Salam
Destinasi cuti persekolahan kali ini adalah di Pulau Pangkor, Perak.
HARI PERTAMA
Seperti yang dirancang, kami bertolak tepat
jam 9 pagi dari Bukit Beruntung melalui PLUS Highway hingga ke Tol Bidor.
Meneruskan perjalanan menuju ke Teluk Intan (Setiawan) terus ke Lumut.
Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami sampai di pekan Lumut sekitar jam 12 tengahari.
Kereta diletakkan ditempat parking bertingkat sekitar pekan Lumut. Untuk 4 hari 3 malam sekitar RM45 (tak ingat secara tepat tapi bawah RM50)
Kami terus menaiki bot untuk ke Pulau
Pangkor. Bayaran Pergi-Balik bagi dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak (5 – 12
tahun) adalah RM5. Perkhidmatan bot ke
Pulau Pangkor boleh didapati pada setiap 15 minit dan perjalanan memakan masa hampir 1/2 jam. Untuk makluman, bot akan berhenti sebanyak 2
kali iaitu di Kampung Pinang Kecil dan Jeti Pulau Pangkor. Err jangan tersilap
kerana kami lihat ramai pelancong keluar di perhentian pertama dan masuk semula
…. Ha ha ha …
Semasa kami sampai di Jeti Pulau Pangkor,
kami dapati ramai pelancong beratur menunggu bot untuk pulang ke Lumut…. queue yang sangat
panjang…agaknya ramai masuk hari Jumaat dan pulang hari Ahad. Alhamdulillah 'timing' kami baik.... tidak ramai orang!
Kami terus mengambil perkhidmatan teksi
(van warna pink) ke Teluk Nipah dengan bayaran RM20. Perjalanan sekitar 20
minit. Terus check-in di Pangkor Inn, Teluk Nipah. Sebulan sebelum perjalanan kami telah
menempah 2 bilik di Pangkor Inn, Teluk Nipah dengan bayaran RM130
bilik/semalam. Harga chalet di Teluk Nipah biasanya diantara RM70 – RM130
bergantung kepada musim cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu. Pangkor Inn
menjadi pilihan kami kerana ada kolam renang kecil (untuk anak-anak) serta
berdekatan dengan pantai dalam jarak sekitar 50 meter. Kebanyakan chalet-chalet di Teluk
Nipah adalah perniagaan peribadi maka tidak perlulah letak “expectation” yang
tinggi.
Untuk tempahan di Pangkor Inn, Teluk Nipah
boleh hubungi no ini +6017 467 3477
Tiada aktiviti petang kecuali anak2 aku
mandi kolam renang walaupun hakikatnya hati sudah tak sabar nak turun ke laut.
HARI KEDUA
Selepas sarapan kami bersiap untuk ke Pulau
Giam – Snorkeling. Seronok tengok anak2 berenang sambil bagi ikan makan. Kami
lepak di Pulau Giam ini selama 2 jam sambil makan2 – tapau nasi lemak di Teluk
Nipah tadi. Setelah puas kami balik ke Teluk Nipah dan kali ini kami ini
mencuba naik ‘Banana Water Ride’ …. Selepas itu,
kami kembali berkayak ke Pulau Giam… selama 1 jam. Memang puas hati karana
dapat menguji kebolehan anak2 berenang ketika di laut…(ada peluang bawa snorkeling kat Phuket lak hihi)
Letih dan lapar … balik chalet makan
tengahari dan tidur…. Sebelah petang
pula sekadar lepak2 dan makan di tepi pantai.
Sebelah malam, kami layan ikan bakar…
HARI KETIGA
Pada awalnya kami merancang untuk ke Pulau
Giam dan mandi2 disana kerana pantainya agak landai serta lebih menarik. Tetapi
abang bot bawa kami ke pantai lain iaitu sebeleh atas dari Teluk Nipah… sekitar
10 minit dengan bot. Pantai ini pasirnya lebih halus serta landai. Oleh kerana
pantai ini tidak ramai orang, air kelihatan amat jernih serta kelihatan ikan2
bermain di tepi pantai. Kami lepak disini lebih dari 3 jam. Terasa puas
berenang tanpa gangguan bot mahupun orang ramai…maaf aku terlupa nama pantai tu.
Terus kembara memberi erti
Sekadar itu sahaja celoteh cuti-cuti Malaysia kali ini...sampai jumpa lagi. Wassalam.
#Pengembara menempuh pengalaman menghalusi kejadian alam ciptaan Tuhan
SirNoordin
Teluk Nipah, Pangkor
#Pengembara menempuh pengalaman menghalusi kejadian alam ciptaan Tuhan
SirNoordin
Teluk Nipah, Pangkor