Hari Ketiga (D3) - 23 Sep 2019
Chomrong 2150m
Tepat jam 7.00 pagi kami semua sudah bersiap - packing dan menuju ke ruang makan untuk breakfast. Hari ini breakfast sir makan Gurung bread with egg on top. Dengan sedikit garam (makanan di sini semua tawar)... begitu membuka selera. Tak lupa juga kopi panas sambil melihat pemandangan pagi yang menakjubkan sekali. Bukan semua orang dapat merasa kenikmatan sebegini kan? Enjoy...
![]() |
#KoyokAdventureTeam |
Briefing pagi dari Keshab mengatakan bahawa permulaan perjalanan agar mudah menuruni bukit sehingga ke 1,900m tetapi agak licin & merbahaya. Selepas itu melintas jambatan gantung sebelum kembali mendaki menuju ke Sinuwa untuk berhenti lunch. Selepas lunch kembali mendaki menuju ke Bamboo untuk hentian seterusnya.
![]() |
Menuruni 2200 anak tangga |
![]() |
Kampung Chomrong |
Perjalanan menurun hampir satu jam sebelum melintasi jambatan gantung. Dikatakan ada sebanyak 2,200 anak tangga tapi tak pasti kesahihannya. Jika menurun tangga sudah selama ini, pasti menaik nanti jauh lebih teruk. Tak mengapa, itu hari ke-enam, tiba masanya nanti redah sahaja. Jambatan gantung kali ini tidaklah sepanjang dan setinggi jambatan gantung semalam. Kali ini yakin je meredahnya... tak gayat beb!
![]() |
Jambatan Gantung... yang ni tak gayat |
Selepas dari jambatan gantung, perjalanan lebih kepada mendaki dan mendaki sahaja. Kami mula memasuki kawasan hutan dan agak redup sekali. Air terjun dan sungai menjadi mainan mata, setiap beberapa minit pasti akan melintasi sungai2 kecil. Tenang sungguh suasana. Sekalil-sekala menuruni denai-denai yang agak curam. Sekitar jam 10.15 pagi kami berhenti rehat disebuah kedai kecil sambil menikmati secawan black tea. Tetiba kami melihat sekumpulan pendaki sedang menuruni bukit dan dari wajah2 mereka pastinya orang Malaysia. Yeah... benar. Rasa bangga bila bertemu dengan Malaysian ditempat2 begini. Mengikut cerita mereka, kesemua mereka berjaya sampai ke ABC dan cuaca agak berkabus. Thanks for the tips bro.
Setelah habis secawan black tea dan coklat bar penambah tenaga, kami meneruskan pendakian menuju Sinuwa. Sekali sekala melintasi anak sungai2 mengajir deras, sejuknya air sungai tidak terkata. Cuaca agak panas tetapi kami terlindung disebalik pokok hutan yang agak tinggi. Keletihan sudah mula terasa, mungkin sudah kelaparan... perlu carbo loading nie tetapi jauh lagi ke Sinuwa? Sambil layan lagu Wings - Misteri Mimpi Syakila ... mana Syakilla, aku pun tak tahuuuu.. wooo wooo ... mana Sinuwa? Aku pun tak larattttt whoo whooo..
![]() |
Cuaca cerah dan panas terik |
Alhamdulillah selepas 3.5 jam trekking, jam 12.00 tengahari kami tiba di Sinuwa Lounge ... terik matahari membakar diri terasa nyaman sekali dalam udara sejuk begini. Semoga tidak hujan sepanjang perjalanan ini.
Sinuwa 2340m
Dalam keadaan yang letih begini, pasti tidak berselera. Semangkuk Maggie panas berserta black tea panas pastinya membuka selera. Really make my day. Selepas menunaikan solat, kami bersedia bergerak untuk menuju ke Bamboo. Jam 1.15 pm kami meneruskan perjalanan. Cuaca agak sejuk walaupun disebalik teriknya matahari. Tidak sampai 30 minit kami terkking, cuaca tetiba berubah, terasa titisan hujan menembusi pokok2 hutan. Kabus sejuk mula menutupi suasana hutan, cerun2 curam sudah tidak kelihatan. Jarak pandangan sekadar 20-30 meter tetapi memandai untuk trekking namun keindahan suasana sudah hilang.
![]() |
Rehat sebentar setelah mendaki |
Berhenti seketika. Pakai rain-coat. Teruskan perjalanan. Mendaki dan terus mendaki. Tidak kelihatan di mana hujungnya pendakian ini. Terasa amat letih namun jika berhenti terasa sejuk pula. Terpaksa untuk terus memaksa diri untuk mendaki sehinga sampai ke sebuah ruang seakan2 gua untuk berlindung dari hujan yang semakin lebat. Berhenti sebentar. Andainya ada kopi panas pastinya memberi satu keajaiban. Jarak pandangan sekadar 10-15 meter. Namun setiap wajah2 #KoyokAdventureTeam masih menunjukkan semangat juang yang tinggi. Keshab cakap, "sekitar 2 jam lagi untuk sampai Bamboo".
