Sunday, November 25, 2018

Trek Bukit Laur

Salam hormat.


Hari ini sir dan saudara Amir bercadang untuk mencuba trek baru ke Bukit Laur yang jaraknya lebih kurang 4 km dari Tasik Lama.
Puncak Bukit Laur

Selepas parking di Tasik Lama, tepat jam 7 pagi kami memulakan perjalanan melalui tangga batu terus ke Menara Pandang Jauh.

Dalam jarak sekitar 1.8 km pertama merupakan laluan biasa kami sewaktu menuruni Bukit Sarang Helang. Selepas itu kami mengambil laluan denai ke kanan arah Bukit Markucing dan laluannya agak menurun. Kami sampai di simpang ini dalam anggaran 35 minit (7.35 pagi) perjalanan. Dari sini jarak ke Bukit Luar sekitar 2.2 km dan kami menganggarkan sekitar 45-55 minit perjalanan. Jangkaan kami boleh sampai ke puncak Laur sekitar 8.30 pagi. 
Simpang dari Sarang Helang ke Laur

Secara umumnya trek ini tidaklah sukar berbanding dengan trek Sarang Helang yang memerlukan pendakian bukit2 kecil sebelum sampai ke puncaknya. Laluan treknya agak landai dengan sekali sekala mendaki dan tanpa sedar kita sudah mendaki sedikit demi sedikit.

Laluan denainya pula agak sempit sekadar cukup untuk laluan seorang dalam satu-satu masa dan agak sunyi serta daun2 kering juga banyak disepanjang laluan. Barangkali trek ini jarang digunakan oleh orang.
Bangunan MOF kelihatan dari puncak Laur

Dipinggiran laluan denainya, kelihatan cerun curam yang dianggarkan antara 30-50 meter dalamnya. Dari arah barat pula kelihatan bukit Sarang Helang serta bangunan MOF nun di bawah sana. 

Diakhir jarak 500 meter perjalanan barulah terasa sedikit pendakian namun tidak mencabar seperti Sarang Helang dan laluan denainya semakin sempit serta banyakk belukar-belukar kecil.
Pandangan lain dari puncak

Alhamdulillah tepat 830 pagi kami sampai dipuncak bukit Laur. 

Bukit Laur merupakan bukit yang tertinggi diantara 7 bukit di sini. Ketinggian yang dicatatkan ialah 197 meter (pada jam kami tercatat 220 meter). Dari puncak bukit boleh lihat 360 darjah keliling Bandar Seri Begawan

Boleh baca https://sirnoordin.blogspot.com/2018/10/bukit-sarang-helang-tasik-lama.html

Sempat kami berehat 10 minit sambil makan coklat untuk menambah tenaga yang hilang. Tetiba kedengaran bunyi orang berjalan dari arah berlawanan. Ternyata ada pendaki lain yang datang dari arah Subok sendirian. Katanya sekitar 50 minit dalam 3 km lebih jika trek dari arah Subok. Insyallah lain kami akan cuba laluan ini kerana dari peta laluan yang menuju kearah Bukit Markucing.


Pendaki lain dari arah Subok

Setelah berehat sebentar, kami memulakan langkah menurun Bukit Laur untuk kembali ke Tasik Lama. Terasa perjalanan agak lancar, mungkin juga sudah hafal dan kenal trek yang kami lalui sebentar tadi. Kami sampai di Menara Pandang Jauh sekitar 930 pagi. 

Secara keseluruhan jarak perjalanan adalah 7.73 km, tempoh perjalanan 2 jam 49 min dan jumlah step 14,750. 

Insyallah trek ini boleh dijadikan trek mingguan kami selepas ini. Less hiking more trekking for endurance training.


Noordin
Bukit Laur

Monday, November 12, 2018

Hendak Seribu Daya

Salam hormat 


Sebuah cerita beberapa ketika dahulu apabila terserempak dengan kenalan lama di KFC Jejantas Sungai Buluh. Gelarannya  Bob.



"Apa khabar, sir
", sapa Bob. "Alhamdulillah sihat cuma biasalah sibuk dengan kerja", jawap sir. 


"Saya tengok sir ni dari dahulu tak pernah berubah, tak gemuk tak kurus... bagilah tip untuk kurus", tanya Bob sambil melihat ke atas ke bawah dan di tangan kanan masih memegang ayam KFC. Mungkin Bob rasa begitu kerana membandingkan dirinya dengan sir, walhal badan sir naik juga ... mungkin 1-2 kg berbanding dulu.

