kami mengambil flight seawal mungkin. 



Sedia terbang ke Pokhara -#KoyokAdventureTeam T-shirt
Alhamdulilah hari ini flight on-time dengan pesawat ringan Yeti Airlines flight #689. Terasa melayang-layang disepanjang penerbangan ha ha seram jugak. Penerbangan memakan masa hampir 30 min. Pemandangan dari pesawat melihat keindahan pergunungan dan kampung-kampung kecil begitu menarik sekali. Negara Nepal ini penuh dengan gunung2 yang tertinggi di dunia... hampir kesemua gunung2 di Nepal setinggi 8,000 meter. 


Pesawat ringan - Yeti Airlines 


Pokhara 1400m 


Di airport Pokhara, kami disambut oleh team porter yang akan membantu membawa duffel bag kami. Seorang porter membawa 2 duffel bag... sekurang-kurangnya 30-40 kg beratnya. Steady bro! Cukup korum kami berlapan, team porter 4 orang dan seorang guide Keshab untuk menaiki dua Landrover menuju ke Matque Dada tepat jam 8 pagi selama 4  jam. Kelihatan jelas puncak gunung Annapurna yang diselaputi salji putih begitu gagah sekali. 




Landrover menuju ke Gandruk - Matque Dada

Perjalanan ke Matque Dada amat tidak selesa akibat dari jalan yang berlubang di tepi lerengan bukit dan gaung yang begitu menyeramkan. Terbayang andai terjatuh pasti ratusan meter ke bawah gaung tersebut. Walau bagaimanapun, pemandangan kampung, sawah padi, sungai-sungai dan tradisi Nepal begitu menarik menghilangkan rasa ketakutan tersebut. Sesekali terhantuk pada dinding Landrover akibat lubang-lubang di sepanjang perjalanan.
Roti Gurung dan sup dal pedas

Singgah dipinggir jalan untuk mengalas perut dan toilet break jam 9.20 pagi di Kaskikot village. Pilihan yang ada cuma makanan ala Nepal iaitu Dal Bhat sekali dengan sup pedas. Layan beb sebab dah lapar  sangat dan ternyata memang sedap sekali. Selepas menikmati makanan kami menerus perjalanan kearah pergunungan yang semakin kecil jalannya  dan  semakin sayup kelihatan gaung di bawah sana. Sekali sekala jeap kami melintasi sungai yang mengalir deras melintasi jalan.



Gandruk 1950m


Sekitar jam 12 tengahari, kami sampai di Matque Dada, Gandruk - checkpoint sebelum kami memulakan trekking. Sementara menunggu lunch siap, kami mula bersiap untuk trekking hari pertama. Dua duffel bag diikat menjadi satu untuk seorang porter. Kelihatan juga beberapa ekor keldai sedang makan dipinggir bukit. Barangkali sedang menuju barangan untuk dihantar ke destinasi di sebalik bukit dikejauhan sana. 



Matque Dada Checkpoint


Sedia untuk memulakan Trekking 

Tepat 1.00 pm, setelah doa dibacakan oleh saudara Faiz@PenaklukGunung memohon keselamatan, kami memulakan langkah perlahan-lahan menuju ke Chomrong via Jhinu Danda. Mengikut kata guide kami, Keshab, "No need to be fast, walk slowly. This is your holiday and  enjoy the scenery". Kami juga dimaklumkan jika berselisih dengan keldai, sebaik berdiri dibahagian dalam, bimbang jika berdiri dibahagian luar keldai menendang terus jatuh gaung. 

Jambatan gantung 287m 

Sekitar 2.40 pm kami melintasi jambatan gantung sepanjang 287 meter melintasi gaung yang amat tinggi. Bagi yang gayat terasa diawangan dan untuk berhenti bergambar pun fikir dua tiga kali. Lutut ketar! Apa pilihan yang ada, pandang terus ke depan jalan laju-laju namun bila ramai jalan di belakang terasa jambatan melayang ke kiri dan kanan. Selesai jambatan gantung, pendakian semakin curam ke atas. Menguji ketahanan lutut dan penafasan. 

Berhenti rehat sambil layan pokok ganja ha ha

Pokok ganja kelihatan ditanam secara meluas dan dijadikan makanan keldai. Patutlah keldai itu kelihatan relax je naik turun bukit. Semakin tinggi perjalanan semakin indah pemandangan. Semakin bercucuran peluh walaupun dalam suasana semakin dingin. Mungkin hari pertama, baru nak panas... kami banyak berhenti rehat kerana banyak pendakian bertangga. Mujurlah latihan di Tasik Lama banyak fokus pada menaiki tangga. Steady weh!
Terus mendaki menuju ke Chomrong

Jam 4 petang kami sudah sampai di persimpangan Jhinu Danda sebelum terus mendaki menuju ke destinasi hari ini iaitu Chomrong. Kelihatan jambatan gantung sayup-sayup dibawah sana. Baru kami sedar betapa tinggi kami sudah mendaki tadi.



Fishtail Guest House Chomrong

Tiba-tiba Keshab berkata,  "We are here at Chomrong". Jam menunjukkan 4.35 petang bermakna 3.5 jam trekking kami hari ini. Angin petang begitu dingin dan jelas kelihatan Annapurna South diselaputi salji begitu dekat sekali. Alhamdulillah sungguh indah pemandangan di sini. Tetiba hilang penat tapi kaki tetap sakit...huh! 



Chomrong 2150m


Kami berehat dan bermalam di Fishtail Guest House, Chomrong. Bilik kami di tingkat atas, berkongsi dua orang sebilik. Terasa sakit apabila menaik tangga ke bilik. Kenapalah bilik diletakkan di tingkat atas. Letak hiking bag dan duffel bag, terus ke bilik mandi dan mandi air panas walaupun kedinginan. Selepas mandi, kami semua berkumpul diruang makan dan kelihatan beberapa pendaki lain juga sedang berehat sambil berbual-bual. Ada diantara mereka akan mendaki dan ada juga sedang menuruni selepas selesai pendakian. 



Dinner
Nasi goreng telur sepinggan penuh bersama rendang bekalan dari rumah begitu membuka selera. Barangkali juga suasana dingin menambahkan rasa lapar. Kaki juga terasa sakit terutamanya dibahagian betis. Sambil duduk berbual-bual, tangan mengurut kaki sendiri... ada lagi 6 hari yang perlu ditempuhi. Kebetulan ada Internet, update famili dan FB/ IG dan share gambar2 yang diambil sepanjang hari ini. 


Fishtail mountain dari Chomrong
Jauh disudut hati masih tidak percaya kami sudah dalam pengembaraan menuju ke Annapurna BaseCamp, suatu impian yang tidak duga mampu dicapai. Namun tiga hari lagi kami akan berada di ABC memenuhi impian hati. Insyallah


Di Chomrong, hot shower 100Npr, Wifi 100Npr dan Charging 100Npr.


Rehat dahulu..


https://sirnoordin.blogspot.com/2019/10/annapurna-basecamp-abc-part-2.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2019/10/annapurna-basecamp-abc-part-3.html



SirNoordin

Chomrong
#KoyokAdventureTeam

Gambar2 dan video2 boleh di akses di FB Koyok AdventureTeam --> Just Like our FB group. 

https://www.facebook.com/309409106411333/posts/397116700973906/



https://www.facebook.com/309409106411333/posts/396226287729614/

4 comments:

  1. Wow.,it refreshes the Happy and adventurous memory...excited again for EBC.😍😄

    ReplyDelete
  2. Feeling entertained reading this post .. saya staff en yukhairi from Malaysia

    ReplyDelete

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...