Thursday, October 24, 2019

Terima ketentuan dan 'move on'

Assalamualaikum dan salam hormat


Setelah sekian lama tidak menulis, terasa agak kekok untuk memulakan kembali. Banyak ceritahendak dikongsikan tetapi terhalang untuk beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Selain dari itu, ketidakpastian dalam melangkah ke hadapan juga memberi implikasi yang sama.


Apabila kita bersandar sesuatu yang amat penting akan menjadikan kita tidak mampu untuk berfikir secara lurus. Kita mengubah jalan kehidupan agar masih dapat mengekalkan apa yang kita inginkan atau mempertahankan apa yang kita perolehi. Sehingga suatu masa di mana kita tidak mampu melakukan sesuatu melainkan readha dengan ketentuanNya. 

Dahulu seringkali sir menasihati orang untuk tidak keterlaluan dalam cuba menyelesaikan sesuatu masalah kerana ada ketikanya penyelesaian sesuatu masalah hanya dengan menerima ketentuan masalah tersebut. Kenapa perlu tambah masalah? 

90-10 rules 

Jika 90% kita mampu untuk menyelesaikan ..all out selesaikan masalah tersebut, ada ketikanya kita perlu belajar terima takdirnya. 

Baru-baru ini seorang kawan sir dibuang kerja. Pening dia memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mempertahankan pekerjaan tersebut. Beliau terus memikirkan tanpa henti sehingga menganggu kesihatan beliau. Bila kita terlalu memikirkan dari satu sudut, kita tidak mampu melihat  dari sudut lain. 

Cari kerja tempat lain..insyallah ada rezeki. Jangan lagi curahkan sepenuh masa di tempat yang sama untuk memujuk agar dapat disambung kembali. Tak berbaloi. Mungkin kerana kasihan, diambil kembali dan esok lusa kena buang kembali. 

Jangan pula tambah masalah memikir apa pulak yang hendak di makan ..susu anak... ini biasanya terjadi dari rentetan dari pemikiran tadi. Masalah utama adalah hendak mendapatkan perkerjaan. Fokus pada yang ini sahaja. 

Tidak dapat  dinafikan rentetan dari masalah pertama membawa kepada tidak ada duit belanja untuk menanggung keluarga. Itu kita faham.. lagi banyak kita memikirkan tentangnya, kita mula menarik masalah ke dalam diri kita. Sekarang kita terbeban dengan pelbagai masalah. Take it easy! Hukum tarikan - kita menarik apa jua yang kita fikirkan ...jadi fikirkan yang positif maka hanya yang positif sahaja yang tertarik. 


Kata orang, "terima ketentuan dan move-on". Rezeki Allah sangat luas, lihat dari banyak sudut berbeza. Pasti ada jalan... mungkin jalan tersebut jauh lebih mudah dari apa kita ketahui. 

Tapi kita tak lupa  juga, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin


SirNoordin

No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...