"Berapa berat kau sekarang", tanya sir.

Wow berat Bob sudah mencecah 220 kg... 3 kali berat sir! Seingat sir dulu jumpa beratnya 180 kg...sudah naik 40 kg dalam tempoh setahun dua ni. 

"Bukankah dulu sir dah berikan 3 tip ini. Seingat sir, tip pertama - 1/2 jam sebelum makan, minum air 2-3 gelas dahulu, tip kedua setiap kali rasa lapar - minum air dan tip ketiga setiap minggu kurangkan 1/4 portion nasi", jawap sir. 

Logik sir pada tip yang pertama - minum air 1/2 jam sebelum makan akan memberi isyarat kenyang bila tiba masa makan; jadi kuranglah makan. Tip kedua pula - kadang2 kita rasa lapar bukan disebabkan lapar tetapi dahaga. Bila dah minum air hilanglah "lapar" tu.Tip ketiga pula jika sir suruh dia tak makan nasi, memang susah... jadi pada setiap minggu kurang 1/4 portion nasi - lama2 okay la tu! 

"Ikut juga tapi asyik nak gi toilet je buang air kecil... hmmm tak laratlah", jawap Bob. 


Benarlah kata bidalan,


hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Terkadang terfikir juga sir ni pun bukanlah rajin sangat - kadang2 plan nak "exercise" tapi bila nak mula tu rasa "bercinta" pula. Tambah2 lagi bila sudah lama berehat tiba2 ingin mulakan exercise - ini adalah saat yang paling sukar! 

Mulakan perubahan dengan sedikit demi sedikit sehingga membina satu tabiat baru dalam kehidupan seharian. Memulakan sesuatu perkara memang sukar tambahan pula perkara yang ingin dilakukan memenatkan dan mneyusahkan sebagai contoh senaman harian. Namun diri harus ada keazaman dan dipaksa bagi memulakannya dan biasanya setelah bermula segala menjadi mudah - hanya perlu habiskan sahaja!

Sehingga hari ini sir masih lagi mengamalkan senaman hampir setiap hari dan paling kurang 1/2 jam sehari. Malas itu memang tidak dapat dielakkan! Teknik sir adalah memaksa diri untuk melakukan senaman 7 minit ... sir cakap pada diri sendiri 7 minit sahaja tetapi setelah mula bersenam tidak sukar untuk menyambung kepada 30 minit dan seterusnya. 

Sir suka perkataan ini "determination" atau dalam bahasa Melayu - "keazaman".- kerana ianya memberikan gambaran suatu keinginan yang amat kuat sekali. 


“Every man should pull a boat over a mountain once in his life.” -Werner Herzog


Keazaman memberikan kekuatan untuk kita mencapai apa yang diinginkan. Baru2 ini sir mendaki gunung Kinabalu - kalau ikut umur serta masalah lutut (tak teruk mana tetapi sakit juga tiap kali mendaki/ menurun) namun keazaman membuatkan kita mampu melakukannya lagi. Malahan terasa "gian" pula untuk melakukan lagi - insyallah Feb 2019 sir mendaki lagi! Hanya kerna suatu keazaman dan pasti keindahan pemandangan di atas sana menguatkan rasa rindu untuk kembali lagi.. 

Tidak salah untuk terus berazam dan dengan niat untuk melaksanakannya suatu hari nanti. Langkah seterusnya adalah paksa diri untuk memulakannya. Semoga berjaya!

SirNoordin



Thursday, November 8, 2018

Graduasi Hadif K3 2018

Salam hormat


Tanggal 8 Nov 2018, Hadif 6 tahun menamatkan tadika di Chung Hwa Middle School, Bandar Seri Begawan, Brunei. 



Hadif 6 tahun
Selepas kami berhijrah ke Brunei, Hadif mula bersekolah di Chung Hwa di kelas K2 - Kindergarten ketika berusia 5 tahun.  Alhamdulillah nampaknya mudah bagi Hadif menyesuaikan diri dan sudah boleh berbicara dalam bahasa Mandarin. Insyallah akan bersambung di Tahun 1 di sekolah yang sama tahun 2019. 

Gambar-gambar semasa majlis graduasi. Tahniah Hadif!