![]() |
Hutan Bamboo.. hujan mula turun |
Dalam hati mula berkata, 1.5 jam lagi... "pasti kuyup dan lencun dalam cuaca sejuk begini". Terasa semakin sejuk sehingga ketulang pada setiap minit kami tidak bergerak. Kami decide teruskan perjalanan, sekurang2 dapat memanaskan badan. Kami berselisih dengan ramai pendaki yang sedang menuruni dari arah ABC. Jalan agak berlecak. Harus berhati2 apabila melintasi sungai kerana batu2 sungai agak tidak stable. Rasa perjalanan agak menurun menuju ke Bamboo. Langkah kami semakin laju kerana perjalanan agak menurun. Oleh kerana hujan, sessi mengambil gambar agak berkurangan bagi route ini.
![]() |
Hujan tetap diredahi |
![]() |
Setiap 200 meter pasti jumpa air terjun |
Alhamdulillah tepat jam 2.55 petang, kami selamat sampai di Bamboo. Cuaca sangat sejuk. Tetiba hujan turun dengan lebatnya. Syukur kami sempat sampai ke Tea House Bamboo dengan selamatnya.
Chomrong (2150m) - 3.5 jam - Sinuwa (2340m) - 1 jam 40 min - Bamboo (2300m)
Bamboo 2300m
Terus ke bilik air dan mandi air panas. Baru terasa sejuk hilang, namun setelah keluar bilik air, sejuk hingga ketulang sum-sum. Tidak ada pilihan- buka sleeping bag terus masuk ke dalamnya. Takut terkena hypothermia (suhu badan menurun) akibat dari kesejukkan ini. Setelah 20 minit dalam sleeping bag baru terasa suhu badan kembali normal. Hujan masih turun dengan lebatnya. Terus ke ruang makan sambil minta secawan air panas - untuk buat milo dan maggie. Lega, dapatlah mengalas perut sementara tunggu dinner.
![]() |
Tea House di Bamboo |
Jam menunjukkan pukul 5 petang tetapi suasana agak gelap. Mungkin kerana hujan, mungkin juga Bamboo ini dikelilingi oleh gunung2 tinggi yang yang menyebabkan kurangnya cahaya matahari mengenainya. Desiran air sungai yang mengalir begitu kuat sekali kedengarannya. Hampir jam 6 petang, hujan sudah mula berkurangan. Maka benarlah telahan sir, kawasan Bamboo ini dikelilingi oleh puncak2 gunung menjadikannya sebuah lembah.
No Internet!
Hot shower 200Npr; Electric charging 200Npr
Tidak dapatlah kami menghubungi famili untuk menyampaikan tanda kami telah selamat sampai di Bamboo. Semoga tidak mereka di rumah tidak risau. Dinner ready jam 6 petang. Alhamdulillah dapat makan awal, maklumlah hari ini sekadar alas perut dengan semangkuk maggie. Kali ini nasi goreng telur menjadi pilihan pula dan rendang daging. Selepas makan, kami lepak di ruang makan. Berborak2 tentang cerita hari ini. Bila jadi terdesak, pelbagai ragam dapat dirakam yang akhirnya menjadi "bahan" yang mengelikan hati. Tidak berkecil hati kerana kami semua mempunyai satu impian yang sama - untuk sampai ke ABC. (err terakam di sini - walaupun ada kes belot membelot ha ha hanya kepada yang faham.... )
![]() |
Kesejukkan... milo dan maggie terbaik |
Selesai solat Isyak, malam masih terlalu awal walaupun ada yang sudah dilamun mimpi. Barangkali keletihan yang amat sangat. Kami pula terus berjaket tebal kembali ke ruang makan dan order secawan hot coklat berserta biskut menjadi alasan untuk terus berbual-bual. Sementara tokey Bamboo Tea House berserta saudara mara beliau sibuk bermain poker... rasanya aktiviti harian mereka di sini. Apa yang hendak dirisaukan, tiada bill yang perlu di bayar. Tiada orang yang akan call... Life is easy, right. Ha ha ha...
Sekitar jam 9 malam, kami balik ke bilik masing2. Terus masuk dalam sleeping bag, sejjuk beb... selamat malam semua.
Hari Keempat (D4) - 24 Sep 2019
Bamboo 2300m
Tepat jam 7 pagi, kami sudah bersedia di ruang makan untuk breakfast.... gurung bread with egg on top dengan black tea pilihan hari ini. Ha ha ha sebenarnya sehari kami makan benda yang sama baik breakfast, lunch dan dinner. Menu sama sahaja di semua tempat. Selepas makan sedikit briefing dari Keshab - pada sejam pertama banyak mendaki dan seterusnya flat up trekking. Perlu berhati2 ketika melintasi sungai kerana batu2nya tidak stable juga laluan trek agak sempit dan curam.
