Friday, October 25, 2019

Did Mountain Change Me?

Salam hormat


Akhir bulan September 2019, sir bersama rakan2 #KoyokAdventureTeam memulakan expedisi ke Annapurna Basecamp atau lebih dikenali dengan ABC yang terletak di Nepal. Suatu pengembaraan yang menarik. 


Tapi kali ini sir bukan nak cerita expedisi ke ABC.. tapi bagaimana sesuatu pengembaraan itu mengubah diri kita. Insyallah di lain kelapangan sir akan kongsikan cerita expedisi tersebut serta gambar2 menarik.

Sebelum ke ABC, sir ada terbaca "Did mountain change me?" . Terasa mengelikan hati bagaimana gunung mampu mengubah seseorang. Namun setelah selesai pengembaraan sir dan kembali ke dunia realiti, terasa benar kata2 tersebut. Selalu juga termenung mengenangkan kembara tersebut... terlalu sukar untuk dikeluarkan dari sistem minda kita. 

Iyelah bangun pagi sahaja terus dapat melihat keindahan dan kedamaian di pergunungan. Udara sejuk yang melegakan. Secawan kopi panas berserta biskut dicecah begitu menyelerakan. Tanpa perlu memikirkan apa kerja yang perlu dilakukan hari ini. Tanpa masalah yang menyesak perasaan. No dateline! 

Percayalah kita adalah insan2 yang terpililh untuk melihat keindahan dan kedamaian alam ini. Tuhan telah mengizinkan hanya untuk kita. Bukan semua orang mampu melihat keindahan ini. Pandangan indah penuh makna hanya untuk kita. Nikmat mana yang kita dustai. 

Kita juga berpeluang melihat masyarakat setempat - orang2 gunung tentang kehidupan mereka. Begitu simple dan menginsafkan. Pada kaca mata kita mungkin mereka kelihatan miskin, pada realiti mereka orang paling kaya yang mempunyai segala yang diperlukan dan tidak perlu pada keinganan yang berlebihan. Iyelah tidak ada hutang bank atau bil yang perlu dibayar pada hujung bulan. Kita pula terus terbeban pada hutang2 bagi memenuhi keperluan dan keinginan yang berlebihan. 

Kembara bersama rakan2 yang mempunyai keinginan dan impian yang sama. Tidak perlu berdebat apa yang diinginkankan kerana keinginan sama belaka. Lebih menarik berkenalan dengan rakan2 baru yang hebat2 belaka yang juga mempunyai minat yang sama. Tidak ada perbezaan. Berkongsi pengalaman masing2 dalam suatu persamaan. Tidak kira bangsa dan warna kulit. Semua baik2 belaka dan sangat positif mindanya. Benar kata orang, orang yang suka adventure .... terutamanya yang pendaki2 gunung ini, minda mereka amat positif, keyakinan & kegigihan yang amat tinggi, happy-go-lucky dan saling membantu bila perlu tanpa  mengira  tempat dan waktu. Ini menjadi teras suatu persahabatan. 

Pada setiap pendakian mengajar erti kegigihan, kecekalan, kesabaran dan rasa bersyukur pada setiap pencapaian. Kata orang, selangkah sejarak, lama-lama gunung ditakluki. Walaupun sudah banyak gunung didaki, setiap pendakian itu berbeza - menguat erti sebuah kegigihan dan menambah kepuasan diri. Dan seterusnya membuka impian2 baru untuk terus mendaki mencari erti suatu kesyukuran. 

Dalam bahasa kami #KoyokAdventureTeam, #SakaGunung dah panggil... ha ha walhal bagai rasa ada kehilangan dalam diri serta kerinduan yang melampau pada keindahan alam ciptaan Tuhan. 



"Mountains are calling, I must go"



SirNoordin
#KoyokAdventureTeam


No comments:

Post a Comment

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...