Terimaksih Cikgu

Umi & Adik Habib
K3 Green 2018

Cita-cita nak jadi Teacher





Semoga blog ini akan menjadi kenangan buat Hadif di masa akan datang. Insyallah semoga Hadif menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam hidup di dunia mahupun akhirat. Amin Ya Rabb.



Abah
Nov 2018

Thursday, November 1, 2018

Mendaki Gunung Kinabalu (MK1)

Salam hormat


M
endaki gunung Kinabalu merupakan salah satu dari impian sir. Walaupun usia kini menghampiri 5-series namun semangat dan keinginan masih tinggi. Mungkin juga kudrat tidak segagah orang muda tetapi jauh disudut hati pasti boleh. Malaysia Boleh! Ha ha ha... 


Indah tidak terucap

Rakan sir saudara Amir booking melalui Amazing Borneo Tours dan kami mendapat lima slot pada 20 - 21 October 2018 dengan harga RM1,500/pax. Selepas membayar deposit, kami ada 3 bulan untuk berlatih...

Tiba masanya pada tanggal 19 Oct 2018 sir dan saudara Amir terbang dengan BI825 dari Bandar Seri Begawan ke Kota Kinabalu bertermu dengan saudara Affizan dan Shabudin dari Kuala Lumpur. Kami stay di Imago Apartment. Sempat pula shopping untuk persiapan terakhir - rasa macam tak ready. 


Sebelum memulakan pendakian - Timpohon

Keesokkan harinya tepa
t jam 6 pagi kami bergerak menuju ke Kinabalu Park yang memakan masa selama 2 jam. Sampai di Kinabalu Park kami terus mendaftar, simpan bag dan diperkenalkan dengan Malim Gunung kami yang bernama Andy Johan. Setelah semuanya bersedia, kami dibawa ke pintu masuk Timpohon serta diberikan taklimat keselamatan sebelum memulakan pendakian. Jangkaan perjalanan dari Timpohon ke Panalaban sekitar 6 jam - 8 jam (jangkaan 1 jam bagi jarak 1 km) bergantung kepada kepantasan individu. 


Sudah 4 km, hujan turun berterusan... sejuk beb!

Perjalanan mendaki dengan suasana agak dingin serta pemandangan yang begitu indah sekali. Back to Nature! Trek pendakian bertangga hampir keseluruhan perjalanan menguji kekuatan stamina serta berhadapan dengan hujan serta suhu udara yang dingin benar2 menguji minda. 


Huh lagi 2 km sudah mula teraas penat.. jom selfie! 

Yang penting terus berjalan perlahan serta mengawal penafasan sambil menikmati permandangan indah. Jika berhenti hanya untuk seketika 3-5 minit sekadar melepas lelah sebentar. Jika berehat lama, agak sukar memulakan perjalanan semula akibat dari muscle jadi sejuk. Yang penting kekal positif dan santai saja. Jangan lupa ambik gambar kenangan di sepanjang jalan. 


Trek pendakian 
Seingat sir yang paling challenge sekali ialah pada 700 meter terakhir ke Panalaban. Terasa dekat tetapi berjalan tak sampai-sampai walaupun sudah mencecah sejam. Pendakian semakin curam dan banyak pula berhenti rehat walaupun seminit dua. (buat2 la selfie hihi).

Sampai saja ke Panabalan, segala penat dan sejuk hilang serta merta tambahan pula puncak gunung Kinabalu kelihatan begitu hampir dan jelas sekali. Syukur alhamdulillah... setelah puas bergambar baru terasa sejuk yang amat. Err check-in terus di Panalaban Hut. 

Makan malam bermula seawal jam 4.30 petang. Perfect timing, kami sampai 4.15 pm rehat sebentar terus makan malam. Setelah selesai solat, jam 7 pm kami digalakkan berehat dan  tidur awal kerana nanti seawal 2.30 pagi akan memulakan perjalanan ke Summit @ Low Peak.
Berkabus dan sejuk... nyaman sekali

Walau keletihan namun agak payah juga melelapkan mata err samada masih terlalu awal atau barangkali juga disebabkan oleh altitude sickness - kesukaran untuk tidur. Entahlah... 

Dari Wikipedia :

Altitude sickness, the mildest form being acute mountain sickness (AMS), is the negative health effect of high altitude, caused by rapid exposure to low amounts of oxygen at high elevation. Symptoms may include headaches, vomiting, tiredness, trouble sleeping, and dizziness.

