Salam
Bermula dengan cetusan idea untuk merealisasikan impian untuk menyelam di dasar laut terus sahaja membina perancangan. Sebenarnya sudah lama ingin mencuba tetapi masih ada sedikit fobia berada dalam tempat sempit dimana udara sukar didapati seperti dalam gua atau dalam laut.
Dari Wikipedia
Claustrophobia is the fear of having no escape and being in closed or small space or room It is typically classified as an anxiety disorder and often results in panic attack, and can be the result of many situations or stimuli, including elevators crowded to capacity, windowless rooms, and even tight-necked clothing. The onset of claustrophobia has been attributed to many factors, including a reduction in the size of the amygdala, classical conditioning, or a genetic predisposition to fear small spaces.
Impian ingin melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut semakin hari semakin kuat maka tetapkan matlamat terus sahaja merancang untuk mengambil kursus Scuba Diving. Setelah membuat beberapa pertanyaan akhirnya kami terus membuat tempahan di Scuba Diving Phuket PADI 5 Star Dive Centre, Phuket, Thailand dengan bayaran sebanyak THB1500 (sekitar MYR1600) seorang. Yang bestnya walaupun bayaran telah dibuat, pulangan wang akan diberikan sekiranya kita terpaksa menangguhkan atau membatalkan program walaupun di saat akhir.
Tiket pesawat Malaysia Airlines (MAS) sekitar RM350 seorang (tempahan awal serta waktu perjalanan awal pagi). Hotel Amata, Patong, Phuket 4-Star (USD17/sehari tempahan via Agoda.com, tempahan awal pada musim Non Peak Session memastikan harga menarik.
Hari Pertama
Pick up ke Dive Centre di Patong tepat jam 9 pagi. Instructor kami Mr Michael Clark (Mike) memberikan kelas teori berasaskan video hampir 4 jam berserta kuiz dan ujian bertulis PADI. Oleh kerana minat dan "takut" maka fokus tinggi pada kelas teori ini. Tahniah untuk isteri yang mendapat markah 90% ...err biasalah perempuankan?!
Selepas lulus ujian teori kami dibawa ke PADI Dive Centre - kolam renang yang dalamnya sekitar 4 meter untuk latihan praktikal. Sebelum mula latihan praktikal, terpaksa pula menjalani 2 ujian - berenang 300 meter dan terapung selama 10 minit. Respect juga kat isteri aku yang berjaya melepasi kedua2 ujian walaupun baru pandai berenang beberapa bulan yang lepas di bawah bimbingan aku sendiri. See the instructor la....
Setelah itu bermula latihan praktikal dengan diperkenalkan alatan2 diver seperti Buoyancy Control Device BCD, Mask Snorkel, Fin, Scuba Tank, Regulator, Computer Clock dan lain2 lagi. Atas faktor keselamatan, kita berlatih untuk memasang kelengkapan sendiri sambil menyemak peralatan rakan diver kita. Antara latihannya adalah membiasakan diri dengan beberapa kemahiran (skill) terutamanya penggunaan regulator, buoyancy (seimbangan dalam air) dan 'equaliser'.
Dengan latihan yang diberikan memberi sedikit keyakinan dan menghilangkan fobia yang dialami selama ini. Apa2 pun di kolam hanya 4 meter ... kejap aje nak berenang naik jika "panic-attack" tapi esok kami akan turun sehingga kedalaman 18 meter ....err sesak juga nafas memikirkan esok!
Hari Kedua dan Ketiga
Kami mula turun ke laut dari kedalaman 6 meter sehingga 18 meter. Setiap kali turun ke laut, kami akan diuji dengan beberapa skill seperti yang ditetapkan oleh Professional Association of Diving Instructor (PADI).
Sebelum turun ke laut sekali instructor Mr Mike memberikan tip serta tunjuk ajar kepada kami. Selepas itu kami dikehendaki memasang alatan dive kami sendiri. Faktor keselamatan amat diutamakan disepanjang latihan kami.
Berdebar-debar memikirkan apa yang akan dihadapi nanti?
Mr Mike sememangnya instructor yang berpengalaman. Walaupun tak boleh bercakap (cakap dlm hati je).... dari raut wajah beliau memberi keyakinan dan tunjuk ajar. Dari kedalaman 6 meter tanpa sedar kami telah turun sehingga kedalaman 12 meter. Aku cuba perasan apabila terlihat jam komputer ditangan menunjuk kedalaman dan jangkamasa dalam air. 12 meter dan 45 minit! Oleh kerana terpegun dengan keindahan didasar laut yang melambangkan kebesaran Allah membuatkan kami terlupa lamanya kami didasar laut.
Setelah selesai dive pertama, kami makan tengahari sambil diberi tunjuk ajar untuk memperbaiki kesilapan2 kami. Kami juga dimaklumkan ujian skill seterusnya pada dive kedua nanti. Pada saat itu, keyakinan sudah tinggi maka sudah tidak sabar pula kami ingin turun untuk dive seterusnya. Alhamdulillah satu lagi impian kami tercapai!
Sempat juga kami buat beberapa Fun Dive melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut di sekitar Racha Noi. Sedikit pengkongsian gambar semoga menjadi inspirasi bagi yang lain untuk mencuba.
We are Divers!
Dengan latihan yang diberikan memberi sedikit keyakinan dan menghilangkan fobia yang dialami selama ini. Apa2 pun di kolam hanya 4 meter ... kejap aje nak berenang naik jika "panic-attack" tapi esok kami akan turun sehingga kedalaman 18 meter ....err sesak juga nafas memikirkan esok!
We are flying
Hari Kedua dan Ketiga
Kami mula turun ke laut dari kedalaman 6 meter sehingga 18 meter. Setiap kali turun ke laut, kami akan diuji dengan beberapa skill seperti yang ditetapkan oleh Professional Association of Diving Instructor (PADI).
Sebelum turun ke laut sekali instructor Mr Mike memberikan tip serta tunjuk ajar kepada kami. Selepas itu kami dikehendaki memasang alatan dive kami sendiri. Faktor keselamatan amat diutamakan disepanjang latihan kami.
Berdebar-debar memikirkan apa yang akan dihadapi nanti?
Mr Mike sememangnya instructor yang berpengalaman. Walaupun tak boleh bercakap (cakap dlm hati je).... dari raut wajah beliau memberi keyakinan dan tunjuk ajar. Dari kedalaman 6 meter tanpa sedar kami telah turun sehingga kedalaman 12 meter. Aku cuba perasan apabila terlihat jam komputer ditangan menunjuk kedalaman dan jangkamasa dalam air. 12 meter dan 45 minit! Oleh kerana terpegun dengan keindahan didasar laut yang melambangkan kebesaran Allah membuatkan kami terlupa lamanya kami didasar laut.
Gambar ini diambil semasa Fun Dive
Sempat juga kami buat beberapa Fun Dive melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut di sekitar Racha Noi. Sedikit pengkongsian gambar semoga menjadi inspirasi bagi yang lain untuk mencuba.
We are diver!
Benarlah kata seorang sahabat diver - Dive is near to flying! Kami rasakan seperti terbang bebas, mulut terkunci untuk berkata2 dan hati pula terus menerus memuji kebesaran Allah swt.
Insyallah ada rezeki di lain masa ... kami akan turun Scuba lagi!
Wassalam
SirNoordin Khalid
Racha Noi
No comments:
Post a Comment