![]() |
Tokey Bamboo dan anak2nya |
Kami gerak awal hari ini untuk mengelakkan hujan yang biasanya turun sekitar jam 3 petang. Jam 7.30 pagi kami mula pendakian menuju ke Dueralli. Perjalanan ini melalui hutan Bamboo dan denai2 agak sempit serta cerun2 curam di tepi laluan berbanding dengan semalam. Namun begitu kami disajikan pemandangan yang sungguh menakjubkan sekali. Air terjun setinggi 200-300 meter kelihatan dari semua arah. Teringat filem Avatar, segitulah pemandangannya tanpa "floating mountain" seperti dalam filem Avatar... teramat mengasyikkan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Insaf dengan kebesaran dan kekuasaanNya.
Sesekali berselisih dengan pendaki2 yang menghala turun dari ABC. Berbual2 seketika bertanyakan situasi di atas sana. kebanyakkan pendaki mengatakan suasana agak berkabus dan sejuk. Perjalananan banyak mendaki ternyata meletihkan.
![]() |
Coffee break di Upper Dovan |
Jam 930 pagi kami berhenti rehat untuk secawan kopi panas di Upper Dovan (2505m) sebeluim meneruskan perjalanan menuju ke Himalaya.
![]() |
Entah berapa ribu anak tangga... terus medaki |
![]() |
Jalan baru.. lebar sedikit |
Himalaya 2900m
Tepat jam 1130 pagi kami sudah berada di Himalaya Guesthouse untuk berhenti lunch. Selera agak berkurangan akibat dari keletihan. Semangkuk maggie panas dan secawan black tea panas memadai untuk mengalas perut.
![]() |
Lunch di Himalaya |
Jam 1235 tengahari kami meneruskan perjalanan ke Dueralli. Jarak perjalanan sekitar 2.5 jam dan kami jangkakan selewat2nya jam 3 petang sudah berada di Dueralli sebelum hujan. Harap2lah ...
![]() |
Berehat di bawah batu... setelah mendaki berjam2 dalam hujan |
Trek kali ini agak bertangga batu naik ke atas. Tiba-tiba kabus tebal menutupi suasana barulah kami sedar hujan kembali turun. Jam menunjukkan 1.30 petang. Sekurang2 1.5 jam kami akan meredah hujan diketinggian hampir 3000m. Pada ketinggian ini, berkabus tebal, mengeletar kesejukkan ditambah pula dengan hujan. Hanya kekuatan semangat memberi rasa hangat dalam keinginan untuk ke Annapurna basecamp.
![]() |
Stunning view |
![]() |
Dueralli sudah kelihatan disebalik bukit |
Walaupun meredah hujan namun semangat bertambah tinggi. Deuralli sudah kelihatan di sebalik bukit sana. Berjalan pelahan di tepi curaman bukit sambil menikmati keindahan beberapa air terjun yang mengajir menuju ke sungai di bawah sana deras alirannya. Ajaib sekali bila melihat aliran sungai deras pada ketinggian 3000 meter. Agaknya salji cair dari gunung2 sekitar Annapurna.
![]() |
Signage Dueralli - basah lencun sejuk |
Hujan masih tidak menunjukkan tanda2 hendak berhenti. Langkah semakin longlai. Alhamdulillah jam 2.30 petang, kami semua selamat sampai di Deuralli,
Deuralli 3200m
Kami menginap di New Panorama Guest House & Restaurant. Seperti biasa, terus mandi air panas dan terus pergi ke ruang makan. Secawan hot chocolate dan semangkuk maggie menghangatkan badan sementara menanti waktu dinner.
![]() |
View sekitar Deuralli |
Sekitar jam 5.30 petang, hujan berhenti dan kabus hilang seketika. Jelas kelihatan beberapa puncak gunung dan sungai mengalir deras di sekeliling Deuralli. Rasanya ini antara pemandangan yang paling menakjubkan kembali. Namun cuaca begitu sejuk sekali sehingga bercakap juga bagai berasap2 keluarnya. Tetiba kabus tebal muncul kembali menghilangkan keindahan pandangan tersebut dan kesejukan begitu terasa sekali. Selesai mengambil gambar terus masuk ke dalam ruang makan.
![]() |
Dinner |
Hot shower 250Npr Wifi 300Npr Charging 200Npr
Bamboo (2300m) - 4 jam - Himalaya (2900m) - 2 jam - Deuralli (3200m)
Ok rehat dulu.
https://sirnoordin.blogspot.com/2019/10/annapurna-basecamp-abc-part-1.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2019/10/annapurna-basecamp-abc-part-3.html
SirNoordin
Dueralli 3200m
#KoyokAdventureTeam
Gambar2 dan video2 boleh di akses di FB Koyok AdventureTeam --> Just Like our FB group.
https://www.facebook.com/309409106411333/posts/397116700973906/
https://www.facebook.com/309409106411333/posts/396226287729614/
No comments:
Post a Comment