Tepat jam 2.00 pagi kami bersiap dan breakfast awal pagi... namun tak berapa selera nak makan tetapi paksalah juga untuk keperluan tenaga mendaki nanti. Kami bergerak agak lambat sekitar jam 2.50 pagi... mengikut Malim Gunung Andy, kami perlu sampai di check-point Sayat-Sayat sebelum jam 5.00 pagi untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan ke Low Peak
2.45 pagi sebelum pendakian ke puncak

Berbanding semalam, perjalanan pagi ini berterusan mendaki dan mendaki pada udara yang amat nipis. Terasa cepat lelah dan lenguh... namun alhamdulillah kami sempat sampai di checkpoint Sayat-Sayat.

Kesukaran bernafas dan kesejukan mengakhiri perjalanan sir. Namun rakan2 sir meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah semua berjaya. Setelah itu sir turun sendirian ke Panalaban... ketika itu matahari sudah memberi sinarnya terlihat keindahan alam ini. Kelihatan awan putih nun jauh di bawah sana. Sir sudah berada di atas awan putih sejauh mata memandang. Allahuakbar  ..tiada kata2 yang mampu terluah. Hanya memerhati dengan penuh rasa redha dengan keindahan ciptaanNya. 
Pelan2 turun ..dah tua lutut sakit beb!
Wow gayat juga! Semasa menurun sir tergelincir dan bernasib baik dapat berpaut pada tali. Hilang terus keyakinan diri. Nasib baik seorang pendaki bernama Rodney membantu memberi sokongan moral. Sempat pula berborak dengan beliau, katanya beliau orang Sabah dan ini kali ke 50 beliau memanjat sempena usia beliau 50 tahun. Steady bro!.. 

Sir sampai Panabalan sekitar 7.30 pagi... dan perkara pertama adalah secawan kopi panas dan roti putih dengan jem coklat. Terasa enak sangat, maklumlah sudah rasa kelaparan. Selepas itu berkemas untuk turun sementara menunggu rakan2 kembali dari Low Peak.
Mr Rodney umur 50 tahun dan mendaki kali ke 50

Tepat jam 11.00 pagi kami bergerak menuju ke Timpohon ...kali ini menurun sepanjang perjalanan. Kalau mendaki memerlukan stamina sementara menurun perlu berhati2 kerana tekanan ke arah lutut. Hujan renyai-renyai disepanjang jalan menjadikan jalan agak lecak dan licin. Sejuk sekali. Sekali-sekali dipintas oleh abang/ kakak porter yang berjalan dengan laju bagai terbang dengan bebanan penuh dibelakang. 


Pandalaban
Selepas 3 km berjalan lutut sudah memberi signal sakit dan berjalan pun terhenjut-henjut. Sir redah juga kerana jika berhenti sudah tidak mampu untuk berjalan lagi. Setelah 5 jam berjalan, alhamdulillah sampai di permulaan pendakian - Timpohon. Rasa berakhir juga suatu perjalanan... terpaksa pula menunggu rakan2 lain yang sampai sejam selepas itu. 


Timpohon - Panalaban 9.30 am - 4.15 pm (6 jam 45 min) - 6 km
Panalaban - Low Peak 2.45 am - 6.45 am (4 jam) - 3 km
Low Peak - Panalaban 7.15 am - 9.15 am (2 jam)
Panalaban - Timpohon 11.00 am - 4.15 pm (5 jam 15 min) 


Steady geng! 
Walaupun baru beberapa hari meninggalkan gunung Kinabalu, terasa amat merinduinya suasana di gunung Kinabalu seolah-olah gagai memberi suatu inspirasi dan ketenangan. Alhamdulillah semasa menulis ini, sir sudah confirm booking untuk mendaki lagi gunung Kinabalu pada bulan March 2019 bersama anak-anak sir. Rasanya aktiviti ini boleh dijadikan suatu aktiviti tahunan kami. Insyallah semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat kami semua. Amin. 


SirNoordin


Link berkaitan 

https://sirnoordin.blogspot.com/2018/10/bukit-sarang-helang-tasik-lama.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/09/road-trip-to-kota-kinabalu.html
https://sirnoordin.blogspot.com/2018/09/cuti-cuti-malaysia-sabah.html


PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...